Followers

21 June 2012

Next Top Blogger 2 : Fantasy Forest - Episod 11



Alkisah bermula...

Next Top Blogger 2 : Fantasy ForestEkspedisi menjelajah ke hutan imiginasi bermula pada tanggal 3 Mei 2012. 16 peserta telah dipilih oleh Awie Omar bagi menyertai ekspedisi ini. Mereka semua adalah blogger yang masing masing mempunyai latar kehidupan yang berbeza. Backup diperkenalkan pada game musim ini. Setiap peserta digandingkan berdua supaya dapat bekerjasama menyiapkan tugasan imuniti. Pertama kali penyingkiran akan mengunakan Sistem Undian.



Episod 1 -  Game baru bermula, Allya Syahirah kurang pasti sama ada dia dapat bersaing atau tidak kerana sibuk dengan exam finalnya pada masa yang sama. Hareez Haiqal baru tahu entri episod 1 ini pada 23/5/12. Tugasan Imuniti Nur Fahima tidak diterima kerana terlewat post.



Episod 2 – Lynn La Loy  tidak buat Tugasan Imuniti, namun dia masih tersenarai dalam kelompok Top 4 dalam carta kerana backupnya Rozuan Ismail ada menyiapkan tugasan. Hanya 1 undian diterima dari Incik Hasmi dan 1 lagi dari Awie Omar, menyebabkan Izz Idraqie Huznie yang tidak pernah beri komen dalam entri NTB2 dan tidak pernah buat satu pun Tugasan Imuniti disingkirkan dari game ini. Akhirnya Allya Syahirah membuktikan bahawa dia mampu berada di tangga teratas walaupun sibuk dengan final exam. Arjunakirana mula kurang semangat dan terasa ingin tarik diri dari game ini kerana adanya sistem penyingkiran.



Episod 3 – Dalam keadaan hampir hilang semangat, Arjunakirana memperolehi imuniti.  Lynn La Loy mendapat undian terbanyak untuk disingkirkan. Minggu itu Lynn tidak dapat post sebarang entri kerana kurang sihat.



Episod 4 – Saya Bukan Samdol terpaksa ditukarkan namanya kepada Eddie Nabila untuk nampak formal sikit. Begitu juga Incik Hasmi yang sebelum ini guna nama anak cik talip. 3 peserta Top 4 mengundi Nur Fahima untuk disingkirkan kecuali Incik Hasmi kerana mungkin niatnya untuk menyelamatkan Backup nya dari tersingkir. Melalui komen dari Nur Fahima, dia menerima keputusan juri menyingkirkan dirinya dari game ini.



Episod 5 – Nisa Adnan agak cuak kerana berada di kedudukan bawah. Komen dari Arjunakirana : “senyap je rupenya tak ada tugasan...” Komennya itu seakan dia tidak mengikuti NTB2. Adakah dia masih berminat dalam game ni? Eddie Nabila disingkirkan tanpa undian kerana dia seorang sahaja yang tiada entri.



Episod 6 – Melalui undian akhirnya Hareez Haiqal yang mulanya pasif sekejap aktif dan sekejap pasif balik dalam game ni disingkirkan. PCL memberi peringatan bahawa dia ada buat Tugasan Imuniti. Dan sememangnya kesilapan Awie Omar. Oleh itu entri episod 6 di edit semula. Arjunakirana merasakan dirinya terabai kerana tidak dapat sebarang berita dari game ini. Sekali lagi tanda soal timbul, dia faham tak konsep game ni?



Episod 7 – Pertama kali undian antara 3 peserta dibuat. Allya Syahirah, Cik Puan Muda Umi dan Nor Zilla yang masing masing sebelum ni rajin buat tugasan imuniti dan aktif bagi komen tidak ada sebarang entri pada kali ini. Dan akhirnya nasib tidak menyebelahi Nor Zilla. Ieyna Nasir secara diam diam menunjukkan powernya dalam menghasilkan entri menarik akhirnya berjaya berada di ranking pertama. Rozuan Ismail seakan terkilan sebab masih tidak pernah berada di ranking pertama malah tidak pernah mendapat satu pun imuniti walaupun selalu buat tugasan dan selalu berada dalam group Top 4. Nisa Adnan pula teruja kerana pertama kali berada dalam group Top 4.



Episod 8 – Nisa Adnan terus berjuang dengan jayanya sehingga memperolehi imuniti. Sekali lagi tiada undian dilakukan kerana Cik Puan Muda Umi satu satunya tiada entri kali ni sejak episod 7. Tiba tiba senyap menyepikan diri dan akhirnya tersingkir.



Episod 9 – Next Top Blogger 2 ditukarkan nama menjadi Next Top Blogger 2 : Fantasy Forest. Melalui Tugasan Imuniti : Fast & Furious, akhirnya Rozuan Ismail memperoleh imuniti malah berada dikedudukan pertama dalam carta. Pcl & Hairy terpaksa berada dikedudukan paling bawah dalam carta walaupun Nisa Adnan mempunyai entri yang paling kurang menarik kerana dia mempunyai Imuniti. Melalui undian, Hairy yang aktif dalam episod episod awal game ni dan semakin senyap tak aktif selepas episod 3 telah disingkirkan. Pertama kali Arjunakirana sudi untuk mengundi.



Maka dengan ini tinggallah separuh peserta sahaja yang akan terus mengharungi hutan fantasi diaorang ni. Mereka adalah PCL, Allya Syahirah, Rozuan Ismail, Incik Hasmi, Ieyna Nasir, Nisa Adnan, Arjunakirana dan tidak lupa bro kita seorang ini, Zamani yang rajin buat Tugasan Imuniti dan updatekan blognya setiap hari. Siapakah yang bakal tersingkir selepas ini? Adakah blogger lelaki lagi menjadi juara untuk musim kedua ni?. Teruskan mengikuti game ini hingga episod final pada 19/7/2012.



Assalamualaikum. Salam sejahtera. Cepat betul masa berlalu dan sekarang dah tinggal 7 peserta sahaja dan pasti 6 orang selepas ini. Di atas ni adalah cerita bagi Tugasan Imuniti episod lepas. Betul tak jawapan korang? Siapa yang paling banyak betul akan dapat imuniti. Tapi aku tengok kebanyakkan jawapan korang sama je. Tapi sebelum kita tengok siapa yang dapat Imuniti kali ni, apa kata kita lihat carta dulu. Jom sama sama kita saksikan. (Bajet skrip tv *nanges* T_T).



Carta Mingguan

No
Peserta
Entri
Tugasan Imuniti
1
Incik Hasmi
&(IMUNITI)
&(IMUNITI)

Tiada entri yang perlu disediakan untuk TUGASAN IMUNITI.

2
Allya Syahirah
3
Arjunakirana

4
Rozuan Ismail

5
PCL

6
Zamani
7
Ieyna Nasir
Tiada entri dipostkan sepanjang tempoh yang ditetapkan ( 15/6/12 – 18/6/12)




Tugasan Imuniti



Tugasan Imuniti Episod 10
Fast & Furious : Tak perlu buat entri. Cuma tulis jawapan korang kat kotak komen di bawah ni je dengan cepat dan tepat. Imuniti akan diberi kepada peserta yang paling cepat dan paling banyak letak jawapan betul kat tempat kosong dalam cerita dibawah.
* Isi tempat kosang (tulisan merah) dalam cerita di atas.



Masa Jawapan Diberi
Peserta
Markah
Ahad 17/6/12 9.50pm
Zamani
18 / 20
Ahad 17/6/12 10.54pm
Incik Hasmi
19 / 20
Ahad 17/6/12 11.40pm
Rozuan Ismail
19 / 20
Isnin 18/6/12 12.48am
PCL
18 / 20
Isnin 18/6/12 12.27pm
Allya Syahirah
18/20

·       Jawapan peserta boleh tengok kat kotak komen entri episod 10



Melalui carta di atas, dapat disimpulkan bahawa Incik Hasmi layak diberikan Imuniti kerana memperoleh markah paling tinggi daripada Zamani walaupun Zamani yang paling awal bagi jawapan, malahan Incik Hasmi yang dahulu bagi jawapan daripada Rozuan Ismail walaupun markah mereka sama. Tahniah Incik Hasmi. Anda tidak akan disingkirkan pada episod ini dan juga pada episod 12. Anda adalah salah seorang calon Top 5 Next Top Blogger musim ini.



Rasanya semua dah tahu siapa yang disingkirkan minggu ini. Dan sebab apa dia disingkirkan mesti korang dah tahu. Bagi yang masih ada, di bawah adalah Tugasan Imuniti seterusnya.



Tugasan Imuniti Episod 11
Kali ini kena buat entri semula. Dah dekat nak final kena la bagi tugasan yang susah2 dan mencabar sikit. Setiap peserta kena post satu entri berkaitan bekas peserta Next Top Blogger musim 1. Perkenalkan blog diaorang. Setiap peserta dah ditentukan siapa yang perlu mereka perkenalkan. Tengok gambar hutan fantasi masing masing di bawah. Tajuk entri bebas. DIINGATKAN. Letak LINK entri tugasan tu nanti kat kotak komen di bawah. Kalau tak letak, aku kira tak buat. Entri terbaik sudah tentu akan diberikan imuniti dan bakal bertahan hingga ke episod 13.











 Sistem Undian



Sistem ini digunakan bagi mengundi peserta yang patut disingkirkan pada minggu tertentu. Tetapi untuk episod kali ini, Sistem Undian tidak digunakan. Ini kerana terdapat seorang sahaja peserta yang tidak mengeluarkan sebarang entri dalam tempoh yang ditetapkan (15/6/12 – 18/6/12).



Peserta Yang Terkeluar



Ieyna Nasir



“Anda adalah peserta yang baik. Mungkin rutin harian menyebabkan Ieyna tidak sempat update blog. Dah sudah tentu kalau ada masa Ieyna pasti sempat buat Tugasan Imuniti sekali. Maaf Ieyna Nasir. Anda terpaksa dikeluarkan dari game pada episod kali ini. Terima kasih di atas kerjasama Ieyna untuk menyertai segmen ini. Maaf diminta jika ada ayat ayat aku yang mengguris perasaan Ieyna. Aku amat terharu sekali di atas kesudian Ieyna untuk follow blog yang biasa ini. Sebab itu segmen ini dibuat khas untuk anda. TERIMA KASIH sekali lagi,”. :)



Kaunter Pertanyaan



Dari Entri NEXT TOP BLOGGER 2 – EPISOD 10
Tiada soalan yang dikemukakan :)

Sudah 3 episod berturut turut, Kaunter Pertanyaan “sunyi”. Jadi, dengan rasminya saya menutup segmen Kaunter Pertanyaan dalam NTB2 : Fantasy Forest. Bermula pada episod 12 akan tidak ada lagi Kaunter Pertanyaan J





Juri Juri Final



Untuk makluman semua peserta, bermula pada episod 12, peserta yang tersingkir nanti selepas ini secara automatiknya akan dilantik sebagai juri untuk Final NTB musim kedua ini. Di Final nanti, para juri akan buat undian untuk memilih seorang peserta yang layak menjadi juara Next Top Blogger 2 : Fantasy Forest.

13 comments:

nadia farhana said...

menariknya :)

kau dan aku said...

ieyna da agak tersingkir..hehe..tapela,ina msih support contest nie.gud luck korang smua

Allya Syahirah Riff said...

hehe mcm tau2 jee dgn noorniey :D

Rozuan Ismail said...

khairiz? hehe..I know it =)

Rozuan Ismail said...

wan dah buat entri imuniti

http://kringg.blogspot.com/2012/06/blogger-khairiz-blogger-bergaya.html

anak cik talip said...

aaa...mekaseh ntok imuniti..neh

http://imnotafortuneteller.blogspot.com/2012/06/mari-bercerita-lagi-hafeesz-amran.html

Zamani said...

Salam~ ini tugasan imuniti dr Zam ;)

http://zamani84.blogspot.com/2012/06/blogger-palsu-siapa-tu.html

[PCL] said...

salam.. tugasan sy :

http://www.pakciklie.com/2012/06/kenali-blogger-mas-saari-dot-com.html

Allya Syahirah Riff said...

Done! :)

http://mukapenyek.blogspot.com/2012/06/shes-my-sister.html

anak cik talip said...

sedara awie..pilih neh

Arjunakirana

[PCL] said...

arjunakirana pilihan sy.

Rozuan Ismail said...

maaf, saya terpaksa pilih arjuna kirana

Nor Zilla Sensei said...

datang bg support utk member seperjuangan..thanks kat awie bg peluang kite join NTB 2 ni yer...maceh banyak2