Followers

12 January 2012

Next Top Blogger 1 - Episod 1





Assalamualaikum. Salam sejahtera. Khamis 12 Januari 2012, bermulanya satu segmen realiti daya saing antara blogger blogger Malaysia. 16 bloggers yang telah mengfollower blog ini dipilih oleh pengurus blog ni (aku la) bagi menyertai game yang aku anjurkan ini.


Macam mana logo game kat atas? Aku edit bersandarkan logo reality game show yang aku minat "SURVIVOR" kena la bagi kredit sikit. Disebabkan game ni pun lebih kurang macam "SURVIVOR" maka aku pun gunakan logo bentuk macam tu. Harap peserta peserta semua kasi ye letak gambar gambar diaorang tu hehehe.


Game ini akan berlangsung selama 16 minggu berturut turut. Ini bermakna terdapat 16 episod kesemuanya. Sebelum ni aku dah buat satu entri pasal pengenalan bagi segmen ni. Rujuk dalam link ini :
http://awieomar.blogspot.com/2011/04/next-top-blogger-pengenalan.html



Ini adalah episod 1. Dalam episod ni, aku akan perkenalkan pada korang 16 peserta yang dipilih. Sebelum dipilih, aku ada tanya mereka dulu sama ada mahu join atau tidak segmen ini. Terima kasih kepada korang sebab sudi balas mesej tu. Alhamdulillah, dalam 2 minggu jugak la baru aku dapat mengumpul 16 korang semua  untuk bersaing secara sihat dalam menjadi seorang “Next Top Blogger” bagi musim pertama! Korang dah bersedia? Jom sama sama lihat siapakah mereka.






aracahayacinta





Farah Azurah


Hafeesz Amran

iemah


irwan miswan


Iz



Khairiz


mas saari


Muhammad Yunus


Nikisa Izas


noorniey Azman


riena tomato





Wan Zulqhairi


Ada yang kenal siapa mereka? Dah follow diaorang? Baik korang follow diaorang sebab kalau nak menghayati betul betul segmen ni la (ayat yang digunapakai tak boleh blah).


Kepada rakan rakan alam maya aku yang 16 orang ni, bermula dari hari ini sampai la hari Rabu 26 April 2012, korang kena la rajinkan diri post entri terutama entri yang terbaik punya. Tak kisah arr pasal apa pun. Panjang pendek aku tak kisah. Asalkan bila orang lain baca ianya seronok dan terkesima terus (bab mengayat nombor satu) Relaks relaks. Buat macam biasa je update blog tu.



Minggu depan, Khamis 19 Januari 2012, Next Top Blogger 1 - Episod 2, dalam entri tu nanti aku akan pilih dan senaraikan satu sahaja entri terbaik  (yang dipostkan dari 11 Januari 2012 hingga 17 Januari 2012) dari setiap peserta. Aku akan senaraikan mengikut nombor. Peserta dan entrinya yang berada di no 1 adalah yang paling terbaik dalam minggu itu. Diikuti no.2 dan seterusnya.



Dan kepada peserta yang berada di no.16 atau yang paling bawah dalam carta, dukacitanya korang terpaksa la disingkirkan daripada segmen ini. Aku harap janganlah kecil hati nanti. Anggap ini satu permainan yang membina diri kita menjadi blogger yang baik. Lebih lebih ianya dikendalikan oleh aku (Siapa la aku ni. Bukannya bagus pun). Don’t worry okay!   


Jadual Pemilihan entri
Episod  2 (19/1/12) : Entri dikeluarkan dari 11/1/12 - 17/1/12
Episod  3 (26/1/12) : Entri dikeluarkan dari 18/1/12 - 24/1/12
Episod  4 ( 2/ 2/12) : Entri dikeluarkan dari 25/1/12 - 31/1/12
Episod  5 ( 9/ 2/12) : Entri dikeluarkan dari 1/2/12 - 7/2/12
Episod  6 (16/2/12) : Entri dikeluarkan dari 8/2/12 - 14/2/12
Episod  7 (23/2/12) : Entri dikeluarkan dari 15/2/12 - 21/2/12
Episod  8 ( 1/ 3/12) : Entri dikeluarkan dari 22/2/12 - 28/2/12
Episod  9 ( 8/ 3/12) : Entri dikeluarkan dari 29/2/12 - 6/3/12
Episod 10 (15/3/12) : Entri dikeluarkan dari 7/3/12 - 13/3/12
Episod 11 (22/3/12) : Entri dikeluarkan dari 14/3/12 - 20/3/12
Episod 12 (29/3/12) : Entri dikeluarkan dari 21/3/12 - 27/3/12
Episod 13 ( 5/ 4/12) : Entri dikeluarkan dari 28/3/12 - 3/4/12
Episod 14 (12/4/12) : Entri dikeluarkan dari 4/4/12 - 10/4/12
Episod 15 (19/4/12) : Entri dikeluarkan dari 11/4/12 - 17/4/12
Episod 16 (26/4/12) : Entri dikeluarkan dari 18/4/12 - 24/4/12
* Mengalahkan jadual exam aku tengok.


Macam mana aku nak pilih entri yang terbaik?
Setiap peserta boleh terjah tengok blog peserta yang lain. Korang boleh pilih entri mana yang paling best dalam blog diaorang. Bagitahu aku dengan letak urL entri tu kat komen bawah ni  (kalau letak entri sendiri tu aku rasa…. emm… susah sikit nak tentukan). Ini membantu aku gak la dalam memilih yang mana terbaik.


Paling banyak dipilih oleh peserta lain, mungkin blogger tersebut akan terselamat dari tersingkir minggu itu. Amacam, faham tak? Tak faham tanya saja.


Kepada pembaca pembaca yang lain pulak, korang pun boleh turut serta gak dalam pilih entri blogger mana paling best. Ingat! Pilih satu entri sahaja dari mereka yang dipostkan ikut masa yang ditetapkan. Letak urL entri tu kat ruangan komen di sini. Harap korang dapat bantu aku dalam memilihnya.


Kalau takde saper sudi nak bantu, its okay. Aku akan pilih sendiri mengikut pemikiran yang waras InsyaAllah. Tiada “bias” kat sini. Semua sama. Aku tak kenal sesiapa pun peserta di luar. Aku hanya kenal mereka di sini. Dan aku menganggap mereka sebagai rakan blogger aku.


Secara adilnya, aku tak mengira bilangan komen yang diterima dalam entri yang dipertandingkan (entri setiap peserta maksudnya).


Ada faham. So, rasanya itu sahaja untuk episod pertama ini. Semoga bertemu kembali pada minggu hadapan. Selamat berblogging rakan rakan peserta semua. Aku akan terjah blog korang bila bila masa saja. Assalamualaikum.


P/S : Berblogginglah dengan ikhlas ok.
Kalau ada apa apa cadangan bagitahu kat kotak komen sini.


Nanti dulu. Ada lagi ni nak bagitahu. Sejujurnya, segmen ni aku sudah perkenalkan pada tahun lepas lagi.  Tapi malangnya ianya dapat bertahan selama 4 minggu sahaja gara gara laptop aku kena curi. Berbulan bulan jugaklah aku tak dapat nak update blog kesayanganku ni. Maka tertangguh la segala yang dirancang. So, dengan semangat tahun baru ni, aku bertekad nak teruskan gak segmen ni dan harap harap dapat bertahan selama 16 minggu. Terima kasih mas saari, irwan miswan dan Farah Azurah sebab sudi join balik segmen ni. Diaorang lah dulu peserta peserta time tu. Tak percaya tanya la diaorang. Tu je nak citer, hehehe balik semula nak beri salam. Assalamualaikum.

57 comments:

MR. SYAH said...

fighting!

mas saari said...

thanks awie;
Mas akan cuba yang terbaik..
ada antara blogger ni Mas dah follow dan ada yang belum...
masa utk terjah sekarang!

c-tea said...

pergh..terbasik semua..misi memfollow blog bermula...dapat 16 rakan baru,..

Wak! said...

saingan hebat2..mamposs

Mah@mahu said...

Mcm mana nak jadi salah seorang Next Top Blogger ni hehehehe best lah pulak..

Awie Omar said...

To mas saari : sama2. good luck mas.

Awie Omar said...

c-Tea : Ya, meh follow sama2 . itu yang kita mahu.

Awie Omar said...

To wak! : hahaha entry ko pun boleh tahan gak wak

Awie Omar said...

To Mahamahu : don't worry. InsyaAllah kalau ada rezeki ada lagi musim 2.

aku pilih followers secara rawak. kemudian hantar mesej kat diaorang tanya sama ada diaorg nak ikut serta ke tak. kalau diaorang taknak aku cari yang lain sampai la aku dapat 16 peserta.

MissNadh said...

go go chaiyok! ade beberape peserta aku kenal,bole la sokong..wuhuuuu!

Ecah Ecot said...

waa..hebat sume ni..good luck!dh follow yg mane blom follow..

Fyqa said...

`wahhh cuaknya baca. adehhh...huhu

budak kampung said...

mak aihhhhh...semua power2...kalah r aku camni huhuhuhuhu....takpelah...kalau aku kalah...memang patot sebab blog aku ni maseh blom mantap hahahahahahaa harun salim bacek...ehhhhh bengong...tenggggg

kalau x malas,singgahla
antara pageview dan follower,mane korang pilih
iklan barangan pelik dan separa lucah
buffered earning pertamaku
gadis mencuri menggunakan kemaluan,ciss

Nurul Ashikin said...

hye! hehehe. slm pkenalan gak!

umUMRA said...

da mcam next top model dah nih..hehe..pape pon nice..

Awie Omar said...

To MissNadh : Teruskan menyokong mereka.

Awie Omar said...

To Fyqa : berblogging macam biasa ok :)

Awie Omar said...

To budak kg : alamak merendah diri la pulak. Okay, aku akan tengok entri2 tu.

Awie Omar said...

To asyikin : salam perkenalan gak :)

Awie Omar said...

To umumra : ini je arr yang mampu umummra.... harap bagi la sokongan kat peserta2 ok

c-tea said...

tak langgan mustika??jom langgan video percuma maharaja lawak minggu ke-3... http://illustrasiaku.blogspot.com/2011/04/video-maharaja-lawak-minggu-ke-3-video.html

budak kampung said...

aku ade cadangan....sape menang kene belanje makan asam pedas....kat muar...hahahahahahaha

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jom Terjah entry terbaru ??
Yamaha 125z

antara barisan finalis tu semua aku ade kenal lah beb.... semua blogger diorang tu powerrr giler... best dan bagus sekali tau

iemah said...

semua power2 ni...
bleh lawan ke ni??? huhuhu

AZIE said...

Woah! Nervous nye! GOOD LUCK semue!

Hafeesz Amran said...

hebat nyer semua pesaing...mcm xder harapan lak...hahahaha

Nikisa Izas said...

Terima kasih daun keladi..Jemputla datang lagi..hihi..:)

*Get ready for this game:)

Khairiz said...

Terima kasih kepada saudara Awie, kerana memberi peluang blog aku join sama, kalau nk tgk blog aku ni apa la sangat berbanding dengan blogger2 yg power2 semua nih kan....

apa pun sy hargai atas kesungguhan saudara melaksanakan segmen ini, tahniah sy ucapkan kepada beliau :)

Awie Omar said...

To Mr. Syah : Kitaorang fighting secara aman.

Awie Omar said...

To Khairiz : Blog saya ni lagi la apa la sangat. Terima kasih sebab support apa yang saya kerjakan.

Awie Omar said...

To Nikisa Izas : Sama sama. Setiap entri yang saudari postkan, InsyaAllah saya tengok dan komen sekali (jangan risau-komen yang baik baik je)

Awie Omar said...

To Hafeesz Amran : Hehehe ko pun hebat gak. Berusaha K!

Awie Omar said...

To AZIE : Yang buat segmen ni lagi la nervous hehehe

Awie Omar said...

To iemah : Jangan risau. kamu mampu lakukan.

Awie Omar said...

To Afzainizam : diaorang semua power2!

Awie Omar said...

To budak kampung : Cadangan yang agak bernas hehehe next time kite citer pasal hadiah.

Awie Omar said...

To c-tea : mustika ke mastika ke semua tak langggan. InsyaAllah kalau ada rasa nak tengok saya akan singgah tengok.

Awie Omar said...

To Ecah Ecot : Jom Follow mengfollow. sama sama kita maju dalam dunia blog.

mas saari said...

harap jangan sekerat jalan cam yang first dulu ye...heheheeee

iz said...

blogger kampung macam ak, apa la sangat bg korang ek..
cuma itula..nak kenal2 ngan otai2 blogger kat atas.. =)
salam kenalan dari cintailmu89 ..

Wan Zulqhairi said...

wokey...

noorniey Azman said...

erkkk~ermm..so??hupdate entri suka aty lah neh??xde tajuk yer?

riena tomato said...

warghhhh..blogger2 tersenarai semue otai2...terase amat kerdil diri nie ...blog tomato terlalu baru lagi~ blog masing2 pun dah cun2... anyway good luck dari tomato kpde semue... dapat bersame2 otai2 wat sketika pun kire dah best dah hehhheheh~

Muhammad Yunus said...

haha.. mncuba saja!

aracahayacinta said...

maaf la tuan penasihat.
baru muncul..
tgh berperang dgn exam..
alhamdulillah bru exam..
let's start our competition..
oe yeah..salam perkenalan semuanya..

hawiz said...

gud luck..hihi

Farah Azurah said...

haaa,terharu..hehe :D Go Go Go !

gedek! said...

Yes to Mas Saari..!

Nikisa Closet said...

http://asyikmaiburogu.blogspot.com/2012/01/darkest-polka-paris-ntb-1-ep1.html

ATIKAH WAN :) said...

http://asyikmaiburogu.blogspot.com/2012/01/darkest-polka-paris-ntb-1-ep1.html

Giorgio Izas said...

http://asyikmaiburogu.blogspot.com/2012/01/darkest-polka-paris-ntb-1-ep1.html

Giorgio Chord Guitar said...

http://asyikmaiburogu.blogspot.com/2012/01/darkest-polka-paris-ntb-1-ep1.html

Ammiranih said...

http://asyikmaiburogu.blogspot.com/2012/01/darkest-polka-paris-ntb-1-ep1.html

SheyPull said...

Hye...Salam perkenalan utk blogger semua, Disini sy igin memperkenalkan diri..:)

just call me sheypull ok:) epul pun ok je...

Nice to know u allz.. Fren 4 Eva :)

tq to awiee sebab invite..

SheyPull said...

Hye kawan2... ce tgok nieh...


JOM singgah blog saya nak? Ade cite best...Jangan tak caye ade awie jemput saye..

Hafeesz Amran said...

http://afeeszamran.blogspot.com/2012/01/sharing-vs-contributing.html

Azhafizah[フィザ] said...

singgah menerjah blogger hebat ^^