Followers

26 September 2011

10 Cerita Kartun 90an Paling Best Di Layan

Anak sedare aku suke sangat tengok citer kartun kat channel Ceria. Kalau 24 jam duk rumah, 24 jam la die mengadap depan tv tengok citer kartun. Tak bagi can langsung kat aku nak tengok citer favourite aku. Kalau tukar channel macam tu je, mula la nak teriak. Malaih aku nak dengar die nyanyi pitching tinggi ke laut. Tapi aku tak kisah sangat sebab aku sememangnya jarang tengok TV di kampung mahupun kat rumah aku sendiri. Nasib la ada internet sekarang. Boleh la aku updatekan blog aku yang tak sehabat mana ni. Kalau tak tahu nak buat apa gak, terpaksa la layan citer kartun ngan anak buah aku tu. Ada la satu citer kartun ni “HAGEMARU” boleh layan gak lucunya. Tentang sorang budak yang amat berjimat a.k.a kedekut nak mampus a.k.a berkira gila. Sama arr dengan mak bapak dia yang berketurunan Haji Bakhil dan mata duitan.


Lepas habis satu kartun tengok kartun lain lak, Kampong Boy la, Detective Conan la, Fukuchan la, Asarichan la, Can Mali Chan la ader je. Tak cukup lagi ada gak drama dan program untuk kanak-kanak macam Geng Bas Sekolah la, Tom Tom Bak la, Gerak Geri Gasing la, Adi Dan Ayah la, Kamilah Bintang la, Kamilah Bulan la, Kamilah Anak Pak Man la... patut la budak ni mengadap je depan tv. Ngan bapak sedara die sekali turut ikut tertandap (ada ke istilah ni? Kalau takde sila abaikan). Bila tengok – tengok citer kartun ni, teringat la balik masa kanak – kanak dulu pun hantu kartun gak. Tapi masa tu de Ceria lagi. Takde la tengok kartun sampai ke malam. Ni aku nak imbas balik 10 citer kartun yang aku layan di zaman bangku sekolah rendah dulu.




1. DRAGON BALL
Goku adalah hero dalam cerita kartun ciptaan Akira Toriyama ni. Seorang budak berekor monyet yang hebat dalam seni mempertahankan diri terutama Super Saiya. Berkawan baik dengan Bulma dan sama – sama mencari 7 biji mutiara hajat. Jika dikumpul semuanya boleh minta satu hajat je dari dewa naga. Geng – geng Goku yang lain macam Bezita, Pico, Kurin, anak dia Son Gohan, Datuk Kame dan ramai lagi arr. Musuh dia lak macam Frieza, Cell dan Majin Buu.


  
2. DORAEMON
Robot kucing yang ada poket ajaib yang ada macam – macam barang magic dalam tu. Tinggal serumah ngan Nobita. Dah jadi satu famili dah. Berkawan ngan Sizuka, Giant dan Suniyo (Walaupun Giant ngan Suniyo selalu buli Nobita). Selalunya komik ni bagi mesej yang baik dibalas baik dan yang jahat dibalas jahat.






3. POWER RANGERS
Walaupun aksinya dilakonkan oleh orang betul, tapi aku tetap anggap citer ni citer kartun. Sebuah kumpulan dianggotai 5 orang pelajar kolej : Jason (Red Ranger), Trini (Yellow Ranger), Billy (Blue Ranger), Kimberly (Pink Ranger) ngan Zack (Black Ranger). Lepas tu tambah sorang ahli Tommy (Green Ranger). Diaorang bertungkus – lumus menentang makhluk asing yang nak hancurkan bumi.








4. KELUANG MAN
Seorang pesakit mental dari Hospital Bahagia Tampoi akan keluar pada waktu malam dengan menyamar menjadi superhero Keluang Man demi menjaga kenteteraman masyarakat setempat dari anasir – anasir jahat. Dia dibantu oleh Tiong Man juga dari hospital yang sama.








5. USOP SONTORION
Usop tinggal di Kampung Parit Sonto bersama ibu bapanya dan merupakan anak bongsu dalam keluarga. Kakaknya gemar menyuruhnya ke kedai runcit membeli asam boi manakala abangnya pula gemar berbasikal keliling kampung untuk mencari Usop. Usop mempunyai beberapa orang kawan sekampung sepeti Abu, Dol, Ah Kim, Vellu dan Singh. Dia juga memiliki seekor ayam yang selebet bernama Selebet.





6. SCOOBY-DOO

Kisah 4 sekawan – Fred “Freddie” Jones, Daphne Blake, Velma Dinkley dan Norville “Shaggy” Rogers bersama dengan seekor anjing penyiasat tapi bapak penakut yang diberi nama Scooby-Doo. Diaorang ni selalu berhadapan dengan kes misteri nusantara atau sister ngesot a.k.a ju-on.
.




7. FLASHMAN
5 kanak - kanak telah diculik oleh Alien Hunters dan diselamatkan oleh Flash Alien lalu di pisahkan mereka untuk dilatih menjadi pahlawan bumi di 5 planet berbeza. Jin (Red Flash), Dai (Green Flash), Bun (Blue Flash), Sara (Yellow Flash) dan Lou (Pink Flash) diberi kekuatan masing - masing demi menentang makhluk asing yang menyerang bumi.




8. THE FLINTSTONE
Kisah keluarga Fred Flinstone bersama isteri, Wilma dan anak perempuan mereka Pebbles. Bertambah riuh bila ada kawan macam Barney Rubble, isterinye Betty bersama anak angkat mereka Bamm-Bamm Rubble.





  

9. TOMATOMAN
Tomata adalah salah seorang dari 10 pahlawan kerajaan salad. Seorang pemuda yang cuai tapi selalu di admired oleh sape - sape je gadis termasuk Princess Peach. Musuh ketat diaorang adalah kerajaan serangga.





10. ANAK-ANAK SIDEK
Kisah hidup di zaman kanak - kanak 5 bersaudara bintang sukan badminton negara. Bun, Ajib, Alan, Aman dan Adul yang sama nakal dan sama lucu di didik oleh seorang bapak yang macam singa. Masa sekolah ada gak beli komik die yang ada jual kat sekolah. Popular giler.  

20 comments:

zull said...

tommy bkn white ranger ke??

Sang Kucing said...

zull : emm yup lepas hijau die jadi putih

zull said...

oooo...lupa lak...

Sang Kucing said...

To zull : it's ok

rosmina samin said...

hehehe dah lupa kartun Tomato Man tu... =)

Awie Omar said...

To rosmina : "Tomato tomato tomatoman..."

peace289 said...

best..layan je..

Awie Omar said...

To peace : Tq for the komen. Tq gak kat yg lain2 sudi komen. Nanti aku akan jenguk blog korang lak dan komen sekali :)

Razil Tahir said...

suka semua especially power rangers ngn tomatoman!! hahahahah!! XD

ultraman xde?

iKhRam said...

setuju
paling suka..
sudah tentulah doraemon..

selamberK said...

xtengok cte cybercop ke??hahha

IzwanIzzati Pretty Collections said...

Doraemon & usop pilihan sy..

Izzati,
http://izwanizzati.blogspot.com/
www.izwanizzati.com
http://oneau.com.my/index.php

Awie Omar said...

To Razil Tahir : Ultraman aku kurang sikit arrrr tq komen.

Awie Omar said...

Ikhram : doraemon... kartun yg x lepas tengok setiap minggu pd suatu ketika dulu hihihi tq komen

Awie Omar said...

to selamberk : katun org putih mcm cybercop, transformers ato xmen jarang tengok sebab die x alih dlm bhs melayu. tq komen.

Awie Omar said...

to izwanizzati : dua2 best... insyAllah akan ku terjah blog awk dn rkn2 yg lain. tq komen.

pyeja :) said...

doremon n Detective Conan bst uh.ctew tu..hahaha

Awie Omar said...

to pyeja : zaman sy kanak2 dulu detective conan kurang sikit, katun tu baru popular skrg ni best gak layan hihihi tq komen

wawa wadzir said...

OMG!! plg suka tomato-man!!

sailormoon xdk..?

Awie Omar said...

To wawa : sailormoon tu kdg2 tgok kdg kdg tak tgok hahahaha tq komen