Kenapalah aku tak belajar rajin rajin masa dulu kat sekolah? Kenapalah dulu dulu aku selalu sangat ponteng kelas? Kenapalah masa time belajar aku tak beri tumpuan kat apa yang cikgu ajar? Menyesalnyeeerrr tak sudah sudah. Tengoklah aku sekarang, kerja makan gaji. Kerja 30 hari sebulan pun belum tentu aku dapat kumpul RM5000 sebulan. Tengok la saja mereka yang dah berjaya. Kerana ketekunan, kesabaran dan Kegigihan yang ditunjukkan akhirnya mereka memperoleh sesuatu yang membanggakan keluarga dan membahagiakan hidup mereka. Memanglah wang bukan segalanya, tetapi realistiknya kita berada di dunia materialistik. Tanpa wang kita macam lumpuh separuh badan. Memang aku bukan graduan universiti ataupun pemegang sijil Master atau P.H.D. tetapi mungkin 'Ya' pada masa akan datang, tak mustahil! Sebab aku ni dah ibarat menjadi seorang penagih. Bukan penagih dadah. tetapi penagih 'ilmu'. Masa sekolah menengah dari form 4 ke form 5 aku dah mula tak minat belajar. Sampai sanggup aku kerja dari masuk form 6. Tapi selang 2 tahun tu, aku dipanggil menuntut di sebuah kolej. Bila aku kat sana jauh dari keluarga tiba tiba muncul semangat baru untuk bersungguh sungguh belajar dan memperoleh kejayaan yang membanggakan keluarga terutama bondaku yang tercinta. Aku sebenarnya nak tebus segala silap aku dulu yang keras kepala. Sampaikan kawan kawan aku cakap aku ni macam budak nerd, skema giler. Exam ke tak exam ke study kemain. Siap ada buat nota sendiri. Rasanya tak pernah aku ponteng kelas, kecuali sakit. Pernah aku demam teruk pun duduk sanggup bertahan duk dalam kelas dengar cikgu mengajar walaupun kepala hampir nak migrain (sah sah tak faham apa yang diajar). Sebenarnya aku sememangnya rajin belajar (cehh perasan tapi memang ada bukti). Dari umur 4-5 tahun lagi aku dah tunjuk rasa semangat aku nak bersekolah. 'Memori Daun Pisang' bukannya semata mata lagu Amelina ngan Iwan, tapi memori aku la bersama daun pisang ngan pokoknya je. Masa tu umur aku 4-5 tahun, aku seakan dah mula berjinak jinak hidup di alam fantasi yang aku cipta sendiri. Bangun je dari tidur, aku tengok kakak kakak aku sibuk bersiap nak pergi sekolah. Aku lak rasa macam seronok je tengok diaorang bersiap siap. Jadi aku pun nak bersiap macam diaorang.
Aku ambil la beg askar abah aku. Macam beg sekolah tapi kecik je warna 'hijau askar' . Beg tu dah koyak sikit sikit. Abah aku pun dah tak pakai beg tu. Lepas tu aku cari arr buku buku lama dan isi ke dalam beg tu. Dalam kul 9-10 pagi macam tu aku mula keluar rumah. Aku bukannya pergi cari kawan ajak main ke apa, tapi aku gi ke kebun kecil kat sebelah rumah aku tu. Kat kebun tu sudah tentu ada pokok pokok pisang. Kat bawah pokok pokok pisang tu aku duduk. Lepas tu aku keluarkan buku dalam beg tu. Kemudian aku buat buat baca, cakap sorang sorang macam duk dalam kelas (bila aku taip memori ini, aku baru perasan, macam mana aku tahu keadaan murid murid belajar kat kelas? Sedangkan aku tak pernah pergi sekolah... Emm mungkin aku banyak tengok TV Pendidikan kat TV2, korang ingat lagi?) Sampai ke tengah hari aku duk main main kat kebun tu, kira macam duk dalam kelas la. Mungkin sampai kakak kakak aku balik dari sekolah (tak tahu la, dah tak ingat sangat). Mungkin dari situ la terdetiknya perasaan aku untuk mencari dan mendalami ilmu yang teramat penting dalam kehidupan. Aku rasa zaman persekolahan aku dari tadika hingga ke tingkatan 3 adalah yang terbaik. Dimana aku betul betul fokus untuk belajar. Lepas tu hormon remaja aku jadi tak stabil sampai kepala pun jadi tak betul. Sebab tu SPM tak berapa cantek nasib takde fail! Arwah emak la yang paling menitikberatkan soal pendidikan pada anak anaknya. Dia taknak anak anak dia bodoh! Dia taknak anak anaknya duk merempat takde kerja. Alhamdulillah, atas didikan dan asuhan mak akhirnya kami semua dah berjaya dan ada kerja tetap masing masing. Biarlah kerja halal yang aku lakukan sekarang ni walaupun tak setimpal mana gajinya. Allah terlalu sayangkan hamba-Nya. Sampai sekarang aku masih tak percaya aku dapat kerja yang hebat sebegini walaupun SPM entah apa. Walaupun aku hampir sering melupai-Nya. Ya Allah yang Maha Penyayang, aku bersyukur kepada-Mu.
18 comments:
Syukur tau... anda pandai blogging segala mcm bermakna anda mempraktikkan ilmu.. Sgt luas..
To A.s.t.i.n.a : TQ very much. Kamu pun pandai blogging gak :)
tak pe, yg penting kena hargai kehidupan kt..tak semua paa yg kt nk kt dpt, dan tak mestinya org yg tak masuk U tak boleh jadi org berjaya..btw, jgn putus asa ye..
samal..dlu msa 4. 5 mlas gak.. slalu nak pteng klas..
ble dah bljar jauh2 bru keinsafan :)
nak mulakan azam baru :)
To Terbang Bersamaku : Tq sebab bagi semangat
To sobri : ye ke... kita serupa... hahaha sama2 arr kita bermotivasikan diri menjadi insan yang lebih cemerlang
Alhamdulillah dan syukur kehadrat illahi, bagus memori daun pisang yang memberi makna dalam hidup anda, dan pelajari dari kesilapan yang lalu amat la bagus sekali, betul2 ada masa nya kita menyesal dengan apa yang berlaku, tetapi ia nya sudah berlalu, apa2 pun kita tetap kena teruskan perjuangan kita, jadikan memori ini membakar semangat untuk anda berjaya, x kesah la apa pun kerja yang anda buat, janji halal dan dapat keberkatan dari Allah swt, x pa gaji x besar pun....Allah amat menyanyang hamba nya yng tahu syukur diatas pemberiannya dan tabah dan berusaha gigih demi mencapai apa yang di kehendaki....
apa2 pun syabas bro aku ucapkan pada anda, setiap manusia ada kisahnya....
kalau buat perenggan sng skit nak bace entry ni hehe
tajuk tak menahan
terharunya bace entry nie??
tak sangka ada budak lelaki yang sangat minat belajar..
atas berkat doa ibubapa juga kita boley berjaya..walaupun keputusan spm tak berapa nak okey.
berterima kasih lah kepada mereka..
kejaayan atas usha kita jugak... whatever entry terbaik la ... bagusnya tersedar dari orng yg tak pernah sedar
bersyukur sbb ada keje
lgpun ramai gak lepasan U yg still tanam anggur huhu
To Khairiz : Kata kata saudara membuatkan saya lagi bersemangat untuk bekerja lebih amanah dan bertanggungjawab. Terima kasih.
To Iffah Afeefah : Betul jugak... tak perasan lak. Berpinar gak mata tengoknya hehehe Terima kasih komen ye. Pasal tajuk tu, kalau segmen 'memori' aku guna tajuk lagu sebagai tajuk nya. Tu yang bunyi gitu.
To poohrist : Betul tu. Ini semua adalah atas jasa kedua orang tua kita. Atas keberkatan doa mereka juga. Kita pun jangan lupa doakan kesejahteraan mereka dunia akhirat.
To Aku Penghibur : Apa yang aku nak jelaskan kat sini, apa pun kerja halal yang kita lakukan sehingga memperoleh rezeki yang seberapa banyak mana pun, kita perlu bersyukur. Itu semua Allah yang bagi.
To Miss Purple Ungu : Kesian gak kat mereka. Tapi jangan risau, sekarang tawaran untuk bekerja semakin luas.
Alhamdulillah..:)
kau kata kau tak rajin belajar awie? meh sini nak lempang laju2...aku saksi bersama rakan2 len yang ko mmg tekun belajar.
Post a Comment