Followers

01 April 2012

P. Ramlee

Pelakon, penyanyi, pelawak, produser, pengarah, penulis skrip, pengubah lagu, seniman, ikon dan lagenda itulah beliau yang kita kenali hingga ke generasi muda kini. Lebih 66 filem dan lebih 250 lagu ciptaannya terus hidup dalam jiwa sekalian pencinta tidak kira tua ataupun muda seluruh bangsa.

Kelahiran Dan Keturunan
·           Pada mulanya dinamakan Teuku  Zakaria Bin Teuku Nyak Puteh.
·           Namun akibat tidak serasi nama itu ditukarkan kepada Ramli.
·           Dilahirkan pada 22 Mac 1929 pada pagi Hari Raya Aidilfitri.
·           Dilahirkan di rumah neneknya di 40A, Counter Hall, Penang, Malaya.
·           Bapanya bernama Teuku Nyak Puteh Bin Teuku Karim (1902 – 1955).
·           Ibunya bernama Che Mah Bin Hussein (1904 – 1967).


Pendidikan
·           Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa Sekolah Francis Light Sekolah Tentera Laut Jepun (zaman Jepun) Penang Free School.
·           Beliau pandai bermain alat muzik seperti ukulele, gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin (pemimpin brass band di Penang Free School).
·           Beliau menyertai Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore.


Penglibatan Awal
·           Menyertai Pertandingan Nyanyian Radio Pulau Pinang dari tahun 1945 hingga 1946.
·           Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf "P" (bagi Puteh) di awal namanya dan kekallah nama P. Ramlee itu hingga ke akhir hayatnya.
·           Tempat ketiga - Pertandingan Nyanyian Radio Pulau Pinang Malaya 1945.
·           Tempat pertama - Pertandingan Nyanyian Keroncong Pulau Pinang 1946.
·           Tempat kedua - Pertandingan Nyanyian Radio Pulau Pinang Malaya 1946.
·           Tempat pertama - Pertandingan Nyanyian Radio Pulau Pinang Malaya 1947.


Kerjaya Sebagai Seniman
·           P.Ramlee bersama sahabatnya Mohd Yusop telah menubuhkan sebuah pancaragam bernama Pancharagam Mustika.
·           Mendapat undangan menyanyi di atas pentas di Agricultural Show di Bukit Mertajam.
·           B.S Rahjans kebetulan berada di situ untuk mencari bakat baru. Setelah menyaksikan persembahan P. Ramlee, beliau menawarkan P.Ramlee untuk datang ke Singapura.
·           Lagu pertama ciptaannya sendiri “Azizah” menjadi perhatian B.S. Rajhans, pengarah filem Tamil, yang akhirnya mengambil P. Ramlee berlakon di dalam filem arahanya.
·           Pendorong beliau dalam dunia perfileman Melayu adalah Datuk L. Krishnan (Pengarah filem Melayu tahun 50an dan 60an yang terkenal).
·           Filem pertama lakonan beliau ialah "Chinta" (1948).
·           Pada Ogos 1948, beliau berpindah ke Singapura untuk menyertai Malay Film Productions milik Shaw Brothers.
·           Pernah melancarkan 2 majalah tabloid hiburan yang diterbitkan oleh Penerbitan P. Ramlee di Singapura iaitu “Bintang” dan “Gelanggang Filem”.
·           Pada tahun 1964, beliau berpindah ke Kuala Lumpur untuk menyertai Merdeka Film Productions.
·           Filem terakhir lakonan beliau ialah “Laksamana Do Re Mi” (1972).
·           Lagu dan lirik ciptaannya yang terakhir ialah "Ayer Mata Di Kuala Lumpur" (1973).


Perkahwinan
·           Isteri pertama beliau ialah Junaidah Binti Daeng Harris anak kepada seorang seniman.
·           Mereka berkahwin pada tahun 1950.
·           Namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama empat tahun (1950 – 1954).
·           Kemudian P. Ramlee berkahwin dengan Noorizan Binti Mohd Noor.
·           Mereka di ijab kabulkan pada 6 Februari 1955.
·           Noorizan adalah seorang kerabat diraja negeri Perak.
·           Perkahwinan mereka juga tetap tidak bertahan lama. Mereka bercerai pada tahun 1961.
·           Wanita yang terakhir dikahwini beliau adalah Salmah Binti Ismail ataupun dikenali sebagai Saloma.
·           Mereka disatukan pada 21 November 1961.
·           Saloma telah menemani P.Ramlee dalam suka mahupun duka sehingga ke akhir hayat P.Ramlee.

Pewaris
·           Perkahwinan beliau dengan Junaidah dikurniakan dengan 2 orang cahaya mata lelaki iaitu Mohd Nasir dan Arfan.
·           Beliau mempunyai 3 orang anak tiri iaitu Abdul Rahman (anak Junaidah), Norma (anak Noorizan) dan Armali (anak Saloma dengan A.R. Tompel).
·           P. Ramlee turut mengambil beberapa orang anak angkat yang bernama Sazali & Betty (semasa bersama Noorizan), Zakiah @ Zazaloma, Sabaruddin, Salfarina @ Dian (semasa bersama Saloma).


Penghujung Hayat
·           P. ramlee dijatuhkan oleh orang orang yang dengki dengan kebolehan yang dimilikinya.
·           Beliau seolah olah sudah dilupakan dan tidak dihargai langsung sehinggakan ada yg benci melihat muka beliau.
·           Pernah di boo ketika menyanyi di Stadium Chin Woo, Kuala Lumpur di era kebangkitan irama Pop Yeh Yeh.
·           Setiap filem yang dibikin semasa di Merdeka Film Productions seakan semuanya tidak menjadi. Tidak sepopular di Singapura dulu.
·           Kekecewaannya diluahkan di dalam lagu ciptaannya yang terakhir “Air Mata Kuala Lumpur”.
·           Tetapi selepas beliau pergi barulah mereka tersentak dan tersedar diri siapakah orang yang mereka hina itu sebenarnya seorang seniman agung yang sudah terlalu banyak menyumbang di dalam bidang musik dan perfileman tanahair kita.
·           Beliau meninggal dunia pada pagi Selasa 29 Mei 1973.
·           Ketika itu beliau berusia 44 tahun.
·           Beliau meninggal akibat diserang sakit jantung.
·           Jenazahnya telah disembahyangkan di Masjid Kampung Baru dan dikebumikan di Tanah Perkuburan orang-orang Islam di Jalan Ampang.


Penghargaan
·           Dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung pada tahun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri.
·           Rumah terakhir beliau di Jalan Dedap, Setapak telah diubahsuai dan dijadikan sebagai "Pustaka Peringatan P. Ramlee" pada tahun 1986.
·           Namanya turut diabadikan pada sebatang jalan di tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur iaitu Jalan P.Ramlee (dahulunya Jalan Parry) pada tahun 1982. Di Kuching juga ada sebatang jalan yang dinamakan Jalan P. Ramlee.
·           Beliau turut mendapat penghargaan doktor falsafah dalam bidang seni persembahan pada tahun 2005 yang membawa gelaran "Doktor".
·           Beliau juga diberi penghormatan oleh Kerajaan Negeri Sarawak dengan penganugerahan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak "Datuk Amar Bintang Kenyalang" (Posthumous) (DA (P)). Anugerah tersebut telah disampaikan kepada anak angkat beliau iaitu Dian P. Ramlee.
·           Sempena 50 tahun kemerdekaan Malaysia iaitu pada tahun 2007, P. Ramlee telah terpilih sebagai 10 calon terakhir bagi program "Anak Gemilang Malaysia" yang mengiktiraf rakyat Malaysia yang banyak memberi sumbangan kepada negara dan kejayaannya menaikkan nama negara di mata dunia.
·           Menerima Pingat Kebesaran Ahli Mangku Negara (A.M.N.) daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Putra Jamalullail pada tahun 1962.




Anugerah Dan Penghormatan
·           Bintang Pujaan Malaya Dan Indonesia - Majalah Filem Raya Malaya 1951.
·           Pelakon Terbaik - Majalah Filem Raya Malaya 1952.
·           Filem Terbaik (Antara Senyum Dan Tangis) - Majalah Filem Raya Malaya 1952.
·           Filem Kegemaran (Juwita) - Majalah Filem Raya Malaya 1952.
·           Filem Terbaik (Hujan Panas) - Majalah Filem Raya Malaya 1953.
·           Pelakon Terbaik - Majalah Filem Raya Malaya 1953.
·           Filem Kegemaran Malaya (Antara Senyum Dan Tangis) - Majalah Filem Raya Malaya 1953.
·           Filem Kegemaran Malaya & Indonesia (Antara Senyum & Tangis) - Majalah Filem Raya Malaya 1953.
·           Pelakon Kegemaran Malaya Dan Indonesia 1953.
·           Artis Tahunan - Majalah Filem Dan Sukan Utusan Malaya 1953.
·           Filem Terbaik (Hujan Panas) - Majalah Filem Dan Sukan Utusan Malaya 1953.
·           Penyanyi Lelaki Terbaik - Radio Malaya 1953.
·           Skor Muzik Terbaik - Festival Filem Asia Ke-3 Hong Kong 1956.
·           Seniman Terbaik - Majalah Bintang Singapura 1956.
·           Pengarah Terbaik - Majalah Bintang Singapura 1956.
·           Pengubah Terbaik - Majalah Bintang Singapura 1956.
·           Penyanyi Terbaik - Majalah Bintang Singapura 1956.
·           Filem Terbaik (Semerah Padi) - Majalah Bintang Singapura 1956.
·           Filem Kedua Terbaik (Anakku Sazali) - Majalah Bintang Singapura 1956.
·           Filem Melayu Terbaik (Penarik Beca) - Majalah Filem Dan Sukan Utusan Malaya 1956
·           Pengarah Terbaik - Majalah Filem Dan Sukan Utusan Malaya 1956.
·           Seniman Terbaik - Majalah Filem Dan Sukan Utusan Malaya 1956.
·           Lagu Terbaik (Inang Baru - Penarik Beca) - Majalah Filem Dan Sukan Utusan Malaya 1956.
·           Terpilih untuk tayangan filem (Hang Tuah) - Festival Filem Antarabangsa Berlin 1957.
·           Pelakon Lelaki Terbaik - Festival Filem Asia Ke-4 Tokyo 1957.
·           Seniman Terbaik - Majalah Kisah Bintang Dan Filem Malaya 1958.
·           Filem Terbaik (Sumpah Orang Minyak) - Majalah Kisah Bintang Dan Filem Malaya 1958.
·           Lagu Kedua Terbaik (Tudung Periuk – Sumpah Orang Minyak) - Majalah Kisah Bintang Dan Filem Malaya 1958.
·           Filem Komedi Terbaik (Pendekar Bujang Lapok) - Festival Filem Asia Ke-6 Kuala Lumpur 1959.
·           Filem Paling Popular (Pendekar Bujang Lapok) - Majalah Gelanggang Singapura 1960.
·           Fotografi Hitam Dan Putih Terbaik (Nujum Pak Belalang) - Majalah Gelanggang Singapura 1960.
·           Filem Kegemaran (Pendekar Bujang Lapok) - Majalah Bintang Singapura 1960.
·           Pengarah Kegemaran - Majalah Bintang Singapura 1960.
·           Fotografi Hitan Dan Putih Terbaik (Nujum Pak Belalang) - Majalah Bintang Singapura 1960.
·           Seniman Teratas - Majalah Bintang Singapura 1960.
·           Lagu Kegemaran (Jangan Adik Angan Angan - Musang Berjanggut) – Majalah Bintang Singapura 1960.
·           Filem Komedi Terbaik (Nujum Pak Belalang) - Festival Filem Asia Ke-7 Tokyo 1960.
·           Bakat Paling Pelbagai - Festival Filem Asia Ke-10 Tokyo 1963.
·           Filem Komedi Terbaik (Madu Tiga) - Festival Filem Asia ke-11 Taipei 1964.
·           Anugerah Khas (Ibu Mertuaku) - Festival Filem Dunia Paris 1965.


Trivia
·           Meniru aksi Hang Tuah, Robin Hood, Tarzan ataupun Zorro di hadapan kawan – kawannya di padang bola selepas kelas mengaji Al-Quran.
·           Dalam kad pengenalan lama tidak tercatat bangsa P.Ramlee.
·           Terlalu kurus dan berjerawat batu ketika muda.
·           Satu – satunya novel kegemaran beliau berjudul “Atheis” karya Achdiat K. Miharja.
·           Meminati permainan sepak takraw.
·           Azizah dikatakan kekasih pertamanya di Pulau Pinang.
·           Cekap bermain alat muzik seperti piano, gitar, biola, ukulele, trompet dan akordion.
·           P. Ramlee tidak tahu lansung bermain alat muzik saksafon.
·           Kacang panjang goreng campur ikan bilis dan kicap adalah resepi kegemarannya.

7 comments:

Qaseh Dalia said...

suka p.ramlee !

Abang Zam said...

P.Ramlee mmg old skool..
tak pernah tau info-info ni sebelum ni..thangs & nice belog

A.s.t.i.n.a said...

kalau ade exam nehh mesti score..

Unknown said...

wah!! byk yg kamu belajar dari p. Ramlee. a good research about p. Ramlee. nice.

amny said...

lama tak dengar pasal p.ramlee :D

Safiah Ibrahim said...

love p ramlee

mas saari said...

<----- peminat setia P.Ramlee