Followers

02 January 2012

Makhluk Tuhan Paling Seksi

Apa aktiviti korang petang ni? Tengok tv? Layan blog? Pergi pasar petang? Makan keropok lekor pon sedap gak! Ikut korang la nak buat apa asal korang bahagia. Entri kali ni aku dapat ilham bila aku mengadap cermin pagi tadi. Aku pelik ngan body aku sekarang. Sekejap aku rasa boyot, sekejap aku rasa kurus lak. Tapi pagi tadi aku rasa badan aku makin kurus lak. Mungkin time makan aku tak menentu. Kadang kadang tak makan nasi langsung dalam sehari. Kerja pulak boleh kira guna separuh suku tenaga setiap hari.  Aku bukannya rajin senaman dan joging sekarang. Tak macam dulu. Masa time lepas SPM. Aku rasa tiga kali dalam seminggu aku jogging. Tak kira pagi ke petang. Ada masa je aku jogging. Niat aku sebenarnya nak menurunkan berat badan. Memang bersungguh sungguh aku nak turunkan berat badan aku yang hampir mececah 80kg timu tu. Masa tingkatan 1 - 3, badan aku maintan je, duk asrama lagi la makin kurus.



Form 4 aku keluar dari sekolah asrama (next time aku cerita pasal keluar dari sekolah asrama ni) dan masuk ke sekolah harian biasa badan aku mula makin berisi. Senang hati kot, hari hari dapat makan sedap sedap. Disebabkan kegemukan yang aku alami time tu aku jadi rendah diri. Aku jadi tak hensem (walaupun memang tak hensem) dan tak menarik langsung (sungguhpun memang low profile langsung). Oleh sebab itu, aku mula bertekad nak kuruskan badan, demi menjaga kesihatan aku terutamanya. Jadi, aku displinkan diri aku dengan jogging tiga kali dalam seminggu. Aku suka jogging kat sekeliling tasik kat kawasan perumahan aku. Aku gi sana naik motor. Bukan setakat jogging, diet pun aku jaga. Seminggu hanya satu hari aku boleh makan sepinggan nasi dengan lauk yang best best. Itupun untuk sekali dalam satu waktu makan sahaja (kalau tak  tengahhari, aku makan petang). Hari hari lain aku hanya makan semangkuk nasi sekali, tak makan makanan berminyak langsung. Tak minum air yang bergula dan bergas langsung. Segala sayur, daging, ikan ngan telur aku rebus (masak sendiri tuuuu). Aku banyakkan makan buah dan sayuran. Air kosong je aku minum. Kek, aiskrim, roti semua aku tak makan. Pernah cuba cuba makan yogurt tapi tak selalu. Mak aku masak, aku tak makan. Dah la tak makan siap nasihat kat mak jangan letak banyak minyak, gula dan garam dalam masakan dia. Tapi mak aku biarkan je perangai aku yang memelikkan dia di waktu tu. Kat perut aku memang aku letak minyak panas dan bengkung sebengkungnya selama berjam jam. Selalunya aku bawak ke tidur. Bajet nak pecah pecahkan lemak kat perut la. Aku tak ingat selama mana aku buat benda tu semua. Rasanya dalam sebulan, ataupun dua bulan ataupun tiga bulan. Sebab akhirnya, aku BERJAYA turunkan berat aku! Aku dah semakin kurus lepas tu.

Dari 80 kg ke 75kg ke 68kg dan boleh turun sampai 60kg. Aku boleh turun sampai 60kg tu sebab semasa aku rajin bersenam waktu tu, aku tak nak sambung form 6 (adik adik jangan ikut ye) tapi nak kerja kat supermarket. Kalau dah kerja kat supermarket alamatnya kena angkat kotak kotak yang berat berat la. Kerja lak 10 jam sehari (Nak tahu pengalaman aku kerja kat supermarket?  Nanti arr aku citer). Maka makin cepat la berat badan aku menurun sehingga mencapai 57kg sebelum aku masuk kolej. Dari zaman kolej hinggalah sekarang, Alhamdulillah aku dapat maintain badan aku dengan Body Mass Index yang normal. Berat aku sekarang paling tinggi pun 63kg lepas tu turun balik ke 60kg.



Kepada yang senasib macam aku masa berisi dulu (bukan berisikan orang!) kalau korang betul betul sungguh nak turunkan berat badan, InsyaAllah korang pasti boleh! Boleh jika korang sanggup bersusah payah dahulu dan sanggup mendisplinkan diri. Ketepikan soal malu. Yang utama fikirkan kesihatan sendiri. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai (kena ke dengan peribahasa ni?) Dengan usaha yang gigih diiringi doa kepada Allah S.W.T, hasilnya nanti korang akan nampak sedikit demi sedikit di mana korang semakin kurus, semakin bertenaga dan semakin seksi (poyo la pulak).  

14 comments:

padlie said...

jarang2 dengki lak ngan org yg makan banyak, tp menten kurus..
lagi teruk, ramai org gitu kawan ngan padlie..

A.s.t.i.n.a said...

wah!! saya suka.. sy suka.. sy gembira entry ini sgt menaik... fat, fatter, fattest.. oh mcm saya

wAwANiNi said...

wah..kagum dengan kesungguhan kamu...

topimagine said...

haha... ak dh putus asa nk turun kn berat bdn.. :) (terjah dari sahabat blogger)

Awish said...

perghh patut laa ko kurus skang, 1st time tgk ko dekat fb mmg terkejut gile... dgn lame xjumpe nye, ape pun tahniahh!!!

Awie Omar said...

To Awish : Terima kasih Awis. memang betul arr orang kata "di mana ada kemahuan, di situ ada highway"

blog-tips-kurus said...

awak berjaya!

tapi jangan kurus sangat! tak lawo..

gedek! said...

boroi seksi, lah!

haha!

Awie Omar said...

To padlie : untung la diaorang... metabolisma badan tinggi. sebab tu makan banyak tapi badan still keding.

Awie Omar said...

To A.s.t.i.n.a : terima kasih astina. entry ni khas untuk kamu.

Awie Omar said...

wAwANiNi : Terima kasih.. yang penting nak seribu daya tak nak 1000 dalih.

Awie Omar said...

To topimagine : derr jgn arr sampai berputus asa. kalau betul2 nak, kena arr displinkan diri sikit. InsyaAllah, tak turun banyka, turun sikit berat badan tu. yang penting kesihatan diutamakan.

Awie Omar said...

To blog-tips-kurus : berjaya berjaya la jugak, tapi tengah risau gak kalau badan ni naik balik.

Awie Omar said...

To gedek! : Ye ke uncle? Boroi tu seksi? Hehehe dah kahwin seksi la kot. Ni bujang gi kena mantain dulu kikiki