Followers

14 February 2012

10 Kaedah Elak "Ter" Sambut Hari Valentine


Assalamualaikum. Salam bahagia semua. Pagi pagi dah buka blog terbaca komen dari seorang blogger, Jokeonsalo. Saudara kita ni menjemput aku untuk menyertai "Kempen anti Valentine's Day" yang dianjurkan olehnya. Korang yang lain pun boleh sertai kempen ini. Jom arr sama sama kita member sokongan. Cara-caranya yang mudah untuk menyertai kempen ini boleh tengok di sini : http://jokeojeonsalo.blogspot.com/2012/02/kempen-anti-valentines-day.html


Berkaitan dengan kempen di atas, Carta 10 hari ini membawa tajuk seperti yang tertera di atas. Semoga apa yang dapat aku kongsikan hari ni dapat mengingatkan pada diri dan korang yang lain agar tidak terjebak  dengan anasir anasir luar yang mampu meruntuhkan banteng keimanan kita semua. InsyaAllah.

 

1. Fokuskan diri dengan pekerjaan.
Kepada yang bekerja, teruskan bekerja. Kepada yang study, teruskan study. Beri tumpuan yang sepenuhnya kepada apa yang korang lakukan. Jangan asyik memikirkan pasal nak dating kat mana? Nak beli hadiah apa? Nak sambut macam mana? Hari Valentine bukan sambutan kita sebagai umat Islam. Buat apa nak fikirkan sangat pasal sambutan kaum Yahudi ni.


2. Tidak membeli barang bertemakan Valentine.
Walaupun tak pernah bercinta sekalipun, janganlah saja saja nak membeli barang barang yang bertemakan Valentine’s Day ni. Seakan akan kita turut menyambutkan secara tidak langsung. Contohnya kalau nak teddy bear, jangan la ambik teddy bear yang pegang love dan siap ada ucapan Valentine’s Day kat love tu. Banyakkan lagi kan teddy bear yang takde kaitan dengan benda tu. So, beringatlah ye.


3. Tidak memberi ucapan kepada sesiapapun.
Kalau ada kawan kita tengah asyik bercintan sekarang, dan kita lak yang lebih teruja, jangan lah sampai nak wish kat diaorang  “Happy V” la, “Selamat Hari Kekasih” la, seakan menggalakkan diaorang menyambutnya. Ntah ntah diaorang pun tak sambut. Dan sudah tentu kepada pasangan bercinta, bukan dengan cara ini membuktikan bahawa cinta korang itu adalah cinta yang sejati.


4. Kurangkan masa keluar dating berdua.
Kepada pasangan yang belum berkahwin mahupun sudah bertunang. Janganlah selalu sangat keluar berdua duaan terutama pada malam hari , di tempat tempat yang sunyi dan sudah tentunya bukan pada sekitar tarikh 14 Februari. Walaupun niat tak sambut, tapi gaya datingnya melebihi orang yang sambut so fikirlah sendiri. Tak rasa bersalah ke? Sememangnya makhluk ketiga akan cuba menghasut. Pandai pandai lah merancang untuk berjumpa secara Islamik.


5. Lebihkan aktiviti bersama keluarga.
Lagi bagus kita lebih luangkan masa bersama ahli ahli keluarga kalau tak buat apa dalam bulan yang ada tarikh keramat orang orang Kristian ni. Ajak ahli keluarga buat sesuatu akitiviti dan riadah yang mampu menghindarkan kita dari memikirkan sangat hari kekasih tu. Faedahnya hubungan antara ahli keluarga semakin erat dan mesra. Lebih afdal bukan?


6. Tidak terlalu asyik melayan lagu/filem bertemakan cinta.
Tak sambut pun Valentine’s Day ni. Tapi... kalau melayan lagu jiwang cintan cintun bukan main sampai berguling guling atas katil layan perasaan. Kalau tengok drama ke filem ke bukan main terlalu menghayati watak sampai berjujuran ayaq mata. Boleh ke camtu? Bukan pe takut nanti di hati terdetik satu perasaan syok la kalau dapat sambut Valentine. Maklumlah, dah dalam mood bercinta, apa saja sanggup buat demi orang tersayang. Tak baik tau. Ingat Tuhan jugak.


7. Saling ingat mengingati.
Sebagai seorang Muslim kita kena la saling ingat mengingat, nasihat menasihati agar diri dan orang yang kita kenali tidak terjebak dengan sambutan yang diharamkan ini. Terutama kepada golongan muda yang tidak kenal lagi apa itu Valentine. Nasihat dan pandangan yang kukuh perlu diberikan kepada mereka agar mereka sedar dan faham dengan corak kehidupan sebagai seorang Muslim sejati.


8. Patuh dengan ajaran Islam.
Petikan artikel dibawah di ambil dari laman web ww.Islam.gov.my
Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan bahawa "Amalan menyambut Hari Valentine's Day adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam". Manakala Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: "Bahawa amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalahbercanggah dan dilarang oleh Islam.".
Fatwa yang sama telah dikeluarkan Jawatankuasa Perunding Hakim Syarak (FATWA) Selangor yang telah bersidang pada 21 Februari 2006.


9. Ambil tahu sejarahnya kenapa patut dibenci.
Memang tak pernah sambut pun. Tapi kita kena tahu juga mengapa diharamkan untuk menyambut. Supaya hati kita lebih redha dan kuat dalam mempertahankan prinsip Islam sejujurnya. Menurut satu pendapat sejarahwan mengatakan perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol ,iatu Saint Valentine. Beliau disayangi kerana telah berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cardova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi.Kejayaan itu begitu bermakna  kepada Ratu Isabella dan dengan itu 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cardova bagi merayakan kemenangan tersebut dengan menamakan nya Hari Valentine. Berhati hatilah wahai saudara saudara Islam ku dengan agenda agenda mereka yang jahanam.


10. Banyakkan beribadah kepada Allah S.W.T.
Sebagai seorang insan yang tidak sempurna, aku mengaku yang imanku tidak sekukuh mana. Namun aku masih waras dan masih beragama. Aku mempelajari ilmu agama Islam sejak kecil lagi sehingga sekarang masih lagi. Aku bukan ulama, dan aku tidak layak dipanggil ustaz. Tetapi aku adalah Muslim. Dan sebagai Muslim, inilah pendapat aku. Walaupun sedikit tapi harapan moga dapat memberi iktibar bersama. Sama sama kita sentiasa mempertingkatkan amal ibadah kerana Allah S.W.T .

25 comments:

Jokeonsalo said...

Assalamualaikum...terima kasih Awie :)
Jokeonsalo sangat menghargai diatas kesudian kamu menyertai kempen ini.
Kamu adalah blogger yang ke3 menyertai program ini.

Btw, aku sangat suka dengan entri kamu kerana kamu pandai menyusun mengikut angka atau carta 1-10 supaya lebih mudah pembaca memahami apa yang ingin kamu sampaikan. Terutama point nombor 8,9,10 harus ditekankan lagi pada zaman sekarang.

Apa2pun Awie, entri ni akan aku letak ke dalam blog aku selepas tarikh tutup ya..

terimakasih :)

mas saari said...

tak pernah sambut pun! hari2 saya sayang suami dan anak2 serta semua ahli keluarga..

Awan Nano said...

waa..nice info..thanks 4 sharing :)

Anonymous said...

blog yang menarik... feel free to visit me at www.rare-collectables.com ;)

fendi@pharm.com said...

fendi datang bagi suggestion, boleh tak kita x memperingatkan tentang valentine's day, maksudnya, apabila 14/2, semua orang tak perlu post tentang valentine, bagi orang2 biasa, kita mungkin terlupa, thus avoid from celebrating it

Si BuDaK KaChAk said...

sedikit cerita mengenai valentine's day dkt blog sy...

neway follow sni dah....

=)

ZWAN SABRI said...

10 kaedah yang bagus.. untung aku xdak awek.. x yah sambut valentine.. HAHA

rencah kehidupan said...

Satu entry yang Bagus..
Taniah

Unknown said...

Nice info bro..nway, tiap2 hari adalah sama. Cinta saya sentiasa sama. hehhe

shahazrin said...

dah baca, nice info

Cik Tetra said...

bagus nasihat ni.. :)

Unknown said...

that right bro..ini bukan budaya orang islam nak sambut..tapi nk wat camana dunia makin maju, otak manusia pun makin bijak....x boleh nasihat sikit....lau boleh, ikut suka hati depa ja nk wat apa kat dunia nih, x mau ada penghalang, penghujung zaman, yang mana ikut cara islam Alhamdulillah syukur....

Awie Omar said...

To Jokeonsalo : Sama sama. Kawan kawan kena la saling sokong menyokong :)

Awie Omar said...

To mas saari : semakin hari semakin sayang. Bagus la...

Awie Omar said...

To Awan Nano : terima kasih. jemput singgah lagi.

Awie Omar said...

To Anonymous : TQ. InsyaAllah aku akan melawati blog kamu itu.

Awie Omar said...

To fendi : Boleh gak guna cadangan tu tapi.... dunia maju sekarang terlalu luas. Takut adik2 kita yang tak tahu pasal ni tahu sendiri dengan pandangan yang salah. Fikir2kan.

Awie Omar said...

To Si BuDaK KaChAk : Tq sudi folo blog ni. Nanti akan ku terjah blog ko k :)

Awie Omar said...

To ZWAN SABRI : Harap ia bermanfaat kepada semua.

Awie Omar said...

To ~ ADANDO ~ : Entri2 di blog anda pun bagos juga :) TQ folo.

Awie Omar said...

To Mohamad Ridhwan Ruslan : Love everyday especially to Allah & Rasul.

Awie Omar said...

To Shahazrin : TQ so much :)

Awie Omar said...

To Cik Tetra : Terima kasih Cik Tetra.

Awie Omar said...

To Khairiz : Pendapat Khai memang betul. Selagi terdaya untuk kita berdakwah dan berkongsi ilmu, selagi itu kita teruskan.

Anyyss Shuhaimi said...

gua rasa orang yahudi pun tak sambut VD.ini hanyalah propaganda mereka untuk hanyutkan umat Islam.