Followers

31 January 2012

10 Perkara Yang Buat Cikgu Marah Giler


Entri Khas Untuk Peserta Next Top Blogger 1 : iemah

Sebelum memulakan top 10 kita kali ni, kat sini nak bagitahu, secara umumnya entri ni untuk korang semua, dan khasnya untuk semua para guru, yang bakal menjadi guru mahupun yang dah pencen. Entri ni juga khas untuk bekas peserta Next Top Blogger 1 : iemah (penghargaan untuk dia sebab sudi sertai Next Top Blogger 1). Lagipun idea entri ni datangnya dari entri yang di postkan oleh iemah. Ini link dia : http://mutiarahati88.blogspot.com/2011/12/senang-ke-jadi-cikgu.html

1. Tak siapkan kerja sekolah.
Ni memang menjadi alas an utama para cikgu untuk mengamuk dalam kemas. Semua cikgu akan marah kalau anak murid tak buat kerja sekolah yang diberikan. Ada ke cikgu wat respon macam ni kalau anak murid die tak buat kerja sekolah setiap minggu, “ooo it’s okay baby. I’m fine. Thank you,”. Kalau macam ni gamaknya pijak kepala la nanti murid murid ni nanti.

2. Buat bising dalam kelas.
Arahan cikgu biasanya tak dapat masuk kelas, “Jangan buat bising! Ketua kelas tulis nama siapa yang wat bising,”. Tapi biasala, budok budok bila dah duk sekumpul ngan kawan kawan tak sah kalo tak gelak walau seminimum bunyi yang kedengaran. Bapak budok pun tak leh duk diam kalau gi kursus mana2. Sama je. Tapi nasib la, kalau dah tercatat nama tu dalam buku 555 si ketua darjah bajet dot dot dot, alamatnya terimalah seadanya hukuman yang akan diberi oleh cikgu.

3. Berbual bila cikgu tengah mengajar.
Pot pet pot pet. Burung murai pun tahu penat nak bercakap. Macam dah takde masa dah lepas ni nak berborak. Time cikgu ngajar lah gak dia ajak sembang. Slumberrr... je. Macam mana la cikgu tak bertukar kulit jadi hijau. Orang sibuk mengajar kat depan, die lak bukak kelas tuisyen kat belakang. Lepas tu tak faham apa yang cikgu ajar. Lepas tu salahkan cikgu tak reti ajar. Macam mana orang tu tak mengamuk.

4. Tak bawa apa yang di suruh.
Biasanya baju PJ (Pendidikan Jasmani). Sorang sorang kena bagi alasan sebab kenapa tak bawa. Yang bagi alasan yang cam hampeh sudah tentu ada hukuman. Kena la berlari lari gak walau pakai baju putih sekolah tu. Masam hangit lenjun la ko kat kelas nanti. Satu lagi kertas lukisan sekeping je, bila tak bawak, cikgu naik berang sampai merah2 telinga. Padahal ada je spare ngan die kertas lukisan kosong. Kalau buku, lagi la meroyan cikgu kalau murid die tak bawak walau dah diingatkan.

5. Keputusan exam kurang cemerlang.
Sebab tu kena belajar betul betul, rasa dah tak sesuai guna istilah belajar rajin rajin, kalau rajin saja tapi cara belajarnya tak betul tak guna gak. Cikgu marah marah tu bukan apa nak bagi anak muridnya nanti cemerlang dalam exam nanti. Kalau belajar pun main main, sudah tentu dapat failed exam. Cikgu mesti arr marah giler sampai rasa nak sekeh je sekor sekor yang failed tu. Sebab diaorang rasa bakti yang diaorang curahkan macam tak dihargai dan disia – siakan.

6. Tidur masa belajar.
Selumber ngok je ko tido ek. Ingat sekolah ni sekolah bapak ko. Cikgu kat depan berpeluh peluh mengajar, ko lak senang lenang tutup mata layan mimpi. Memang sesuai la kalau dapat hadiah berupa “pemadam papan hitam – berhabuk kapor giler punye” secara direct je terbang ke muka anda. Sape tak bengang kalau tengah bercakap kat depan tapi yang lain buat dek tak reti je.

7. Penampilan diri tak ikut displin.
Selepas perhimpunan pagi hari Isnin, mesti ada spotcheck oleh para pengawas dan cikgu yang bertugas. Diaorang tak akan bagi lepas kat murid yang tak pakai stoking, kuku panjang, rambut tak potong, takde nametag dan lain lain perkara yang membuatkan mata diaorang berbulu je tengok kita. Kalau dah kena tahan tu, maklum saja la. Mesti ada buah tangan nak diberikankan tu.

8. Buat benda yang dilarang.
Melanggar peraturan sekolah dikira sebagai kes juvana ye. Contohnya macam ponteng sekolah, hisap rokok, bergaduh, buli, khalwat dan macam macam lagi la yang tak baik. Cikgu mana yang tak marah bila anak murid dia berperangai macam setan. Lebih lebih lagi cikgu displin. Kalaulah cikgu tu naga, rasenya dah lama keluar api dari mulut dia bila marah.

9. Tak reti nak jawab soalan.
Ni satu hal, bila mana cikgu tanya kat dia satu soalan yang pernah diajar sebelum ni, dengan bangganya murid tu menjawab, “Entah! Tak tahu,”.  Dengan tiba tiba cikgu yang berwajah ayu yang cakap pun sopan santun bila mengajar tadi, dengan sekelip mata berubah menjadi pontianak sundel malam, spontan mencekik muridnya itu seraya berkata, “Apa ke bangang ko ni! Grrrrr,”.

10.  Meniru dalam exam.
Asyik nak marah je cikgu ni kan. Bila time exam je kot nampak cool je diaorang. Tapi... bak kata orang, “Setenang tenang air tasik, jangan sangka takde buaya,”. Yang murid ni pulak memang tak reti bahasa. Orang tak kasi meniru, meniru gak masa exam. Ingat cikgu tak perasan ke. Sekarang ni cikgu dah guna CCTV la. Tak payah dah wat round satu dewan tu. Memang patut la kena balun secara suddenly. Kalau dah buat salah alamatnya kena la tanggung sendiri.

Sebab tu aku tak bercita cita jadi cikgu. Kalau aku jadi cikgu, mesti ramai budok taknak sekolah kat tempat aku ngajar tu. Bekeng sangak. Wat ni maroh wat tu maroh, tak wat ape pong maroh. Yang membuatkan aku karang ni bukan sebab nak hentam balik cikgu cikgu yang garang garang ni. Tapi sebab utamanya aku nak memberi peringatan kat murid murid sekarang ni. Kalau taknak kena marah ngan cikgu, jangan la buat 10 benda kat atas ni. Diaorang marah tu sebab nak bagi korang pandai. Bukan nak memperbodohkan korang. Okay, faham ye murid murid. Jumpa lagi di entri akan dating. Bye.

*Terima kasih kepada Google sebab sudi sediakan gambar gambar ni*

18 comments:

My Name is Mar said...

Aku penah kena marah dengan cikgu sebab tak baca buku kat library.. So, buku Nilam aku kosong..
Cikgu cakap...
karangan dapat markah paling bagus tapi pemalas nak baca..
Ngeh3,..
Aku cakap..
Sebab bagus lah saya tak baca, cikgu..
Dapat 1cubitan.. HOhohoXD

AmirahSM said...

haaaa, nie cikgu mira dtg..haha, mmg agak marah laaa gakk

Wanie Asri said...

Hakhak ! bab tulis nama budak bising tuh best !! zaman kanak-kanak betul , silap2 ketua kelas jadi ketua propa ! haha

nuraizuddin said...

ahaha. aku tak suka ketua kelas.

Khairiz said...

hahaha..pernah ku alami dulu

mas saari said...

bersembang kat belakang masa cikgu tengah mengajar tu memang hobi... sekali kena baling dengan kapur daaa! heheheeee

AZIE said...

semua perkara yang di atas ialah FAKTA! keke.

LidiaSuraya said...

mencabar gak alam perguruan sekarang kan??

btw
salam kenal..
i singgah n follow kamu yaaaaa
:)

riena tomato said...

lame xjmpe cikgu~

Awie Omar said...

To My Name Is Mar : Boleh lagi main main ngan cikgu ek hihihi

Awie Omar said...

To AmirahSM : Larikkkk!!! jgn la bekeng sgt cikgu.

Awie Omar said...

To Wanie Asri : Tu la pasal. Aku terbatuk pun ketua kelas nak tulis nama hehehe

Awie Omar said...

To nuraizuddin : Aku pernah jadi ketua tingkatan hahaha tapi aku baik (Puji diri sendiri) tak pernah langsung tulis nama orang bagi kat cikgu.

Awie Omar said...

To Khairiz : Yang mana satu khai hehehe

Awie Omar said...

To mas saari : bersembang masa cikgu ngajar tu dah memang adat istiadat org lama hehehe

Awie Omar said...

To AZIE : Ye. kalau exam keluar soalan camni, bagi je 10 jwapan macm tu.

Awie Omar said...

To LididSuraya : TQ Lidia. Nanti I singgah, follo blog kamu balik. Siap komen lagi nanti ok.

Awie Omar said...

To riena tomato : Cikgu sek rendah ke sek menengah?