24 September 2011

10 Idea Bawa Lari Pengatin Perempuan

Bist du verrückt, Awie? Bist du so verzweifelt, Awie? Was sind die Dinge, die Sie setzen diesen Eintrag? Willst du den Absturz zu finden! Tak faham translate kat google. Ini semua penangan blog "An End Has a Start" la ni. Bloggernya minat nak belajar bahasa German. Sampai aku pun tersangkut nak belajar sama. Aku kan suka tengok Charlie Chaplin, salah satu movienya yang aku suka tengok adalah "The Great Dictator". Itu bukan movie bisu. Dia ada bercakap dalam bahasa German dalam tu. Macam best je cakap. Sebab tu la sebagai pembuka kata aku cakap dalam bahasa tu.

Pelik semacam tajuk entri hari ni? Kenapa nak bawak lari bakal isteri orang? "Ko nak ajaq orang buat jahat ka?" tanya aku kepada diri aku sendiri. "Takde akai apa!" sambung aku kepada diri aku lagi. Dengan serius aku menjawab pertanyaan aku, "Macam mana aku tak bawak larik, dah itu awek aku!". Lantak ko la labu. Betul betul bikin panasssssz kat olang la lu. Astaghfirullahalazim... Apa aku dah buat ni? Meruntuhkan sesuatu yang mulia hendak dibina. Ya Allah, aku tak bermaksud demikian. Dalam hati, tak tergamak rasanya buat macam tu. Ko kena terima, dia bukan jodoh kau. InsyaAllah akan ada seseorang yang muncul untuk bersama kau ke akhirnya nanti.

Okay. Aku nak bertenang jap....... (tujuh titik cukup la) Aku buat entri ni SEKADAR HIBURAN SEMATA MATA. TIADA KAITAN NAK CARI GADUH, TIADA NIAT NAK AJAR ORANG BUAT JAHAT dan TAK ADA KAITAN DENGAN SESIAPA.

1. Menyamar jadi tok kadi.

Kena touch up muka kasi nampak tua la gamaknya. Kata tok kadi. Pastu berpakaian serba alim. Dah sampai ke saat ijab kabul tu, belum sempat nak lafaz pura pura buat kena heart attack. Tak cukup sakit jantung, buat gaya kena sawan ba alif ba ya. Tak cukup lagi buat buat la kena rasuk dan sempat lagi tu kata kat bapak pengatin perempuan, kalau nak okay balik kahwinkan anak perempuannya itu ngan dia.



2. Jumpa direct ayah dan ibu pengatin perempuan.

Dengan gentlemannya. Berpakaian segak menawan hinggakan anak anak dara dan mak mak janda kat kenduri tu tergoda olehnya. Terus saja berdepan ngan mak bapak pengatin perempuan. Kata direct nak kahwin dengan anaknya. Kalau kena maki, buat muka slumber. Merayu dan terus merayu walaupun terpaksa terjelupuk ke tanah lumpur. Meraung kuat kuat kalau boleh, ceritalah kisah pertemuan pertama korang depan pasar ba alif ba ya suatu ketika dahulu. Acting tu kasi over siap tarik tarik baju bapak pengatin lagi sampai la orang tua tu fade up dan kahwinkan gak kau ngan anak dier.



3. Ganti tempat pengatin lelaki.

Dalam ruang tamu. Tok kadi dah ada. Wali dah ada. Pengatin perempuan dah ada. Saksi dah ada. Semua tengah tunggu kedatangan pihak pengatin lelaki yang dah tujuh hari tujuh malam tak sampai sampai. Apalagi, melompatlah ke kusyen kosong depan tok kadi tu. Sebelum nak bersalam ngan tok kadi, pastikan bagi duit kat bapak pengantin perempuan sebagai hantaran. Duit tu kena berjumlah RM 100,000. Pasti tak tunggu sape dah. Terus berlangsung akad nikah. Nak lagi laju, bagi arr tiket percutian ke Hawaii pergi tak balik balik kat tok kadi.



4. Mesrakan diri dengan keluarganya.

Tinggal kat rumah pengatin perempuan seminggu sebelum majlis akad nikah berlangsung. Kata nak jadi anak angkat kat bapak ngan mak pengatin perempuan. Sejak dari tu terus berubah sifat jadi anak yang soleh, berkerja siang malam tolong semua orang dalam keluarga tu. Buat semua kerja diaorang. Suruh diaorang goyang kaki je kat rumah tu. Memasak, mencuci, mengecat, mengemop, mengelap semua buat la. Kalau boleh siap bina sebijik rumah lagi untuk diaorang. Ramah mesra tu sewajibnya. Kalau boleh jangan berhenti cakap. Bercakap je memanjang dengan penghuni rumah tu termasuk kucing peliharaan diaorang. Pasti kau terpilih menjadi menantu rumah tu.



5. Buat konsert besar besaran kat khemah kenduri.

Dalam suasana riuh rendah kenduri, kita buka satu pentas konsert kat sebelah kemah makan. Kata arr kat bapak pengatin perempuan, kita yang sponser semua ni. Kalau konsert kena arr letak sound speker besar punyer siap ngan lampu spotlight dan asap kabus lagi. Lepas tu melalak la sepuas puasnya sorang sorang. Jangan bagi can kat orang lain nyanyi. Gunakan volume yang paling tinggi kasi binggit telinga semua orang. Kalau terer, pekak badak pun boleh dengar. Nyanyi la lagu jiwang jiwang tangkap leleh punya dengan tajuk "Cintaku Di Curi Orang" ataupun "Kau Bersanding Aku Terbaring". Setiap lagu ditujukan pada pengatin perempuan sahaja dengan ucapan yang romantis. Nescaya bapaknya berang dan nikahkan kau dengan anaknya.



6. Menyamar jadi wakil pihak pengatin lelaki.

Ambil jarak 100 meter dari tapak kenduri. Anggap ni satu perlumbaan lari. Lari selaju lajunya tanpa berhenti sampaila betul betul berhadapan bapak pengatin perempuan siap terhantuk kepala lagi. Lepas tu lepaskan mengah jap dalam lima minit. Habis tu bagitahu yang diri ini adalah wakil pihak lelaki. Katakan ada sesuatu yang terjadi pada pihak lelaki semasa dalam perjalanan ke sini. Cerita bermula dengan ayat "Malang tak berbau...," dan akhirkan dengan ayat, "... dia wasiatkan supaya saya berkahwin dengan anak pakcik,". Mesti bapak pengatin perempuan tu ajak masuk ke rumah teruskan majlis sambil tangannya mengusap usap benjol di dahi.



7. Pinjam hanset dan bagi sms palsu.

Mula mula kena curi curi masuk ke bilik pengatin perempuan. Dah termasuk tu kata la kat dia nak jumpa pengantin perempuan jap. Lepas tu kata la nak pinjam hanset dia sahaja! Bukan hanset pengapit ke mak andam ke sebab nak telefon seseorang ada hal kecemasan. Kata la hanset masuk lubang jamban tadi. Dah dapat, cepat cepat keluar dari bilik tu dan cari nama "Abang Sayang" ke "Kekanda" ke "Hero Malaya" ke "Mangsa Seterusnya" ke lepas tu terus hantar sms ke nama tu. Kat sms tu taip : "aku x jadi kahwin ngan ko mangkok! aku sekarang kat Phuket bersama dgn my hubby. Mat saleh lagi. Bukan macam ko muka macam buntxt kuali, buntxt ... (ayat yang seterusnya di padamkan kerana terlalu dasat)". Lepas tu mesti pihak lelaki tu balas balik. Pandai pandai la korang caci mencaci kat sms tu. Sampai la lelaki tu kata, "Ko ngan bapak ko sama je, children of .... (lagi sekali ayat di tapis). Lepas tu tunjuk kat bapak pengatin perempuan. Sure ko akan jadi menantu loncatan sebab takut apa orang lain kata nanti.



8. Buat pengakuan kat orang ramai.

Berjumpa setiap individu kat majlis kenduri tu hatta bayi yang baru berusia 3 hari pun. Buat pengakuan kat diaorang yang ko ada skandal ngan pengantin perempuan. Cerita arr korang penah dating kat dalam gua Batu Caves. Korang penah gi melencong kat jirat cina. Korang penah joging sekeliling loji kumbahan. Pasti akhirnya ada orang yang akan sampaikan kat telinga bapak pengatin perempuan. Dan akhirnya ko kena heret macam lembu disamping cercaan sampai jumpa tok kadi. Masa tu ko kena banyak sabar. Senyum je. Sebab di hujungnya kau akan terima yang terbaik. Lepas akad nikah, kau ucap tahniah kat bapak mentua ko tu macam ni , "tahniah bapak, tiga bulan lagi merasa la timang cucu," walaupun hakikatnya isteri ko tu masih suci lagi.



9. Halang laluan jalan ke rumah pengantin.

Sebelum pengatin lelaki sampai ke rumah pengatin perempuan. Korang kena block beberapa jalan supaya mereka tak dapat sampai ke tempat yang dituju. Kalau budak pakai ambik satu satu bunga mangga tu, apa kata ko ambik ke semuanya terus, tinggalkan buat betik muda je kat situ. Nak lagi kreatif, buat letak spek mata hitam kat betik tu. Ukir mulut tersenyum lagi. Sampai selengkoh nak masuk kampung, ko parkirkan berpuluh puluh ekor binatang seperti lembu, kambing, kerbau, ayam dan unta kat tengah tengah jalan tu. Nak letak mat pit terbaring tengah jalan tu pun tak pe. Nak lambatkan lagi pihak pengatin lelaki sampai, tebang pokok yang paling besar kat tepi jalan tu kasi halang terus laluan. Dekorat sekitarnya ibarat jalan mati. Dan akhirnya pandai pandai ikut langkah no.6.



10. Perancangan dengan pengatin perempuan.

Nak plan yang berani mampuih punya like kamikaze, ko datang siap berpakaian pengatin lelaki, bertanjak keris sakan. Warna baju mesti sama kaler dengan pengantin perempuan. Lepas tu minta izin kat mak bapak dia nak jumpa anak dara diaorang. Dah jumpa berhadapan disaksikan oleh kedua dua orang tua pengantin perempuan yang kedua dua berkerut dahi cuak kehairanan melihatkan apa yang terjadi. Apalagi, sebut la kata kata hikmah tu kat si dia. Lamar dia sejiwangnya depan mak bapak dia. Kalau dia betul betul cinta kat ko, dia mesti nak. Seterusnya bergurindam jiwa lar sama, siap nyanyi "sayang menyayang...". Kalau boleh, aksi tu over sikit sampai orang sekeliling  loya terbeluek muntoh tengok. Kalau mak bapak pengatin perempuan tu marah dan suruh berhenti, anda dan si dia teruskan sahaja aksi tu macam orang gila. Kalau pandai menari tango, teruskan sahaja.

Aku sebenarnya dalam kerisauan postkan benda ni. Untuk pengetahuan korang, terutama yang kurang arif dalam membezakan yang jahat dan yang baik, semua di atas adalah perbuatan BERDOSA BESAR. JANGAN SESEKALI mengikutnya. Sebab itu aku tak masukkan cara yang lebih haram lagi. Sesetengah orang pandai mengolahnya, tapi ada sesetengah orang tak pandai mengolahnya, itu yang takut tu!  

14 comments:

  1. hihihi mcm2 tips adaaaa...:P :P

    meh ke rumah..
    ~dialog danish~
    keep in touch ye..♥♥♥

    ReplyDelete
  2. hahahaha tersengih2 i baca entry ni..kretif tol idea ni

    ReplyDelete
  3. salam..

    kalau dah suka..bincang elok2 dan jumpalah orang tua..tu yg terbaik.:)

    ReplyDelete
  4. macam2 idea...yg kalakar ade yg ejam puna ade...huhuhu..

    ~crita hindustan mmg slalu jer ade babak kahwin lari...huhu..~

    ReplyDelete
  5. eeeemmm tak baik kawin lari tak baik kalau tak ada restu mak ayah

    buang emak buang saudara
    sayangkan balak ku turutkan
    cabuttt kawin koboiii

    cehhh ini cara tak bagus macam orang lombok ajerr

    buat pembaca blog kami
    firestartingautomobil.blogspot.com
    bukandoktorveterinar.blogspot.com
    Jom Terjah entry terbaru ??
    kesan embun pagi pada kereta

    ReplyDelete
  6. To Dda Ly : ye macam 2 tapi jgn diikutkan. sekadar hiburan semata mata. ke rumah? InsyaAllah nanti sy singgah.

    ReplyDelete
  7. To Nobita Sensei : Emmmm pakai bomoh lagi bahaya. Berdosa. hehehe anyway thanks for de komen.

    ReplyDelete
  8. Imanshah : Ye... kesian kat mak bapak. Jgn salah sangka, tak buat macam tu pun. Tq komen.

    ReplyDelete
  9. To nick dot anis : terima kasih... terima kasih... sekadar hiburan je. Thank you komen.

    ReplyDelete
  10. To Terbang Bersamaku : hehehe tu la... dah macam citer hindustan. TQ komen k.

    ReplyDelete
  11. To Afzainizam : Ye, memang tak kan kekal lama sesebuah perkahwinan tu tanpa restu dari mak ayah. Kepada Afzai dan kawan kawan yang komen di atas, InsyaAllah sy akan terjah blog anda dan komen di sana sekali. kalau tak follow lagi akan aku follow sekali. Tq semua.

    ReplyDelete
  12. To Sekamar Rindu : Betul tu kak. Itu caranya. Tq komen :)

    ReplyDelete