Followers

25 September 2011

10 Keperluan Elektrik Perlu Ada Dalam Rumah Aku

Dah masuk setahun aku duk kat rumah sewa aku tu. Tapi aku tengok dari dulu sampai la sekarang macam tak ada perubahan pun dalam rumah aku tu. Kosong je rasa. Nampak sangat life aku asyik ngan kerja! kerja! kerja! Rumah tu dah macam tempat nak tido, mandi dan rehat a.k.a tengok tv / main internet / tengok DVD. Kalau time makan aku gi luar je. Kalau nak cari sebekas biskut kering kat rumah aku tu jangan harap la. Air kosong pun belum tentu ada. Ini kan pula teh, kopi, nescafe, milo or horlicks. Dapur aku memang kosong! Memang pemalas nak masak sebab tak reti gak. Walaupun kosong, tiap - tiap minggu aku mop lantai. Tiap - tiap bulan aku lap kipas. Aku memang pantang ngan lipas, semut termasuk cicak. Memang aku letak racun semut kat penjuru - penjuru rumah. Segala spray racun binatang aku beli, nampak je lipas aku direct sembur. Bukan pe, kalau dibiarkan beranak pinak diaorang habis penuh rumah aku ngan lipas. Nanti langsung tak boleh di kawal. Sekarang ni ok la sikit. Dah dekat 2 hari aku tak nampak lagi seekor lipas pun merayap kat rumah aku. Apa yang menjadi perkiraan aku sekarang, aku kena arr lengkapkan isi rumah aku ni dengan keperluan - keperluan utama supaya menjadi betul - betul satu rumah 'manusia'. Mula - mula aku nak senaraikan dulu apa yang perlu ada dalam sesebuah rumah.

1. Televisyen

Aku ni bukan selalu sangat tengok TV. Selalunya kalau free aku bukak tv kul 8am tengok Selamat Pagi Malaysia atau MHI. Ataupun kul 8pm tengok berita. Rumah aku takde astro, tv lak tv lama yang makin malap kecerahan gambarnya. Memang selayaknya dah kena tukar ngan LCD ni.

2. DVD Player

Disebabkan aku ni suka kumpul dan tengok DVD movie, maka tak boleh tak nak kena ada juga sekurang - kurangnya satu DVD player. Disebabkan aku tak ada masa nak tengok wayang maka dengan itu selalulah beli dvd tengok kat rumah je. Movie - movie lama - lama pun aku layan asal kan jalan citernya best.



3. Periuk Nasi

Aku dah ada periuk nasi. Tapi aku ni malas sangat - sangat nak masak 'alias' tak tahu masak pun. Oleh itu aku simpan saja periuk nasi aku yang masih berkilat tu dalam kotaknya. Kalau dah terbuka hati aku nak masak, boleh aku guna nanti.



4. Kipas Angin

Cuaca kat Malaysia sememangnya kerap panas. Oleh itu, pasti setiap rumah ada kipas. Kalau takde kipas alamatnya boleh mengamuk sebab kepanasan. Nak tidur pun susah.

5. Saterika

Aku ni bekerja. Ada uniformnya. Jadi aku kena la gosok baju kerja tu. Nanti kalau tak gosok orang kata pemalas tak berdisplin lak. Selalunya aku gosok baju kerja aku bila 1 jam lagi nak pergi kerja. Hahaha malas nak prepair siap - siap.

6. Mesin Basuh

Kalau takde benda ni, alamatnya mungkin tercabutlah tangan aku ni sebab hari - hari basuh baju. Aku lebih suka guna yang semi auto. Sebab rasa lebih puas, lebih bersih dan lebih suci.


7. Penjerang Air

Betul ke istilah Bahasa Melayu tinggi yang aku guna tu? Lantaklah, asal korang faham. Tempat nak masak air arr senang citer. Kalau masak air guna elektrik lebih jimat, cepat dan mudah. Tapi buat masa ni aku masak air bukan nak buat kpi atau teh (sebab takde langsung kat dapur) tapi nak buat air mandian. Sejuk arr pagi - pagi, boleh sawan aku.



8. Microwave

Benda ni takde lagi kat rumah aku, tapi bakal muncul. Disebabkan aku tak fikir sangat soal makan, jadi aku tak terfikir dulu beli benda ni. Kalau duk asrama ngan duk serumah ngan kawan - kawan dulu ada la guna. Senang nak masak apa - apa atau nak panaskan makanan.


9. Peti Sejuk

Sebenarnya dah lama aku rancang nak beli peti sejuk, tapi disebabkan keperluan yang lain lebih penting, maka terpaksalah aku menangguhnya dahulu sebulan demi sebulan sampai la la ni. Biar xde dapur jangan xde peti sejuk. Sebabnya, boleh la aku simpan buah - buah yang aku suka makan dan aiskrim yang aku suka telan.



10. Laptop
Sudah menjadi darah daging, kembar tak seiras, kawan karib ataupun merpati sejoli agaknya untuk aku dan benda ni. Setiap hari aku akan mengadapnya. Memang akan ketagih kalau tak jumpa. Sebab tu suka lepak je kat rumah. Lebih - lebih lagi bila dah mula bukak blog ni wakakakaka.

8 comments:

IMANSHAH said...

aircond bro..kena ada ..aku takleh takde

Zul Fattah said...

aku cuma ada heater tu je.. yg lain ke laut..

Awie Omar said...

To iman : lepas dapat sumer tu baru letak aircond. lgpun aku duk rumah sewa je

Awie Omar said...

to zul fatah : Bukan semua benda kat atas tu aku dah ada hehehe tp harap satu hari sumer cukup. tq for de komen

sekamar rindu said...

salam..

betul kata iman tu.aircorn perlu masukkan juga..

Awie Omar said...

to sekamar rindu : ya... bila time panas sgt tiba2 rasa nk letak aircond hehehe

IZYAN KAHER said...

you missed plug and soket !! :)

Awie Omar said...

To Izyan Kaher : Missed plug ngan soket boleh tahan lagi... ni tak, missed lupa bayar bil elektrik pon ader kikiki