01. Mukhsin
Aku tengok filem ni kat Pawagam kat Sungai Petani dengan best friend aku. Saja kita orang nak tengok cerita melayu lak. Filem arwah Yasmin paling best yang aku pernah tengok.
Sipnosis : Cerita ini mengisahkan kisah cinta Mukhsin 12 tahun dan Orked 10 tahun. Kali pertama Mukhsin melihat Orked ialah pada masa dia bermain air hujan. Pada saat itu hatinya sudah terpaut pada Orked. Orked bukan seperti budak perempuan lain dalam kampung itu. Dia berlajar di sekolah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan bertutur dalam bahasa Inggeris. Dia lebih gemar membaca dari bermain bersama rakan seumurnya. Dia dilayan seperti orang luar di dalam kampungnya. Tapi segalanya berubah apabila kehadiran Mukhsin yang baru pindah di kampung itu telah memberikan suatu erti bagi Orked untuk menghargai kehidupan dan mengenal erti cinta pada ketika itu. Persahabatan mereka menjadi lebih akrab hari demi hari. Tetapi perasaan yang terpendam lama di dalam hati Mukhsin untuk meluahkan isi hatinya sebenar pada Orked selalu ditangguh-tangguhkan. Adakah masih sempat bagi Mukhsin untuk mengungkapkan kata hati kepada Orked?
02. Kami The Movie
Aku tengok filem ni kat Mid Valley sorang sorang. Tiket kawan aku punya. Dia dah beli siap siap tapi ada hal lak. Jadi dia bagi la kat aku.
Sipnosis : Lynn (Liyana Jasmay) adalah seorang gadis pekan kecil yang mengimpikan peluang untuk mengembara dan menjadi seorang penulis yang terkenal. Lynn juga menulis majalahnya sendiri - KAMI, menggunakan nama samaran Teka Teki. Ali, anak seorang usahawan ingin menceburi diri dalam bidang muzik tetapi kurang berkeyakinan diri untuk meneruskan cita-citanya. Seorang yang suka memendamkan perasaan, Ali telah menjalani program pemulihan dadah dan sedang berusaha untuk mendapatkan kembali kepercayaan ibu terhadap dirinya. Sofie, gadis jelita yang ingin diambil serius kerana kepandaiannya dan bukan kerana paras rupanya. Membesar dengan melihatkan keretakan perkahwinan ibu bapanya. Pengaruh ibunya juga telah menjejaskan hubungan antara Sofie dengan Ali. Abu ialah kawan setia Ali yang sentiasa boleh diharapkan.Seorang yang suka bergurau dan pandai mengambil hati. Abu sebenarnya menyimpan perasaan sedih kerana sikap dingin bapanya disebabkan peristiwa silam. Tetapi penglibatan Abu dalam kecurian dan pergaduhan merenggangkan lagi perhubungan antara dia dan bapanya. Adii, sepupu Ali, ialah seorang yang ceria perwatakannya dan sentiasa inginkan rakan-rakannya gembira. Walaupun terpaksa berhadapan dengan masalah pendengaran ibunya yang menimbulkan situasi-situasi yang memalukan, Adii sentiasa cuba bersikap positif. Hubungan yang dijalinkan bersama seorang lelaki yang ditemui menerusi laman web tidak kesampaian apabila lelaki itu menghilangkan diri secara misteri. Tetapi Adii tetap menaruh harapan untuk bertemu dengannya.
03. Wayang
Aku suka filem yang kekampungan dan realistik macam ni. Filem ni agak kurang popular kat pawagam. Kawan kawan aku pun ada yang tak tahu wujudnya filem ni. Disebabkan aku nak tahu jalan ceritanya macam mana, aku beli la DVD filem ni dan kepuasaannya berbaloi gak.
Sipnosis : Awang Lah (Eman Manan) seorang dalang tersohor. Kekecewaannya terhadap anak sendiri yang tidak mahu mendekati panggung wayang kulitnya, membuatkan Awang Lah berusaha keras mengajar wayang kulit kepada seorang kanak – kanak lelaki buta, Awi (Zul Huzimy) dan seorang kanak – kanak perempuan bersuara sengau, Melor. Setelah dewasa Awi mencuba berbagai gaya tersendiri menyelitkan unsur jenaka pada cerita-cerita dari hikayat Ramayana. Percubaan Awi tidak disenangi Awang Lah yang menganggap wayang kulit adalah seni yang tidak boleh dipinda atau diubah. Awang Lah menjadi bertambah serabut dengan gangguan Jusoh, sepupunya yang menganggap wayang kulit adalah bertentangan dengan agama. Cinta pula berputik antara Awi dan Melor.
04. Anak Halal
Aku tengok filem ni kat DVD masa aku belajar dulu duk kat rumah bujang ngan kawan kawan. Jalan cerita okay arr tapi yang buat bestnya citer ni adalah para pelakon nya yang menjiwai watak sangat sangat terutama Maya Karin.
Sipnosis : Hisham (Rosyam Nor) seorang penjenayah dalam keadaan tersepit telah menyerahkan bayi lelakinya kepada Mariam, seorang perempuan gila. Hisham ditangkap polis dan Mariam yang gila dan hidup di jalanan membesarkan bayi tersebut Putera (Farid Kamil). Mereka tinggal di kawasan setinggan, berjiran dengan Bu Leha dan anak perempuannya, Johanna (Maya Karin) seorang gadis tomboy yang dalam diam menyukai Putera. Putera bekerja di bengkel kereta. Manakala, Jo dan ibunya berniaga buah-buahan di Pasar Chow Kit. Erzan dan Amira Atikah antara sahabat rapat Putera dan Jo. Mereka telah terjebak dengan penggunaan najis dadah akibat tekanan dan desakan hidup. Selain mengedar dan menagih dadah, Erzan yang terpaksa menanggung beban hutang tinggalan ayahnya telah menjadi buruan kuncu-kuncu Hisham. Putera naik berang pada Hisham dan kuncu-kuncu yang telah menjadi punca kepincangan hidup orang-orang yang disayanginya.
05. Geng Pengembaraan Bermula…
Terus terang aku cakap aku tak pernah tengok filem ni sampai habis. Aku tengok sikit sikit part je. Tapi sikit sikit tu semuanya menarik bagi aku. Tak berkelip mata layan DVD anak buah aku punya yang mak dia belikan. Bukan apa time aku tengok tu mesti aku ada kerja nak buat.
Sipnosis : Bosan bercuti di rumah, Badrol mengajak kawan karibnya Lim untuk balik ke kampung Datuknya untuk merasakan suasana musim durian. Tetapi percutian mereka telah bertukar menjadi satu pengalaman yang tidak disangkakan, dimana mereka telah terlibat dengan pembongkaran misteri yang menyelubungi kampung datuk Badrul. Bersama kawan-kawan baru mereka, Rajoo si pembisik haiwan, Ros si gadis kampung, dan adik kembarnya Upin dan Ipin, mereka bekerjasama untuk mendedahkan rahsia yang menghantui kampung itu.
06. Puteri Gunung Ledang
Aku tak tengok kat wayang. Mulanya aku tak berniat pun nak tengok filem yang dikatakan international ini. Selalunya hari raya, kat tv mesti ada filem filem melayu baru. Termasuk la file mini. Jadi aku pun layan la. Nasib filem ni ada kekuatannya gak la pada aku.
Sipnosis : Empayar Majapahit dilanda gawat setelah diserang oleh Putera Demak dari Jawa. Mengelak dari kejadian menjadi bertambah buruk, raja Majapahit, Gusti Adipati Handaya Ningrat menawarkan Demak berkahwin dengan adiknya, Gusti Putri Retno Dumilah (Tiara Jacquelina). Tanpa pengetahuannya, Gusti Putri telah melarikan diri dengan berlayar ke Gunung Ledang untuk bersama cinta hatinya Hang Tuah (M. Nasir). Gusti Adipati terpaksa menjalinkan perkaitan dengan Melaka pula dengan menawarkan adiknya pada Sultan Mahmud Shah pula. Gusti Putri menentang perkahwinan tersebut kerana cintanya hanya pada Hang Tuah. Sultan Mahmud menghantar utusan yang diketuai oleh Hang Tuah ke Gunung Ledang, tetapi dihalang oleh kuasa ajaib Gusti Putri. Akhirnya, setelah pelbagai cabaran, Gusti Putri terpaksa menurut permintaan Hang Tuah yang taat pada Sultan, tetapi dengan 7 syarat. Perutusan pulang ke istana Melaka tanpa Hang Tuah yang kecewa atas kegagalannya. Sultan Mahmud murka dengan kedegilan Gusti Putri dan sanggup menerima cabaran ketujuh-tujuh syarat walaupun bakal meragut nyawa anaknya sendiri.
07. Remp-It
Aku tengok filem ni kat DVD. Masa tu aku masih belajar kat kolej. Duk serumah dengan kawan – kawan. Bila lapang kita orang lepak tengok DVD.
Sipnosis : Mengisahkan Madi (Farid Kamil) sebagai penghantar surat sering merempit pada waktu malam. Dia bukan sekadar berlumba haram tetapi mampu menunjukkan aksi berani di jalan raya. Leka, teman wanitanya sering mendesaknya berkahwin. Kehidupan sosial Madi agak bebas bersama Leka. Kawan baik Madi, Macha (Cat Farish) menjadi orang tengah dalam sesuatu perlumbaan haram disertai Madi. Madi dicabar Spark untuk beradu kecekapan. Malangnya, Madi kalah. Lebih mengharukan Madi dipukul dan motosikal kesayangannya dibakar.
08. Cinta
Aku tak pernah berkesempatan tengok filem sejak ditayangkan di pawagam. Sehingga pada hari raya ianya ditayangkan kat TV, dan masa tu la aku dapat tengoknya sampai habis.
Sipnosis : Cinta adalah sebuah filem yang memaparkan lima kisah cinta berkisar di metropolis Kuala Lumpur. Setiap cerita adalah berbeza dan unik, namun setiap watak berkait menerusi keadaan dan peristiwa. Bertemakan cinta, filem ini menceritakan lima pasangan dengan kisah masing masing di kota yang indah. Ada yang sedang mencari cinta, ada yang bertemu cinta dan ada yang kehilangan cinta. Menerusi film ini, cinta dapat juga dilihat dari pelbagai sudut, cinta suami isteri dan anak, kasih sayang di antara adik beradik dan juga cinta di antara warga emas.
09. Buai Laju Laju
Aku tengok filem ni kat Astro. Ada ambil satu pakej untuk movie movie khas, tak tahu nama pakej tu apa. Filem arahan Uwie ni mengingatkan aku pada filem Perempuan, Isteri Dan Dot Dot Dot.
Sipnosis : Zaiton (Betty Benafe) ialah seorang wanita licik yang banyak muslihat. Kelajuan buai bergantung kepada orang yang membuainya dan di situlah peranan Zaiton hingga berlaku pembunuhan, tetapi orang tidak nampak siapa melakukannya. Zaiton berkahwin dengan Ibrahim kerana hartanya, tetapi kecewa apabila hidupnya tidak mewah. Suaminya hanya kaya tanah, bukan duit. Zaiton menggoda Amran (Eman Manan) hingga lelaki itu sanggup buat apa saja, termasuk membunuh suami Zaiton.
10. Anak Mami The Movie
Aku tengok filem ni kat panggung wayang Mentakab. Sekarang ni panggung wayang tu dah tutup. Filem ni last aku tengok kat pawagam tu. Masa tu time hari raya pertama rasanya. Aku ngan adik beradik aku lain pakat tengok citer ni tayangan terakhir hari tu kul 11 malam. Part menari macam Hindustan yang syok tu. Lagu pun boleh tahan gak.
Sinopsis : Filem ini mengisahkan kehidupan keluarga anak mami di Pulau Pinang. Aniq (Farouk Husien) berkenalan dengan Amelia (Emelia Rosnaida) tetapi mereka mempunyai masalah untuk memberitahu keluarga kerana sikap keluarga yang mengaturkan perkahwinan anak-anak. Kedua dua mereka yang menuntut di universiti berpakat kononnya universiti mengadakan program keluarga angkat. Amelia tinggal sebagai anak angkat di rumah keluarga Aniq, manakala Aniq pula ke rumah keluarga Amelia untuk memikat bakal mertua masing masing.
paling suke cerita mukhsin!!terbaik...tengok ulang2 pon sweet...hhehehehehe...cinta monyet...hahhahahaha
ReplyDeletekalau saya:
ReplyDelete1. Hati Malaya
2. Mukhsin
3. Magika
4. Hantu Kak Limah Balik Rumah
5. Qaisy & Laila
6. Embun
7. Gol & Gincu
8. Sayang You Can Dance
9. Sepet
10. Jangan Pandang Belakang
mukhsin memang bagus.cerita melayu yg lain dari yg lain.yg citer laen tuh cm bese je
ReplyDeleteDari http://youthyousof.blogspot.com/ baru folo sini. Keep bloging ;D
ReplyDeleteMukhsin, Kami, Wayang, Geng Upin Ipin memang terbaiklah!!
memang suka cerita mukhsin...BEST!!
ReplyDeletebanyak citer aku tak tengok lagi.. adeh~
ReplyDeletedalam banyak2 filem, aku suka tengok filem K.A.M.I, sebab menceritakan kisah sahabat yang sebenarnya
ReplyDeletebuai laju2 tu mcm best..tak pernah tgk pon sebelum ni...nak kena cari ni
ReplyDelete