Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nak dekat seminggu aku
menyepi perah otak cari idea nak letak entri apa kat dalam blog. Banyak
sebenarnya aku nak cerita tapi masalahanya aku tak pandai sangat nak mengarang
ayat dan cerita start mana dulu. Lebih lebih lagi NTB 1 dah tamat, sekarang ni
sedang giat cari peserta untuk musim 2 pulak. Kalau ada NTB sekurang kurangnya
dalam seminggu ada jugak aku postkan sesuatu:P (Bagi yang tak tahu NTB tu apa,
NTB tu = NEXT TOP BLOGGER, segmen tu ada dalam blog ni).
Macam mana header blog aku kat atas? Tu untuk bulan April
punya. Kalau ada yang perasan, aku pernah guna header blog ni tahun lepas. Cuma
aku tambah perkataan “AWIE OMAR” je. SANG KUCING adalah nama terawal aku guna
sebagai blogger sebelum aku tukar ke AWIE OMAR. Seriously, aku memang minat
kucing. Kat kampong dah ada 2 ekor kucing dah. Syok giler layan dua ekor tu.
Sedang layan kucing kucing ni, terlintas kat otak aku nak
buat entri pasal kartun kartun kucing yang dikenali ramai. So, aku simpulkannya
dalam CARTA 10. Macam biasala ek.
1. Doraemon
Robot kucing dari era masa depan yang mempunyai poket khas
yang mengandungi pelbagai jenis gadget yang pelik. Tinggal bersama Nobita dan
ibu bapanya. Setia pada rakan rakannya dan suka membantu sesiapa yang dalam
kesusahan. Watak ciptaan karikatur popular di jepun Fujiko Fujio.
2. Garfield
Garfield adalah seekor kucing
parsi berwarna oren. Haiwan belaan David yang juga mempunyai seekor anjing,
Odie. Seekor kucing yang agak pemalas, suka menyindir dan mengejek. Namun
binatang ni jadi manja bila bersama teddy bear nya, Pooky, bila makan dan bila
tidur. Watak ciptaan karikatur, Jim Davis.
3. Kitty
Seekor kucing betina berwarna
putih dengan nama sebenarnya Kitty White. Dilahirkan di pinggir bandar London, England.
Digambarkan sebagai seorang gadis ceria dan baik hati. Sangat rapat dengan
kakaknya, Mimmy yang seorang pemalu. Suka mengumpul sesuatu yang comel dan subjek
kegemarannya di sekolah adalah Inggeris, muzik dan seni. Watak ini diilhamkan
oleh Yuko Shimizu.
4. Tom
Sejenis kucing jantan jenis
dosmetik shorthair yang bewarna biru dan putih. Biasanya tinggal dalam kehidupan
yang dimanjakan. Jerry seekor tikus sentiasa tinggal di lubang dalam rumah Tom.
Tom merasakan kehadiran Jerry menggangu kehidupannya. Pelbagai cara dilakukannya untuk menangkap
dan membunuh Jerry tetapi semuanya gagal.
5. Meowth
Peminat Pokemon mesti kenal
haiwan sekor ni. Salah satu spesis pokemon yang suka mencakar. Karekter ini dicipta
oleh Ken Sugimori. Kebanyakan masanyaa dihabiskan
dengan tidur di siang hari dan merayau di malam hari. Merupakan watak utama dalam siri
anime Pokemon kerana menjadi pengikut Pasukan Roket yang sentiasa menentang
misi watak utama. Salah satu jenis Pokemon yang mempunyai keupayaan untuk bercakap
bahasa manusia.
6. Puss In Boots
Watak kartun ni diilhamkan dari
sebuah kisah fantasi lama untuk kanak kanak di Perancis. Kemunculan pertamanya
dalam filem Shrek menarik perhatian kanak kanak termasuk orang dewasa
disebabkan kecomelannya dan lagaknya seakan zoro, pahlawan pedang yang bercakap
dalam loghat Spanish dan Italy. Wataknya disuarakan oleh pelakon popular
Antonio Banderas.
7. Top Cat
Seekor kucing jantan jalanan yang
bewarna kuning merangkap sebagai ketua dalam geng kucingnya. Anggota gengnya
yang lain bernama Benny, Brain, Fancy Fancy, Spook dan Choo Choo. Geng kucing
ini selalu membuat huru hara di bandar dan menyusahkan Officer Dibble. Top Cat
seekor yang suka merancang tapi kurang bertindak. Yang baiknya dia setia kepada kumpulannya itu dan
akan membantu salah seorang daripada mereka jika mereka memerlukannya.
8. Felix
Felix Cat adalah watak kartun yang
dicipta dalam era filem senyap lagi. Felix adalah watak pertama dari animasi.
Seekor kucing jantan bewarna hitam, mempunyai mata yang besar. Sangat aktif dan
sukakan dunia populariti.
9. Sylvester
Haiwan belaan Granny, seorang
nenek tua yang turut membela seekor burung bernama Tweety dan seekor bulldog
yang bernama Hector. Kucing jenis tuxedo ni teringin benar nak ngap Tweety.
Pelbagai cubaan yang dilakukan namun semuanya gagal. Lebih lebih lagi ada si Hector yang betul betul menjaga
Tweety.
10. Mittens
Okay, yang terakhir ni jujur aku
cakap tak kenal sangat. Disebabkan nak cukupkan 10, aku kena masukkan jugak
kartun ni. Karekter ni ada dalam filem “Bolt” yang sememangnya aku tak tengok
lagi. Apa yang aku faham tentang watak ni melalui sipnosis filem tu, Mittens ni
seekor kucing jalanan betina warna hitam dan juga kaki buli merpati merpati.
Berjumpa dengan Bolt yang dalam perjalanan balik ke tempat asalnya Hollywood
dan terpaksa membantu Bolt untuk balik ke tempat asal.
THANK YOU GOOGLE
& WIKIPEDIA
paling suke ngan kucing no 1 hehehe
ReplyDeletewow..tom n jerry kartun yg masih .diingati
ReplyDeletepuss itu sangat lah comel momel xD
ReplyDeletesuke kucing no 1 tu. tembam comel! hihihi
ReplyDeleteyg comel mesti la puss in boots..hehe..:)
ReplyDeleteTo Ziera Ieyah : Aku pun :D hehehe
ReplyDeleteTo PCL : Kelakar habis Tom & Jerry
ReplyDeleteTo noorniey Azman : bukan sebarang comel puss tu... hehe
ReplyDeleteTo Rafflesia : Tq sudi jenguk blog ni :D
ReplyDeleteTo Cik Puan Muda Umi : bukan takat comel malah gagah & berani :P hehehe
ReplyDeletesaya suka Tom time dia baik..sangat comel! thanks singgah ye aritu :)
ReplyDeleteyg last tu x kenal.. kenapa x letak ogy n cockroach je.. hihihi itu best gak :)
ReplyDeleteWatak2 ni memang best pon layan.
ReplyDeletemule2 masuk terus terpikat dengan entry ni!!..
ReplyDeletesuke sgt kucing2 ni..comel!!
hee so era follow ye...
jemput singgh blog..
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSaya sangat mahu menjadi salah seorang peserta BLOGGER 4. Segala syarat dan peraturan akan saya ikuti.
ReplyDelete