Followers

03 June 2012

Next Top Blogger 2 - Episod 7


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini adalah NEXT TOP BLOGGER 2 – Jungle-Blog-Tracking, episod 7. 11 orang blogger yang tinggal kini saling bersaing untuk sampai ke destinasi terakhir dengan selamat.



Sebelum saya memulakan game ini, terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kepada PCL kerana terlepas pandang Tugasan Imuniti Episod 6 yang telah disediakan olehnya. Sebelum ini dalam entri NTB2-Episod 6, saya mengatakan yang PCL tidak buat Tugasan Imuniti tersebut. Apapun saya dah edit semula entri tersebut dan letak link entri Tugasan Imuniti yang PCL buat. Biasalah manusia, mesti ada silapnya juga. Harap PCL faham. Peace :)



Disebabkan berlakunya kesilapan di atas, maka itu dengan rasminya setiap LINK entri Tugasan Imuniti yang dibuat kena letak di KOTAK KOMEN episod tugasan tersebut. Diingatkan, peserta yang TIDAK letak link dalam kotak komen akan dianggap TIDAK BUAT sebarang tugasan. Ada faham? Peace :)



Tugasan Imuniti

Tugasan Imuniti Episod 6
Sediakan 1 entri untuk menjawab balik masalah masalah berikut. Kita fokus balik ke misi sebenar pengembaraan dalam hutan, Jungle-Blog-Tracking.

Situasi : Anda sekarang berada betul betul di tengah hutan. Apa yang anda lakukan jika...
1. Bekalan makanan dan minuman anda telah habis.
2. Khemah anda telah rosak dan tidak dapat dipasang semula.
3. Kompas dan peta anda hilang.
4. Lighter dan mancis habis, lampu picit tiada bateri.
5. Terdengar bunyi bunyi yang pelik pelik.
6. Anda tersesat bersendirian.

Tajuk tugasan ni bebas. Tak kisah tajuk apa. Dah buat, korang postkan link entri tu kat kotak komen entri ini (NTB2 - Episod 6). Entri Tugasan Imuniti yang terbaik akan diberikan Imuniti macam biasa, 2 episod berturut turut akan selamat dari penyingkiran. Peserta yang melaksanakan Tugasan Imuniti ini sudah tentu berada di kedudukan teratas dalam carta. Dan bagi yang tidak buat, 2 kedudukan tercorot mungkin untuk anda J



Jutaan terima kasih kepada peserta peserta yang rajin buat Tugasan Imuniti di atas. Untuk episod kali ini, peserta yang menyediakan Tugasan Imuniti paling baik sekaligus mendapat IMUNITI pada minggu ini adalah PCL. TAHNIAH. PCL tidak akan disingkirkan pada minggu ini dan juga pada episod akan datang. Berikut adalah TUGASAN IMUNITI yang seterusnya perlu dilaksanakan.



Tugasan Imuniti Episod 7
Segmen “Carta 10” dah menjadi bahan utama dari blog “Awie Omar”. Disebabkan untuk episod 8 nanti yang tinggal hanya 10 peserta, maka dengan itu Tugasan Imuniti yang perlu korang sediakan adalah 1 entri seperti “Carta 10”. Tak kisah tajuk apa ataupun perkara yang korang nak senaraikan dalam “Carta 10” tu nanti. INGAT!!! Letak link tugasan ini nanti di kotak komen. Sediakan tugasan ini sebelum 6 Jun 2012. Kalau siapkan selepas tarikh tersebut, tugasan tu tak terima. Yang terbaik akan dapat IMUNITI macam biasa :)




Sistem Undian

4 peserta yang berada di kedudukan teratas dalam carta episod ini telah mendapat mesej dari aku seperti dibawah.

SISTEM UNDIAN
NTB2 akan menggunakan sistem undian untuk menyingkirkan peserta dari permainan.
Anda berada di kedudukan TOP 4 dalam CARTA MINGGUAN episod 6 yang akan dipostkan Khamis ini.
Maka itu...
Anda diminta memilih salah seorang dari mereka untuk disingkirkan dalam episod 7 nanti. Mereka bertiga berada di kedudukan tercorot dalam carta

Allya Syahirah

Cik Puan Muda Umi

Nor Zilla

Umumkan keputusan anda dalam kotak komen
entri NTB2 - Episod 6
sebelum Ahad - 3/6/2012
Terima kasih :)

Peserta yang ada sekarang semua pernah dapat mesej ni dalam kotak komen blog korang. Rasanya Hairy sorang je yang tak pernah dapat lagi. So, peserta top 4 tu kena pilih sape salah seorang dari mereka untuk disingkirkan. Kena bagitahu kat kotak komen episod sebelumnya. Selalunya 2 peserta sahaja untuk dipilih, tapi kali ni ada 3 peserta. Ini kerana ke 3 mereka tidak ada entri untuk tempoh yang ditetapkan dan juga ke 3 Back-Up mereka ada buat Tugasan Imuniti. Ke 3  mereka dalam situasi yang sama. Aku akan undi mereka dengan menilai entri terakhir mereka yang tak pernah disenaraikan dalam carta. So, kalau entri tu bagus, okaylah. Kalau entri tak berapa, tengok la macam mana nanti.  



Carta Mingguan

No
Peserta
Entri
Tugasan Imuniti
1
Ieyna Nasir

2
Incik Hasmi
&(IMUNITI)

3
Nisa Adnan

4
Rozuan Ismail

5
PCL
&(IMUNITI)
&(IMUNITI)
http://www.pakciklie.com/2012/05/mimpi-minum-air-tebu.html

6
Hairy
Tiada TUGASAN IMUNITI dari peserta dan BACK-UP (Hareez Haiqal – Telah tersingkir)

7
Arjunakirana

Tiada TUGASAN IMUNITI dari peserta dan BACK-UP (Lynn La Loy – Telah tersingkir)
8
Zamani
Tiada Tugasan Imuniti dari peserta dan BACK-UP (Izz Idraqie Huzni – Telah tersingkir)
9
Allya Syahirah
Tiada entri yang dipostkan dalam tempoh yang ditetapkan
(29/6/12 – 31/6/12)
Back-Up (PCL) ada buat Tugasan Imuniti


10
Cik Puan Muda Umi
Tiada entri yang dipostkan dalam tempoh yang ditetapkan
(29/6/12 – 31/6/12)
Back-Up (Nisa Adnan) ada buat Tugasan Imuniti

11
Nor Zilla
Tiada entri yang dipostkan dalam tempoh yang ditetapkan
(29/6/12 – 31/6/12)
Back-Up (Ieyna Nasir) ada buat Tugasan Imuniti

SISTEM UNDIAN
Ieyna Nasir
Incik Hasmi
Nisa Adnan
Rozuan Ismail
Awie Omar
Х
Х
Nor Zilla
Nor Zilla
Nor Zilla



Peserta Yang Terkeluar

Nor Zilla



“Nor Zilla antara peserta yang rajin buat Tugasan Imuniti. Tapi mungkin terlalu sibuk dengan urusan harian menyebabkan Nor Zilla tak dapat nak siapkan Tugasan Imuniti malah tak sempat nak update blognya. Melalui Sistem Undian, Nama Nor Zilla naik sebanyak 2 kali sudah cukup untuk mengakhiri penyertaan Nor Zilla dalam game ini. Maaf ye Nor Zilla. Anda terpaksa dikeluarkan dari game pada episod kali ini. Terima kasih di atas kerjasama Nor Zilla untuk menyertai segmen ini. Maaf diminta jika ada ayat ayat aku yang mengguris perasaan Nor Zilla. Aku amat terharu sekali di atas kesudian Nor Zilla untuk follow blog yang biasa ini. Sebab itu segmen ini dibuat khas untuk anda. TERIMA KASIH sekali lagi,”. :)



Kaunter Pertanyaan

Dari Entri NEXT TOP BLOGGER 2 – EPISOD 6
Awie, sy mmg ada buat tugasan imuniti mmgu lpas..awak lepas pandang entri sy ke?.. – [PCL]
Maafkan saya PCL. Saya mengaku saya terlepas pandang J

awei omar kenapa Arjuna tak dapat berita ape2 dari awie... huhuhu... :( – ! Arjunakirana !
Sebagai peserta, Arjunakirana kena tahu dan ingat Jadual Pemilihan Entri yang ada dalam entri “Next Top Blogger 2 – Episod 2” . Semua peserta tidak dapat apa 2 berita dari saya. Tapi mereka faham konsep game ni, bila perlu siapkan Tugasan Imuniti, bila entri episod seterusnya akan keluar dan bila nak sediakan entri dalam tempoh yang ditetapkan. Yang paling penting kena ikuti setiap episod game ni J

Assalamualaikun Awie.
Boleh tak kalau masej ttg pemilihan siapa yg nk disingkirkan dihantar melalui email terus kpd perserta yg terlibat bkn spt sblm ni melalui comment box oleh penganjur. (rasa cm keputusan dah keluar awal dr waktunya...kurang suspennya !!) – [PCL]
Cadangan yang bernas tapi semua peserta kena la setuju dulu dengan cadangan ini dan bagitahu email masing masing. Bagi saya setakat ini, biarlah keputusannya dihantar melalui kotak komen dulu. Lebih mudah, tulus dan tiada penipuan, semua berpuas hati dan tahu sebab kenapa diaorang disingkirkan. Keputusan dah keluar awal? Selalunya hanya 2 peserta je yang rajin undi cepat. Dan 2 lagi tidak. Tapi mana tahu diaorang akan undi bila bila masa saja sebelum entri episod seterusnya dikeluarkan. So keputusan rasmi belum ada lagi J

Segala pertanyaan lepas ni boleh postkan kotak komen di bawah dan akan dibalas dalam Kaunter Pertanyaan entri NEXT TOP BLOGGER 2 – EPISOD 8  J




P/S : Ada sesuatu yang menarik dalam Episod 10 nanti. Peserta yang selalu menerima mesej “Sistem Undian” dan paling banyak buat undian akan menerima IMUNITI :)

P/S : Episod 6 dan Episod 7 adalah ZON PECUTAN. Korang semua tahukan? Jangan buat2 terkejut dan tak tahu lak. Rujuk balik jadual dalam entri Next Top Blogger 2 - Episod 2. Saje tak nak bagitahu, nak tengok korang alert ke tak :) peace.

14 comments:

Unknown said...

hikhik.belom rezeki dapat imuniti..owh, carta 10 yang selalu Awie buat entry tu eyk. InsyaAllah saya try

allyarifff said...

haha serious first time tak buat tugasan. mmg terlupa habis zon pecutan. huhu..

allyarifff said...

carta 10 tu macam mana??

Unknown said...

http://kringg.blogspot.com/2012/06/top-10-entri-blog-pcb.html

PCB dah buat tugasan imuniti kali ini. sambung study dulu.bubbye =)

PCL said...

terima kasih awie, harap tiada prajudis...maafkan sy kalau terlanjur kata sblm2 nie....last minit yg tak disangka..untung terima masej dari awie sbg peringatan buat tugasan...thnks sekali lg.

p/s..xpenah buat carta hati..eh carta 10 :)

allyarifff said...

done :)

http://mukapenyek.blogspot.com/2012/06/carta-10-top-hindustan-actors.html

Zam said...

done :)
ini tugasan yang diminta~
http://zamani84.blogspot.com/2012/06/10-komik-jepun-paling-berpengaruh.html

anak cik talip said...

sile singgah (:

http://imnotafortuneteller.blogspot.com/2012/06/carta-seploh-yg-seram.html

ieyna nasir said...

http://ieyna-nasir.blogspot.com/2012/06/top-10-blog-kesukaan-aku.html

! Arjunakirana ! said...

CANTIK HEADER AWIE :)

Bitt (double IS) said...

menarik program awak neh...follow arhh nak tengok siapa menang ;)

NisaAdnan said...

Hihii first time dpt top3, kembang kuncup hidung :P

btw, ni task for this week!
http://hanisaya.blogspot.com/2012/06/carta-10-makanan-di-perutku-p.html

PCL said...

ok siap awal dari sblmnya..

http://www.pakciklie.com/2012/06/segmen-carta-10-tukang-komen-aktif-blog.html

Unknown said...

header baru.style!!