Followers

06 January 2012

10 Ciri Ciri Pasangan Hidup Awie Omar


Aku nak tanya korang la, perlu ke kita memilih dalam mencari pasangan yang akan besama kita hingga akhir hayat? Terpulang la pada pendapat masing masing. Setiap diantara kita dah ditentukan jodohnya. Kita yang merancang Tuhan yang menentukan. Apa yang ditentukan olehNya itulah yang terbaik untuk kita. Tetapi jodoh kita bukannya turun dari langit dan terus mengadap kita. Kenalah berusaha cari dan cari dan terus mencarinya sehinggalah jumpa dengannya. Sekarang ni pun aku dalam mengenali hati budi seseorang. Semoga ciri ciri yang aku harapkan ada padanya. Tak cukup semua, separuh daripada tu jadilah. Aku mengerti, aku dan dia hanyalah manusia biasa yang tidak sempurna mana. Ya Allah, aku harap usahaku ini termakbul di atas kuasaMu.

1) Hidup sederhana

Kita sememangnya hidup dalam dunia yang semakin materialistik. Ini salah satu cabaran yang perlu aku hadapinya untuk cari teman hidup sebab kalau dunia pun dah materialistik, sudah tentu penghuni penghuninya juga materialistik. Hidup aku sederhana. Dan gaji aku tak sebesar mana. Kalau besar pun aku tak kan tunjukkannya. Semestinya dia pun macam tu. Aku lebih selesa dengan berpakaian casual (tidak kira jenama apa), gadget biasa (handset yg boleh sms ngan call sudah memadai, laptop untuk aku blogging sebab hobi), ada pengangkutan (aku memilih kereta sebab motor aku kurang sikit. Kereta lak yang boleh gerak dan berfungsi baik cukuplah). rumah yang ringkas (barang dalam rumah yang sememang diperlukan sahaja aku akan beli). Kalau gadis tu sememangnya teramatlah pandai menguruskan wang, lagi la aku makin teruja untuk memikatnya. Tiada masalah dan keraguan lagi kalau nak berkongsi duit.

2) Merendah diri

Walaupun berasal dari bandar dan membesar di dalam keluarga yang serba elit, tapi dia ni teramatlah sempoi, tak berkira dan tak nampak kebanggaannya sebab berasal dari keluarga yang berada sampai aku ingatkan dia ni datang dari ceruk kampung mana entah. Ataupun gadis ni memang asal dari kampung tapi dia sentiasa beringat akan usul asalnya dan tidak mudah lupa diri. Dari segi lain, aku tahu dia lebih bijak dari aku tetapi sifatnya yang “down to earth” membuatkan dia tak bangga dengan kepandaian yang dia ada dan kadang kala nampak seperti orang yang baru nak kenal sesuatu. Hanya jika berlaku situasi yang merumitkan sahaja kebijaksanaannya itu ditonjolkan. Lebih baik daripada orang yang sememangnya IQ di tahap yang rendah tetapi berlagak dialah tahu segalanya daripada kita.

3) Pelihara tutur kata

Tutur kata memang susah dijaga. Lebih lebih lagi bagi seorang perempuan sebab kebanyakkan di kalangan mereka amat banyak bercakap. Pelihara tutur kata tak bermaksud dia ni pendiam. Jika ramah ada hadnya pula. Setiap apa yang terkeluar dari mulutnya itu lebih dipengaruhi oleh akal daripada nafsu. Takut untuk berkata sesuatu yang boleh menguris perasaan orang lain. Tidak mengamalkan cakap tak serupa bikin / cakap kosong / kat mulut lain kat hati lain. Seorang yang “pandai” susun ayat yang jujur, direct yang tak menyakitkan dan nampak keikhlasannya. Satu lagi, aku memang tak berapa berkenan kepada wanita yang jadikan mengumpat sebagai hobinya. Paling benci kalau umpatan itu tidak berapa sahih kebenaranya sehingga menjatuhkan maruah orang lain.   

4) Senang bersama

Bila aku nampak dia memang aku tak menjauhkan diri atau menghilangkan diri. Aku ni agak pemalu gak la. Tapi bila seseorang itu membuatkan aku senang bersama dengannya, aku tiba tiba jadi ramah tamah sampai ke tahap tak tahu malu (melampau arr ko). Aku jadi senang gurau ngan dia. Dia lak boleh terima gurau tu. Bila bab buat kerja, kitaorang memang senang bekerjasama. Kalau dia tak sempat nak buat tu, aku akan tolong dia. Dan bila aku tak sempat buat tu, dia dengan relanya menolong aku. Semestinya tak berkira.

5) Terima seadanya

Kadang kadang aku sengaja atau tak tersengaja menonjolkan kelemahan diri yang aku ada.  Aku ni bukan seorang pelakon drama swasta, sebab aku ada watak sendiri di dalam dunia reality iaitu sebagai “Awie Omar”. Aku hanya manusia biasa. Tak terdaya rasanya nak control macho setiap masa. Kalau dari segi fizikal, aku tak mampu nak ubah lagi. Sesungguhnya aku bukannya pandai bergaya up to date sangat. Aku hanya cuba sebaiknya menampilkan penampilan yang sedap di pandang mata. Kalau masih tak suka, ikut korang la. Peduli apa aku. Tetapi kalau ada gadis yang mampu menerima siapa aku seadanya, InsyaAllah, aku akan senang dengannya. Dia boleh kenal lebih lagi siapa aku. So kat sini dia tak rasa tertipu dan aku tak rasa hipokrit. Aku tak perlu penat lagi berlakon bajet nak pikat awek tu la. Itu bukan cara aku.     

6) Bersifat keibuan

Maksudnya dia pandai memasak (sikit sikit pun takpe ataupun mampu goreng telur pun jadi arr), pandai jaga anak (sebab aku ni tak pandai layan budak budak lebih lebih lagi bayi), rajin kemas rumah (dulu masa muda muda aku memang pemalas, tapi sekarang aku dah mula suka mengemas. Maknanya hal ni kitaorang boleh kerjasama), sikap penyayang yang tinggi (sayang kepada semua makhluk tuhan tidak kira binatang, orang yang kurang upaya, orang yang teraniaya dan terutamanya pada saya).

7) Saling mempercayai

Kepercayaan boleh dikaitkan dengan kesetiaan. Tidak cepat berprasangka buruk pada sesuatu perkara. Dan cuba menilai sesuatu dengan lebih positif berbanding negative. Aku harap kepercayaannya seperti kepercayaan aku terhadapnya. Pada aku, aku akan sentiasa tanamkan keyakinan pada diri yang dia akan setia hingga ke akhirnya dengan berlandaskan sesuatu yang pernah dia lakukan atau lafazkan pada aku yang membuktikan kasih sayangnya. Dan benda tu sentiasa berlaku! Aku akan sentiasa mempercayai dan bersangka baik padanya sehingga dia tidak merasakan aku tidak terlalu mengawal kehidupannya ataupun overprotected. Aku harap dia pun sebegitu seperti aku. Apa yang utama, komunikasi “setiap hari” yang berkesan penting dalam menjalani hidup bersama.

8) Berdikari

Sebagai contoh arwah mak aku. Dia seorang wanita yang sungguh berdikari yang pernah aku kenal. Abah aku bekas seorang tentera. Sebagai tentera sudah pasti terpaksa berpisah dengan keluarga (disebabkan situasi yang tak dapat di control) demi tugasnya ke merata rata tempat dalam jangka masa yang agak lama. Mak aku sememangnya surirumah sepenuh masa. Tidak bekerja. Dan menanggung sendiri kami adik beradik dengan hanya berbekalkan wang diberi oleh abah aku. Namun kami tetap hidup sihat dan bahagia. Zaman sekarang ni, aku rasa dah makin ramai para gadis sudah pandai hidup berdikari sendiri. Berdikari bagi aku maksudnya dia mampu menyelesaikan sesuatu masalah (yang remeh / ringan) tanpa ketiadaan aku. Kecuali kalau masalah itu terlalu berat untuk dilakukannya seorang diri maka sudah tentu aku akan menanggungnya. Tidak cepat putus asa dan tidak suka menyusahkan orang lain. Kalau itu yang ditunjukkan pada aku, lama lama aku akan jadi sayang bangat kat dia dan akan sentiasa menolongnya walau hal sekecil kuman sekalipun walaupun tidak disuruh olehnya pun. Sampaikan satu masa nanti, segala masalah berat, dia rasakan ringan sebab semua masalahnya aku tanggung bersama.

9) Pandai melawak

Sudah tentu dia merupakan seorang pendengar, pecerita dan penasihat yang terbaik. Bukan setakat tu, dia mampu membuatkan aku tersengih sendiri ataupun ketawa tak hingat bila dibuat lawak gurau spontannya. Lawak dia ada kelasnya tersendiri. Ibarat berseloroh yang tidak menyinggung sensitiviti perasaan orang lain. Jika mahu dibandingkan melalui peratusan, 60% hidup aku diselebungi dengan kemurungan manakala 40% lagi kegembiraan. Oleh yang demikian, target aku sekarang adalah dapat mencapai 50% untuk kedua duanya sudah memadai. Jadi siapa lagi yang mampu menaikkan 10% lagi ataupun lebih? Sudah semestinya insan yang akan hidup bersama aku buat selamanya. Aku memang suka bergurau. Campur pula ngan lawak dia yang selumber straight to the point membuatkan kitaorang dah boleh buat group masuk “Raja Lawak”. Tapi aku tak mengharapkan sampai ke situ.

10. Rajin

Aku bangga kalau mempunyai seorang isteri yang sangat rajin. Tak payah di suruh buat itu buat ini, dia dengan sendiri dah tahu apa yang patut dia buat. Rajin kat sini berkait rapat dengan masa, kebersihan dan social. Dari segi masa, dia mampu membahagikan masa dengan sebaiknya walaupun dia mempunyai kerjayanya sendiri. Terutama dalam menguruskan hal anak anak (ini teramat penting sebab aku memang tak berapa pandai tapi aku akan sentiasa membantu dan belajar jadi pandai). Dari segi kebersihan, dia amat senang dengan kekemasan dan sesuatu yang bersih. Kalau tak kena sikit pasti akan disapu, dilap, dimop, dibuang mahupun diracunnya segala jenis serangga yang mengotorkan rumah. Bagi segi social, rajin dalam melibatkan diri dengan aktiviti sesame ahli keluarga mahupun masyarakat di sekeliling. Kalau tak sempat nak ikut serta pun, memadai dengan bertegur sapa dan tidak sombong bila berjumpa dengan sesiapa saja.

Segalanya telah terhurai. Lepas taip semua tu terasa lain macam lak.  Risau lak kalau 'yang berkenaan' ada terbaca entri ni. Sebenarnya ini semua adalah jawapan ikhlas dari aku untuk satu soalan kalau ditanya oleh seseorang mengenai pilihan pasangan hidup. Dah prepair awal2 dah skrip. Ye lar, umur dah makin meningkat, mesti ada la nanti kawan2 dan saudara mara tanya bila nak kahwin? Dah ada calon? Nak cari yang macam mana? Ambik kau! Dah la. Tiba tibe meremang lak bulu roma. Akhir sekali, selagi aku masih bernafas, selagi itulah aku akan terus melangkah mengharungi kehidupan.


47 comments:

MNFT said...

sama..:)

amirnawawi said...

Membalas kunjungan.. :)

EDtv said...

semoga dapat pasangan seperti yg diimpikan.. Iklas drpd EDtv!

IsmahFirzanah said...

wah , harap-2 jumpa :D

khairulsyarafi said...

waah memang menarik..kalau jumpa sumer ni mmg complete package arr.. :D..very2 good info.. :D

Syira Lokman said...

salam...nice entry :D

Nadia said...

tang percaya tu nad baru je belajar percaya dia..:(

nancypoh said...

Great post...terima lah diri 'si dia' seadanya...@Blog Sikarap

Unknown said...

best entri ni bro...
gua pun mcm tu jugak..
yg nak usha gua tu,sile2 la hehe..

iAmCekbolat said...

fewwitt.. rsenye bkal bini ko bae ni.. huhu

NUke_Rude said...

pandai masak!!!!

Awie Omar said...

To cBk : Senyap ko sekarang. Gi mana?

Awie Omar said...

To amirnawawi : Terima kasih. Lepas ni datang la lagi.

Awie Omar said...

To EDtv : Amin... Jodoh dan ketentuan di tangan Allah

Awie Omar said...

To IsmahFirzanah : Dah jumpa. Aku rasa dia ada ciri2 kat atas ni.

Awie Omar said...

To Syarafi[skyforce331] : Ini adalah pandangan aku. Terima kasih menyokong.

Awie Omar said...

To sYiRa LoKMaN : Nice comment too :)

Awie Omar said...

To Miss Nadya : Takpe nad, perlahan lahan mengenali hati budinya okay.

Maira Quee said...

yg penting doa...insyaallah kita akan jumpe yg terbaek..

Awie Omar said...

To nancypoh : Hai nancy. Memang betul, terima dia seadanya seikhlas hati itu yang penting.

Awie Omar said...

To Mohd Billy : Aku yakin semua laki2 nak perempuan yang baik. TQ komen bro. (so, kepada perempuan2 jaga tingkah laku k)

Awie Omar said...

To CekbOlat-bOlat : InsyaAllah. Doakan aku dapat bini yang baik hehehe

Awie Omar said...

To NUke_Rude : Tu yang penting derr... pandai jaga perut suami.

Awie Omar said...

To MaiRa QuEeN : Thank you for de komen. Ya, betul. Memang kena selalu berdoa :)

Rean said...

insyaAllah semoga dipertemukan jodoh yg baik2 :)

Unknown said...

untuk dapatkan wanita yang baik,kita kena ubah diri jadi baik jugak k

Faris said...

bernas sekali ;)

riena tomato said...

fuhhh~ tak terkate...

Mia Liana said...

wahhhh awie... memanglah kita nak yang terbaik dan yang ada pakej lengkap tetapi kalau dah itu jodoh untuk kita, kita kena terima dengan seadanya.

kadang-kadang apa yang kita nak, tak semestinya kita dapat.

Awie Omar said...

To iMBobo : Amin... terima kasih :)

Awie Omar said...

To Rozuan Ismail : Ya memang betul. Macam orang kata, cermin diri dulu hehehe

Awie Omar said...

To Muhammad Faris : TQ TQ TQ sudi komen kat sini.

Awie Omar said...

riena tomata : awat sampai x terkata ni.....? TQ komen.

Awie Omar said...

To Mia Liana : Sejak azali lagi manusia dah ada jodohnya nantinya, semuanya ketentuan Ilahi. Kita sebagai manusia perlulah redha dan bersyukur dengan apa yang diterima.

Awie Omar said...

To V : WOW!!! Betul ke ni? Try tengok arr nanti.

Unknown said...

semoga dpt jodoh yg baik

Awie Omar said...

To collb9 : InsyaAllah... TQ komen :)

kindergartenlibrary said...

semoga jumpa nanti ..amin ~

riena tomato said...

sebab ade sepuloh je kat sini...tp susahnyer la nak penuhi...nak wat entry for boy lak la kat blog i hahhahahha....lelaki idaman~ (^____^)

eqbalzack said...

salam. terima kasih singgah ke blog saya tuan.
saya tinggalkan jejak di sini. selamat berhujung minggu..

-eqbalzack-

Anonymous said...

bagus dpt tau apa yg diinginkan oleh kebanyakan lelaki. jd pmpuan boleh cube baiki2 juga. OK.. 1,2,3 mcm dah lepas.. 4...bergantung pada pihak lelaki samada nk putuskan senang ke tak. 5.., boleh trima seadanya, tp harap semakin usia meningkat, semakin berubah ke arah kebaikan lagi dan mantapkan diri dan iman. 6, boleh masak2 skit walopun tak standing cef, tp bab budak ni.. kurang skit, sbb tak pandai layan budak gak huhu. 7,8, boleh la. 9, boleh kot lawak skit2. 10, takde lah rajin smpai tahap perfectionist. tp ok kot.. tp rase tertarik dgn tulisan anda yg kate suke dgn pnpuan yg social ikuti aktiviti masyarakat. kiranya anda tak kisah la kalo bakal isteri anda hendak mengikut kelas2 agama? bile2 lagi kalo anak2 sumer dah bsar dan dia sudah pencen keje. :)

Awie Omar said...

To Anonymous : Siapa la gerangannya si Anonymous ni ye.....? Hehehe Ye, saya tak kisah kalau dia ikut aktiviti bermasyarakat macam kelas agama tu, jangan bersosial ke arah lain sudah hehehe. TQ sudi komen.

Awie Omar said...

To eqbalzack : Terima kasih kembali sebab sudi menjengah blog ini dan komen sekali saudara eqbalzack.

Awie Omar said...

To riena tomata : susah ke...? hehehe buatlah, tak sabo lak nak bace dan komen sekali hehehe

Awie Omar said...

To Nelly The Strange : Amin.... harap2 begitulah. TQ komen.

riena tomato said...

OTIEZ... I WILLL,,, tunggu tau~

Awie Omar said...

To riena tomato : dah baca dah. hehehe boleh tahan gak cita cita nya.