Followers

11 April 2012

Hukum Karma




Assalamualaikum… Halloo… Apa khabar semua?! Pertama sekali nak minta maaf sebab kesunyian selalu. Okay, hari ni aku nak cerita la satu lagi sejarah dalam hidup aku. Kejadiannya baru tahun lepas, tapi ceritanya bermula dah lama. Kali pertama dalam sejarah hidup aku, aku kena panggil naik mahkamah jadi saksi. Wow!! Mulanya aku teruja. Kadang kadang rasa takut pun ada. Takut tersalah cakap, tipu kang berdosa pulak. Macam macam la aku fikir sebelum pergi tu, terfikir macam mana nak menjawab soalan soalan pendakwaraya nanti. Jangan kecut perut tak tahu nak jawab apa sudah.



Tadi aku kata kejadian ni baru lagi tapi cerita ni dah lama sebabnya kes yang nak dibicarakan kat mahkamah tu berkaitan dengan kecurian Motor EX5 abah aku 3 tahun lepas. Time tu aku study lagi kat Sungai Petani. Kat sana aku guna Motor EX5 abah aku. Nak jadi cerita, masa cuti panjang, aku minta tolong kawan aku ni yang tinggal kat Sungai Petani jaga Motor EX5 tu. Aku takut nak tinggalkan motor tu kat asrama. Mana tau kena curi. Aku balik la kampong kat Pahang naik bas. Tengah duk syok bercuti, kawan aku tu tipon. Dia kata motor kena curi. Dia kata dah rantai habis motor tu guna mangga kunci paling besaq lagi. Tapi tetap kena curi gak. Abah aku mengamuk giler arr. Bising dari malam sampai pagi tak cukup lagi sambung balik dari pagi sampai malam. Akhirnya aku tak seronok dengan cuti aku tu.




Tak sangka! Time aku dah keje sekarang, kawan aku cakap polis dapat jumpa motor tu balik. Polis tahan mamat ni kat roadblock, cek punya cek motor yang dia pakai tu motor curi. Walaupun no plat dah tukar tapi yang jadi kantoinya no enjin motor tu arr. Sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Tapi mamat tu kata dia beli motor tu dari kawan yang dia kenal la. Dia kata kawan dia tu nak bagi geran motor tu, tapi sampai ke sudah dia tak dapat. Dah memang sah motor tu curi. Alamatnya dia sendiri kena tuduh mencuri sebab takde bukti hitam putih beli motor tu. Kena tahan lak bila dia bawak motor tu. Kalau motor tu diperiksa masa dia takde, rasanya dia boleh cabut dulu.

Kawan aku pun dah buat report polis. Yang jadi kes mahkamahnya, mamat tu kena tuduh mencuri dan dia tak mengaku dia mencuri sebab dia beriye kata dia beli motor tu. Kes ini dah mula dibicarakan tanpa aku. Kawan aku tu sebagai pereport yang kena naik court. Alih alih dia lak kena tuduh curi sebab geran motor tu bukan nama dia tapi nama abah aku. Sebab tu dia panggil aku jadi saksi untuk kes tuduhan ke atas dia lak. Sememangnya kawan aku tu tak salah, sebab tu aku beriye mintak cuti dan pergi ke Sungai Petani pada tarikh yang ditetapkan untuk kes perbicaraan selanjutnya tu.





Bila sampai sana aku dah mula berdebar nak masuk dewan court tu. Entah apa yang peguam ngan hakim tu tanya nanti. Jangan tanya berbelit belit sudah. Kat luar court kawan aku bawak aku ngan abah aku jumpa polis yang berpangkat sarjan yang incaj kes ni. Aku ngan abah aku pun dibawa tengok motor tu kat luar mahkamah. Memang sah tu motor kitaorang! Handle motor warna biru gelap ngan kulit terkupas macam dulu lagi. Mamat yang kena tahan bawak motor tu dulu pun kita jumpa. Bila nampak kitaorang dia macam terkebil kebil lak, merapu rapu lak cakap. Macam dengar tak dengar.





Tapi akhirnya syukur Alhamdulillah, kes tu dah setel hanya di luar mahkamah! Aku tak masuk langsung court. Kawan aku pun sama. Polis ngan orang orang court tu cakap yang mamat ni nak mengaku petuduhan yang dia curi. Walaupun dia cakap dia mangsa keadaan, tapi kitaorang tak boleh nak buat apa. Dah jadi kes mahkamah. Siapa suruh beli motor tu walaupun murah dan tahu tak dapat geran dengan segera. Entah entah dia tahu dah motor tu motor curi. Ataupun mamat tu sendiri yang curi. Mula kata macam macam, beli la dapat la apa la, mana tahu boleh ringankan hukuman. Sorry to say la.




Dah menjadi ‘Hukum Karma’, yang baik dibalas baik, yang jahat dibalas jahat. Kalau kita tak buat salah, buat apa kita nak takut. Berani kerana benar, takut kerana salah. Jadi berhati hati lah ye, dalam menjalani liku liku hidup atas dunia. Jangan sampai kita naik court lak tak pasal pasal. Kalau di pihak benar tak pe gak, ni di pihak tak benar. Tu yang susah. Anyway, kalau nak beli motor tu kumpul la duit dari sekarang. Beli la motor kat tempat yang betul. Jangan suka hati beli je motor walaupun dengan orang yang kita kenal. Takut takut motor yang kita beli tu motor curi. Dapat geran pun geran palsu. Last last bila kat roadblock kita yang kena tahan masuk lokap. Yang pencuri tu dah la dapat duit, siap hidup bebas enjoy mencuri lagi. Kwang kwang kwang kwang…

9 comments:

atikNAOshi said...

hahaha..sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh tergolek2..keh3!

padan muka pencurik tu!


http://dapurhangitsaya.blogspot.com

Awie Omar said...

To atiknaoshi : thank you sudi baca. akan aku lawat blog anda :)

A.s.t.i.n.a said...

tapi sian gak dier kan sebab dier beli dari pencuri..

Awie Omar said...

To A.s.t.i.n.a : Lagi kesian bile tengok bini ngan 4 orang anak die yang masih kecik lagi. Sudah la tiada pekerjaan tetap, malang seperti ini lak dia terima.

Unknown said...

lahaaii..oke lah.at least dapat balik moto tuh..

Awie Omar said...

To noorniey : itu la pasal. nasib baik jumpa balik.

Unknown said...

rezeki lettew :)

haz said...

haz undi cheida..

Cheida_Mymee said...

undi korn sbb penulisan blog dia asli dan menarik
:)