Dan
sebenarnya Anugerah Bintang Popular ini telah berlangsung sejak tahun 1987
dimana ianya dinamakan Anugerah Pelakon / Penyanyi Popular 1987. Tetapi semasa
itu tiada lagi anugerah untuk Artis Paling Popular kerana ianya diperkenalkan
pada tahun 1990 sehingga la sekarang.
Entri
seterusnya ini adalah sambung daripada entri : ABPBH : Bintang Paling Popular
1990 – 2010 (Part 1) Boleh tekan link di bawah ini.
7. Siti
Nurhaliza (ABPBH 1996, ABPBH 1997/98, ABPBH 1998/99, ABPBH 2000, ABPBH 2001, ABPBH
2004, ABPBH 2009)
Mula
menempa nama sebagai artis semenjak menjuarai Bintang HMI 1995 pada usia 16
tahun. Single pertamanya "Jerat Percintaan" dari album sulungnya
“Siti Nurhaliza” berjaya mengangkat popularitinya sebagai seorang penyanyi. Bahkan lagu tersebut merangkul anugerah lagu
terbaik, lagu balada terbaik dan persembahan terbaik dalam Anugerah Juara Lagu
ke-10. Di samping mutu vokal yang terbaik, beliau semakin diminati ramai kerana
personalitinya yang sopan dan bersifat kemelayuan sejati. Melebihi 100 anugerah
pernah digenggaminya dan albumnya sentiasa mencapai jualan berbilang platinum.
Tidak hairanlah sejak kehadirannya dalam industri muzik Malaysia, Artis Paling
Popular ABPBH diterima olehnya sejak 1996 hingga 2001, kemudian pada tahun 2004
dan 2009. Malah bagi kategori Penyanyi Wanita Popular pula, anugerah tersebut
sentiasa dalam genggamannya dari tahun 1996 hinggalah 2009. Itupun kerana
beliau menarik diri dari bertanding lagi dalam ABPBH 2010 hingga kini.
8. Rosyam
Nor (2002)
Rosyam Nor
sudah lama berada dalam industri perfileman tempatan iaitu sejak tahun 1986.
Filem pertamanya pada tahun 1986 ialah “Gila Gila Remaja”. Namun populariti dan
mutu lakonannya makin menyerlah pada tahun 1998. Masa itu filem lakonannya
“Lenjan” sentiasa menjadi bahan cerita oleh media massa. Dari filem tersebut,
beliau menerima anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam Festival Filem
Asia Pasifik 43 di Bangkok. Peminatnya makin bertambah kerana kerja kuatnya
dalam dunia lakonan malahan beliau kurang dengan kontroversi. Bak kata orang :
tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, 2002 membuktikan bahawa
tahap populariti sudah meningkat dimana
beliau berjaya menggondol anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular, Pelakon TV
lelaki Popular dan Artis Paling Popular dalam ABPBH 2002. Kejayaan ini mungkin
ada kaitan kejayaan lakonannya dalam filem “KL Menjerit” pada tahun yang sama.
9. Saiful
Apek (2003)
Seorang
pengacara, penyanyi, pelakon dan semestinya paling dikenali sebgai seorang
pelawak. Pernah menganggotai kumpulan
lawak Senario (selepas pengunduran Hamdan dan Ilya) dimana berkesempatan untuk
berlakon dalam filem dan merakam lagu dalam studio bersama ahli ahli senario
yang lain. Popularitinya sebagai pak lawak makin terselah semenjak beliau
bersama sama dengan kumpulan Senario. Panggilan “Apek” melekat pada namanya
kerana lakonannya sebagai apek cina yang menjadi pengacara bersama Ogy Ahmad
Daud dalam “Melodi” disukai ramai. Selepas keluar dari senario dan bergerak
secara solo, sahamnya dalam dunia lakonan makin tinggi kerana selalu menerima
tawaran untuk berlakon memegang watak hero dalam beberapa buah filem. Antara
filem filemnya yang popular adalah seperti Jutawan Fakir, Senario Lagi, Laila
Isabella, Cinta Luar Biasa, Kuliah Cinta, Nana Tanjung dan banyak lagi. 2003
adalah tahun yang paling memberi tuah kepadanya kerana berjaya menggondol
anugerah Artis Paling Popular. Kejayaan ini adalah hasil lakonan lawaknya dalam
tv, filem dan VCD (masa tahun 2001 – 2003 banyak produksi filem mengeluarkan
drama drama dalam bentuk VCD) yang
diterima ramai. Selain artis paling popular, Saiful Apek menerima anugerah
Pelakon TV/VCD Popular dan Artis Komedi Lelaki Popular dalam ABPBH 2003.
10. Mawi
(ABPBH 2005, ABPBH 2006, ABPBH 2007)
Selama 3
tahun berturut turut, industri hiburan tempatan dilanda fenomena Tsumawi. Sejak
2005, Mawi, johan dari program realiti tv “Akademi Fantasia 3” mula menyinarkan
bakat dan ketrampilannya sebagai anak felda yang berbakat besar dan merendah
diri sehingga dikenali seluruh warga Malaysia khususnya bangsa Melayu. Lagu “Aduh
Saleha” membawa dirinya naik ke satu platform sebaris dengan penyanyi penyanyi
berkaliber walaupun baru berjinak dalam dunia muzik tempatan. Album pertamanya
mendapat sambutan yang hangat. Dalam ABPBH, selain Artis Paling Popular, Mawi juga
pernah menerima Anugerah Baru Lelaki Popular (2005) dan Penyanyi Lelaki Popular
(dari 2005 hingga 2008).
11. Nabil (ABPBH
2008)
Tuah
sememangnya ada pada juara Raja Lawak musim ke 2 ini. Selepas memenangi
pertandingan itu, Nama Nabil sentiasa disebut sebut oleh jutaan peminatnya.
2008 membuktikan pengaruh Nabil begitu kuat sehingga menggondol anugerah Artis
Paling Popular yang sebelum ini diterima oleh Mawi selama 3 tahun berturut
turut. Pada tahun itu, Nabil turut menerima anugerah Artis Baru Lelaki Popular
dan Artis Komedi Lelaki Popular.
12.
Shaheizy Sam (ABPBH 2010)
Penganugerahan
ABPBH 2010 dikuasai oleh pelakon Shaheizy Sam yang menjulang anugerah Bintang
Paling Popular 2010 dengan meraih 126,168 undi daripada kesemua 16 kategori
yang diundi oleh peminat hiburan tanahair. Kerjaya seni Sam bermula pada tahun
1994 dan namanya mula disebut sebut media massa selepas berlakon dalam satu
drama tv yang mengesan jiwa berjudul “Pa’e”. Namun nasib tidak menyebelahinya
dalam dunia lakonan pada masa tu kerana kurang mendapat tawaran berlakon
walaupun lakonannya dalam “Pa’e” amat terbaik. Mula munculkan diri semula dalam
dunia lakonan pada tahun 2006. Dan pada tahun 2009, beliau menerima tawaran
berlakon dalam beberapa buah filem seperti “Bohsia : Jangan Pilih Jalan Hitam”,
“Jangan Pandang Belakang Congkak”, “Evolusi KL Drift 2”, “Niyang Rapik”, “Ngangkung”
dan banyak lagi. “Adnan Semp-It” adalah salah satu filem lakonannya sebagai
hero pada tahun 2010 yang mencecah kutipan box office. Wataknya sebagai Adnan
dalam filem itu amat popular sekaligus mempengaruhi kemenangannya sebagai Artis
Paling Popular dalam ABPBH 2010.
4 comments:
ohh..ni rupanya muka-muka pling popular,bnyk gila ct
kan bagus kalu siti join lagi anugerah ni.. xdapat nak undi dia..(undi ker??)hehe
saya dah pilih!
saya komen dekat entri NTB1-Episod 15 tu.. harap maklum ye!
syaa pilih Nadia Farhana.. maaf cik yaya.. benar2 mintak maaf
Post a Comment