Followers

03 February 2012

Anugerah Juara Lagu 26


Dah nak masuk seminggu, baru la nak post entri pasal AJL26 apa ke hey nyer. Aku pun nak gak cerita pasal AJL26 walaupun korang dah banyak kali baca entri pasal AJL26 ni. Bukan apa, sekadar nak berkongsi pendapat aku pulak kat korang mengenai AJL26 yang telah berlangsung dengan jayanya pada Ahad lalu 29 Januari 2012. Berikut adalah senarai fakta – fakta mengenai AJL26 yang telah anda ketahui. Dan akhir sekali ada trivia AJL26 (pendapat aku sebagai peminat muzik tanah air).


30 Lagu Yang Layak Ke Peringkat Separuh Akhir AJL26
Lagu – Penyanyi (Komposer / Penulis Lirik)
1.       Sungai Lui – Aizat (Aizat & Anas / Aizat & Anas)
2.       Janji – Akim (Akim / Akim)
3.       Awan Nano – Hafiz (M.Nasir / Budi Hekayat)
4.       Menyesal – Sixth Sense (Gjie / Sixthsense)
5.       Maaf Dari Hati – Sofaz (Mohd Atlas / Mohd Atlas)
6.       Kisah Hati – Alyah (Manusia Putih / Manusia Putih)
7.       Bagaikan Bidadari – Tomok (Aubrey Suwito / Tomok)
8.       Babak Pertama – Drama (Ammar Habir / Aepul)
9.       Perpisahan Ini – 1st Edition Feat. Aizat (Erol 1st Edition / Jijo 1st Edition)
10.  Ilusi – Adira (Audi Mok / Audi Mok)
11.  Pokok – Meet Uncle Hussein Feat. Nubhan (Taja / Tun Teja)
12.  Kalau Berpacaran – Shohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet (Shohaimi Mior Hassan / Shohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet)
13.  Beribu Sesalan – Ning Baizura, Jaclyn Victor & Shila Hamzah (Kevin Chin / Tinta)
14.  Muda – Hujan (Noh Hujan / Noh Hujan)
15.  Wanita Seluruh Dunia – Projek Pistol (Boy Clifford / Boy Clifford)
16.  Kurnia – Mizz Nina & Noh Hujan (Noh Hujan / Noh Hujan)
17.  Luar Biasa – Shahir (Audi Mok / Zelfirdaus)
18.  Karma – (Audi Mok & Faizal Tahir / Audi Mok & Faizal Tahir)
19.  Mata Hati – Nubhan (Audi Mok / Audi Mok)
20.  Kekanda Adinda – Atilia & Monoloque (Monoloque / Monoloque)
21.  Gadis Semasa – Yuna (Yuna / Yuna)
22.  Cinta Matiku – Sixth Sense (Sixth Sense / Sixth Sense)
23.  Penakut – Yuna (Yuna / Yuna)
24.  Kisah Dongeng – Stacy (Edry Abd Halim / Edry Abd Halim)
25.  Aku Permata – Salma (Taja / Tun Teja)
26.  Sedetik Lebih – Jaclyn Victor (Edry Abd Halim / Edry Abd Halim)
27.  Di Penghujungnya – Iqa (Edry Abd Halim / Edry Abd Halim)
28.  Cinta Teragung – Hazama (Kuncidemak / Kuncidemak)
29.  Cinta Muka Buku – Najwa Latif (Najwa Latif / Ika Latif)
30.  Bila Bertemumu – Shiha (Ajai / Ajai)


12 Lagu Yang Layak Ke Peringkat Akhir AJL26 (mengikut giliran persembahan)
Lagu – Penyanyi (Komposer / Penulis Lirik)
1.       Wanita Seluruh Dunia – Projek Pistol (Boy Clifford / Boy Clifford)
2.       Sedetik Lebih – Jaclyn Victor (Edry Abd Halim / Edry Abd Halim)
3.       Kekanda Adinda – Atilia & Monoloque (Monoloque / Monoloque)
4.       Gadis Semasa – Yuna (Yuna / Yuna)
5.       Kalau Berpacaran – Shohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet (Shohaimi Mior Hassan / Shohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet)
6.       Cinta Muka Buku – Najwa Latif (Najwa Latif / Ika Latif)
7.       Karma – (Audi Mok & Faizal Tahir / Audi Mok & Faizal Tahir)
8.       Kisah Hati – Alyah (Manusia Putih / Manusia Putih)
9.       Sungai Lui – Aizat (Aizat & Anas / Aizat & Anas)
10.  Penakut – Yuna (Yuna / Yuna)
11.  Awan Nano – Hafiz (M.Nasir / Budi Hekayat)
12.  Beribu Sesalan – Ning Baizura, Jaclyn Victor & Shila Hamzah (Kevin Chin / Tinta)


Pemenang – Pemenang AJL26
Juara Lagu : Awan Nano – Hafiz (M.Nasir / Budi Hekayat)
(Hadiah : RM 35,000 + Trofi)
Tempat Ke-2 : Beribu Sesalan – Ning Baizura, Jaclyn Victor & Shila Hamzah (Kevin Chin / Tinta)
(Hadiah : RM 15,000 + Trofi)
Tempat Ke-3 : Karma – (Audi Mok & Faizal Tahir / Audi Mok & Faizal Tahir)
(Hadiah : RM 12,000 + Trofi)
Vokal Terbaik : Hafiz – Awan Nano
(Hadiah : RM 10,000 + Trofi)
Persembahan Terbaik : Kisah Hati – Alyah (Manusia Putih / Manusia Putih)
(Hadiah : RM 10,000 + Trofi)
Anugerah Mobile Celcom : Sedetik Lebih – Jaclyn Victor (Edry Abd Halim / Edry Abd Halim)


TRIVIA + Pendapat Aku Mengenai AJL26
·          Untuk persembahan pembukaan, AJL26 menjemput Raja Pop Jamal Abdillah  (menyampaikan lagu “Senandung Semalam”), Raja Rock Awie (menyampaikan lagu “Bujang Senang”) dan Ratu Jazz Datuk Sheila Majid (menyampaikan lagu “Warna”). Kalau nak dikaitkan persembahan mereka dengan tema AJL26 iaitu “Air” – aku rasa “Senandung Semalam” kena dengan eleman hujan simbolik pada sesuatu yang tragis, “Bujang Senang” cerita pasal buaya duk dalam sungai yang memberi makna kehidupan yang dilalui pasti ada dugaannya, dan “Warna” dikaitkan dengan sumber semulajadi ini iaitu air yang memberi kenikmatan dan semangat dalam meneruskan kehidupan. (Pengsan la krew AJL26 bila baca ni)

·          Faizal Ismail  dan Cheryl Samad tak banyak tukar tukar baju malam tu. Rasanya 2 pasang je untuk diaorang. Syabas buat mereka sebab mampu menjayakan majlis berprestij macam ni.

·          Kesemua lagu lagu  melayu yang popular ciptaan Yuna layak bertanding dalam AJL. Bermula pada AJL24 dengan lagu “Dan Sebenarnya”, AJL25 dengan lagu “Cinta Sempurna” dan pada AJL26 dengan membawa 2 buah lagu sekaligus iaitu “Gadis Semasa” dan “Penakut”.  Aku mengharapkan Yuna menggondol satu trofi pada malam itu, sekurang kurangnya “Penakut” mampu meraih tempat ke 3. Betul la bak kata Yuna, “mungkin nasib tak menyebelahi aku....,”.


·          “Sedetik Lebih” yang disampaikan oleh Jaclyn Victor memang lain dengan cara penyampaian Anuar Zain. Sangat sangat terbaik lenggokkan vokalnya lebih dari penyanyi asal (ini yang aku rasa). Sebelum ini lagu ni terngiang ngiang suara Anuar Zain, tapi sekarang kat telinga aku lebih terngiang ngiang suara Jac pulak mengalunkan lagu tu.

·          Persembahan Atilia dan Monoloque mengingatkan aku pada satu kategori yang pernah dipertandingkan dulu dalam Anugerah Juara Lagu iaitu kategori “Etnik Kreatif” ataupun “Irama Malaysia”. Aku ingat ada balik kategori tu semua. Namun persembahan diaorang yang menggabungkan elemen pop moden dan etnik ni sememangnya patut dipuji atas hasil usaha diaorang walaupun aku tengok pasangan duet ni menyanyi secara santai je. Mungkin mereka dah menjangkakan sesuatu, jadinya lebih baik mereka enjoy dari tertekan untuk menang.

·          Macam tak sempat sempat muzik nak masuk pada awal awal lagu “Kalau Berpacaran”. Nasib Shohaimi Meor Hassan yang pertama kali bertanding dalam AJL dapat tangkap melodinya. Bagi aku persembahan diaorang kelihatan agak “sibuk” la gak, something wrong somewhere. Ingatkan Altimet turun dari langit pakai baju setan. Alhamdulillah, nasib jadi manusia. Bila sebut pasal persembahan persembahan AJL yang agak serabut teringat lak persembahan Noraniza Idris “Tandang Bermadah” dalam AJL18, Nora “Desa Tercinta” dalam AJL16 dan Ana Rafali “Tolong Ingatkan Aku” dalam AJL25.

·          Aku rasa la, tak tahu la pulak korang, bila aku dengar “Cinta Muka Buku” nyanyian Najwa Latif hari tu macam nak berlari pecut 100 meter je. Laju semacam. Kenapa nak dicepat cepatkan lagu. Kan dah elok lagu tu santai longlai je. Nasib ko tak semput dik. Rasanya tak perlu kot couple tu ke hulu ke hilir atas pentas tu kot. Macam belangkas dah aku tengok. Hehehe.

·          Aku tak berapa nak masyuk dengan lagu “Karma” nyanyian Faizal Tahir ni. Aura dia dalam AJL26 ni makin kurang lak aku rasa. Tak macam masa AJL23, Faizal Tahir masa tu bawa lagu “Cuba” dengan lagu “Sampai Syurga”. Lepas tu persembahan dia macam pernah aku tengok lak. Ala ala persembahan Lady Gaga dalam American Music Awards 2009 sampaikan lagu feveret aku “Speechless”. Tak sangka lak Faizal Tahir pandai main piano ek.


·          Memorable. Itu je dapat aku ucap bila teringatkan balik persembahan Alyah nyanyi lagu “Kisah Hati”. Sebelum ni, bermula era zaman Dato’ Siti Nurhaliza, lagu lagu balada susah ngat nak menang Persembahan Terbaik. Mesti kategori etnik ataupun pop rock yang menang. Kalau menang pun mesti ada banyak prop dan penari. Tapi tidak dengan “Kisah Hati”, dengan hanya penghayatan dan emosi yang luarbiasa dari Alyah mampu menusuk kalbu para penonton dan para juri sekaligus dinobatkan sebagai persembahan terbaik pada malam itu.


·          Aku rasa AJL dah ada rekod baru iaitu “Bajet Pakaian Paling Ciput Untuk Bertanding AJL”. Pastinya dimenangi Hafiz semasa bawa lagu “Awan Nano”. Tapi itu tak penting, yang penting vokal dan kekuatan lagunya. Aku ada cakap kat adik aku, suara Hafiz masa tu nyanyi sebijik macam dalam CD. Macam ada peluang nak menang, dan akhirnya terbukti dia menang. Hehehe pandai gak aku menilai. Apapun lepas ni kalau ada pertandingan karaoke ke apa, dah tak malu dah pakai t-shirt ngan seluar slack je ngan selipar jepun. Tak payah pening pening cari baju. Hafiz boleh takkan aku tak boleh.


·          Kalau aku dengar lagu “Beribu Sesalan” dalam CD ke radio ke, aku paling suka part kedua Shila nyanyi, “kekasihku di jalanan yang berliku...,” mendayu. Tapi.. bila aku dengar live, part tu Shila tak lenggokkan macam tu pulak. Mungkin dia ikut arragement muzik kot. Anyway persembahan mereka mantap dan bertenaga.


·          Aku agak musykil dengan persembahan penutup ala ala Flashmob yang disampaikan oleh Black, Hazama ngan Azlan. Masing masing  sampaikan lagu “Basikal Tua”, “Balik Kampung” ngan “Chow Kit Road” tribute untuk Allahyarham Dato’ Sudirman. Perlu ke penonton penonton semua berdiri nyanyi bersama sama? Dah suka suka gembira tiba tiba masuk part sedih, sama sama nyanyi lagu “Salam Akhir”. Cadangan aku, lebih baik diaorang bawak lagu “Merisik Khabar” lagu yang pernah disampaikan oleh Allahyarham Dato’ Sudirman dalam Juara Lagu 1987, “Terasing” dan “Hujan” (Kata bertemakan air). Kebanyakkan blog aku tengok mengkritik gak persembahan penutup ni.

Okayla tu. Panjang benor lak menaip hari ni. Harap korang baca semuanya ek. Jangan terus baca perenggan ni lak hehehe. Semua ini adalah pendapat aku. Bukan saja saja nak hentam sesiapa okay. Bye bye. Jumpa lagi di Anugerah Juara Lagu 27.

20 comments:

Anonymous said...

geramm .. yuna tak menang:(

Nik said...

suka faizal tahir.suara dia best la.
sedetik lebih lagi prefer anuar zain yang nyanyi..

ni pendapat peribadi jea :)

Unknown said...

xtengok pon ajl tuhhh.haha

Anyyss Shuhaimi said...

nak cari tang mana tema airnya.

Mohd Sazli Cikgu Autocad said...

sokong yuna tp xmenang...yuna ttp best..:P

mumui said...

syok bace entry ni... hafiz is the best!!

Awie Omar said...

To El-Janna : Tak mengapa. Harap harap tahun depan Yuna menang. TQ Komen Di Sini. Nanti aku gi blog kamu dan komen sekali :)

Awie Omar said...

To nik rosmawati : lain orang lain pendapatnya. Betul tak? hehehe anyway TQ Komen Di Sini. Nanti aku gi blog kamu dan komen sekali :)

Awie Omar said...

To noorniey Azman : Kenapa tak tengok? Ada hal lain ye. Tak tengok pun takpe. Still kawan ape.

Awie Omar said...

To Anyyss Shuhaimi : Kalau nak cari betul betul bertemakan air susah la. Kalau secara simbolik tu banyak. TQ Komen Di Sini. Nanti aku gi blog kamu dan komen sekali :)

Awie Omar said...

To coklatberapi : Ramai juga ye peminat Yuna. Ya! Yuna still the best! TQ Komen Di Sini. Nanti aku gi blog kamu dan komen sekali :)

akuamir said...

haha,, terbaik bro.. pasni gi town takyah pakai slipar,, :D
tapi suare kene sedap lah.. ;)

Inspector Saahab said...

ingt penakut dapat award jugak :(

anyway, thanks for this summary, tak tngok pun hari tu T__T

Nadia said...

suka yuna even dia tak menang..:)

Anis Adila Aris said...

dulu suka sgt kategori etnik kreatif..sebab persembhan menarik.. lg2 kalau ada dato' ct ngan noraniza idris.. tp dah xde..

semutsengal said...

aku tak tengok.Sekian.


err.

Unknown said...

aku rasa,,awan nanonano memang berhak menang pada malam itu. dan aku cukup kecewa dengan persembahan artis jemputan. macam dah xde idea la bro..

sepatutnya persembahan artis jemputan ini mestilah lain daripada lain. so, sekarang ini, macam sama aje.

tiada unsur gimik sangat, xde unsur funny sangat :)

anamizu said...

salam.. first time singgah sini..
AJL..hehe byk yg x puas hati.. :P





slm kenal,
cik ana

Khairul Nizam said...

rasanya AJL dulu btnding ikut genre lg bez... rsenye mcm mkin x da kualiti industri mzik tanah air.. pmilihan lgu hnya ikut popularity, bkan ikut kehebatan lagu... ntahla.. pendapat je..

Cheida_Mymee said...

sini kot...
no 2.. sory............. (-_-!)