Assalamualaikum dan
salam sejahtera. Setelah hampir 8 jam aku bertugas tadi, kini masanya untuk aku
menghapdetkan blog yang disayangi ni. Kepada peserta peserta Next Top Blogger
2, lepas ni kalau sempat aku tinjau tinjau blog korang pulak. Okay, semalam 13
Mei 2012 merupakan hari yang sangat istimewa buat para ibu kerana hari tu merupakan
Hari Ibu. Jadi, dikesempatan ini aku nak wish Selamat Hari Ibu kepada pembaca
pembaca blog ini yang bergelar ibu. Semoga kalian semua sentiasa dalam keadaan
tenang dan bersabar dalam membesarkan anak anak. Kalau hari raya, mesti kita
akan dengar dan pasang lagu lagu raya kan. So hari ni apa kata kita dengar lagu
lagu yang bertemakan “ibu” pulak. Dalam banyak banyak lagu yang ada kaitan
dengan “ibu” atau “mak” ni, aku hanya pilih 10 buah lagu sahaja yang betul
betul menusuk kalbuku sebagai seorang anak. Jom layan satu satu.
1. Untukmu Ibu – Exist
Lagu ini hasil ciptaan
komposer Rahim Othman dan lirik ditulis oleh Megat Ismail. Dan sudah tentu
pertama sekali dipersembahkan oleh band rock kanak kanak “Exist” pada tahun
1991 untuk album pertama mereka. Pada masa tu vokalis kumpulan Exist adalah
Mamat. Lagu ni masuk Anugerah Juara Lagu 1992 untuk kategori Pop Rock tapi
tidak menang. First time aku dengar masa aku umur 5 tahun. Kakak kakak aku la
minat sangat selalu dengar kat radio. Dengan aku aku sekali dipaksa nyanyi.
Dulu tak la touching sangat bila dengar. Tapi sekarang baru dengar muzik intro
dah mula sebak.
2. Ibu – P. Ramlee
Antara lagu popular
nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Lagu ni hasil ciptaan Ahmad Jaafar
untuk filem “Ibu” pada tahun 1953. First time aku dengar masa tengok iklan susu
Fernleaf 1990. Ingatkan lagu tu khas untuk iklan tu, rupa rupanya lagu P.
Ramlee. Tapi masa kecik aku malu la nak nyanyi lagu tu depan mak. Tak tahu
kenapa. Tapi dalam hati memang sayang sangat kat mak.
3. Syurga Di Telapak
Kaki Ibu – Aishah
Sebenarnya lagu ni
adalah lagu lama nyanyian dan ciptaan S. Effendi. Tapi dipopularkan kembali
oleh Aishah pada tahun 1990. Tapi pada aku, nyanyian Aishah lebih memukau dan
melodinya lebih menusuk jiwa. Aku tak ingat tajuk drama cerekarama yang guna
tema lagu ni, tapi citer tu memang sedih giler. Mungkin banyak sangat drama tv
yang guna lagu ni. Sebab lagu ni memang kena dengan drama yang bertemakan
pengorbanan seorang ibu.
4. Bonda - M. Nasir
Lagu ni lebih santai
dan kalau yang lebih memahami bait bait liriknya pasti akan sebak rasa di dada.
Lagu sepenuhnya ciptaan M. Nasir, menang untuk kategori Irama Malaysia dalam
Anugerah Juara Lagu 1994. Korang yang remaja zaman sekarang pernah tak tengok
filem “Balada” lakonan M.Nasir? Part yang ada lagu ni buat aku touching sangat
sangat.
5. Ibu – Shila Amzah
Rasanya dalam tahun
1998 – 2000 lagu ni didendangkan oleh Shila Amzah yang pada masa tu kecik lagi
dan nama glamernya Shila Tekno. Ciptaan ayahnya sendiri N.D. Lala. Pada aku
boleh kira touching gak la tapi tak la terasa sangat. Kalau kehilangan ibu masa
kecik mungkin lagu ni boleh buat aku meraung gamaknya. Lagu untuk kanak kanak
la katakan.
6. Buatmu Ibu – Aeman
Beralih ke irama
nasyid. Tema Ibu banyak diangkat dalam lagu lagu nasyid. Tapi yang lebih
memilukan aku adalah lagu ciptaan Manis Helma dan lirik ciptaan Ito Lara ni.
Semestinya nyanyian kumpulan nasyid kanak kanak Aeman. Pernah diperdengarkan
kat sekolah masa aku sertai kem motivasi. Menangis nangis la budak masa tu. Aku
tak ingat lak aku nangis ke tak. Banyak benda dah aku tak ingat. Bahaya ni. Ni
yang kena citer kisah kisah dulu kat blog ni. Satu lagi lagu nasyid yang aku
minat berkaitan dengan “Ibu” adalah dari kumpulan Nadamurni iaitu “Selamat
Tinggal Ibu”. Pernah bawak lagu ni masa pertandingan nasyid kat sekolah.
7. Jasa Bonda –
Warisan
Sebagai anak paling
nakal pada arwah mak, aku rasa lagu ni lebih kena pada aku. Setiap baris
liriknya buat aku terkenang kenang kisah dahulu. “Leterannya dari rasa luhur.
Menegur sebelum terlanjur. Itulah yang diwarisi. Pesan ibu terpahat dihati. Beringat
ingatla berpesan pesan. Untuk kebaikan. Marah bukan kebencian. Tapi tanda sayang,”.
Salah satu nasihat mak yang Awie ingat, “buruk buruk dia (perangai), abah kau
jugak. Hormat la dia sikit,”.
8. Ibu – Blues Gang
Sorry ye adik adik
blogger sekalian. Kebanyakkan lagu lagu yang abang minat adalah lagu lagu lama.
Kalau tak tahu cari je kat YouTube. Memang tangkap leleh la kalau dengar. Lagu
satu ni aku suka sebab memang old skool habis dengan rentak blues nya diiringi vocal
slow motion dari Ito. Bagi siapa yang beribu tunggal, lagu ni kalau korang
dengar + terlebih hayati lak pasti bengkak bijik mata dibuatnya.
9. Lagu Untuk Seorang
Ibu – Kembara
Lagu ni pun sama. Khas
dari anak anak kepada ibu yang kehilangan suami tercinta di medan peperangan
(alkisahnya lah). Nyanyian M. Nasir yang masih menganggotai kumpulan Kembara
masa tu era zaman 80 an. Bukan berkaitan dengan hidup aku pun boleh buat aku terasa
kesayuannya.
10. Mawar Putih Untuk
Mama – Sharifah Aini
Kita ke era 70an
pulak. Pada aku, lagu lagu yang evergreen ni emosinya terlebih berharga sikit.
Lirik lirik yang dihasilkan seakan akan seikhlas setulus dan selurus dari hati.
Satu lagu lagi dari Datuk Sharifah Aini bertajuk “Kasihnya Ibu” pun memang sentap
habis bila dengar.
Awie Omar ni kalau
post entri tak sah kalau patah perkataan melebihi 500 patah perkataan (mampu?).
Jarang hapdek blog biasa la. Jangan boring baca sudah la ye. Aku pilih lagu
melayu je sebab aku orang Melayu. Jadi aku lebih cepat faham dan lebih hayati bahasa
ibunda ku sendiri. Sebab tu lagu dari Yusuf Islam – “Your Mother”, Haddad Alwi
& Sulis – “Ummi”, Spice Girls – “Mama”
mahupun Maher Zain – “Number One For Me” tidak aku senaraikan. Sekian, harap
maklum :D
13 comments:
lagu yg betol2 sayu pasal ibu ni is lagu Syurga di telapak kaki ibu by aisyah...
assalamualaikum awie...lagu2 ni semuanya mmg best2 n yg terbaru tu pun best Maher Zain....:)
memang ada nostalgianya di situ..lagu2 tersebut memang best sangat !
suka lagu dari exist dgn aisyah
masa mama saya excident koma 3 minggu hari2 dgr lagu mawar putih untuk mama... aiyoooo memeleh air mata sebulan... skng alhamdulillah allah beri kesempatan ke2 buat saya dan mama bersama semula.. walaupun keadaan tidak seperti dulu.. :)
lagu yg paling iols suker
untuk mu ibu - exist...
Tulahh, awie mmg berbakat tulis entri pnjg2 Dan syokk!! Tabik spring laah :)
untukmu ibu paling best,sebak hati bila dengar..huhu
org suka lagu Kau Di Hatiku - Zainal Abidin :) ehh lagu ibu ke tuuu? ye kan ajelahh :p
lagu raye pasal mak ayah pon setey jugak hoh
waa... shila amzah pun masuk carta.. :-)
Tolong..sesiapa yang tahu lagu ni Dan penyanyinya adalah remaja...liriknya cuma saya tahu..
Mama oh MamaKu sayang
Mama sungguh besarnya jasaMu
Tak ternilai harta Dunia..( itu aja yang saya ingat)..
Lagu ni lebih touching heart Dari yang lain lain tu..
Saya ingat penyanyi remaja ni Dari Singapura
Post a Comment