Followers

06 August 2012

10 Cara Berjimat Dan Simpan Duit

Assalamualaikum. Buat masa ni aku sememangnya penat dengan urusan kerjaku yang sangat memerlukan tenaga yang maksima. Fikir punya fikir nak masukkan cerita apa hari, tiba - tiba aku teringatkan sesuatu. Argghhh tidakk!!!! satu sen duit pun takde kat dompet aku!!! alamatnya kena keluar rumah awal - awal la esok pergi cucuk duit. Lepas tu kul 2pm baru masuk kerja kikiki. Duit dah takde ni bukan apa, memang seminggu aku keluar bajet cukup cukup je, kira ikut perancangan belanjawan la. Jadi di waktu kelapangan ni aku nak kongsi ngan korang macam mana caranya aku berjimat simpan duit untuk tambah pendapatan di masa hadapan (terutamanya).

1. Rancang Perbelanjaan

Setiap awal bulan aku akan buat benda ni. Mula mula aku akan campur semua baki gaji yang ada dengan gaji yang baru masuk campur income income tambahan. Lepas tu, jumlah yang aku dapat aku tolak lak dengan belanja bulanan tetap macam (bil air + bil api + internet + topup hanset (RM30 selalunya) + sewa rumah + insurans). Baki yang tinggal aku tolak ngan duit yang nak aku simpan. Dan last sekali baki yang tinggal emmm pandai pandai la aku guna.









2. Amanah Saham Bumiputera

Abah aku yang beriya iya suruh aku bukak akaun ni. Akaun ni kiranya menyimpan sambil melabur la. Dapat tambah duit simpan sikit. Jadi aku pun bukak la bulan 10 tahun lepas walaupun dari januari 2010 abah aku suruh bukak hehehe jawabnya dapat sikit la baru baru ni bonus yang saban tahun dapat tu sebab baru simpan beberapa ringgit je. Abah aku cakap kalau boleh simpan RM 500 sebulan. Dalam setahun aku dapat simpan RM 6000. Contoh kalau bonus hujung tahun 10 % dari simpanan, maka aku dapatlah la RM 600.






3. Kerj OT

Kalau korang boleh buat OT, buat lah kalau nak tambah sikit pendapatan bulanan. Itu pun kalau korang rajin. Tapi pada aku, disebabkan dah tak ada cara lain nak tambah income, aku terpaksa la kerja lebih masa sikit. Tapi bukan setiap hari. No way!!! Aku pun malas gak. Aku akan kerja OT bila time cuti - cuti umum je macam tahun baru ke, Hari Satu Malaysia ke ataupun Thaipusam. Lepas tu buat double shif. Hehehe mata duitan tul. Bukan ape, kalau kerja OT time cuti2 ni boleh claim double. Contohnya la, kalau hari biasa sehari RM100 satu shif. Kalau cuti umum sehari RM200 satu shif, kalau dua shif dah RM400. sebab tu aku sanggup kerja bila orang lain bercuti. Lagi pun aku duk di perantauan (bajet oversea). Kalau cuti setakat sehari tak puas la balik kampung.









4. Mengurangkan Penggunaan Kereta


Ini bermaksud aku jarang keluar rayau - rayau la, gi sana gi sini gi situ. Aku guna kereta gi kerja je. itupun tak jauh 15 minit dah sampai. Lagipun hari minyak sekarang dah tak menentu. Memang akan naik. Jadi aku selalunya target dalam sebulan aku akan belanja RM100 untuk duit minyak. Kalau terlebih gak nak wat macam mana (Tak ralat la rasa kalau guna untuk sesuatu yang penting).







5. Tabung Duit Syiling

Dulu masa zaman sekolah ada la menabung sikit - sikit. Lepas tu langsung takde. Sampai la time kerja sekarang baru teringat nak menabung. Aku khususkan untuk duit syiling baki beli barang barangan runcit. Kalau disimpan dalam dompet, berat arr jadi. Lama lama koyak. Tu yang buat aku malas biar dalam tu je. Jadi aku buatkan satu tabung untuk duit - duit syiling ni. Sehari letak seposen pun jadilah. Sikit sikit lama lama jadi bukit.













6. Mengawal Nafsu Makan

Ikut individu masing masing arr, bagi aku, aku ni kurang makan. 2 kali sehari pun dah cukup (pagi & petang). Seelok - eloknya masak sendiri kat rumah, lebih jimat. Tapi disebabkan aku ni langsung tak pandai masak, maka aku beli kat luar je arr. Untuk makan sehari aku belanja RM10 (31hari x RM10 = RM310) Kalau korang tak tahu la cukup ke tak sepuluh hinggit tu. Tapi kalau sekali sekali nak makan best no hal la. Layan je janji perut kenyang. Tapi pernah gak kurang RM5 aku makan dalam sehari hehehe












7. Tidak Berhutang

Setakat ni aku takde hutang dengan sape - sape lagi. Dengan kawan ke, dengan bank ke, dengan ah long ke memang takde. Amatlah tidak digalakkan feel pinjam pinjam duit dan berhutang ni walau satu sen pun. PTPTN pun aku tak ambik (tak tahu la macam mana perancangan akan datang mana tahu nak sambung study).











8. Ada Insurans Peribadi

Penting bagi seseorang itu ada insurans nyawa. Sebab kita tak tahu apa yang akan terjadi kat kita pada hari mendatang. Insurans lak ada macam - macam. Insurans nyawa la, insurans kereta la, insurans harta la. Satu lagi, insurans mulut boleh? 
















9. Ada Simpanan Kecemasan

Malang tidak berbau. Itu lah pepatah orang orang lama kalau kita tiba - tiba menghadapi sebarang musibah. Aku kena pastikan ada sejumlah wang tertentu tersimpan kemas dalam bank. Jangan keluarkan. Jangan gunakan. Kecuali kalau ada kecemasan yang tidak diduga.















10. Perancangan Jangka Panjang

Ini kira penjimatan dan simpanan wang dengan gigih di mana aku nak guna sejumlah wang itu pada waktu yang ditentukan nanti. Selalunya wang diperlukan adalah dalam nilai yang besar. Contohnya, famili aku rancang nak gi Japan tahun depan. So bermula di saat ni aku kena la kumpul duit sehingga mencukupi untuk digunakan di Japan nanti. SAYONARA.
 

35 comments:

Korn Ahmad said...

no 5 tu cukup ke 10 sehari? aku dok penang paling kurang pon sehari nak dekat 15.....

Diyana Munira said...

Saya masih ada tabung duit syiling. Okay, make that tabung2. Sebab dari dulu asyik letak coins dalam tabung. Last time kira, dah cecah around RM 100 lebih. Ayah siap tanya tak nak masuk dalam bank account ke which I said no sebab kalau masuk dalam bank confirm akan spend. So just biarkan jelah coins2 dalam tu.

Pasal no. 6 tu, yeap masak lebih menjimatkan but since I'm staying in a hostel kat uni, memang tak boleh masak lah. So nak tak nak kena beli kat luar jugak. Sejak masuk uni lah, banyak duit keluar pasal makanan T_T Oh well, Diyana. Look at the bright side. Dah nak masuk final sem dah.

By the way.....

SAYA SANGAT MAHU SERTAI BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE

Boleh tak? Boleh kan? Please??? I'm (maybe) good at writing.

Emma said...

Opsss kena pilih senjata ek ??? urm senjata tu nak pilih dari yang mana ??? Emma tak faham la.. games jepun tu pun tak pernah main !! hahahahahha boleh explain jap tak awie ??? :)

vendoline said...

aku mmg tak reti berjimat siyesly.huhuhu
tiap2 bulan minus

Dkna Abza said...

hehee..kalau kita pandai berjimat ok lah.. kalau bab makan tu dkna tak cukup dengan 2x makan..kalau masak pon pasti nak 3x jugak..pagi..tengahri..malam :)

inche hlovate said...

betul2..kita kena rancg duit keluar masuk betul2..kalo tak gaji riban2 pun tak cukup

IliNabilah said...

about:

BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE

Saya amat hargai pelawaan anda, tapi untuk musim ini, maaf sebab saya tak confident lagi dan sebagai seorang pelajar sekolah, masa saya tak tentu dalam meng'update' blog, jadi saya risau tak dapat bagi sepenuh komitmen dalam pertandingan ni..

saya akan terus mengikuti perkembangan2 tentang battle tersebut di blog ini dan mungkin saya bersedia untuk turut serta pada musim yang akan datang ^_^

smoga bertandingan tersebut akan berjalan dengan lancar~

vendoline said...

maaf sangat2- mula2 rasa nak join..tp bila start dpt esemen tak dpt bahagi masa

maaf sekali lagi
jangan ambil hti

Hans Hanis said...

no 6 tu yang mencabar tu
hahaha

Emma said...

okay..okay.. dah faham.. so emma pilih 4. DTN1DC x2 boleh x???

ManusiaLidi said...

sarah ada wat asb..tu je.yg lain simpan dekat bank ;)

ManusiaLidi said...

7. KVSPL x2 YANG INI

Korn Ahmad said...

Okei2.. korn pilih yang number 7. MII x2

Anonymous said...

TERIMA KASIH .. sebab .. terima sy dlm contest ni ,.. ADINDANIL BATTLE ROYALE 3

Unknown said...

Salam Kenal..aku tertarik baca entri nie..tapi kalau dari segi aku, satu lagi nak tambah nak berjimat dan simpan duit adalah dengan berhenti merokok.huhuh.yang nie khas, khusus buat perokok macam aku lah.takde guna kan buat langkah-langkah yang dicadangkan diatas tapi rokok masih beli.pesanan untuk diri sendiri jugak nie..

"SAYA SANGAT MAHU SERTAI BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE"

Anonymous said...

1. ABYTAUAK x2

Luqman Zakaria said...

tips yang berguna! hehe!

khairul akmal bin azman said...

"SAYA SANGAT MAHU SERTAI BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE"

ajax85 said...

kena jimat lah hari raya ni..heheheh

lokman said...

Lokman pilih senjata nombor empat

Unknown said...

bab psl ASB tu aq setuju. menyimpan sambil melabur.. 500 stiap bulan. samelah kite..

Unknown said...

bab psl ASB tu aq setuju. menyimpan sambil melabur.. 500 stiap bulan. samelah kite..

Azeri said...

No 7 tu best betul kalau dah lepas semua hutang macam anda. Kalau ZERO hutang senang nak menyimpan lebih.

Camnerpun terima kasih bro perkongsian ini. Semuanya sedang dipraktikkan. Wassalam

nurul dinar said...

tq. banyak nye senjata. mana 1 nak guna ni hahaaa. saya suka simpan duit dinar. sikit2 lama2 banyak la, ke camne?

Unknown said...

Saya simpan sebulan rm1k dlm asb tabung aji plak dlm rm100 sbln makan dlm sehari tak lebih rm10rengget duit lebih boh dlm tabung..bajet umur 32 ader rm100k dlm asb harap2 jadik la..

Anonymous said...

aku mmg x reti brjimat....stiap bulan sblum gaji...mesti ada jadual untuk asingkn duit gaji...bila dpt gaji...slalu lupa dri...hujung bulan....mkn nasi bujang je....

Unknown said...

Insuran nyawa apa yg paling bagus, murah dan berbaloi...bleh share x

Unknown said...

Insuran nyawa apa yg paling bgus dan berbaloi. ..bleh share x

Unknown said...

Salam sejahtera.
Assalamulaikum kawan-kawan..

Mudahan perkongsian ni dapat bantu kawan-kawan menggandakan duit dengan cara yang selamat,kukuh dan yang penting halal..Bila halal,berkat la simpanan kita..Insyaallah tuhan gandakan
Lagi rezeki kita..

AIA Public Takaful melancarkan sistem tabung simpanan islam yang berkonsepkan pelaburan.
Sama seperti pelaburan yang terkenal macam ASB,Bank Rakyat,Bank Islam dan sebagainya.Bezanya ialah tabung ni gabungkan 3dalam1(simpanan,pelaburan dan perlindungan)

Sekiranya menyimpan dengan tabung AIA Public Takaful:

Tempoh simpanan :sehingga 20 tahun sahaja.
Kelayakan :sesiapa sahaja boleh sertai.4minggu-65tahun.
Bonus Penghargaan :30%-35% keuntungan setahun.Setiap 2tahun kita akan dapat.
Dividen: :4% keatas setahun.
Simpanan minimum :RM5000 setahun.
Cara caruman :sekali 1tahun,2kali setahun,4kali setahun dan sebulan sekali.
Pengeluaran :Diberi kelonggaran boleh dikeluarkan selepas 10tahun keatas.

Contoh:Kita simpan RM10,000 setahun.Kita akan diberi bonus penghargaan.Alhamdulillah setakat ini masih lagi 35% setahun dan dividen 4%.Jadi.Kita dapat RM3500 setahun.Kita akan diberi pada tahun kedua iaitu sebanyak RM7000.Setiap 2 tahun kita dapat RM7000.Terpulang kepada kita nak keluarkan atau terus menyimpan dengan AIA.AIA akan gandakan RM7000 itu dengan melabur lagi.
Atau duit tu kita boleh keluarkan untuk haji/umrah atau pelaburan lain.Simpanan untuk 10 tahun, Mengikut kiraan minimum dalam ilustrasi pelaburan AIA Public Takaful,jumlah simpanan kita adalah
RM166,060.94.

Sekiranya kawan-kawan tak faham atau berminat nak faham lebih mendalam,

Hubungi saya terus untuk mendapatkan penerangan lebih terperinci. Atau mungkin ada kawan-kawan yang nak pelan selain daripada ini.Takaful boleh bantu kita.Kawan-kawan boleh call,sms, atau email saya.Nak jumpa pun boleh insyaallah kalau tiada aral melintang.Anggaplah saya ni sahabat yang kawan-kawan kenal.ASSALAMUALAIKUM SAHABAT SEMUA.

A.Hadi Zulyat(Abdul Hadi Zulkifli)
AIA Public Takaful Advisor
Tel:0145084721
Takafulaiacare@gmail.com
Pejabat:Imtiyaz Consultancy Sdn.Bhd(Sri Gombak,Gombak)


Saya sahabat anda.Sama macam kawan-kawan semua.Saya juga ingin berjaya.Saya boleh bantu setakat yang mampu.

Melaburlah,menyimpan dan berlindunglah di institusi yang kukuh,selamat dan paling penting HALAL.




syuib said...

Sekarang ape yang perlu menabung je!!!!!!!!! Jaga nafsu !!!!!!!!!

Unknown said...

Income RM900 sehari "REGISTER PERCUMA"(kalau anda rasa program ini satu penipuan, ia tidak merugikan anda kerana anda tidak pun mengeluarkan modal) Anda hanya perlu ada FACEBOOK/ WHATSAPP/WECHAT termasuk laman sosial yang lainnya. Anda perlu open link di bawah ini dan register. Anda terus dapat USD25×3.4=RM85.00. Selepas tu anda akan dapat link anda sendiri.Anda hanya copy ayat saya ini dan paste dilaman sosial anda. Setiap orang yang buka link anda,anda akan terima ganjaran sebanyak
USD10×3.4=RM34. 00. Sangat mudahkan??? Anda boleh pilih cara pembayaran sama ada duit $$$ anda dimasukkan ke akaun bank atau cek akan diposkan ke alamat rumah anda. Jangan tunggu lagi. "REGISTER PERCUMA" sila klik link bawah ini dan isi maklumat anda.Belum cuba belum tau dan tidak salahkan kalau mencuba.. http://jobandcash.com/?share=68289

Al Mashoor Advisory said...

yang lassttt tuuu.

perancangan jangka panjang!

labur EPF yg tak berusik smpai umur 55thn tu ke unit amanah.
InsyaAllah. yg penting patuh shariah dan konsultannya amanah!

NJihe.am said...

Menarik, terfikir cara nk melabur masa uni. Maklum lah, duit pun tak byk lg.. Sob2x. Studioous.blogspot.com

Cik Iman said...

part kawal makan tu susah la sikit, Cik Iman memang kuat makan ekekekee

Unknown said...

Assalammualaikum,
saya Syahril, Agen Sepenuh Masa di Great Eastern Takaful.
Kami ada plan medical card yang releven utk jangka masa panjang dgn adanya peningkatan secara auto bagi Kadar Bilik & Had Tahunan (+10% setiap 3tahun). Dan kini menyusul dgn pilihan 0% ko-takaful.
*Juga mengalu-alukan mereka yang ingin menambah pendapatan!!..
Info lebih lanjut,
Syahril Seban 017-3053630
syahrilseban.get@gmail.com