Followers

05 July 2012

Blogger 2 : Fantasy Forest - Episod 14



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebelum memulakan acara, dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Nisfu Syaaban kepada anda semua saudara saudari seagama denganku, mohon ampun andai saya tersalah menyusun ayat dalam blog ini hingga mampu menguriskan hati anda tidak kira secara sengaja atau pun tidak sengaja. Semoga amalan kalian sentiasa diberkati olehNya dan kehidupan kalian sentiasa dirahmati olehNya, Allah S.W.T. Amin.


Alhamdulillah, dengan izinNya saya dapat menyiarkan entri seterusnya bagi segmen Next Top Blogger 2 : Fantasy Forest untuk episod 14. Untuk permulaan, sekali lagi pembaharuan ingin saya lakukan pada segmen ini supaya tampak lebih eksklusif dan branded. Logo game ini akan saya tukarkan kepada logo yang baru. Saya adalah peminat program realiti TV “Survivor”. Logo yang saya buat ini memang diilhamkan dari program realiti tu.


Satu perbubaran juga akan saya lakukan dimana perkataan awal untuk game ini iaitu “NEXT TOP” akan dibuang selamanya dari tajuk utama segmen ni. So tiada lagi tajuk “NEXT TOP BLOGGER 2 : FANTASY FOREST” tetapi hanya “BLOGGER 2 : FANTASY FOREST”. Tapi dalam logo perkataan tu masih ada sebagai kenang kenangan (boleh ek?) Sebab apa aku buang? Sebabnya, aku taknak sama kan game ni dengan satu program realiti model model kelolaan Tyra Banks. Banyak aku dapat respon yang mengatakan “dah macam Next Top Model lak”. So sememangnya aku tak berapa suka. Sejap saya sejap aku, lepas ni aku je ek :).


Banner baru tu aku akan tunjukkan bawah ni nanti. Sebelum tu kita tengok dulu keputusan carta untuk episod 13 sekali lagi. Kali ni PCL dan Rozuan Ismail dah ada nombor.



Carta Mingguan

No
Peserta
Entri
Tugasan Imuniti
1
Incik Hasmi

2
Allya Syahirah
&(IMUNITI)
&(IMUNITI)
&(IMUNITI)


3
Zamani
4
PCL

5
Rozuan Ismail

Tiada Tugasan Imuniti dibuat




Peserta Yang Terkeluar



Rozuan Ismail



Untuk episod ni kita mulakan dulu dengan proses penyingkiran. Pada episod lepas arahan telah diberi kepada PCL dan Rozuan Ismail bagi menyediakan entri Tugasan Imuniti. Siapa antara mereka berdua yang paling lewat hantar akan disingkirkan. Sebab kenapa mereka kena buat Tugasan Imuniti tu, rajin rajinkan tengok entri episod 13. Malangnya, Rozuan Ismail langsung tidak ada sediakan Tugasan Imuniti tersebut.

“Sebenarnya Rozuan dah bagitahu awal awal dia akan sibuk dengan studynya dan exam selepas episod 12 yang lalu. Saya percaya Rozuan memang terlalu sibuk sampai tak sempat untuk update blognya. Sebab kenapa saya percaya, sebabnya Rozuan adalah adalah peserta terbaik yang pernah saya kenal kerana begitu aktif mengikuti segmen ini setiap episod dan tidak miss untuk menyiapkan Tugasan Imuniti sebelum ini. Di samping entri entri nya yang berinfo dan santai dan sudah tentu aku minat membacanya. Namun bukan rezeki Rozuan kali ni untuk meneruskan perjuangan. Apapun Rozuan Ismail adalah salah seorang blogger yang terawal aku kenal dan bagi aku dia amat popular di kalangan blogger blogger belia di Malaysia. Teruskan usahamu di arena blogger ini. Maaf Rozuan Ismail. Anda terpaksa dikeluarkan dari game pada episod kali ini. Terima kasih di atas kerjasama Rozuan Ismail untuk menyertai segmen ini. Maaf diminta jika ada ayat ayat aku yang mengguris perasaan Rozuan. Aku amat terharu sekali di atas kesudian Rozuan untuk follow blog yang biasa ini. Sebab itu segmen ini dibuat khas untuk anda. TERIMA KASIH sekali lagi,”. :) Sebagai penghargaan kepada saudara, saya mejemput saudara untuk menjadi juri bagi final NTB2 : Fantasy Forest ini. Segala kerjasama dari saudara amat saya hargai.





Jadinya sekarang yang tinggal hanya 4 peserta sahaja : Allya Syahirah, Incik Hasmi, PCL dan Zamani. Seperti yang telah dijanjikan pada episod lepas, bukan seorang yang akan disingkirkan pada episod kali ini. Tapi dua orang. So, ada lagi yang akan disingkirkan lepas ni. Apapun kita tengok dulu Carta Mingguan Episod 14.




Carta Mingguan

No
Peserta
Entri 1
Entri 2
1
Incik Hasmi


2
Allya Syahirah
&(IMUNITI)

Tiada entri yang dipostkan dalam tempoh yang ditetapkan iaitu dari 29 Jun 2012 hingga 2 Julai 2012.
3
PCL
4
Zamani




Sistem Undian


SISTEM UNDIAN
Incik Hasmi
Allya Syahirah
Awie Omar
Zamani
PCL
Zamani





Peserta Yang Terkeluar



Zamani



“Pertama kali aku rasa tak tahu nak pilih siapa untuk disingkirkan kali ini. Sebab masing masing hebat dan mempunyai kekuatan yang tersendiri. Kedua duanya rajin updatekan blog dan sudah tentu ada 4-5 entri untuk sehari. Gaya penulisan mereka juga sama, ringkas dan padat. Mungkin cerita disebalik entri entri mereka (yang dipost dari 29/6/12 – 2/7/12) yang membantu dalam memutuskan siapa diantara mereka untuk disingkirkan. Namun setakat episod ini sahaja usaha Zamani dapat diteruskan. Zamani juga adalah antara blogger yang terawal aku kenal dalam dunia blogger ini. Juga minat dalam bidang fotografi. Blog Zamani seakan senaskah akhbar bagi aku sebab entrinya ada pelbagai cerita isu semasa dan update setiap hari. Walaupun tidak banyak komen dan pandangan darinya untuk segmen ini, namun Zamani seorang yang rajin buat Tugasan Imuniti yang diarahkan. Tindak balas yang positif dari Zamani pada game ni boleh aku nampak dalam setiap entri Tugasan Imuniti yang disediakan olehnya. Apapun, maaf Zamani. Anda terpaksa dikeluarkan dari game pada episod kali ini. Terima kasih di atas kerjasama Zamani untuk menyertai segmen ini. Maaf diminta jika ada ayat ayat aku yang mengguris perasaan Zamani. Aku amat terharu sekali di atas kesudian Zamani untuk follow blog yang biasa ini. Sebab itu segmen ini dibuat khas untuk anda. TERIMA KASIH sekali lagi,”. :) Sebagai penghargaan kepada saudara, saya mejemput saudara untuk menjadi juri bagi final NTB2 : Fantasy Forest ini. Segala kerjasama dari saudara amat saya hargai.



Seperti yang dikhabarkan di atas, inilah logo baru segmen ini untuk musim 1. Untuk musim 2 aku akan tunjuk episod 15 nanti ye :). Akhir kata, tahniah Incik Hasmi, PCL dan Allya Syahirah sebab anda dah jadi TOP 3 dan dah nak hampir ke final awal Ramadhan nanti. Tata titi tutu. Assalamualaikum.





Juri Juri Final NTB 2 : Fantasy Forest


ARJUNAKIRANA


ROZUAN ISMAIL


ZAMANI

10 comments:

Zam said...

its ok Awie ;) Top 4 dah syukur sangat.. Sengit juga persaingan ni.. Apapun, thanks sbb sudi jemput Zam untuk join contest ni dulu.. mulanya ingat bertahan sampai beberapa minggu je.. xsangka sejauh ni boleh pergi.. & thanks gak sb sudi jemput balik jadi juri.. ;p

PCL said...

syabas kpd rakan2 “BLOGGER 2 : FANTASY FOREST”...dan penyokong2 yg terlibat.,,teruskan perjuangan kami dan mengharapkan sokongan anda semua juga.

anak cik talip said...

logo batu tuh nice jugak sbb pakai kaler RASTA...mksud ijau kunin merah..pasneh kene tukar la yek kalo nk mention game neh? biae pakai NTB...bunyi catchy cket muahaahaha..

! Arjunakirana ! said...

Tahniah2 semua, dah dekat ramadhan nie... tak sabar nak jadi JURI... akan aku GODEK2 semua huhauhaua... nak jadi CHEF WAN yg mulut laser... huhauhauhaua... JAHAT GILE aku..

Unknown said...

It's okay PCB tersingkir.sorry guys.memang sibuk sangat praktikal. InsyaAllah PCB akan jadi juri untuk next episode =D

anak cik talip said...

sedara awie...sy pilih sedari alya

vendoline said...

aku main buat je ni.tatau pon.huhu

"SAYA SANGAT MAHU SERTAI BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE"

Korn Ahmad said...

maaf terlambat... saya undi keluar Nick Nashram

Korn Ahmad said...

korn undi keluar Emma

Danny said...

Thanks for this blog posst