Followers

16 February 2012

Next Top Blogger 1 - Episod 6


Assalamualaikum. Salam sejahtera. Inilah adalah Next Top Blogger musim pertama episod ke enam. Kita mulakan segmen “Imuniti” dulu.

Tugasan Minggu Keenam (8/2/12 – 14/2/12)
Aku akan pilih 10 orang members blog aku secara rawak untuk tanya mereka satu soalan. Soalannya, “Antara 12 blog yang masih kekal ini, pilih satu SAHAJA yang paling terbaik,”. Siapa yang paling banyak dipilih oleh mereka akan dapat “Imuniti” minggu depan. Bila baca balik tugasan ni, dah macam tugasan aku lak adoyai... Sebanyak 30 members blog ni aku hantar mesej kat kotak komen blog diaorang. Mesejnya macam ni :

Assalamualaikum. Terima kasih sebab sudi folo blog "Awie Omar". Aku juga dah folo blog kamu ni. Nak minta tolong sikit boleh? Tolong pilihkan antara 12 blog ini,

1. http://noorniey.blogspot.com/
2. http://www.massaari.com/
3. http://farahazurah.blogspot.com/
4. http://wamozuwaha.blogspot.com/
5. http://deliarayushe.blogspot.com/
6. http://rienatomato.blogspot.com/
7. http://mohdyunus89.blogspot.com/
8. http://asyikmaiburogu.blogspot.com/
9. http://afeeszamran.blogspot.com/
10. http://sheypull.blogspot.com/
11. http://guaqbest.blogspot.com/
12. http://khairiz85.blogspot.com/

Yang mana satu kamu rasakan paling menarik. Harap sudi memberi respon (komen) kat sini :
http://awieomar.blogspot.com/2012/02/next-top-blogger-1-episod-5.html
Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih :)

Yang sedihnya... hanya 7 orang sahaja yang sudi membalas mesej tu. Mungkin diaorang tak berapa faham dengan mesej aku tu. Ataupun mungkin mesej aku tu entah apa apa. Bukan salah diaorang. So aku gagal lah nak dapatkan 10 pendapat. Hanya 7 sahaja. Harap peserta peserta NTB1 redha menerima keputusan ini (Bajet macam keputusan exam lak, tak boleh blah).


Di sini aku perkenalkan 7 blogger yang baik hati yang sudi bekerjasama menjayakan segmen ini.

Nor Zilla – Nor Zilla Sensei
Blog pilihan : Mohamad Yunus

ZWAN SABRI – MySuaraBlog
Blog pilihan : Khairiz

AMALINA YA’AKUB – Amalina Yaakub
Blog pilihan : mas saari

Jokeonsalo – Jokeo Jeonsalo
Blog pilihan : farah azurah

Cik Tetra – Cik Tetra
Blog pilihan : Wan Zulqhairi

Dzull ‘benjy’ hairey – BesT of ME!!!
Blog pilihan : mas saari

grawwrbabe – Blog>Hanie>...
Blog pilihan : mas saari

Semua maklumbalas diaorang ada kat kotak komen entri “Next Top Blogger 1 – Episod 5”. Peserta yang dapat imuniti kali ni adalah “MAS SAARI”. Tahniah. Dapat sekali lagi. Apalagi peserta peserta semua. Jom tengok blog diaorang. Follow lah sekali. Diaorang semua baik baik. InsyaAllah rajin komen kat blog korang nanti.


Sekarang tibanya masa untuk umumkan keputusan. Mas Saari, jika anda berada di posisi paling bawah sekalipun jangan risau. Anda tidak akan disingkirkan minggu ni.


No.
Peserta
Entri
1
Khairiz

            
2
Hafeesz Amran


3
aracahayacinta


4
noorniey Azman


5
riena tomato


6
mas saari


7
Wan Zulqhairi



8
Nikisa Izas


9
Farah Azurah



10
Muhammad Yunus


11
Affendi Shofie


12
Sheypull

Tiada entri yang dipostkan



Kepada Sheypull. Perjuangan anda dalam NTB1 telah berakhir minggu ini. Ya, memang betul. Minggu ni Sheypull ada satu entri iaitu http://sheypull.blogspot.com/2012/02/pengalaman-selama-bersama-tm.html
Malangnya entri itu telah dipilih minggu lepas. Itu pun sebagai pengganti entri untuk minggu ke 5 yang langsung tiada. Jadi ia tidak boleh diterima lagi pada minggu ni. Harap Sheypull faham. Okay. Terima kasih kerana sudi menyertai game ini. Teruskan berblogging ok.


Kepada Khairiz pula. Tahniah. Sememangnya entri yang dikongsikan oleh Khairiz tu memang bermanfaat sekali. Memang tidak dinafikan yang entri Khairiz ini mungkin di ambil dari sumber mana mana sebab ianya adalah fakta. Tetapi kali ini bila dibaca, Khairiz cuba mengolah ayat sendiri ditambah dengan fakta fakta yang sedia ada. (Itu yang aku rasa) Keputusan adalah muktamad. Harap semua dapat menerimanya.


Sebelum menutup tirai episod kali ini, kita tengok dulu apa tugasan untuk minggu depan.
Tugasan Minggu Ketujuh (15/2/12 – 21/2/12)
Minggu depan peserta kena pilih sendiri satu entri yang nak ditandingkan. Dalam entri tersebut kena bagitahu “Khas Untuk Next Top Blogger 1 – Episod 7”. Letak la ayat tersebut kat perenggan mana mana. Asalkan ada. Pilih SATU entri sahaja untuk dimasukkan dalam carta minggu depan. Melalui entri tersebut, aku akan semak selalu berapa jumlah komen yang diterima. Peserta yang entri paling banyak terima komen akan dapat “Imuniti” minggu depan. Harus diingat, jumlah komen TIDAK diambil kira dalam kedudukan carta. Walau banyak komen sekalipun tetapi entrinya kurang gempak tetap akan berada diposisi bawah. Apa apa soalan boleh tanya kat kotak komen okay. Sekian. Wasalam. Jumpa lagi.

25 comments:

ZWAN SABRI said...

Ek eh, ada gambaq aku la.. HAHA.. Btw, tahniah kepada yang berada di atas carta.. :)

grawwrbabe. said...

Assalamualaikum.. oh terima kasih.. takde seberapa mane komen saye tue.. Hanye membantu mane yg boleh saje :)
gud luck for everyone :)

Cik Tetra said...

ehh.gambar saya ade laa..hee..btw terima kasih..n to peserta2 gudluck..smoga dpt menyiapkan tugasan yg diberi..chaiyok2 :)

AMALINA YAAKUB said...

eh mcm knal ja gmbar tu wahahaha.... bila baca dah macam realiti show pulak benda ni.. BTW gud luck untk smua...

Unknown said...

xfaham lahhh..tugasan tuh macam mana??nnti bila dah buat entri kena link kan kat sini lah ??

Hafeesz Amran said...

thanks masih mengekalkan sy

QERY HASAN said...

thanks sebab masih terselamat. kekeke

Awie Omar said...

To noorniey Azman : Nak letak link kat sini pun takpe. Taknak letak pun takpe. Noor pilih satu entri noor punya. kat entri tu letak la ayat ni "khas untuk next top blogger 1 - episod 7". jangan risau noor, aku akan singgah tengok blog kamu ok.

mas saari said...

menang imuniti sekali lagi!! hehehe...sungguh tak sangka! terima kasih pada yang suka www.massaari.com

tapi sedih sikit sebab kedudukan carta jatuh dari minggu lepas..huhuu

Asyik Izas said...

Terima kasih Awie..:)
Sangat menghargai kesungguhan awak..:)

QERY HASAN said...

kenapa komen aku tak keluar??? -__-"

QERY HASAN said...

Eh, keluar plak. tadi tak keluar..

Farah Azurah said...

aduhh,harus berjuang ni..alaa,fara ni buat entry kadang kadang main bedal jer..kadang-kadang xtaw laa entry uw berkualiti atau tidak..xp,fara cube yer..tq sebb ada yg sudi pilih blog fara..hahahha..tq bro ! (harap die baca..heheh)

PemilikCahaya said...

macam best je program realiti ini..1st time tau lihat prtandingan sebegini..wohoho...sbb sebelum ni blogger bg GA je kn...bagus2 teruskan brinovasi dlm dunia blog..tahniah..

Unknown said...

saudara awie : terima kasih saya ucapkan kerana telah memilih entry itu untuk minggu yg ke 6 ini, ingin saya maklum kan disini, memang ada sesetengah entry saya ambil dari sumber2 lain, kerana entry tersebut ramai permintaan yang ingin saya kongsikan, dan untuk diri saya sendiri, masa saya mmg banyak habis membaca fakta2 yang berguna di dunia dan di akhirat, dan tujuan saya muatkan dalam blog saya adalah untuk memudahkan saya merujuk kembali suatu hari nanti jika perlu...

walau apa pun saya tetap berterima kasih, dan mohon maaf, kerana saya jarang post entry yang saya karang sendiri, bukan xda, ada cuma blom masanya lagi untuk saya paparkan, dek kerana masa yang tidak mencukupi....

inysaAllah utk tgsan kali ini, saya cuba untuk buat yang terbaik, dah tahniah kepada semua peserta....walau kedudukan anda di bawah sekali pun, korang tetap hebat....

Unknown said...

tahniah awie kerana meneruskan usaha untuk menaikkan nama blogger sahabat..
jasa kamu sangat mulia..

kak mmg admire dgn blogger mas saari..
moga menang.

LURZAN TAZA LIMAJ said...

saye support usaha kamu, teruskan !

ch000tz said...

terus berusaha :)

ariffin mutalib said...

whoa..nice la bro..keep it up dude!!

LidiaSuraya said...

Wah realiti show di alam blog.. Sungguh nice... :)

Unknown said...

jemput untuk kesini

http://khairiz85.blogspot.com/2012/02/siapa-awie-omar.html

Unknown said...

http://noorniey.blogspot.com/2012/02/aku-bukan-alien.html

*wink wink*

riena tomato said...

tahniah pada yg jadi juara...akhir2 nie sngat bz n situasi tak membenarkan saye tok menulis...tapi saye cube tok membuat satu entry..n kalo entry tu xdapt bersaing saye redha...tp akan cube wat yg terbaik...thank en awie omar masih memberi keprcayaan pada saye

dzull 'benjy' hairey said...

wah siap ada gambar skali..huhu ape2 pun smoga next top blogger terus sukses...

dzull 'benjy' hairey said...

wah siap ada gambar sekali..terima kasih..keep it up BlogNTM...