Followers

30 December 2011

10 Cara Elak Dari Tertidur


Dalam dua tiga hari ni aku kepenatan. Mata aku sakit. Otak aku letih. Seluruh anggota badan lemah. Balik je kerja, aku rasa nak tidur terus. Aku tak nak buat apa apa lagi. Tapi aku ni kan "blogger". Lagipun masih baru. Kenalah aktif sikit. Kesian lak kat diaorang yang tertunggu tunggu entri ko. Satu post pun dah memadai. Malangnya, aku ni manusia. Semalam, aku memang nak postkan sesuatu kat korang, tapi bila tengah fikir fikir nak post apa tiba tiba mata aku terpejam. Rasa mengantuk menyerap ke seluruh badan. Aku rasa aku dah tertidur dalam masa 1 minit. Bila aku terjaga aku cuba buka mata aku luas luas dan menghadap laptop aku tu setekun yang boleh. Tapi tak berhasil gak. Mengantuk datang balik. Kalau kira menguap dah tak tahu berapa kali dah. Jadi aku cuba la beberapa tips dibawah ni cara nak elak dari tertidur. Nanti tak dapat la aku nak postkan sesuatu kat blog aku ni. Dah la lama takde cerita best macam dulu dulu. Mungkin tips tips ni dapat bantu korang macam mana nak tahan bijik mata dari terus terlelap dan akhirnya menghalang kita dari menghabiskan sesuatu tugas yang kita lakukan.


1. Basuh muka


Biasalah, kalau mengatuk korang mesti pergi bilik air dan basuh muka tu kat sinki. Bahagian yang paling kena cuci secucinya adalah mata la. Mengatuk jugak? Mandi je ar terus. Tapi bagi aku, kalau mandi lagi la aku rasa nak tidor.



2. Minum kopi

Gi buat secawan kopi, tak minum kopi buat Nescafe. Tak minum dua dua, aku cadang minum Redbull. Tak minum jugak, ikut langkah selanjutnya nanti. Tak cukup secawan kopi, minum satu jug (eh, aku gurau je. BAHAYA minum banyak banyak kopi boleh jadi GILA!!) Tapi kalau tertidor gak masa minum, jangan salah aku okay.



3. Buka lampu terang benderang.

Suasana bilik tu jangan arr romantik sangat. Buka lampu kasi terang bilik tu. Tak cukup satu bilik, buka lampu satu rumah. Tak cukup lagi pasang sportlight betul betul mengadap muka. Kalau tertidur gak memang ko tak makan saman.



4. Berdiri selalu

Kalau duduk saja mesti tertidur punya, baring lagi la. Jadi berdiri je arr. Semua kerja nak buat dengan berdiri. Nak berblogging pun terpaksa la berdiri. Tapi kalau mengatuk tu tahap gorilla punye baik jangan ikut pergh'tua' ni. Kat tumbang tak pasal pasal masuk hospital.



5. Senaman ringan
Setakat berdiri je tak syok. Apa kata kita buat senaman ringan. Mungkin dapat melancarkan balik sistem darah kita dan meningkatkan keperluan oksigen untuk sel sel dalam badan kita. Hilang la sikit rasa ngantuk. Tak cukup senaman ringan apa kata wat lumba lari 100 meter dalam rumah. Orang kata elok amalkan Yoga, tapi bagi aku kalau wat Yoga rasanya terpukang gak.



6. Buat kerja rumah

Tak cukup la senaman ringan. Setitik peluh pun tak keluar. Baik kemas rumah lagi banyak faedah. Rumah pun bersih, cantik. Kemas bilik korang pun dah cukup. Buang buang sawang kat siling tu. Dah siap semua nanti mesti korang rasa segar balik. Kalau tak segar jugak jangan la tidur dengan penyapu lak nanti.



7. Telefon seseorang

Apa kata kita telefon seseorang. Orang orang yang kita senang nak berhubung macam kawan baik ke, kawan istimewa ke, kawan lama ke, kawan makan kawan ke, kawan sengumpat ke (Astaghfirullahalazim, jauh jauh kan). Tapi jangan arr kacau kalau dieorang dah tidur, tak pun korang lak yang tertidur bila cakap ngan dieorang nanti.



8. Makan

Senang citer gi makan la. Masak sendiri baru rare. Ikut la benda apa yang ada kat dapur. Lantak korang la sedap tak sedap, korang gak yang telan. Bagi yang tengah berdiet, sorry la, tak dapat la ikut petua ni. Tapi aku rasa petua ni pun tak berkesan sebab selera makan aku makin berkurangan bila aku start mengantuk.



9. Mendengar muzik

Dengar muzik pun best gak. Tapi kena arr pilih muzik yang tinggi frekuensi gegarannya macam muzik Rock, Metal, Dance mahupun Techno. Kalau mendayu jiwang karat je alamatnya bermimpi la anda dengan lagu lagu tu. Seeloknya pakai earphone ataupun headphone, bagi bunyi tu sepenuhnya masuk ke telinga anda (jangan pecah gegendang telinga sudah).



10. Menonton TV

Last last aku buka TV. Duk depan laptop mengatuk, satu idea pun tak nak keluar. Jadi aku pun tengok la tv pasang DVD citer Nightmare On Elm Street. Pernah tengok citer tu? hehehe Kalau tengok citer seram, mungkin kita jadi susah sikit nak tido. Mana tahu dapat idea bila tengok citer tu.


Sememangnya post ni aku dapat idea dari movie tu. Aku tak tahu kesudahannya movie tu. Sebab bila aku terjaga, kat skrin tv tayang logo DVD aku tu. Jam kul 4 pagi. Aku lak rasa dah tak boleh nak gerak lagi dan akhirnya tidur setidur tidurnya. Moral of the story : Kalau mengantuk sangat tu ubatnya tidor je ler. Assalamualaikum.

18 comments:

Nier Zecter said...

tengok cerita hantu..confirm aku x tido..hahaha

A.s.t.i.n.a said...

no 4 tu kiut Wie... masalahnye ni susah nk tidoooo

Afir said...

LOL....
tp bukan sume org zmn skunk ade mslh tdo ker??tu yang kene jumpa psikatrist bagai

IMANSHAH said...

makan selalu gumuk

IMANSHAH said...

makan selalu gumuk

Rozuan Ismail said...

semu prnah nuat tapi x menjadi

kakaakin said...

Hahaha... gambarnya lucu-lucu :D
Aku pernah tertidur saat sedang naik sepeda motor. Untung saja tidak mengalami kecelakaan...

Nurrul said...

hehe.. tips yg berguna ! :)

Fendy said...

lagi satu jangan lupa...suruh kawan bg penampar/penumbuk sebijik kat muka..kompom xtdo lpas 2....

Awie Omar said...

To Nier Zecter : tul gak... tapi kadang2 aku tertido gak.... hehehe

Awie Omar said...

To A.s.t.i.n.a : hahaha comey kan? susah nak tido lak... lepas ni kena wat 10 cara nak kasi senang tido lak

Awie Omar said...

To Afir : Ya, memang tidak di nafikan masalah susah nak tido ada, tapi dalam situasi aku yang kerja banyak + tido kurang ni yang buat cepat ngantuk hehehe

Awie Omar said...

To IMANSHAH : Ya! Sudah tentu makan sebelum tidur lebih2 ambil makanan berat boleh mempercepatkan seseorang tu jadi boroi.

Awie Omar said...

To Rozuan Ismail : same arr... kalau ngantuk sangat ubatnya tido je arr

Awie Omar said...

To kakaakin : hehehe tak sangka lak lucu, letak pic2 ni sebab ada kaitan ngan citer nak bagitahu. Tido atas motor? jadi penunggang ke pembonceng? Nasib tak ada apa2

Awie Omar said...

To Nurul : Harap ada yang berguna untuk Nurul dalam entri ini.

Awie Omar said...

To Fendy : Tengok tahap kekuatan tumbukan tu gak, takut bukan tak tido dan bukan gak akan tido... tapi akan kiok~~~pengsan.

Awie Omar said...

KEPADA SEMUANYA YANG SUDI KOMEN DI BLOG NI TERIMA KASIH BANYAK BANYAK KERANA SUDI BAGI KOMEN KAT SINI :)