Followers

29 March 2012

Next Top Blogger 1 - Episod 14


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini adalah entri NEXT TOP BLOGGER 1 – Episod 14. Dari 16 peserta, kini yang tinggal hanya 4 orang.


Tinggal 2 minggu saja lagi untuk ke FINAL. Tapi semakin nak habis NTB ni, aku rasa semakin kurang feel nak buat NTB. Terasa sambutannya makin berkurangan.


Aku bercadang setelah tamat NTB 1 ini, Aku nak terus mulakan NTB 2. Bermula pada minggu lepas lagi aku dah mula cari peserta peserta baru untuk NTB2.


Peserta peserta yang dipilih semuanya adalah follower2 blog ini. Mereka yang terpilih akan dapat mesej seperti bawah ni. Mesej ini akan dipost ke kotak komen dalam blog diaorang.



Assalamualaikum / selamat sejahtera. Jutaan terima kasih kerana sudi follow blog AWIE OMAR. Saya juga dengan senang hati follow blog anda yang amat menarik perhatian ini. NEXT TOP BLOGGER musim 1 – segmen terpanas di dalam blog AWIE OMAR sudah sampai ke peringkat final. Akan menyusul selepas itu  NEXT TOP BLOGGER musim 2 pula. Niat sebenarnya nak pelawa anda untuk menyertainya. Harap sudilah turut serta. Kalau sudi nak jadi peserta - maklumkan saja di ruang komen entri anda di sini (saya akan tengok balik) atau komen saja di blog saya.

Saya hormati segala keputusan. Jika kurang berminat dan tidak mahu menyertainya pun tidak mengapa. Maklumkan saja macam tadi jugak ATAU jika mesej ini tidak dibalas oleh anda selepas 2 hari mesej ini di kirim - saya akan anggap anda tidak mahu menyertainya. Apapun terima kasih kerana sudi habiskan baca pesanan ini.

Jika ingin tahu maklumat lanjut tentang segmen ini, boleh tengok segmen : NEXT TOP BLOGGER di dalam blog AWIE OMAR.

http://awieomar.blogspot.com/2012/03/next-top-blogger-1-episod-13.html



Mesej tersebut telah aku bagi kat 32 blogger yang follow blog ni. Tapi yang rasa terkilan sikit sebab hanya 1 je yang berminat dari 32. Terima kasih banyak banyak kat dia.



Tapi tak mengapa. Aku terima segala keputusan dengan hati terbuka. Selepas ini aku akan mencari lagi. Dan post mesej kat atas yang dah macam ayat surat rasmi lak bila aku baca balik.



Berbalik pada NTB1 kali ini, tiada lagi tugasan imuniti untuk diaorang. So minggu ni aku terus sahaja ke carta. Dalam carta kali ini hingga FINAL aku akan pilih dan nilai 2 entri dari setiap peserta.



Khairiz telah mendapat IMUNITI episod lepas, jadinya dia tidak akan disingkirkan pada minggu ini walaupun berada di kedudukan tercorot.





No.
Peserta
Entri
1
Khairiz





Ubat Tradisional – Kisah dari pengalaman yang lain dari lain berserta pengajaran sekali memang aku suka.

4 Jenis Lelaki Yang Ditarik Perampuan – Ilmu agama yang bermakna sekali untuk dikongsi dengan olahan tersendiri.

2
noorniey Azman





Takut Dengan Noni & Masalah Perempuan Neh – Gaya cerita memang santai, macam diari gadis2 remaja lak. Nak tergelak pun ada. Kisah pengalaman sendiri yang mengetengahkan isu isu yang kecik je tapi memang patut kena ingatkan.

3
Hafeesz Amran

afeeszamran.blogspot.com/2012/03/melayu-ke.html


  

Melayu Ke & Senyum Tak Perlu Kata Apa Apa – Topik yang agak berat dan penting. Pendapat sendiri yang memang boleh diterima. Cuma macam kurang sesuatu, mungkin sebab olahan cerita lebih kurang sama dengan topik topik lain sebelum ni.

4
Wan Zulqhairi



Sehari Setengah Bersama Kanak Kanak – Memang aku suka entri cerita, bergambar dan ada sesuatu benda tersirat nak bagitahu.

Mulut – Mungkin ini macam puisi, sekadar nak melepaskan sesuatu yang terpendam dalam hati. Cubaan yang baik.





Sayangnya, adat pertandingan. Mesti ada yang menang, dan mesti ada yang tewas. Minta maaf Wan Zulqhairi, perjalanan anda dalam NTB berakhir di sini. 2 entri Wan yang terakhir aku pilih tu yang paling aku suka, tapi bila dibandingkan dengan entri peserta lain, ada lagi yang aku suka. Terima kasih kerana sudi turut serta segmen NTB ni. Jangan kecil hati sebab tak terpilih ke FINAL walaupun nak dekat sangat dah FINAL. Aku tahu Wan seorang blogger yang baik dan mempunyai ramai follower yang setia jenguk blog Wan. Harap perkenalan kita dalam dunia blog ni tak berakhir sini. Sesekali jenguk jenguk la sini. InsyaAllah, jika ada kelapangan, aku akan jenguk jenguk juga blog Wan dan bekas bekas peserta NTB 1 yang lain. Sekian.






Yang menarik minggu depan

NEXT TOP BLOGGER 1 - Episod 15 :

·       Pengumuman penting untuk juri juri FINAL NTB 1

·       Imbau kembali peserta peserta NTB 1

·       Apa yang akan JUARA NTB 1 dapat?

9 comments:

Anonymous said...

gambate to all contestants!

Hafeesz Amran said...

wahh nyaris-nyaris nak tersingkir..dapat ke tidak agak nye melangkah ke final

Unknown said...

masih lagi di beri peluang, siapakah yang bakal akan menjadi juri di next episode?? adakah me...rasa berdebar juga, walau apapun keputusan aku terima dengan tabah hehehe..adat tetap adat pertandingan..apa2 pun thanks bro awie, n kepada geng2 yang berentap nih hehehe

Unknown said...

he he he :) ceh neves lah pulok.tengs tengs awie coz sudi kekalkan lagi noni dlm NTB1 neh ...terharu gituu...btw good luck to hafeezs and khairiz jugak :)

Asyik Izas said...

all the best semua:))

Unknown said...

salam awie.mohon pertimbangkan.ada rakan blogger noni berminat nak join NTB 2 nnti.dy hrp dpt jemputan dri awie :)
http://mukapenyek.blogspot.com/
ats tuh link belog dy~~

mas saari said...

tahniah pada yang masih bertahan!
awie, saya nak bagi cadangan sikit..
next episod kalau boleh minta pendapat pembaca utk pilih entri mana yang sepatutnya berada di kedudukan pertama dan seterusnya..

kalau awie pilih sendiri macam tak sesuai je, takut bias pulak!

sekadar bagi pandangan sbb saya rasa segmen ni wajar diteruskan..

allyarifff said...

nak join lah NTB 2 :D

amny said...

segemen ape ni ?? macam best jee .. tp mesti dah lewat nak join kann ..hehuehueuhu