Followers

13 February 2012

10 Perkara Berkaitan Dengan HIJAU

Selamat sejahtera semuanya. Kali ni nak cerita pasal warna HIJAU. Motif aku wat entri ni sekadar berkongsi citer ngan korang pasal benda apa yang biasanya warna hijau atau dalam bahasa inggerisnya disebut Green. Kat sini aku senaraikan 10 benda yang popular berwarna hijau.


















1. Tumbuh tumbuhan
Segala jenis pokok dan daun sudah tentu warna hijau. Hijau amat penting pada daun sebab ianya membantu tumbuhan dalam proses fotosintesis.






















2. Apple
Selain warna merah, apple ada gak yang berwarna hijau. Antara buah popular dan feveret ramai gak la. Semua pasaraya mesti sekurang kurangnya ada jual buah ni. Buat air lagi syok.























3. Askar
Sinonim dengan pakaian seragam Angkatan Tentera Malaysia yang berceloreng hijau. Sesuai untuk penyamaran dan bersembunyi kalau masuk hutan sebab warna hampir sama dengan keadaan sekeliling. Pihak musuh mesti tak dapat kesan.






















4. Air tebu
Tiba tiba rasa dahaga lak. Kalau nak cari air warna hijau, sudah tentu paling feveret air tebu. Sejuk dan manis terasa sampai ke tulang.

















5. Lampu isyarat
Lampu isyarat ada 3. Salah satunya warna hijau. Kalau lampu hijau menyala bermaksud kenderaan yang mengadap lampu berkenaan boleh bergerak teruskan perjalanan. Jangan ada tak tahu lagi sudahlah.


















6. Hulk
Antara superhero komik yang paling dikenali. Wataknya adalah seorang pemuda biasa yang terkena kuasa radiasi kuat yang menyebabkan tubuhnya menjadi besar dan berwarna hijau jika dia terlalu marah.






7. Papan hitam
Nama je papan hitam. Tapi warna sebenarnya hijau gelap. Betul tak. Kalau dah lama digunakan makin jelas timbul warna sebenarnya hijau.























8. Milo
Minuman popular masyarakat Malaysia sejak aku lahir lagi. Minuman cokelat panas atau sejuk atau makan macam tu je he he he (masa budak budak suka la tapi dah tua bangka ni rasa muak lak). Dari dulu sampai sekarang bungkusannya warna hijau. Ada ke warna lain?



















9. PAS
Disebabkan temanya hijau, benda yang popular warna hijau antaranya seperti lambang parti politik PAS. Cukup kat situ korang tahu. Aku takut nak citer lebih lebih. Sebab aku tak arif dalam bab politik ni.
















10. Duit RM5
Sejak dari dulu lagi kalau Ringgit Malaysia Lima sudah tentu wang kertasnya berwarna hijau. Aku suka wang RM5 yang sekarang ni sebab ianya macam kertas plastik sikit. Hari tu aku termasuk sekali wang RM5 ni dalam mesin basuh. Lepas siap basuh baru perasan. Tengok duit tu elok lagi, koyak tak hancur tak, basah pun tak terasa sangat. Kenapa RM1, RM10, RM50 tak camtu gak?



Sekian. Lain hari aku citer warna lain lak. He he he.


P/S : Korang jangan pelik lak nape aku wat entri tak berkualiti cam ni. Aku betul betul penat sejak kebelakangan ni dan menyebabkan otak ku amat lambat berfungsi. Disebabkan taknak blog sunyi aku letak je la. Harap korang enjoy la ye.

22 comments:

Rozuan Ismail said...

haha..PAS pon masuk sekali..hehe.. nanti nak warna biru pulak tau.feveret color

Awie Omar said...

To Rozuan : hahaha... warna biru ada.... nanti aku wat

"sis gadis berkata-kata" said...

sis gadis tinggal jejak di sini ya :D done follow u back tau.. keep in touch ya q(❂‿❂)p

Firdaus® said...

aku kalau tgok hijau je mmg akan sah2 ingat PAS..huu.... =P

aquatwins932 said...

tapi design untuk duit baru bakal kuar an? tu ari dah nampak dah duit syiling baru.. x sabo nak tunggu duit rm20.. kalu betul la rumour tu lol :P

Rosniena said...

happy blogging..and nice sharing

Mr. Doctor said...

Blog saya hijau!!! haha

Hafeesz Amran said...

ade jer idea encik awie :) hehehe nice one

Jokeonsalo said...

Assalamualaikum, empunya Blogger.
Jokeonsalo dengan sukacitanya menjemput kamu untuk menyertai "Kempen anti Valentine's Day" bersama jokeojeonsalo.blogspot.com

Diharap agar kamu berkesudian untuk menyertai kempen ini. Berminat?

Mari lihat cara-cara untuk menyertai kempen di http://jokeojeonsalo.blogspot.com/2012/02/kempen-anti-valentines-day.html

TERIMA KASIH :)

faizah husna said...

bgtau wrna biru jugakk ea..btw nice info..lg pun hijau mmg sejuk mata mmndang :)

Signorina Syima said...

icon "sick" dalam YM atau apa jua messenger pun warna hijau..

kenapa kita sakit tak kaler hijau tapi jadi hulk? ce jawab... hahhaa

mas saari said...

apple hijau ngan duit hijau...suka!!

Awie Omar said...

To "sis gadis berkata-kata" : TQ TQ TQ :)

Awie Omar said...

To Firdaus : emmmm hehehe tq komen bro.

Awie Omar said...

To aquatwins932 : InsyaAllah ada kot nanti duit RM20 tu. Nak kumpul banyak banyak le.

Awie Omar said...

To Rosniena : Keep blogging too. Tq komen.

Awie Omar said...

To Mr. Doctor : Memang hijau sangat blog doktor hehehe

Awie Omar said...

To Hafeesz Amran : Idea kecik kecik je Hafeesz... hehehe

Awie Omar said...

Awie Omar : InsyaAllah... terima kasih jemput. Nanti aku join.

Awie Omar said...

faizah husna : entri tuk warna biru dah ada dah... jangan lupa tengok ye.

Awie Omar said...

To Siqnorina Syima : ni soalan STPM ni... susah nak jawab ni. hehe TQ komen ek.

Awie Omar said...

To mas saari : duit hijau semua orang suke hehehe