Assalamualaikum. Salam sejahtera. Carta 10 aku pada hari ini merupakan entri khas untuk peserta Next Top Blogger 1 yang berikutnya, irwan miswan. Dalam blognya, banyak jugak dia postkan cerita tentang kucing – kucing kesayangannya. Berikut adalah senarai link entri yang dipost oleh irwan miswan berkaitan dengan kucing - kucingnya.
Sebagai menghargai kehadirannya dalam game Next Top Blogger untuk musim pertama ini, maka itu aku pun khas kan entri yang bertemakan kucing jugak ni kat irwan miswan. Entri berikutnya ini berkenaan ngan peel kucing bapak aku yang sekor ni.
1. Kuat tido
Kucing bapak aku ni teramat kuat tido. Port tidurnya selalu kat atas kerusi meja makan kat dapur. Tak pun bawah katil bapak aku. Dan semakin berani tidur atas katil bapak aku. Kalau kat luar dia suka landing atas keter Kancil bapak aku. Memang kuat tido arr sampai bapak aku rasa kucing tu sakit lak. Tapi time bagi makan, laju jer.
2. Romantik
Kucing bapak aku ni jantan. Bukannya kecik lagi, dah boleh jadi bapak haiwan dah. Bila nak lunch, tahu je die nak ke dapur makan sama. Selalunya secara solo. Tapi kadang kadang dia datang bawak teman lak. Si kucing betina pulak tu. Bapak aku macam biasa bagi la ikan sekor kat dia. Kucing tu pulak boleh buat dek je sambil membiarkan kawannya si betina tu makan. Gentleman la konon. Ooo pandai ek ko cari port dating.
3. Pendiam
Lagi satu kucing ni suka menyendiri. Tak banyak bunyi. Senyap je. Pendiam la katakan. Muka nak serius je. Mungkin dia ikot stail bapak aku kot hehehe Kalau nak dengar bunyi meow nya yang garau serak serak basah boleh dengar masa time die lapor. Tu pun nak tak nak je die mengeow.
4. Penakut
Yang satu hal lagi ni, si kucing ni bapak la penakot sangat. Kalau nampak orang yang tidak dikenalinya dating dekat terus pecut lari entah mana nyorok. Lagi satu kalau jumpa kucing kucing lain. Terutama yang jantan la, gabra terus masuk rumah nyorok bawah katil. Tapi kalo kucing betina tak nak lari lak.
5. Tak aktif
Dulu, bapak aku mana minat sangat dengan kucing ni. Aku ngan mak aku je yang nak bela. Bapak aku langsung buat tak tahu je kucing aku dulu. Dia kata dia bela kucing jantan ni sebab nak suruh kucing ni tangkap tikus kat rumah. Tapi dari pemerhatian aku, kucing ni macam tak aktif. Asyik tidor je lebih. Tak macam kucing aku dulu, malam malam entah merayau gi mana. Tengok tengok bawak balik kelawar. Yang sekor ni, kul 10 dah tido atas kerusi, bangun subuh 6 pagi tengok masih terbongkang lagi. Tak tahulah die merayau ke tak.
6. Sopan
Kucing ni tak bernama. Abah aku tak kasi bagi nama. Panggil meow je. Yang bagusnya kucing ni, dia berak kencing semua kat luar rumah. Aku pernah terikut die nak berhajat besar. Pandai die cari port jauh dari kawasan rumah, dalam semak.
7. Manja
Abah aku kata kucing ni kucing liar. Takut dengan orang. Selalu merayau kat kawasan rumah. Sebab rumah ni banyak ngat tikus, maka abah aku nak dia selalu merayau kat situ. Jadi abah aku selalu la kasi dia makan. Lama lama die manja ngan abah aku lak, sampai naik cemburu mak tiri aku hehehe. Pastu dia cepat manja ngan aku sebab mungkin dia dapat feel perasaan aku yang sayangkan sepsis sepertinya.
8. Baik
Lagipun walaupun kucing ni liar, tapi die tak macam kucing liar lain yang suka masuk rumah dan kuis tudung saji sebab nak curi ikan. Kucing ni tak berani. Nak masuk rumah pun takot mula mula. Mungkin fobia pun. Pernah terkena suatu masa dahulu. Kesian. Walaupun sekarang die dah dibenarkan keluar masuk rumah, tapi tak pernah berniat jahat nak curi makanan kat dalam tudung saji. Hanya tumpang tido bawah meja makan je.
9. Mudah terasa
Kat rumah abah, anak sedara lelaki aku umur 7 tahun tinggal sekali. Biasa la budak budak, kalau geram kat binatang tu suka takut takutkan kucing tu. Main sergah sergah la. Kucing tu tengah tido pun dia kacaunya. Jadinya, kucing ni bila nampak je anak sedara aku tu terus je dia lari. Abah aku pun tahu, kucing tu lari sebab takutkan Hakimi yang selalu sakat die.
10. Tak memilih makan
Dan yang paling senang, kucing ni tak memilih makan. Mungkin pada masa die kecik dulu dah jadi kucing terbiar, macam macam benda dia makan. Jadi dah besar dia tak memilih. Selain ikan dan ayam, nasi, mee, cucur dan cekodok pun telan. Malah roti canai pun sapu habis.
Dah, itu sahaja nak aku ceritakan. Sebelum ni dah ada satu entri aku buat khas untuk peserta Nex Top Blogger 1 iaitu iemah. Boleh tengok kat link bawah ni. Okay, bye semua. Assalamualaikum.
11 comments:
amboi,same macam kita. kuat tido.hehe
omo! comelnya..kucing pon romantik eh..HAHAHA.
#i am a cat lover! :)
haha nice!
Wah... Cantik kucing nih.. Tapi penakut kekeke..
Kucing jantan saya hero kampung.. Bila dia meronda..
Kucing2 gelandangan yang lain.. Pasti lari Lintang pukang..
Heh!
saya dah folo balik sobat..
makasih atas kunjunganya ya..?
terime kaseh bro sebab maseh ingat kat aku walaupon dah terkeluar awal hehe. kite same la suke kucing. dan kebanyakannya sifat dan sikap kucing2 kite same. kadang ade je kucing datang umah, tetap bagi makan. yup, kucing kan haiwan kesayangan baginda rasulullah s.a.w
PSSSTTT...aku paling menyampah kalau kucing jantan tapi manje ngalahkan betina. rase nak jotos pale die
dulu Mas ada sekor kucing camni tapi dah mati...huhuhuuu
baru sempat berkunjung.. hohoho
kucen is ilang masa banjir... huhu
we aku tak suka kucing hohohh
tapi kat rumah aku ada kucing.
kucing nampak tikus tengok je ==,
i'm so very afraid of cat. kucing yang ini mukanya garang, isk lagilah takut aaahahaha!
kiut post ni..btw, lawa pic tu bro...
Post a Comment