Followers

05 October 2011

10 Lagu Duet P. Ramlee Paling Romantikus

Dari pagi sampai ke tengah hari aku ber blog walking mengenali rakan rakan blogger yang lain disamping memperkenalkan blog aku ni. Terima kasih para bloggers yang sudi tekan butang 'follower' dan aku berharap korang semua seronok bila baca entri entri yang aku masukan dan akan dimasukkan nanti (pasti semakin gempaq untuk korang semua!) Sebenarnya aku masih takde idea nak aku post hari ni. Kalau nak tahu hal ehwal semasa korang boleh bukak KOSMO tak pun BERITA HARIAN. Kalau nak belajar berblogging, boleh tengok blog BEN ASHAARI. Nak letak lirik lagu? Nanti dulu arr... dah banyak sangat lirik yang aku post. Buat masa ni aku nak setarakan entri aku dalam setiap segmen yang aku ada. Contohnya, kalau segmen "Best Song" ada 40 posts makan segmen yang lain mesti ada 40 posts. Orait, sambil sambil menambah kenalan blog tadi aku layan gak mp3 lagu lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Siapa yang tak minat P. Ramlee? anak sedara aku yang 4 tahun tu pun minat P. Ramlee (kalau ada gak tak minat, terpulanglah. Takkan semua orang ada minat yang sama) Jadi terfikir lak kat otak aku nak senaraikan 10 lagu duet P. Ramlee yang romantikus tak ingat! yang aku rasa best arr. 


1. Kalau Jodoh Tak Kemana
Nyanyian sebenar : P. Ramlee & Saloma
Filem : Anak Bapak
Dalam filem di miming kan oleh : P. Ramlee & Rose Yatimah
Tahun ditayangkan : 1968



2. Kalau Kaca Menjadi Intan

Nyanyian sebenar : P. Ramlee & Rahmah Rahmat
Filem : Nujum Pak Belalang
Dalam filem di miming kan oleh : P. Ramlee & Hasimah Yon
Tahun ditayangkan : 1959



3. Gelora

Nyanyian sebenar : P. Ramlee & Saloma
Filem : Seniman Bujang Lapok
Dalam filem di miming kan oleh : P. Ramlee & Saloma
Tahun ditayangkan : 1961


4. Taman Firdausi
Nyanyian sebenar : P. Ramlee & Saloma
Filem : Nasib Do Re Mi
Dalam filem di miming kan oleh : Ghazali Sumantri & Mahyon Ismail
Tahun ditayangkan : 1966



5. Dalam Air Terbayang Wajah
Nyanyian sebenar : P. Ramlee & Saloma
Filem : Masam Masam Manis
Dalam filem di miming kan oleh : P. Ramlee & Sharifah Hanim
Tahun ditayangkan : 1965



6. Hancur Badan Kandung Tanah

Nyanyian sebenar : P. Ramlee & Saloma
Filem : Ragam P. Ramlee
Dalam filem di miming kan oleh : P. Ramlee & Saloma
Tahun ditayangkan : 1964


7. Sri Bulan
Nyanyian sebenar : P. Ramlee & Saloma
Filem : Sabarudin Tukang Kasut
Dalam filem di miming kan oleh : P. Ramlee & Saloma
Tahun ditayangkan : 1966



8. Sedangkan Lidah Lagi Tergigit
Nanyian sebenar : P. Ramlee & Saloma
Filem : Tiga Abdul
Dalam filem di miming kan oleh : P. Ramlee & Sarimah
Tahun ditayangkan : 1964



9. Tanya Sama Hati
Nyanyian sebenar : P. Ramlee & Noormadiah
Filem : Anak Ku Sazali
Dalam filem di miming kan oleh : P. Ramlee & Zaiton
Tahun ditayangkan : 1956



10. Saat Yang Bahagia

Nyanyian sebenar : P. Ramlee & Saloma
Filem : Masam Masam Manis
Dalam filem di miming kan oleh : P. Ramlee & Sharifah Hanim
Tahun ditayangkan : 1965


Kalau korang nak dengar lagu lagu ni, pandai pandai la cari kat 4 shared k! Apapun lagu lagu ni semua memang favorite aku. Kalau aku ada awek dah lama ajak karaoke nyanyi lagu ni hahaha Hope u all enjoy for this post. TQ.

14 comments:

A.s.t.i.n.a said...

satu lagu yg saya suka.. lirik mcm ni

Pukullah canang.. pukullah canang keliling kampung...
hai pukul canang.. pukullah canang keliling kampung..
oooo cenderawasih..
cenderawasih oh nasib nasib..
ooo cenderalah wasih..
cenderawasih mati tertimbus..

lebih kurang lerr

Awie Omar said...

To Astina : ooo lagu tu... rasanya dalam citer Seniman Bujang Lapok. best gak lagu tu.

Uji Hussein said...

Bestnya Awie!!!Saya minat sangat P.Ramlee dan Saloma!Kalaulah dia orang masih hidup....Thanks buat entry yang paling saya suka.Semua lagu tu saya hafal.

Kakaakin said...

Wah... saya paling suka lagu beliau yang berjudul Anakku Sazali.
Lagu itu adalah kenangan sewaktu saya masih kecil. Sering dinyanyikan oleh almarhum ayahku...

Sya_Merpati Putih 88 said...

sy pilih lagu no 1 dgn yg no 10 tue..
lagu2 dgn filem2 P ramlee mmg best...

mas saari said...

paling suka lagu Gelora! best..

Awie Omar said...

To Scarlett O'Hara : Sy pun sama minat sangat kat P. Ramlee. Lagu lagu beliau mesti ada 'SOUL' & "FEELIN"

Awie Omar said...

To Kakaakin : Anakku Sazali dengarlah... lagu yang ayahanda karangi....

Awie Omar said...

To Terbang Bersamaku : ada maksud tersirat ke di sebalik lagu no. 1 dan no. 10 tu hehehe

Awie Omar said...

To mas saari : mesti suka gak tengok citer die, "seniman bujang lapok"

sobri yaacob said...

lagu p .ramlee.
sumua lgu dia malar segar..
x bosan kalu dgar.. :)

Awie Omar said...

To sobri yaacob : lagenda la katakan... tq komen sobri

eddy syrol said...

sorry bro..aku terlepas pandang link utk buat undian..i tot kat komen aku..

aku undi: sara safuddin..

Unknown said...

ok penganjur.. sya pilih adindanil