Assalamualaikum…
Halloo… Apa khabar semua?! Pertama sekali nak minta maaf sebab kesunyian
selalu. Okay, hari ni aku nak cerita la satu lagi sejarah dalam hidup aku.
Kejadiannya baru tahun lepas, tapi ceritanya bermula dah lama. Kali pertama
dalam sejarah hidup aku, aku kena panggil naik mahkamah jadi saksi. Wow!!
Mulanya aku teruja. Kadang kadang rasa takut pun ada. Takut tersalah cakap,
tipu kang berdosa pulak. Macam macam la aku fikir sebelum pergi tu, terfikir
macam mana nak menjawab soalan soalan pendakwaraya nanti. Jangan kecut perut tak
tahu nak jawab apa sudah.
Tadi aku kata kejadian ni
baru lagi tapi cerita ni dah lama sebabnya kes yang nak dibicarakan kat
mahkamah tu berkaitan dengan kecurian Motor EX5 abah aku 3 tahun lepas. Time tu
aku study lagi kat Sungai Petani. Kat sana aku guna Motor EX5 abah aku. Nak
jadi cerita, masa cuti panjang, aku minta tolong kawan aku ni yang tinggal kat
Sungai Petani jaga Motor EX5 tu. Aku takut nak tinggalkan motor tu kat asrama.
Mana tau kena curi. Aku balik la kampong kat Pahang naik bas. Tengah duk syok
bercuti, kawan aku tu tipon. Dia kata motor kena curi. Dia kata dah rantai
habis motor tu guna mangga kunci paling besaq lagi. Tapi tetap kena curi gak.
Abah aku mengamuk giler arr. Bising dari malam sampai pagi tak cukup lagi
sambung balik dari pagi sampai malam. Akhirnya aku tak seronok dengan cuti aku
tu.
Tak sangka! Time aku dah
keje sekarang, kawan aku cakap polis dapat jumpa motor tu balik. Polis tahan
mamat ni kat roadblock, cek punya cek motor yang dia pakai tu motor curi.
Walaupun no plat dah tukar tapi yang jadi kantoinya no enjin motor tu arr.
Sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Tapi mamat tu
kata dia beli motor tu dari kawan yang dia kenal la. Dia kata kawan dia tu nak
bagi geran motor tu, tapi sampai ke sudah dia tak dapat. Dah memang sah motor
tu curi. Alamatnya dia sendiri kena tuduh mencuri sebab takde bukti hitam putih
beli motor tu. Kena tahan lak bila dia bawak motor tu. Kalau motor tu diperiksa
masa dia takde, rasanya dia boleh cabut dulu.
Kawan
aku pun dah buat report polis. Yang jadi kes mahkamahnya, mamat tu kena tuduh
mencuri dan dia tak mengaku dia mencuri sebab dia beriye kata dia beli motor
tu. Kes ini dah mula dibicarakan tanpa aku. Kawan aku tu sebagai pereport yang
kena naik court. Alih alih dia lak kena tuduh curi sebab geran motor tu bukan
nama dia tapi nama abah aku. Sebab tu dia panggil aku jadi saksi untuk kes
tuduhan ke atas dia lak. Sememangnya kawan aku tu tak salah, sebab tu aku
beriye mintak cuti dan pergi ke Sungai Petani pada tarikh yang ditetapkan untuk
kes perbicaraan selanjutnya tu.
Bila sampai sana aku dah mula berdebar nak
masuk dewan court tu. Entah apa yang peguam ngan hakim tu tanya nanti. Jangan
tanya berbelit belit sudah. Kat luar court kawan aku bawak aku ngan abah aku
jumpa polis yang berpangkat sarjan yang incaj kes ni. Aku ngan abah aku pun
dibawa tengok motor tu kat luar mahkamah. Memang sah tu motor kitaorang! Handle
motor warna biru gelap ngan kulit terkupas macam dulu lagi. Mamat yang kena
tahan bawak motor tu dulu pun kita jumpa. Bila nampak kitaorang dia macam
terkebil kebil lak, merapu rapu lak cakap. Macam dengar tak dengar.
Tapi akhirnya syukur Alhamdulillah, kes tu
dah setel hanya di luar mahkamah! Aku tak masuk langsung court. Kawan aku pun
sama. Polis ngan orang orang court tu cakap yang mamat ni nak mengaku petuduhan
yang dia curi. Walaupun dia cakap dia mangsa keadaan, tapi kitaorang tak boleh
nak buat apa. Dah jadi kes mahkamah. Siapa suruh beli motor tu walaupun murah
dan tahu tak dapat geran dengan segera. Entah entah dia tahu dah motor tu motor
curi. Ataupun mamat tu sendiri yang curi. Mula kata macam macam, beli la dapat
la apa la, mana tahu boleh ringankan hukuman. Sorry to say la.
Dah
menjadi ‘Hukum Karma’, yang baik dibalas baik, yang jahat dibalas jahat. Kalau
kita tak buat salah, buat apa kita nak takut. Berani kerana benar, takut kerana
salah. Jadi berhati hati lah ye, dalam menjalani liku liku hidup atas dunia.
Jangan sampai kita naik court lak tak pasal pasal. Kalau di pihak benar tak pe
gak, ni di pihak tak benar. Tu yang susah. Anyway, kalau nak beli motor tu
kumpul la duit dari sekarang. Beli la motor kat tempat yang betul. Jangan suka
hati beli je motor walaupun dengan orang yang kita kenal. Takut takut motor
yang kita beli tu motor curi. Dapat geran pun geran palsu. Last last bila kat
roadblock kita yang kena tahan masuk lokap. Yang pencuri tu dah la dapat duit,
siap hidup bebas enjoy mencuri lagi. Kwang kwang kwang kwang…
9 comments:
hahaha..sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh tergolek2..keh3!
padan muka pencurik tu!
http://dapurhangitsaya.blogspot.com
To atiknaoshi : thank you sudi baca. akan aku lawat blog anda :)
tapi sian gak dier kan sebab dier beli dari pencuri..
To A.s.t.i.n.a : Lagi kesian bile tengok bini ngan 4 orang anak die yang masih kecik lagi. Sudah la tiada pekerjaan tetap, malang seperti ini lak dia terima.
lahaaii..oke lah.at least dapat balik moto tuh..
To noorniey : itu la pasal. nasib baik jumpa balik.
rezeki lettew :)
haz undi cheida..
undi korn sbb penulisan blog dia asli dan menarik
:)
Post a Comment