Followers

10 February 2012

10 Penyakit Yang Selalu Ada Dalam Wad Medikal

Assalamualaikum... ehem ehem... Berdirinya saya di sini (padahal tengah duduk) ingin memperkenalkan diri yang serba naif ini. Saya Doktor Unknown (tiba - tiba hilang ingatan tak tahu nama. Kalau nak letak nama jugak, kamu semua boleh pilih antara nama - nama tersebut. 1. Dr. Johnny Depp, 2. Dr. Leonardo Dicaprio atau 3. Dr. Arnold Susah_Nak_eje). Okay, terlebih dahulu saya nak ucap TQ very much to Awie Omar sebab beri peluang untuk saya menyemak dalam blog dia yang tak seberapa ni (kawan - kawan terpaksalah isi kalau tak, maleh den). Sudah namanya doktor, maka itu segala penulisan saya adalah berkaitan dengan kesihatan. WAAACHHAAAA!!!  Ehem ehem... (cool man, cool!!!) Di hari yang mulia ini, ingin saya kongsikan pada kalian semua tentang apa yang ada di wad saya. Kamu semua rasa ada apa? (Poyos giler doktor ni) Sudah semestinya ada pesakit yang mengalami berbagai bagai jenis penyakit. Dari penyakit otak sampai ke tuttt. Apa pun hari ni saya nak berkongsi tentang 10 penyakit popular yang ada di wad Medikal / Perubatan.


1. Hypertension
Bermaksud tekanan darah tinggi. Tinggi yang macam mana? Pernah ke buat pemeriksaan macam dalam gambar atas tu? Kalau keputusannya lebih 140/90mmHg (macam ni : 160/99mmHG atau 177/100mmHg dan sebagainya) maka anda adalah pesakit Hypertension. Tapi kenapa boleh tinggi? Sebab mungkin anda banyak makan garam/makanan berlemak atau kuat merokok atau makin tua atau faktor genetik (keturunan) dimana semua itu menyebabkan salur darah makin sempit. Bahayanya? Boleh menyebabkan sakit jantung, stroke dan gila ising. Nak cegah? Elakkan dari banyak makan makanan berlemak, tinggi garam dan kolesterol. Rajin rajinlah bersenam dan JANGAN MEROKOK!  

2. Diabetes Mellitus
Dalam BM dipanggil Kencing Manis. Orang kata biar muka tak lawa tapi manis asal takde kencing manis (sesuka hati tambah). Kalau pernah buat pemeriksaan macam kat gambar di atas dan keputusannya 10A satu eh silap... melebihi 2.3 mmol/L - 5.3 mmol/L (macam ni : 9.8 mmol/L atau 18.9 mmol/L atau sebagainya) maka anda mungkin disahkan menghidap kencing manis. Sebab apa jadi macam tu? Sebab banyak sangat makan benda manis, sudah la malas bersenam, merokok lagi, mak bapak pun ada lak kencing manis. Padahnya? Lebih teruk dari darah tinggi. Silap silap boleh potong kaki. Gangguan pada fungsi ginjal, otak dan sistem pembiakan kalau makin teruk. Tak nak kena? Kena la kurangkan makan makanan bergula, 'Satu sudu dah cukup, kurang lebih baik!'. Bersenam selalu dan JANGAN MEROKOK!

3. Dengue Fever
Semua orang dah tahu yang demam Denggi ni disebabkan oleh kuman yang dibawa oleh nyamuk betina penghisap darah manusia. Betul tak? ke kamu semua tak tahu? Kalau area tempat tinggal kamu semua pernah disembur asap oleh pegawai kesihatan, maka dengan itu diisyhtiharkan bahawa kawasan tempat tinggal anda sedang mengalami krisis Denggi dimana mungkin ada salah seorang daripada mereka yang tinggal di situ telah dimasukkan ke wad akibat demam denggi. Jadi bersiap sedia kah anda untuk menentangnya. Bagaimana? Cegah Denggi bermula dengan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk.Bersihkan kawasan rumah dari sampah sarap, semak dan buang segala benda bertakung yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk. Sebelum tidur pasang kelambu, kalay ada. Kalau takde pasang la ubat nyamuk manual ke elektrik ke ikut masing masing. Last sekali, JANGAN MEROKOK! (Tiba tiba, ada kaitan ke?)

4. Tuberculosis

Ataupun dikenali sebagai Tibi atau dalam Bahasa Melayunya batuk kering. Berjangkit ke? Ya, boleh amat berjangkit melalui udara. Rebakan kuman dari bersin atau batuk pesakit Tibi boleh terbang hinggap di salur pernafasan orang yang dekat dengannya. Macam mana nak kenal pasti yang orang itu ada penyakit Tibi? Nak tahu seseorang itu ada Tibi atau tak cuba tengok keterukkan batuknya. Kalau batuknya gaya macam nak terkeluar anak tekak tapi langsung takde kahak atau kadang kadang terkeluar jugak kahak tapi berdarah maka kemungkinan dia ada Tibi. So, hati - hati jangan berdekatan dengannya. Suruh dia pakai mask atau anda saja yang pakai. Lain lain tanda boleh tengok picture kat atas. Nak elak? Lari la jauh jauh dari pesakit Tibi tu. Adoi! Dan satu lagi JANGAN MEROKOK!

5. Acute Gastroentritis
Dalam bahasa kasar nya di panggil cirit and birit. Sebab apa? Mesti salah makan. Makan benda yang bukan bukan. Basi ke tak basi tibai semua. Haram ke tak haram ambil jugak. Janji kenyang. Lepas tu sakit perut. Muntah muntah. Mula la asyik berlari lari anak ulang alik ke jamban. Hati hati la bila makan tu. Baca Bismillah dulu. Duduk molek molek. Mengadap rezeki Tuhan sopan sopan. Lebih lebih lagi lepas makan JANGAN MEROKOK!

6. Stroke / Cerebral Vascular Accident (CVA)
Doktor paling kesian bila tengok pakcik pakcik yang hidap stroke ni. Kadang kadang ada gak yang pangkat abang abang dah kena stroke. Penyakit ini berkaitan dengan saraf otak yang tiba tiba rosak tak berfungsi. Oleh itu, pesakit ini mengalami gangguan pergerakan pada separuh badan atau sepenuh badan atau bahagian atas (dari pusat ke kepala) atau bahagian bawah (dari pusat ke kaki). Sebabnya? Ini adalah komplikasi dari penyakit darah tinggi. Kalau langsung tidak dikawal tekanan darah tinggi maka salur darah boleh musnah terutama di bahagian otak. Selain itu, faktor merokok juga menyumbang kepada kehadiran penyakit ini. Senang kata, berhentilah, insaflah, JANGAN MEROKOK!

7. Acute Coronary Syndrome
Dialih bahasa sebagai sakit jantung atau sakit dada. Apa itu Coronary? Coronary itu adalah salah satu salur darah yang ada di jantung. Jantung berfungsi sebagai pusat untuk pam darah mengalir ke seluruh anggota badan. Kesempitan di dalam salur darah coronary boleh mengganggu kelancaran pengaliran darah sekaligus mengganggu fungsi jantung. Akibatnya seseorang itu mengalami sakit dada di bahagian jantung yang amat sangat. Puncanya? Ia disebabkan oleh pengambilan diet yang tinggi kolesterol dan lemak secara berlebihan, obesiti, faktor peningkatan usia dan faktor penyebab paling utama adalah kuat merokok. Haa, merokok la banyak banyak. Sakit dada nanti jemput jemput la datang ke hospital ye. Susahkan saja mereka di sana. Apa pun, JANGAN MEROKOK!

8. Asthma
Penyakit yang berisiko tinggi ke arah min-alif-wau-ta jika tidak dirawat secepat mungkin ini biasanya dihadapi oleh seseorang sejak kecil lagi. Pesakit sering mengalami kesukaran bernafas, batuk dan ketegangan di otot dada. Terdapat kesekatan pada salur pernafasan pesakit yang disebabkan oleh jangkitan pada otot salur pernafasan tersebut. Ubatnya? Semestinya MDI (alat yang ditunjukkan dalam gambar di atas)Ia macam sedut asap gas yang berubat bagi melapangkan salur pernafasan. Bukannya sedut rokok nak tenangkan fikiran kononnya. Sekali lagi, JANGAN MEROKOK!

9.Pneumonia
Proses jangkitan kuman yang menjadikan edema(kebengkakan) pada tisu paru paru dan kemasukan cecair ke dalam alveoli (salah satu organ kecil paru paru). Kiranya orang kampung kata paru paru berair la. Apa yang terjadi pada pesakit? Semestinya susah nak bernafas sampai sakit sakit dada nak tarik nafas, batuk dengan kahak yang pekat kekuningan, demam dan pening kepala. Rawatan? Acap kali melalui ubatan contohnya antibiotik bagi membunuh bakteria punca jangkitan. Boleh tak berubat dengan rokok? Boleh... Tersangatlah boleh... Boleh blah!!

10. H1N1
Ini salah satu penyakit yang popular menginap di wad medikal sekitar 2009 hingga sekarang. Boleh di anggap bintang baru popular 2010. Teramatlah bahaya tahap dewa. Dikenali juga sebagi Flu Of Khizir. Ini adalah salah satu sebab mengapa Allah menharamkan makan Khinzir. Sebab binatang ni kotor membawa penyakit. Virus virus yang merebak dari binatang haram jadah ni boleh meresap masuk ke paru paru manusia tanpa mengira umur. Apa tanda tanda pada seseorang yang menghidapinya? Batuk, selsema, demam yang berpanjangan dan teruk. Berat badan menurun akibat kurang selera makan. Tidak bermaya, pucat lesi dan juga mengalami kesukaran untuk bernafas. Cara nak elak? Tengok la sendiri gambar kat atas tu (Dah kejang tangan den menaip ni). Walau macam mana sekalipun nak pesan lagi dan lagi dan lagi dan lagi,
JANGAN la... MEROKOK wahai sahabatku.

Macama mana artikel yang pertama kali dari saya (seorang doktor yang sudah 10 kali repeat MUET tapi tak lulus lulus) Harap harap berguna la kepada kalian semua di mana saja kalian berada. Bye. Jumpa lagi.




16 comments:

A.s.t.i.n.a said...

wahh gud info ya Dr...

Awie Omar said...

To A.S.T.I.N.A : Tq miss :)

P#eoniX said...

bile pulak jadik doktor neh....x nak try jadik doktor cinta plak ker...huhuhuhu...

ZWAN SABRI said...

Ni doktor "sendiri" ek? HAHA..
btw, mintak simpangla dari tekena suma penyakit ni.. HUHU

Sya_Merpati Putih 88 said...

kena selalu jaga kesiahatn diri suoaya dpt elak dari ekna 10 jenis penyakit yg bahaya nie..

riena tomato said...

stuju~
nsb baik xjaga medical huhuh

mas saari said...

alhamdulillah, tak pernah lagi kena penyakit2 yang sampai kena dok kat wad... dok kat wad masa bersalin je! heheheeeee

P#eoniX said...

join jom....http://pheonixcharlotte.blogspot.com/2012/02/kawanrakansahabat-sekalianentry-untuk.html

Awie Omar said...

P#eoniX : Tak layak la jadi doktor cinta... asyik frust je hahaha

Awie Omar said...

To ZWAN SABRI : Semoga kita semua dilindungi daripada penyakit2 ni semua.

Awie Omar said...

To Terbang Bersamaku : Ya memang betul. Mencegah lebih baik dari merawat.

Awie Omar said...

To riena tomata : habis riena jaga mana?

Awie Omar said...

To mas saari : kalau cik abg merokok, nasihat baik2 kurang2kan merokok k.

Awie Omar said...

To P#eoniX : TQ ajak aku.... :)

Awie Omar said...

To Jokeonsalo : InsyaAllah akan ku sertai kempen ni.

SITI SURAYA ISHAK said...

MOHON SHARE..;)