Followers

29 October 2011

10 Ciri Ciri Sahabat Sejati


"Sahabat" dengan "Kawan" sama ke maksudnya? Orang kata seorang "Sahabat" lebih baik dari seribu "Kawan", betul ke? Aku sememangnya tak ramai kawan. Apatah lagi mempunyai seseorang yang digelar "Sahabat".  Okay, kalau aku takde sahabat, tak bermakna aku tak boleh jadi "Sahabat" kat orang lain, betul tak? Kalau dah takde orang nak jadi sahabat aku, maka aku kena lah jadi sahabat orang lain. Siapa nak bersahabat dengan aku? "Angkat tangan macam sayer," kata Ucop Wilcha tiba tiba. Aku boleh jadi sahabat korang. Nak suruh aku jadi sahabat sejati? Boleh. No hal. No problem. No impossible.


1. Bantu sedaya boleh.
Ko ada masalah ke? Masalah ape? Cer citer cer citer. Bagitahu arr kat aku. Sekurang kurangnya mungkin lepas ko citer ringan sikit kepala ko memikirkannye. Mana tahu lak aku boleh tolong. Aku tak boleh arr tengok ko susah susah hati camni... Assignment tak siap lagi? Banyak ke? Esok dah nak kene hantar ye... Emmm, macam ni la, ko gi rehat dulu, gi tido tenangkan fikiran. Bak sini assigment tu aku siapkan.


2. Berprasangka baik.
Ko gi mana semalam? Tengah tengah malam baru balik. Aku tak boleh tido risau kat ko sampai la aku pengsan tak sedar diri siap berdengkur lagi. Gi dengar ceramah ikut orang tabligh kat surau ke? Elok arr kalau camtu. Tak pun ko tengok bola kat warong mamak ngan member. Best tak game semalam. Dah arr, ko rehat dulu. Subuh nanti aku kejutkan ko.


3. Elak mengkhianati.
Alamak! Jumpa lagi si mulut puaka ni. Kang kalau jumpa mesti diceritanya lagi pasal sahabatku tu. Kalau cerita benda baik takpe. Ni tak, yang macam setan je die citernya. Kesian sahabatku tu kena fitnah macam macam. Tahulah diaorang ni gaduh, tapi si mulut puaka ni yang citer sumer tu kat aku apa kejadahnye. Dia tak tahu ke aku ni best friend musuh ketat dia tu. Dah arr baik aku larik dari jumpa dia. Tak sanggup tikam belakang sahabat sendiri.


4. Saling memaafkan.
Kenapa ko tak bagitahu aku yang ko ada hal semalam. Takde arr aku tunggu ko berjam jam kat mall semalam sampai migrain siap sawan lagi aku dibuatnya ko tahu. Dah la aku call tak angkat. SMS pun tak balas. Tak bawak hanset?! La... patutlah... takpe la... aku maafkan ko. Betul la aku maafkan ko. Ingat aku main main ke. Pasal  kena sawan tu its okay la. Malu sikit je kat orang lain time tu. Lidah pun terkerat sikit je... tak luak pun kena gigit masa sawan tu.


5. Susah senang bersama.
Aku dapat bonus RM 1000 hari ni. Nah aku kasi ko RM500. Ambil arr kita gune duit ni enjoy sama sama. Eh, ko ni nape muram je aku tengok. Pasal apa? Ko perlukan duit! Berapa? RM1000! Nak buat apa? Tak cukup duit beli Kamera Canon! Kesiannya... Emmm..... Nah la RM500 lagi ni, macam mana dah cukup? Pasal aku, ko jangan risau. Aku dah biasa makan pasir tengah tengah bulan.



6. Saling memahami.
Malam ni giliran aku lak guna PC. Dah lama tak update blog ni. Ko nak guna?! Mana boleh, malam ni giliran aku lak. Ko gi la tengok tv ke tido ke. Aku dah lama tak update blog ni bro... dah bertelur agaknya lelabah dalam blog tu. Ada keje penting nak buat?! Emm... buatlah. It's ok. Tahun depan je arr aku update blog tu. Gunalah PC tu. ~Selang 30 minit kemudian~ Wow! sibuk berfacebook nampak!


7. Mudah bekerjasama.
Ada hal apa nak jumpa aku sangat ni? Ada benda nak dibincangkan? Apa dia? Oooo.... Uuuu.... Nak kena tolong arr ni? Apa aku kena buat? Okay, yang tu aku boleh tolong. Ada lagi? Emm, okayla... aku tolong. Ada lagi?! Ni pun aku kena wat gak ke. Em, yelah. Demi kawan. Habis ko wat apa? Semuanya aku kena buat. Kena balik kampung?! Nape lak? Tengah banyak keje macam ni boleh lak ko nak balik kampung. Oooo nenek sedara belah mak tiri nombor dua anak jiran bapak saudara pakcik angkat jiran ko nak kahwin rupenyer. Pergi le... kena jadi pengapit ke?


8. Penasihat yang baik.
Aku sebagai sahabatmu ni bukannya nak menyibuk. Tapi aku nak la gak bersuara pasal kes ni. Nak la gak beri nasihat kat ko, mana yang berguna ko rasa. Ko kan tahu si Fasha tu pisau cukur. Yang ko beriye ngat nak couple ngan dia tu nape? Dia ada pandang ke ko tu? Aku tahu dia cantik, tapi banyak lagi kan yang cantik. Ada yang lebih sopan lagi dari die tu yang aku tengok dah macam Lady Gaga bila dressing kadang kadang lagi teruk.


9. Terima seadanya.
Ya Allah! Ni rumah ke gudang gandum? Seminggu aku kat kampung, balik balik tengok rumah dah macam tokang pecah! Ko tak kemas rumah ke? Apa?! Tak reti?! Habis selama ni aku je ar yang kemas rumah ni. Pinggan mangkuk pun tak tahu nak cuci gak ke. Kesiannya... Nak kata cacat tak, tapi tangan selalu sakit ye. Alahai... Nak wat cam mana. Aku kan sahabat ko. Aku kena terima semua ni. Amboi! Sampah pun tak reti nak buang. Emmm takpelah. Mungkin takdir aku bertemu ulat ulat sampah hari ni. Terima kasih sahabat.


10. Pegang pada janji.
Okay! Aku janji takkan bagitahu sape sape pun hal ni. Betul. Sumpah! Tak percaya lak. Tak percaya sudahlah. Janji aku tahu siapa aku. Woi, malam ni giliran aku lak guna PC kan? He he he boleh arr layan Facebook jap. Aik... Ha!! Woi, ko cube tengok ni. Ko cuba baca status ko. Ko kata benda tu rahsia. Hanya ko ngan aku je tahu. Habis pesal ko hebohkan kat Facebook. $%^&@! X+!$%^ Tu yang aku pelik, pasal ko tertelan gula gula Hacks pun suruh aku janji tak bagitahu orang lain. Last last ko gak yang bagitahu. Padahal kalau tak janji pun, takde masenya aku nak citer kat orang pasal benda tu.

05 October 2011

10 Lagu Duet P. Ramlee Paling Romantikus

Dari pagi sampai ke tengah hari aku ber blog walking mengenali rakan rakan blogger yang lain disamping memperkenalkan blog aku ni. Terima kasih para bloggers yang sudi tekan butang 'follower' dan aku berharap korang semua seronok bila baca entri entri yang aku masukan dan akan dimasukkan nanti (pasti semakin gempaq untuk korang semua!) Sebenarnya aku masih takde idea nak aku post hari ni. Kalau nak tahu hal ehwal semasa korang boleh bukak KOSMO tak pun BERITA HARIAN. Kalau nak belajar berblogging, boleh tengok blog BEN ASHAARI. Nak letak lirik lagu? Nanti dulu arr... dah banyak sangat lirik yang aku post. Buat masa ni aku nak setarakan entri aku dalam setiap segmen yang aku ada. Contohnya, kalau segmen "Best Song" ada 40 posts makan segmen yang lain mesti ada 40 posts. Orait, sambil sambil menambah kenalan blog tadi aku layan gak mp3 lagu lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Siapa yang tak minat P. Ramlee? anak sedara aku yang 4 tahun tu pun minat P. Ramlee (kalau ada gak tak minat, terpulanglah. Takkan semua orang ada minat yang sama) Jadi terfikir lak kat otak aku nak senaraikan 10 lagu duet P. Ramlee yang romantikus tak ingat! yang aku rasa best arr. 


1. Kalau Jodoh Tak Kemana
Nyanyian sebenar : P. Ramlee & Saloma
Filem : Anak Bapak
Dalam filem di miming kan oleh : P. Ramlee & Rose Yatimah
Tahun ditayangkan : 1968



2. Kalau Kaca Menjadi Intan

Nyanyian sebenar : P. Ramlee & Rahmah Rahmat
Filem : Nujum Pak Belalang
Dalam filem di miming kan oleh : P. Ramlee & Hasimah Yon
Tahun ditayangkan : 1959



3. Gelora

Nyanyian sebenar : P. Ramlee & Saloma
Filem : Seniman Bujang Lapok
Dalam filem di miming kan oleh : P. Ramlee & Saloma
Tahun ditayangkan : 1961


4. Taman Firdausi
Nyanyian sebenar : P. Ramlee & Saloma
Filem : Nasib Do Re Mi
Dalam filem di miming kan oleh : Ghazali Sumantri & Mahyon Ismail
Tahun ditayangkan : 1966



5. Dalam Air Terbayang Wajah
Nyanyian sebenar : P. Ramlee & Saloma
Filem : Masam Masam Manis
Dalam filem di miming kan oleh : P. Ramlee & Sharifah Hanim
Tahun ditayangkan : 1965



6. Hancur Badan Kandung Tanah

Nyanyian sebenar : P. Ramlee & Saloma
Filem : Ragam P. Ramlee
Dalam filem di miming kan oleh : P. Ramlee & Saloma
Tahun ditayangkan : 1964


7. Sri Bulan
Nyanyian sebenar : P. Ramlee & Saloma
Filem : Sabarudin Tukang Kasut
Dalam filem di miming kan oleh : P. Ramlee & Saloma
Tahun ditayangkan : 1966



8. Sedangkan Lidah Lagi Tergigit
Nanyian sebenar : P. Ramlee & Saloma
Filem : Tiga Abdul
Dalam filem di miming kan oleh : P. Ramlee & Sarimah
Tahun ditayangkan : 1964



9. Tanya Sama Hati
Nyanyian sebenar : P. Ramlee & Noormadiah
Filem : Anak Ku Sazali
Dalam filem di miming kan oleh : P. Ramlee & Zaiton
Tahun ditayangkan : 1956



10. Saat Yang Bahagia

Nyanyian sebenar : P. Ramlee & Saloma
Filem : Masam Masam Manis
Dalam filem di miming kan oleh : P. Ramlee & Sharifah Hanim
Tahun ditayangkan : 1965


Kalau korang nak dengar lagu lagu ni, pandai pandai la cari kat 4 shared k! Apapun lagu lagu ni semua memang favorite aku. Kalau aku ada awek dah lama ajak karaoke nyanyi lagu ni hahaha Hope u all enjoy for this post. TQ.

03 October 2011

10 Permainan Kanak Kanak Malaysia Paling Enjoy

Sekali lagi aku nak kongsi satu lagi pengalaman hidupku di zaman kanak kanak. Kali ni nak cerita sikit tentang game game yang aku suka main dengan kawan kawan masa zaman kecik kecik dulu. Mesti korang pun pernah main permainan yang aku senaraikan bawah ni.

1. Nyorok Nyorok
Game yang paling aku minat sebab aku memang suka menyorok dari orang (suka low profile la katakan) Sorang akan mencari dan yang lain pergi nyorok. Orang paling awal dapat dicari akan menjadi pencari lak di round kedua. Sebelum mencari, kena tutup mata pandang ke tembok (kalau ada la) dan kira 1 sampai 100 sementara yang lain menyorok. Pernah masa main game ni, aku rasa dahaga sangat. Jadi aku balik rumah jap nak minum air, last last aku tersangkut nak berkaraoke lak kat rumah sampai lupa yang kawan kawan semua cari aku. Bila dengar je suara aku melalak, bengang giler arr diaorang, tengok tengok ada kat rumah.

2. Rounders
Macam main besbol la tapi dalam pusingan yang kecik. Takde la seluas padang besbol tu. Time tu ingat lagi kita orang guna bola tenis dengan kayu papan rasanya. Makin jauh bola tu melayang kena pukul, makin banyak la pusingan boleh buat. Kalau bola yang dipukul tu dapat terus ditangkap oleh pihak lawan, maka pihak lawan tu dapat 10 mata dan pihak yang memukul tidak dapat membuat sebarang pusingan.

3. Tujus Selipar
Disebabkan tin susah nak kumpulkan maka kitaorang lebih suka guna selipar je. Baling pun guna selipar. Kalau semua dah guna selipar maka berlarilah anda dengan kaki ayam je. Kecuali kalau ada selipar spare. Satu pasukan ni kena tegakkan balik piramid selipar yang tumbang, manakala pasukan satu lagi akan membaling selipar ke arah lawannya dimana kalau terkena selipar yang dibaling makan pemain itu terkeluar dari permainan. Kalau semua terkena balingan selipar tu maka tak dapatla pasukan tu nak bina balik piramid selipar.

4. Bola Beracun
Game ini mula mula diperkenalkan di sekolah masa time Pendidikan Jasmani. Kalau tak puas main, jadi kitaorang main la waktu petang. Mula mula Team A buat satu bulatan besar manakala Team B pula masuk ke dalam bulatan yang Team A buat tu. So, acara baling membaling bola pun berlansung. Pemain pemain Team B kena elak dari terkena bola hasil balingan Team A. Kalau terkena ke out dari game tu. Pemain yang last mesti mengelak dari 10 balingan bola sebelum menang 1 mata.

5. Teng Teng
Aku boleh kira hebat gak main game ni. Melompat dengan 1 kaki ikut petak yang dilukis kat tanah dan elakkan jejak kaki ke petak yang tak boleh pijak. Petak yang tak boleh pijak tu kira macam "Rumah Orang". Rumah tu boleh dapat bila dapat habiskan semua pusingan lompatan. Kalau tuan rumah, dia boleh pijak dua dua kaki dalam rumahnya tu. 

6. Galah Panjang

Ini pulak kena buat 6 kotak sekurang kurangnya secara menegak. Bahagi kepada 2 team. Satu team kena hadang team yang lagi satu untuk lalu ke satu kotak ke kotak lain sampai hujung lepas tu patah balik ke tempat mula. Kalau pemain tu terkena tangan si penghadang maka dikira out from the game. 

7. Buaya

Bukan main dengan buaya yang betul tu ataupun lain lain binatang buas yang seangkatan dengannya. Takde pun binatang buas dalam game ni. Yang jadi buaya darat bila besaq nanti ada ler. Mesti yang buaya darat ni masa kecik dulu selalu kena jadi buaya kejar orang. WAKAKAKA cepat lari naik atas darat!!!

8. Tan Duduk

Ni pun salah satu permainan kejar mengejar yang kalau tak tahu nak main apa dah main ni je. Sorang kejar yang lain lari arr kalau tak daya nak lari duduk terus tapi tak boleh bangun dah sampai ada kawan lain sentuh kita jadi automatik boleh bangun dan lari semula.

9. Polis Tan Tree

"Polis tan tree, wan tu jage, polis mati pencuri jage" kena nyanyi macam ni nak pilih team. Satu team polis satu team pencuri. Game kejar mengejar gak. Polis kena tangkap pencuri. Tapi aku rasa jarang arr main game ni, macam bangang!

10. Nenek Kebayan

"Nenek nenek si bongkok tige, siang mengantuk malam berjage (dah nenek keje shif malam nak wat camne)". Si nenek kena tutup mata dan si cucu cucunya lak ke duduk keliling nenek. Nenek tu kena arr meraba raba cari cucu dia. Dah dapat sorang kena teka lak sape cucunya tu kalau salah kena cari lagi. Kalau betul, cucunya yang kena tangkap tu kena jadi nenek kebayan lak.