Followers

14 May 2012

10 Lagu Ibu Paling Aku Touching


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setelah hampir 8 jam aku bertugas tadi, kini masanya untuk aku menghapdetkan blog yang disayangi ni. Kepada peserta peserta Next Top Blogger 2, lepas ni kalau sempat aku tinjau tinjau blog korang pulak. Okay, semalam 13 Mei 2012 merupakan hari yang sangat istimewa buat para ibu kerana hari tu merupakan Hari Ibu. Jadi, dikesempatan ini aku nak wish Selamat Hari Ibu kepada pembaca pembaca blog ini yang bergelar ibu. Semoga kalian semua sentiasa dalam keadaan tenang dan bersabar dalam membesarkan anak anak. Kalau hari raya, mesti kita akan dengar dan pasang lagu lagu raya kan. So hari ni apa kata kita dengar lagu lagu yang bertemakan “ibu” pulak. Dalam banyak banyak lagu yang ada kaitan dengan “ibu” atau “mak” ni, aku hanya pilih 10 buah lagu sahaja yang betul betul menusuk kalbuku sebagai seorang anak. Jom layan satu satu.



1. Untukmu Ibu – Exist

Lagu ini hasil ciptaan komposer Rahim Othman dan lirik ditulis oleh Megat Ismail. Dan sudah tentu pertama sekali dipersembahkan oleh band rock kanak kanak “Exist” pada tahun 1991 untuk album pertama mereka. Pada masa tu vokalis kumpulan Exist adalah Mamat. Lagu ni masuk Anugerah Juara Lagu 1992 untuk kategori Pop Rock tapi tidak menang. First time aku dengar masa aku umur 5 tahun. Kakak kakak aku la minat sangat selalu dengar kat radio. Dengan aku aku sekali dipaksa nyanyi. Dulu tak la touching sangat bila dengar. Tapi sekarang baru dengar muzik intro dah mula sebak.



2. Ibu – P. Ramlee

Antara lagu popular nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Lagu ni hasil ciptaan Ahmad Jaafar untuk filem “Ibu” pada tahun 1953. First time aku dengar masa tengok iklan susu Fernleaf 1990. Ingatkan lagu tu khas untuk iklan tu, rupa rupanya lagu P. Ramlee. Tapi masa kecik aku malu la nak nyanyi lagu tu depan mak. Tak tahu kenapa. Tapi dalam hati memang sayang sangat kat mak.  



3. Syurga Di Telapak Kaki Ibu – Aishah

Sebenarnya lagu ni adalah lagu lama nyanyian dan ciptaan S. Effendi. Tapi dipopularkan kembali oleh Aishah pada tahun 1990. Tapi pada aku, nyanyian Aishah lebih memukau dan melodinya lebih menusuk jiwa. Aku tak ingat tajuk drama cerekarama yang guna tema lagu ni, tapi citer tu memang sedih giler. Mungkin banyak sangat drama tv yang guna lagu ni. Sebab lagu ni memang kena dengan drama yang bertemakan pengorbanan seorang ibu.



4. Bonda - M. Nasir

Lagu ni lebih santai dan kalau yang lebih memahami bait bait liriknya pasti akan sebak rasa di dada. Lagu sepenuhnya ciptaan M. Nasir, menang untuk kategori Irama Malaysia dalam Anugerah Juara Lagu 1994. Korang yang remaja zaman sekarang pernah tak tengok filem “Balada” lakonan M.Nasir? Part yang ada lagu ni buat aku touching sangat sangat.



5. Ibu – Shila Amzah

Rasanya dalam tahun 1998 – 2000 lagu ni didendangkan oleh Shila Amzah yang pada masa tu kecik lagi dan nama glamernya Shila Tekno. Ciptaan ayahnya sendiri N.D. Lala. Pada aku boleh kira touching gak la tapi tak la terasa sangat. Kalau kehilangan ibu masa kecik mungkin lagu ni boleh buat aku meraung gamaknya. Lagu untuk kanak kanak la katakan.



6. Buatmu Ibu – Aeman

Beralih ke irama nasyid. Tema Ibu banyak diangkat dalam lagu lagu nasyid. Tapi yang lebih memilukan aku adalah lagu ciptaan Manis Helma dan lirik ciptaan Ito Lara ni. Semestinya nyanyian kumpulan nasyid kanak kanak Aeman. Pernah diperdengarkan kat sekolah masa aku sertai kem motivasi. Menangis nangis la budak masa tu. Aku tak ingat lak aku nangis ke tak. Banyak benda dah aku tak ingat. Bahaya ni. Ni yang kena citer kisah kisah dulu kat blog ni. Satu lagi lagu nasyid yang aku minat berkaitan dengan “Ibu” adalah dari kumpulan Nadamurni iaitu “Selamat Tinggal Ibu”. Pernah bawak lagu ni masa pertandingan nasyid kat sekolah.



7. Jasa Bonda – Warisan

Sebagai anak paling nakal pada arwah mak, aku rasa lagu ni lebih kena pada aku. Setiap baris liriknya buat aku terkenang kenang kisah dahulu. “Leterannya dari rasa luhur. Menegur sebelum terlanjur. Itulah yang diwarisi. Pesan ibu terpahat dihati. Beringat ingatla berpesan pesan. Untuk kebaikan. Marah bukan kebencian. Tapi tanda sayang,”. Salah satu nasihat mak yang Awie ingat, “buruk buruk dia (perangai), abah kau jugak. Hormat la dia sikit,”.



8. Ibu – Blues Gang

Sorry ye adik adik blogger sekalian. Kebanyakkan lagu lagu yang abang minat adalah lagu lagu lama. Kalau tak tahu cari je kat YouTube. Memang tangkap leleh la kalau dengar. Lagu satu ni aku suka sebab memang old skool habis dengan rentak blues nya diiringi vocal slow motion dari Ito. Bagi siapa yang beribu tunggal, lagu ni kalau korang dengar + terlebih hayati lak pasti bengkak bijik mata dibuatnya.



9. Lagu Untuk Seorang Ibu – Kembara

Lagu ni pun sama. Khas dari anak anak kepada ibu yang kehilangan suami tercinta di medan peperangan (alkisahnya lah). Nyanyian M. Nasir yang masih menganggotai kumpulan Kembara masa tu era zaman 80 an. Bukan berkaitan dengan hidup aku pun boleh buat aku terasa kesayuannya.



10. Mawar Putih Untuk Mama – Sharifah Aini

Kita ke era 70an pulak. Pada aku, lagu lagu yang evergreen ni emosinya terlebih berharga sikit. Lirik lirik yang dihasilkan seakan akan seikhlas setulus dan selurus dari hati. Satu lagu lagi dari Datuk Sharifah Aini bertajuk “Kasihnya Ibu” pun memang sentap habis bila dengar.



Awie Omar ni kalau post entri tak sah kalau patah perkataan melebihi 500 patah perkataan (mampu?). Jarang hapdek blog biasa la. Jangan boring baca sudah la ye. Aku pilih lagu melayu je sebab aku orang Melayu. Jadi aku lebih cepat faham dan lebih hayati bahasa ibunda ku sendiri. Sebab tu lagu dari Yusuf Islam – “Your Mother”, Haddad Alwi & Sulis –  “Ummi”, Spice Girls – “Mama” mahupun Maher Zain – “Number One For Me” tidak aku senaraikan. Sekian, harap maklum :D

13 comments:

Hafeesz Amran said...

lagu yg betol2 sayu pasal ibu ni is lagu Syurga di telapak kaki ibu by aisyah...

maszull said...

assalamualaikum awie...lagu2 ni semuanya mmg best2 n yg terbaru tu pun best Maher Zain....:)

PCL said...

memang ada nostalgianya di situ..lagu2 tersebut memang best sangat !

Unknown said...

suka lagu dari exist dgn aisyah

Cheida_Mymee said...

masa mama saya excident koma 3 minggu hari2 dgr lagu mawar putih untuk mama... aiyoooo memeleh air mata sebulan... skng alhamdulillah allah beri kesempatan ke2 buat saya dan mama bersama semula.. walaupun keadaan tidak seperti dulu.. :)

miloaiskurangmanis said...

lagu yg paling iols suker
untuk mu ibu - exist...

allyarifff said...

Tulahh, awie mmg berbakat tulis entri pnjg2 Dan syokk!! Tabik spring laah :)

Cik Puan Muda Umi said...

untukmu ibu paling best,sebak hati bila dengar..huhu

NisaAdnan said...

org suka lagu Kau Di Hatiku - Zainal Abidin :) ehh lagu ibu ke tuuu? ye kan ajelahh :p

anak cik talip said...

lagu raye pasal mak ayah pon setey jugak hoh

ERAZ FADLI said...

waa... shila amzah pun masuk carta.. :-)

Anonymous said...

Tolong..sesiapa yang tahu lagu ni Dan penyanyinya adalah remaja...liriknya cuma saya tahu..

Mama oh MamaKu sayang
Mama sungguh besarnya jasaMu
Tak ternilai harta Dunia..( itu aja yang saya ingat)..
Lagu ni lebih touching heart Dari yang lain lain tu..

Anonymous said...

Saya ingat penyanyi remaja ni Dari Singapura