Masa kecik kecik dulu, aku selalu dipesan dengan pantang larang oleh mak bapak aku atau orang orang tua yang aku kenal. Tapi boleh pulak ada yang aku terima dan ada pulak yang aku buat buat bodoh tak tahu. Aku mengikut rasionalnya. Kalau aku la budak zaman akhir 80an / 90an ni nak tak nak percaya, inikan pula budak budak di zaman sekarang. Diaorang masih kena pesan dengan pantang larang macam ni ke dari mak bapak diaorang? Kalau kena gak diaorang percaya ke? Em, bagi aku la, pantang larang ni adalah nasihat orang orang Melayu yang nak mengelakkan anak anak mereka dari mengamalkan tabiat yang tidak baik dan tak bersopan. Sopan santun kan adat orang Melayu. So, hari ni walaupun aku tengah tak sihat a.k.a demam selsema (time cuti je demam, bila kerja sihat lak, memang tak bagi can orang nak MC) maka aku nak kongsikan dengan orang 10 pantang larang yang biasa aku dengar sejak di zaman muda remaja lagi (sekarang ni pun muda lagi, awet muda arr katakan).
1. Pantang makan berubah tempat, nanti berkahwin ramai.
So what?! Siapa yang takut sebenarnya ni. Kalau dah jodoh tak ke mana. Tapi sebagai lelaki korang mampu ke nak tanggung?
2. Pantang tidur selepas makan, nanti perut buncit.
Ni aku boleh terima pakai, takkan lepas makan terus baring kot. Boleh terkeluar balik nasi dalam perut.
3. Pantang menyanyi di dapur, nanti kahwin dengan orang tua.
Biasa bagi untuk orang perempuan la. Bukan apa, kalau suara sedap tu takpe gak, ni tak... pitching ke laut, mengalahkan katak puru.
4. Pantang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.
Jelous arr tu tak reti bersiul. Sebab obses sangat tengok orang main tiup seruling dengan ular, so nasihat macam macam arr kat orang.
5. Pantang bermain / keluar rumah waktu senja, nanti disorok hantu.
Betul ke? Selalunya 'Hantu Kopek' yang nyorok kan budak. Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri. Dah, pergi masuk rumah solat Maghrib.
6. Pantang menunjuk pelangi, nanti jari kudung.
Ada ke patut? Berdosa ke tunjuk pelangi tu? Pelangi kan ciptaan Allah yang amat mempesonakan. Subhanallah... itu yang perlu diucap bila terlihat kecantikan pelangi.
7. Pantang bangun lewat, nanti susah dapat jodoh.
Ye la... ye la... orang dah bangun dah tadi kul 7 pagi tapi tertido balik sampai tengahari. Kira dah bangun awal laa tu. Sengaja dengki orang dah ada couple.
8. Pantang duduk atas bantal, nanti punggung kena bisul.
Pantang mak bapak aku orang duduk atas bantal tempat aku letak kepala tidur. Boleh pening gamaknya tak tidur sebab bantal tu dah busuk dah melekat dengan bau punggoq ko!
9. Pantang angkat kaki ketika meniarap, nanti emak mati.
Nampak tak sopan sangat agaknya gaya landing cam ni. Cuba try kalo berani? Kalau aku takpe la kot sebab faham faham la sendiri.
10. Pantang cakap besar dalam hutan, nanti dapat bencana.
Kat mana mana pun kita tak boleh cakap besar. Terang terang berdosa besar. Tapi kalau ko berkepala besar sangat, lantak korang arr. Kerana mulut badan binasa.
Sebenarnya banyak lagi pantang larang yang pernah aku dengar. Disebabkan nota ni aku nak masuk dalam ruangan Top 10, maka aku sebutkan 10 yang biasa aku dengar. Tapi disebabkan nak kongsi lebih sikit dengan korang aku tambah lagi 10 hehehe macam macam...
11. Pantang kencing atas busut, nanti buruk kemaluan.
Dah takde tempat lain ke nak pancut? Dah tak tahan sangat la ni. Nak pancut pun minta izin arr dulu kat tuan punya tempat.
12. Pantang makan kepala ikan, nanti jadi bodoh.
Dah memang bodoh, nak buat macam mana. Malas lak tu. Lepas tu salah kan kepala ikan. Ni mesti dia yang sibuk nak ngap dulu kari kepala ikan. Aiii geliga lak otak lu makan sorang kepala otak ikan tu.
13. Pantang makan pisang kembar, nanti beranak kembar.
Alhamdulillah. Lagi meriah dapat anak kembar terus. Tapi jangan arr kembar melekat. Semuanya kehendak Tuhan yang Maha Kuasa.
14. Pantang makan bertindih pinggan, nanti beristeri dua.
Aku sedar siapa diri aku. Nak cari sorang pun susah inikan pula dua. Insya Allah, setiap orang ada jodoh masing masing. Tapi bagi aku satu dah cukup hingga akhir hanyat. Tapi kalau pinggan tu bocor terpaksa la beralas dua pinggan.
15. Pantang makan dalam pinggan sumbing, nanti dapat anak bibir sumbing.
Rasanya kena tukar arr pantang ni. Kalau taknak anak bibir sumbing, si mak nya walaupun mulut tak sumbing tapi jaga arr sikit oral yang takde insurans tu. Ni tak, pagi petang siang malam mengumpat!
16. Pantang menjahit di badan, nanti tidak lepas hutang.
Awat ke bodoh sangat hangpa. Yang pergi wat camtu ape ke hey nyer? Dah tak sabar dah nak pakai ke? Kang tercucuk jarum kat txtxk baru hangpa tahu!
17. Pantang makan leher ayam, nanti bersanding kepala teleng.
Tak pasal pasal makan je kepala teleng. Dah peha ko tibai, kepak ko tibai, dada ko tibai, yang ado leher... habis aku nak makan apo?
18. Pantang mencucuk jarum waktu malam, nanti didatangi sial.
Nak buat apa jarum malam - malam? Ooo nak menjahit. Tak boleh tunggu siang ka? Ooo customer nak esok pagi. Awat tak siapkan siang siang? Ooo siang siang tidoq.
19. Pantang jelir lidah, nanti lidah terpotong.
Weeekkk :P Buruk yang amat. Patut la orang tua tua pesan jangan jelir lidah.
20. Pantang makan sisa makanan anak, nanti anak degil.
Lapar sangat kot. Elok lagi ni. Buang kang membazir, amalan syaitan lak. Makan kang anak tak dengar cakap lak. Ish ish ish nak mendidik anak bukan tahu nak makan je cik kak oiii.
Yang pelangi tu saya hairan.. memag dulu sgt takut tunjuk rainbow.. ape kena mengenanyer jari ngan pembiasan cahaya itu ekkk...?
ReplyDeleteTo A.s.t.i.n.a : FYI, jari ngan pembiasan cahaya tu ibarat air dengan daun keladi... ehem (kalo melalut no. 1) :)
ReplyDeleteeuiwww nak kOmen cikit ni..waaa miSpyeja pun suka mnyayi d dpOr..mmg stuju nyayi dpo lmbt kawin coz .tu kn hnya pntg org2 tua..but..suara miSpyeja x ke laut tw..(terasa lk aq) hehehe...
ReplyDeletenyanyi kat dapur best kot...haha
ReplyDeleteto pyeja : jgan la terase k... org tua pesan camtu bukan apa, die xnak kita cuai je bila kat dapur tu. tq komen
ReplyDeleteto ms. jana : bagi sy nyanyi kat bilik air lagi best hihihi tq komen k :)
ReplyDeleteokay segala pantang ni memang kita pernah dengar..selalu jugak pikir pe logiknya n pe kaitannye,,haha
ReplyDeletepantang mcm ni org tua selalu ckp . lebih2 lh yg bab angkat kaki tu . haha . padahal semua pntang tu ade mksud . kot le
ReplyDeletesemua pantang larang ni adalah kiasan orang tua je... nak larang kita dari buat perkara yang tak elok dipandang!
ReplyDeletealasan dia kadang2 tah hape2 tah...huhu
ReplyDeleteyang kepala ikan tu betullah . yang lain2...hahahaha
ReplyDeleteTo Finaz Jaafar : Apa yang dapat aku rumuskan, orang2 dulu buat pantang larang ni sebab nak suruh anak diaorang beradab.
ReplyDeleteTo cik fyeza : tu la... tak tahulah budak2 zaman sekarang tahu ke tak pantang larang ni.
ReplyDeleteTo mas saari : Ya sokong 100% hehehe
ReplyDeleteTo ~CAHAYA~ : Hehehe no komen. TQ Sudi komen :)
ReplyDeleteTo Mimi Marilyn : Yang kepala ikan tu betul ye... ooo patutla kepala aku makin sengal hehehe
ReplyDeletewah...byk nyer Awie...
ReplyDelete