Entri Khas
Untuk Peserta Next Top Blogger 1 :
mas saari
Mas saari pernah mengeluarkan isu yang
sama dalam blog nya. Tekan link ini. http://www.massaari.com/2012/02/sindiket-atau-sebaliknya.html
Jadi hari ini sebagai menghargai penyertaannya dalam Next Top Blogger 1, aku
akan mengolah isu tu dengan cara aku yang sinonim dengan Carta 10.
Aku sekarang
tengah isi minyak kereta
Kat stesen
minyak
Atau
Aku tengah
makan kat warong mamak
↓
Seorang budak
perempuan (selalunya)
datang
menghampiri aku
↓
Budak perempuan
tu bertudung dan
berbaju kurung.
↓
Budak tu
mengalas beg dan tangannya
memegang
sesuatu (biasanya minyak urut
dan buku agama)
↓
Turut
dijinjingnya sekeping kertas seakan
akan sijil
pendaftaran
(bukan surat
beranak die ek)
↓
Budak tu
menegur aku secara tiba tiba
dengan nada
suara yang
agak perlahan
disamping ritma
yang amat laju
↓
Aku yang
terkejut cimpanzi hanya
mampu mendengar
dia cakap
“assalamualaikum...”
je
selebihnya
entah apa dia cakap pun
aku tak tahu
Namun mungkin ajaran dari pengalaman,
aku dapat mengawal situasi yang agak men-nervous-kan itu. Budak tu baru nak
datang dekat pun aku dah tahu dia nak apa. Kali ni bukan aku nak citer pasal
interaksi aku ngan budak tu selanjutnya. Tapi nak share ngan korang pendapat
aku tentang 10 Respon Untuk Budak Minta Bantuan ni. 10 respon ni aku bahagikan
kepada dua kategori. 5 respon positif. Dan 5 respon negative. Korang semua
berakal bukan, tahu mana satu yang elok diikut dan yang mana satu tak elok
diikut.
Respon Positif
Situasi 1.
Membalas teguran budak tu dengan baik. Contohnya
: “Waalaikumusalam dik. Jual minyak ke? Takpe la dik, umah abang dah macam
macam minyak dah ada. Abang pun dah hampir hampir nak jadi orang minyak. Hehe
gurau je dik. Terima kasih ye dik,”. InsyaAllah, budak tu akan tersenyum dan
akan berlalu sambil ucap terima kasih kat kita.
Situasi 2.
Membeli dengan niat ikhlas untuk
sedekah. Contohnya : “Waalaikumusalam dik. Jual buku agama ke? Alhamdulillah.
Ada gak insan yang sudi menyedarkan aku. Berapa hinggit? 10 hinggit?!! Tak
boleh diskaun ke? Tak boleh ek... buku agama pun nak berkirakan hehe. Nah duit,
abang beli ek,”. Kalau ada duit lebih sikit tak salah kan nak beli.
Situasi 3
Memberi sedikit sumbangan tanpa beli
apa apa. Contohnya : “Waalaikumusalam dik. Takpe la dik. Dari rumah anak anak
yatim ye... Emm ni sikit wang untuk adik buat makan tengahari ye,”. Hanya Allah
Maha Mengetahui niat budak tu. Kita manusia perlu ada belas sesame insan
terutama anak anak yatim. Jangan pandang serong pada mereka.
Situasi 4
Mengajak budak tu join sekali apa kita
tengah buat (benda yang baik ye). Contohnya : “Waalaikumusalam dik. Meh duduk
dulu makan sekali. Pasal barang barang ni semua nanti nantilah. Nak order apa?
Kawan abang ni belanja, don’t worry,”. Budak tu mungkin akan duduk makan atau
beri salam nak berambus dari situ dengan segera.
Situasi 5
Berbual bual sambil beramah mesra ngan
budak tu (kalau budak tu masih berdiri tercegat depan kita walaupun kita
bagitahu tak nak beli) . Contohnya : “ Waalaikumusalam dik. Adik sekolah kat
mana? Takde keje sekolah ke nak buat, sempat lagi kerja ni? Buat malam ek, tak
penat ke nanti? Tak ek, kerja sampai kul bape ni? Kul 8 ek, habis kul bape nak
wat keje sekolah? Kul 9 ek, keje sekolah apa hari ni?,” tanya dan tanya dan
terus bertanya. Budak tu kadang kadang berat mulut nak jawab soalan soalan
macam tu. Sengih je la diaorang mampu. Tapi sabar, nanti diaorang akan pergi
gak sebab tak sabar ngan kita lak.
Respon
Negatif
Situasi 6
Membalas teguran budak itu dengan nada
suara yang agak keras dan tinggi. Contohnya : “Apa salam salam! Dah dah dah!
Jangan kacau aku! @#$%^& punyer budak!,”. Dah la tengking dia, maki lagi.
Saje saje dapat dosa free. Kalau orang tengok pun bukan budak tu yang malu,
tapi kita yang buat macam ni lagi la 1000x kena malu.
Situasi 7
Tidak mengendahkan langsung budak tu /
buat buat tak tahu. Contohnya bila budak tu tiba tiba tegur, dengan automatik
kita terus jadi patung. Jangan harap nak toleh kepala, kelip mata pun tak. Lagi
teruk kalau buat buat tak perasan sambil berbual bual ngan kawan. Seakan tak
berhati perut. “Woi Minah, ko kata tempat ni bersih, nape tengah malam pun ada
lalat,”. “Itu yang aku heran tu Joyah, bukan sebarang jenis lalat ni. Langau
pun kalah,”. Itu lah dialog orang yang sombong.
Situasi 8
Beramah mesra dengan cara mengusik dan
mengajak ngan melakukan sesuatu yang tidak baik (walaupun sekadar bergurau).
Contohnya : “Kesiannya adik comey ni kecik kecik dah jadi kuli. Meh keje ngan
abang nak. Dapat gaji lebih sikit. Buat apa la susah susah keje macam ni. Meh
ikut abang gi tengok wayang,”. Kalau orang yang pertama kali jumpa budak
bantuan ni, mesti terdetik kat hati rasa terancam. Padahal, budak ni lagi 1000x
terancam dirinya dari kita sebab melakukan aktiviti sebegini.
Situasi 9
Memberi ugutan pada budak tu dengan
merepot polis sambil menyoal siasat secara kasar dan melakukan kekerasan. “Woi
budak! Baik ko bagitahu sape yang bawak ko ke sini?! Kalo ko tak bagitahu aku
heret ko ke balai polis. Nak?! Sekali aku pang!! Kang baru tahu,” tengking Pak
Joko sambil memegang kuat lengan budak tu. Sampai nangis budak tu kena
kerjakan. Niat Pak Joko nak keadaan kat situ tak tertanggu tapi kalau silap
haribulan takut Pak Joko lak yang masuk lokap.
Situasi 10
Berinteraksi dengan budak itu dengan
cakap menipu (bajet bohong sunat sebab rasa diri tu dah alim sangat) Contohnya
: “Waalaikumusalam. Bukan taknak beli dik tapi TAKDE duit langsung ni. Eh, ada
orang tepon lak. Sorry ek, hello...,” (padahal BB kong takde bateri) Be your
self okay. Jujur dan jangan la sampai nak tipu tipu. Bersangka baik la sesame
manusia lebih lebih lagi mereka anak anak yatim ini yang masih lagi budak
budak.
Situasi 6-10 tuh macam tak logik jer, tapi tak heran kalau ada yang respon dengan cara begitu.
ReplyDeletePernah sekali semasa kat trafik light, I ternampak sorang apek Cina yang comot dan berjalan sedikit tempang. Semasa menghampiri kereta di depan I, I tengok tangannya sedikit menghulur seolah-olah mahu meminta sedikit wang ringgit, tapi malu-malu pula.
Sayangnya pada ketika itu juga trafik light bertukar hijau dan I terpaksa berlalu. Tak sempat pun I nak mencapai wallet. Kalau lah dia sempat datang kepada kereta I, I pasti akan menghulurkan RM10 kepadanya...
klau budak2 yg jual biasanya sy akan beli atau bgi jer duit tanpa bli ape2..kesian kat diorg..
ReplyDelete#besedekah lbih baik dri bersikap kedekut, lgpn kalau xnak menderma jgn malaukn org yg meminta sedekah..tak elok..
some how it can become complicated. hihihihi...
ReplyDeletetgok kesian.. ble bg sket pon dorang pandai bising dah skrg... tp biasanya org akan bg mkn je.. :)
aku lebih tertarik dgn gambar bdk pompuan bertudung tuh..
ReplyDeleteselalu tengok orang buat tak tahu je kalau budak2 mcm ni datang dekat,maybe org igt ni semua sindiket..huhu
ReplyDeletesaya pilih incik hasmi
ReplyDeletehaz undi syaidatul aisya
ReplyDeletemengikit prestasi korn undi nadiafarhana
ReplyDelete