Followers

03 January 2012

Mati Hidup Semula

Aku ada pernah tengok satu filem kat wayang, tajuk citernya ‘Sanctum’. Kisah para penoraka gua bawah tanah yang akhirnya terperangkap di bawah gua tu yang makin ditenggelami air yang datangnya dari air laut bawah tanah. Alamatnya seorang demi seorang mati lemas dalam mencari jalan keluar gua tu. LEMAS!. Aku dah fobia. Aku prnah hampir hampir nak lemas. Bagaikan “Mati Hidup Semula” aku rasa.



Aku ngan 4 orang lagi kawan buat plan nak mandi air terjun. Aku dah lupa nama air terjun tu tapi dekat perak arr, kita orang cuti cuti Malaysia kat kampong kawan aku, siap sewa keter lagi sebijik. Time tu kita orang dah nak dekat tamat study kat kolej. Sampai kat tempat di tuju, aku yang mulut sipi sipi nak kena ‘band’ dari dapat insurans ni tiba tiba ingatkan sesuatu kat kawan aku sorang ni, “bro, apa apa jadi kat aku selamatkan aku k!,” bajet aku cakap gurau gurau je arr dengan dia. Kalau die nak pikir serius pun tak kisah sebab memang aku tak reti berenang. Excited giler nak mandi ni. Air Terjun tu... jarang gak dapat rase. Dah siap sedia nak mandi, bro yang aku ingatkan tadi mula ke tengah ke tempat air terjun betul betul jatuh. Aku pun ikut die dari belakang. Nak rasa gak macam mana rasa duk bawah air yang jatuh terjun tu. Bila aku toleh belakang kawan lain tak join lak. Dieorang redah kat tepi tepi air yang deras tu je. Aku lak yang dungu ngan muke penuh yakin terus melangkah ke tengah. Bro yang ikut aku tu dah mule menyelam.



Aku lak rasa air makin tinggi sama paras mulut dah, tiba tiba, aku rasa kaki aku tak jejak apa ape. Aku try nak patah balik tapi tak leh. Rasa berat je badan aku. Sekelip mata aku tenggelam. Apa lagi makin panic arr aku. Masa tu mula la nak tunjuk macam2 aksi, menguak arr melompat arr terkapai kapai tangan mintak tolong. Aku rasa dengan sekuat hati aku lontarkan vocal aku jerit mintak tolong. Aku terperasan kawan aku kat batu hanya mampu hulur kaki je. Sememangnya aku tak sampai nak capai dan masa tu gak aku dah tenggelam sekali lagi. Dan nasib kawan aku si bro tu angkat aku dalam air, die kat belakang aku. Aku tak tahu tenaga dari mana dia dapat angkat aku ke atas balik. Separuh badan aku tertimbul dari dalam air terjun tu, terus kaki aku terasa balik jejak darat.  Alhamdulillah. Apa lagi, dengan segera aku keluar dari lubuk berhantu tu dan naik ke atas darat, tak turun turun dah.



Aku tanya balik kat kawan kawan lain, nape tak tolong aku tadi? Diaorang kata dieorag pun tak reti berenang. Kang lain lak jadinya. Betul gak. Lepas tu aku tanya lagi, nape hulur kaki je tadi? Dieorang jawab kalau hulur tangan, orang yang hulurkan tangan tu boleh terjatuh kena tarik, kalau hulur kaki sambil duduk, berat la sikit. Emmm... Betul gak, asalkan ada la gak niat nak tolong tu. Pastu aku tanya lagi, nape aku nampak korang semua ketawa lak tengok aku? Dieorang jawab, dieorang ingat aku main main, berlakon buat buat lemas (biasalah, bekas pemenang Oscar, semua yang kita buat orang ingat berlakon pada hal benda tu real aper ekekeke)



Di akhirnya aku bersyukur pada Tuhan yang Maha Esa, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, aku masih bernafas lagi. Bila direnungkan balik sememangnya aku ni tak pandai bergurau a.k.a gurau tak bertempat. Sebab tu setiap kata kata yang terkeluar dari mulut ni kita kena jaga. Ia ibarat doa. Kerana mulut badan binasa. Malang lak selalu tak berbau. Mana kita tahu apa yang akan berlaku kat kita nanti. Kesedaran pada diri sendiri tu pun penting gak. Kalau tak pandai berenang tu jangan arr cuba cuba tunjuk terer terjun sana terjun sini, last2 terus terjunam. Peristiwa itu buat aku sentiasa beringat bila pergi mandi manda kat sungai ke, laut ke, air terjun ke mahupun air hujan.

p/s : Al-Fatihah buat abang aku yang telah lama pergi akibat lemas mandi di sungai. Semoga rohnya senantiasa dicucuhri rahmat Ilahi. Amin.

15 comments:

Dda Ly said...

al fatihah buat arwah...

thanks sudi review crite ni..leh la tgk nnt..:)

jemput ke rumah ye?
http://laydie-dda.blogspot.com

keep in touch OK..♥♥♥

zull said...

hmm aku igt citer ni.。heehe.
terigt plak kenangan tu,.kte kt air terjun burmese la,kt taiping,

Awie Omar said...

To Dda Ly : Terima kasih sudi komen :)

Awie Omar said...

To zull : bila lagi nak jalan2 cam dulu? bila nak balik semenanjung.

SheyPull said...

saya pun bersyukur sy masih bernafas.. 0:

Awie Omar said...

To SheyPull : Terima kasih sudi menjengah ke sini dan komen sekali.

yad'z said...

alhamdulilah selamat...lain kali hati2 ye.. =)

Awie Omar said...

To yad'z : InsyaAllah, lepas ni kena beringat la selalu. Terima Kasih.

akuamir said...

smoge arwah tergolong di kalangan orang beriman.. :)

dan belum seru anda pergi bro.. bersyukur lah.. :D

trima kasih komen di blog ku,,

Awie Omar said...

To akuamir : terima kasih kembali sebab sudi mengikuti blog ni dan komen sekali.

Syafiq Ahadin said...

Salam, balas kunjungan dan follow. thanks singgah blog picisan. :)

anyway, saya pun baru je blajar berenang. (padhal memang pndai pun). hehe!

boleh lah letak saya dalam bloglist, if and only if. errr... hehe! :)

Cik Tengku Saliha Rahima Bt Tg Ariff said...

uhh menakutkn . nsib bek xde pape
huhu msti trauma kn ?
sy pun pnah jgk lemas , tp dlm kolam renang je , hehe trauma gile2 . hehe
um al-fatihah bt arwah , smoga rohnya dccuri rahmat . amin ~

Awie Omar said...

To Syafiq Ahadin : TERIMA KASIH di atas kunjungan saudara :) Dalam hati ni teringin gak nak belajar berenang.. tapi rasenya dah terlewat sebab kaki ni rasanya dah keras giler hehehe

Awie Omar said...

To Cik Tengku Saliha Rahima Bt Tg Ariff : Ya... memang satu pengalaman yang agak menakutkan. Betul2 cemas sangat masa tu. Terima kasih sudi komen di sini.

nadia farhana said...

Penalti : 2. Adindanil