Followers

06 April 2012

ABPBH : Bintang Paling Popular 1990 – 2010 (Part 1)



Assalamualaikum. Salam bahagia semua. Hari ini aku nak kongsi ngan korang pasal Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH). Semuanya gara gara kehangatan ABPBH 2011 yang sering diperkatakan dalam media massa sekarang ni yang bakal berlangsung di Arena Of Stars, Resorts World Genting, Genting Hinghlands pada 8 April 2012 ini. Boleh juga ditonton kat TV3 dan dengar kat radio Hot.FM.



Tapi kali ni aku bukan nak cerita pasal ABPBH 2011 yang akan berlangsung tu. Ada 2 sebab kenapa. Sebabnya dah ramai sangat yang cerita pasal tu dan satu lagi sebab aku rasa takde feel nak citer pencalonan untuk ABPBH 2011 kali ni rasa macam kureng sikit bagi aku. Macam dah boleh agak siapa yang akan menang nanti.



Jadinya, aku cadang nak share benda lain pada korang pasal ABPH ni. Jom kita flashback balik siapakah selebriti selebriti yang pernah mengungguli gelaran BINTANG PALING POPULAR pada suatu ketika dahulu. Adik adik yang lahir dalam zaman 90an mesti excited nak tahu siapa. Mungkin ada yang mereka kenal atau mungkin juga tak kenal.



1. Aishah (ABPBH 1990)

Seorang penyanyi solo yang pernah menganggotai kumpulan Fan Club dari New Zealand (dalam group tu ada Paul Moss, ex-juri Malaysian Idol). Kariernya sebagai penyanyi mula menyerlah sejak album solo pertamanya berjudul “Aishah” pada tahun 1990 yang terjual sebanyak 250,000 unit. Dalam album tu ada lagu “Janji Manismu” lagu paling hits pada tahun itu dan diangkat sebagai Lagu Terbaik dalam Juara Lagu 1990 (AJL). Lagu lagunya yang lain yang digilai ramai adalah seperti “Camar Yang Pulang”, “Syurga Di Telapak Kaki Ibu”, “Kemaafan Dendam Yang Terindah”, “Cinta beralih Arah” dan banyak lagi. Lagu raya yang dinyanyikan oleh Aishah “Pulanglah” turut meningkatkan popularitinya sebagai penyanyi. Selain mengondol Artis Paling Popular dalam ABP 1990, Aishah juga menggondol anugerah Penyanyi Wanita Popular.



2. Zainal Abidin (ABPBH 1991)

Bekas penyanyi utama band Headwind yang popular dengan lagu “Hanya Di Radio” dan “Suraya”. Mula dikenali sebagai artis solo dengan album solo pertamanya “Zainal Abdin” yang memuatkan lagu lagu yang mempopularkan lagi namanya seperti “Ikhlas Tapi Jauh” dan “Hijau”. Pernah berkolaborasi dengan artis artis R.A.P (Roslan Aziz Production) antaranya seperti Dato’ Sheila Majid dan Afdlin Shauki dengan menyampaikan semula lagu “Ikhlas Tapi Jauh” dalam versi yang lain. Selain itu, Zainal Abidin turut popular dengan lagu “Satu” yang dinyanyikan bersama Tan Sri Dato’ S.M. Salim. Lagu tersebut dijulang sebagai Lagu Terbaik  dalam Anugerah Industri Muzik 1993.



3. Eman Manan (ABPBH 1992)

Eman Manan adalah seorang pelakon yang pertama sekali merangkul gelaran Artis Paling Popular selepas 2 tahun anugerah itu dirangkul oleh penyanyi. Selain itu turut menggondol anugerah Pelakon Lelaki Popular. Kerjayanya sebagai pelakon versetil lebih terjerumus dalam dunia filem berbanding drama TV seawal kariernya. Antara filem filem terbaik yang pernah dilakonkannya adalah seperti “Tsu Feh Sofiah”, “Matinya Seorang Patriot”, “Puteri”, “Bintang Malam”, “Lenjan”, “Buai Laju Laju” dan “Wayang”. Pernah menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik sebanyak 3 kali dalam Festival Filem Malayasia (FFM) untuk filem “Matinya Seorang Patriot” (FFM 5), “Bintang Malam” (FFM 10) dan “Buai Laju Laju” (FFM 11). Bekas suami kepada selebriti popular Ogy Ahmad Daud ini digilai oleh ramai peminat yang kebanyakannya adalah wanita kerana karekternya yang macho seakan lelaki Melayu terakhir pada era 90an zaman kegemilangannya itu.



4. Sofea Jane (ABPBH 1993)

Pelakon adalah selebriti yang cepat naik pada awal 1990-an. Sofea Jane antaranya, pelakon kacukan British dan Melayu ini semakin popular dan diminati ramai sejak filem pertamanya “Mira Edora” pada tahun 1990. Popularitinya memuncak disebabkan mutu lakonannya yang berkualiti disamping kontroversi yang diheboh – hebohkan dalam media massa. Kemuncaknya pada tahun 1993 dimana lakonannya dalam filem “Kekasih Awal & Akhir” dan “Perempuan, Isteri Dan ...” menjadikan dia sebagai selebriti yang sentiasa diperkatakan oleh media massa dan peminat.   



5. M. Nasir (ABPBH 1994)

Dikenali sebagai sifu dalam arena muzik Malaysia. Bekas ahli kumpulan Kembara ini juga aktif bekarya sebagai pelakon dan komposer. Namanya melonjak naik kerana lagu lagu ciptaannya teramat popular dan disukai ramai seperti “Fantasia Bulan Madu” (Search), “Tiara” (Kris), “Ghazal Untuk Rabiah” (M. Nasir & Jamal Abdillah), “Hingga Akhir Nanti” (Alleycats), “Sejati” (Wings) dan banyak lagi. Kebanyakkan lagunya layak bertanding dalam Anugerah Juara Lagu dan memenangi pelbagai anugerah. Terbaru sekali dalam AJL 2012, lagu ciptaannya “Awan Nano” diangkat sebagai Juara Lagu. Album solo M. Nasir pada tahun 1994 berjudul “Canggung Mendonan” memberi impak yang besar ke atas kariernya. Lagu lagu yang terdapat dalam album tersebut seperti “Bonda” (Menang kategori Lagu Irama Malaysia dalam AJL 1994), “Tanya Sama Itu Hud Hud” (Menang kategori Lagu Pop Rock, Persembahan Terbaik dan Juara Lagu dalam AJL 1994) dan “Mentera Semerah Padi”(Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik 1995). Dunia lakonannya juga sering diperkatakan dalam media massa. Antara filem filemnya yang popular adalah seperti “Selubung”, “Fenomena”, “Balada”, “Merah” dan “Puteri Gunung Ledang”.



6. Ziana Zain (ABPBH 1995)

Penyanyi dan pelakon terkenal era 90an hingga kini. Bekas pramugari MAS yang bersuara lantang dan kening terangkat ni mula memikat hati peminat muzik dengan album pertamanya “Madah Berhelah”. Satu demi satu lagu nyanyiannya kian popular dan diminati ramai seperti “Kasihku Pertahankan”, “Anggapanmu”, “Setiaku Di Sini”, “Kemelut Di Muara Kasih” dan banyak lagi. “Puncak Kasih” salah satu lagu darinya yang popular turut bertanding dalam AJL 1998 dan menang untuk kategori lagu balada terbaik. Popularitinya makin menyerlah selepas melibatkan diri dalam dunia lakonan filem pada tahun 1994. Filem pertamanya “Sembilu” menjadi box office meningkatkan semangatnya untuk berkarya dalam dunia lakonan. Disusuli dengan filem “Sembilu II” (1995), “Maria Mariana” (1996), “Merah” (1997) dan sebagainya. Selain merangkul anugerah Artis Paling Popular dalam ABPBH 1995, Ziana Zain juga merangkul anugerah Penyanyi Wanita Popular, Pelakon Filem Pembantu Wanita Popular dan Penghibur TV Wanita Popular. Pernah sekali memenagi Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Wanita) dalam Anugerah Industri Muzik 1996 menerusi albumnya “Setiaku Di Sini”.



AKAN BERSAMBUNG

6 BINTANG POPULAR LAGI AKAN DIPERKENALKAN

2 comments:

Unknown said...

noni suka eman manan!haha~~macho gitu!

Lokman said...

saya pilih 2. Papa Blogger