Followers

11 January 2012

10 Filem Terbaik Arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

1. Masam Masam Manis

Kisah sepasang kekasih yang suka dating kat Zoo Negara. Zaman sekarang ni ada lagi ke yang suka dating kat sana? Kalau hari – hari dating kat sana alamatnya botak la kepala. Ye lar, satu tiket dah berapa ringgit? Mungkin time tu tiket murah lagi kot. 20 sen kot mana tau. Ke diaorang ni ada member card. Tema bagi filem ini yang dapat aku rumuskan adalah kejujuran. Sangat penting dalam membina perhubungan. Kalau suka menipu dan tak berterus terang alamatnya rosaklah hubungan tu kalau rahsia sebenarnya terbongkar. Lebih baik bagitahu keadaan sebenar atau perbaiki atau tinggalkan terus perkara yang akan mencurigakan pasangan kita nanti. Hahaha dah macam Doktor Love lak. Ape pun lagu – lagu dalam filem ni sangat enjoy dan feeling habis.
 
 
2. Seniman Bujang Lapok 

Senangnya nak jadi film star. Dengan hanya sekali screen test disamping lakonan bersahaja yang alang – alang ubi, terus dapat terpilih berlakon filem. Kalau macam tu la berlaku di alaf baru ni alamatnya tak laku la Raja Lawak atau pun Pilih Kasih. Semua nak screen test macam tu je buat lawak bodoh sikit – sikit dan terus jamin dapat. Tetapi lawak trio bujang lapok dalam filem ini bukan lawak sebarangan a.k.a lawak bodoh tetapi lawak paling mahal pernah dijayakan dalam sesebuah filem. Ada mutu dan keunggulan di setiap scene. Tak jemu mataku menonton.



3. Madu Tiga

Agaknya ramai kaum hawa di luar sana tidak berapa suka dengan filem ini. Sebab temanya pasal poligami. Macam mana dengan kaum Adam pulak? Mungkin dia orang anggap filem ini adalah sebuah filem berinspirasi. Banyak beri ilham. Tapi kena la cari bapak mertua yang sekepala dulu, baru la semuanya menjadi. Mesti pandai pembohong. Mesti pandai temberang. Tetapi jangan sampai. Hai pecah tembelang. Aik, menipu kan berdosa? Emmm whatever.
 



4. Ibu Mertuaku

Kalau aku dapat ibu mertua macam ni, bukan setakat maki dia macam binatang, akan aku sumpah terus dia jadi binatang. Yang si hero ni lak satu, disebabkan terlalu kecewa sampai sanggup cucuk mata dengan garpu. Baru operate dan dapat lihat semula terus jadi buta balik. Tak bersyukur langsung. Mungkin dia terlalu kecewa kerana tersalah pilih pasangan hidup yang sanggup senang bersama dan tidak sanggup bersusah berdua. Filem yang ada sentimental value yang tersendiri.
 


 5. Pendekar Bujang  Lapok
 
Ini pula kisah trio bujang lapok di zaman Hang Tuah gamaknye sebab banyak gak scene silat dalam filem ni. Lawak memang lawak. Paling lawak bila duduk dalam kelas belajar alif ya mim unta. Apa yang nak diberitahu dalam filem ini rasanya ialah ilmu. Ilmu pelita hidup. Sanggup bersusah payah mengharungi segala ‘cobaan’ demi memenuhi ilmu di dada. Kalau sesiapa yang suka filem yang berunsur thriller dan seram, boleh gak rasanya try tonton filem ni. Sebab ada satu scene tu Ramli kena kejar dengan hantu jepun tapi kalau tergelak gak atau tak rasa thrill langsung jangan marah lak sebab filem ni memang filem pak lawak.
 

6. Anak Bapak 
Bapak borek anak rintik. Itu je la yang mampu nak di lafazkan kalau tengok movie ni yang kalau 10 kali tengok pun masih tak jemu. Kisah si duda kaya yang ada anak teruna seorang kaki club malam yang akhirnya berkahwin secara diam tanpa pengetahuan bapaknya dengan nurse peribadi bapaknya itu. Dalam pada itu, si anak ni selalu diganggu dan digoda oleh penyanyi club malam sebab si anak ni berhutang dengannya. Oleh kerana selalu dapat cek tendang dan cintanya ditolak, si perempuan cabaret ni pun memberitahu perkara sebenar kepada si bapak tentang kesalahan yang telah anaknya lakukan. Ada ubi ada batas, ada hari boleh ku balas.
 


7. Tiga Abdul


Dalam filem ni watak P. Ramlee tak berapa lawak sangat. Watak Pak Mertua dia yang tamak harta tu yang lawak gila. Disebabkan gelojoh nak kahwin dengan anak orang kaya, abang – abang Abdul Wahub ni sanggup memutuskan tali persaudaraan dengannya dan akhirnya segala harta benda mereka tergadai kerana melanggar syarat. Syaratnya mudah, tak boleh marah nanti kena jual. Macam sial. Nasib Abdul Wahub ni mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dan akal yang panjang menyebabkan si bapak mertua dia pulak yang naik angin sampai dirinya dilelong di pasar. Nasib la si Wahub ada sedikit perikemanusiaannya, dibelinya semula bapak mertuanya itu. Orang tamak selalu rugi macam anjing dengan bayang – bayang.
 


8. Sarjan Hassan

Setiap kali 31 ogos mesti tayang kat TV1, ataupun TV2 atau TV3 atau TV4 mahupun TV5. Kesian si Hassan sebab pada mulanya niat nak masuk askar tapi dihalang oleh bapaknya yang inginkan dia tinggal di kampung menjaga keluarganya. Tapi dia tetap berdegil demi mencapai cita – cita akhirnya Hassan melarikan diri untuk pergi masuk askar. Sampai macam tu sekali semangat cinta kan negara. Tapi terbalik lak zaman sekarang, elok – elok dah masuk askar nak lari keluar pulak dari kem. Dah tahu tak minat jangan la ngade – ngade nak masuk. Ni mesti salah niat ni, bukan nak mempertahankan negara tercinta, tapi nak meninggikan lagi keegoan dijiwa agaknya. Berbalik semula cerita pasal Hassan, disebabkan kecemerlangannya dalam pasukan akhirnya dia dinaikkan ke pangkat sarjan. Adik tirinya yang selalu dengki dengannya yang lebih awal masuk askar pun tak naik pangkat lagi sebab suka mengular.  



9. Nujum Pak Belalang

Ini pulak cerita tok nujum yang very the lucky laki. Ada pulak anak yang bijak dan rajin sangat bekerja. Nasib tak ikut genetic bapak dia yang pemalas tahap cipan. Pak Belalang mula terjebak dengan kerja nujum ni apabila Belalang memberi idea menyuruh orang kampung yang sedang mecari haiwan ternakan yang hilang untuk berjumpa dengan bapaknya. Alang – alang dah tahu kat mana binatang tu duduk, pandai – pandai la anak beranak di auta. Nak hidup la katakan. Tapi tak habis kat situ, Sultan pun meminta pertolongan dari Pak Belalang. Pada mulanya Sultan tak berapa percaya dengan Pak Belalang. Tapi disebabkan satu demi satu masalah yang ditimpa dapat diselesaikan oleh Pak Belalang atas kredit nasib. Sehingga la dia ditabalkan sebagai Ahli Nujum Negara. Nasib nasib nasib.




10. Ali Baba Bujang Lapok

Timbul Perasaan hasad dengki kepada adik sendiri menyebabkan nyawa si abang melayang dek akibat tamakkan harta. Ali Baba seorang yang sangat pemalas tapi bertuah. Dulu miskin sekarang dah kaya bukan sebab dia main saham ke masuk MLM ke jual tanah pusaka ke, tapi merompak balik harta rompakan 40 orang penyamun. Segala harta yang dirompaknya itu bukan semata – mata digunakan untuk dirinya saja malah didermakan jugak kat orang – orang susah. Very nice man but lurus bendul sebab senang sangat percaya kat orang walaupun orang itu ada niat yang tak baik kat dia. Nasib ada orang gaji yang bijak bestari, Belum sempat si penyamun memulakan aktiviti samunnya, orang gaji Ali Baba itu sudah tahu dahulu niat jahat si penyamun lalu di bunuhnya dengan segera. Wow kalau dibaca suspen siot macam horror film tapi realitinya tak kering lidah dibuatnya.

18 comments:

irwan miswan said...

aku suka cerite p ramlee yang lawak2 je. yang sedih2 jarang nengok.hehhee. yang penting tak bosan tengok cerite p ramlee walaupun dah ulang banyak kali huhuhu. entah ape rahsie die kan huhu

skodeng sini...
ayat rahsia mengurat kini DIDEDAHKAN
RAHSIA disebalik tangga!!!

Awie Omar said...

To Irwan : TQ der bagi komen kat sini.

burnkelana said...

tp sekarang ni kan mcm dah kurang jerk filem2 P ramli ni kuar TV..

iz said...

filem evergreen..
masih banyak lagi pengajaran yang boleh di amek dlm filem2 arwah.. =)

fendi@pharm.com said...

saya peminat setia tu..hehe

Hareez Haiqal ™ said...

walauweh~>...
p.ramlee
haha!

masam masam manis the best..sbb blakon kat zoo~
haha!

Nikisa Izas said...

semua cerita dlm senarai diatas mmg terbaik:)

iemah said...

musang berjanggut xda ek?

Awie Omar said...

To iz : Seniman yang sukar dicari ganti.

Awie Omar said...

To fendi : kesungguhan beliau dalam apa jua yang dilakukan dijadikan inspirasi.

Awie Omar said...

To Hareez Haiqal : Masam masam manis memang aku minat. Lagu2 pun syok.. layan je. Acting kat zoo negara, nasib baik tak naik gajah hehehe

Awie Omar said...

To Nikisa Izas : Filem P. Ramlee tak ditelan zaman. Selalu je nak tengok kalau ada kat TV.

Awie Omar said...

To iemah : musang berjanggut pun best gak, tapi disebabkan ni segmen carta 10, jadi aku pilih 10 yang paling aku minat je.

Awie Omar said...

To burnkelana : ye ke? ada lagi la kat tv 2. Baru baru ni ada citer Seniman Bujang Lapok

Apiqz91 said...

p.Ramlee xde bandingan dah oi..
lawak ori,bkn skrip..wakaka

Nur Lavender said...

Filem2 karya arwah xjemu ditonton..

Tee Yui said...

Beliau pernah berkata bahawa karya2 beliau tidak akan lapuk dek zaman.

Arie said...

Suka filem P-Ramlee sebab ada mesej disebalik filem rekaan dan lakukan allahyarham. Memang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.