“Sekian lama aku menunggu untuk
kedatanganmu. Bukankah engkau telah berjanji kita jumpa di sini. Datanglah....
kedatanganmu ku tunggu. Telah lama... telah lama ku menunggu...,”.
Dah lama aku tak dengar lagu ni, tiba
tiba terdengar kat radio. Dan amat bersesuaian sekalilah dengan situasi aku
sekarang ni yang hampir nak gila menunggu si polan ni yang tak datang datang
lagi. W.T.TooT... Sabar... Sabar Awie... Istighfar banyak banyak. Waste the
time too much! Oleh itu, aku buka la lap. Disebabkan terlalu geram sangat,
entah macam mana otak aku dapat menghasilkan ilham untuk entri baru. Tapi ilham
yang ringan ringan. Secara santai dan sekadar hiburan. Dan mungkin ianya dapat
dijadikan tips berguna untuk anda yang tahap kesabaran terlalu nipis. 10 Cara
Tingkatkan Tahap Kesabaran Untuk “MENUNGGU” sahaja. Sabar tentang bab lain,
lain kali aku cerita.
1. Traffic jam
Situasi yang sangat biasa untuk warga
kota iaitu kesesakan lalu lintas. Kalau sekejap je menunggu okay lagi, tapi
kalau dah dekat setengah jam tak gerak gerak silap silap orang yang tumpang
kereta kita kena halau. Tapi it’s okay for me. Think positive. Anggap ianya
satu proses pembelajaran untuk kita menanamkan sifat sabar hingga ke lubuk
pancreas.
2. Tunggu lif
Kaedah lain adalah dengan cara menunggu
lif. Harus diingatkan, kena pandai pilih lif yang bersesuaian. Lif yang macam
siput dan tahap meroyan yang tinggi adalah yang paling terbaik. Kalau tak jumpa,
datang la ke ofis saya then try my lif. Pasti anda sempat habiskan sarapan
depan lif tu nanti.
3. Dalam tandas
Why not? Boleh apa. Try cari tandas awam
yang nampak ramai orang berbaris macam nak beli tiket wayang. Korang boleh
nampak semangat diaorang dalam menahan kesulitan yang dialami dan sudah tentu,
tahap kesabaran mereka memang tip top. So, inilah masanya kita buktikan yang
kita mampu jadi seperti mereka.
4. Order makan
Kat tempat aku ada nama restoran “Sabar
Menanti”. Amat manis bunyinya dan of coz servisnya membuatkan kita rasa nak
bakar je restoran tu. Tapi niat aku terbantut. Sebab aku refleksikan diri dari
situasi yang membosankan itu kepada yang lebih bernilai. Ianya ibarat aku duk
bertapa dalam gua demi meningkatkan tenaga kesabaran hingga ke tahap maksimum.
Lepas ni aku nak gi bila time ada ramai orang lak. Pasti hasilnya lebih
memuaskan.
5. Iklan tv
Kaedah yang lebih mudah iaitu dengan
mengadap tv. Lebih baik pada waktu waktu perdana macam masa tengok berita,
cerekarama dan sebagainya. Sebabnya iklan yang keluar sangat banyak dan lama
hingga meloyakan tekak anda. Ini membantu mengoncangkan kesabaran kita supaya
lebih bergerak aktif di masa akan datang.
6. Balik kerja
Konsep asas meningkatkan daya kesabaran kali
ini adalah “menunggu”. Oleh itu try tunggu masa habis kerja tanpa melakukan apa
apa. Hanya duduk tercongok sambil merenung tajam jam pasir (kalau ada) sampai juling
mata. Anda akan merasakan masa seakan akan terhenti seketika dan timbul rasa
was was pada jam dinding sama ada ianya telah mati ataupun malu malu kucing nak
berputar.
7. Memancing
Jika anda minat memancing, sudah tentu
anda seorang yang penyabar. Bukan senang nak dapat ikan ni. Kena sabar menunggu
hingga umpan di makan ikan la. Nak lebih rare, apa kata tak payah umpan. Kail
biar kosong macam tu je. Hati dan perasaan kena lebih excited rasa akan dapat
ikan besar.
8. Klinik / Hospital
Maybe ada yang setuju dan ada yang tak
setuju. Apapun cuba try tengok masa yang akan anda lalui sebelum perkhidmatan
diberikan kepada anda. Harap harap sekejap la. Tapi kalau lama kita anggap itu
satu ujian tahap kesabaran sebelum darah kita diambil untuk di uji pula.
Mungkin selepas penat bersabar, satu hormone akan keluar dan mengalir dalam
darah kita lalu menyebabkan keputusan darah nanti adalah normal.
9. Pesanan SMS
Kaedah ini dapat digunakan oleh orang
orang yang frust menongeng sebab putus cinta sahaja. Mereka mereka ini akan sms
ex-bf/ex-gf mereka dan menunggu dengan penuh harapan supaya ex2 diaorang nib
alas mesej nya semula. Too desperate for me. And I think it’s too dangerous
also. Takut bukan tahap kesabaran yang meningkat tapi tahap kemarahan pula yang
bermaharajalela.
10. Line internet
Dan yang terakhir sekali adalah secara
online. Hari hari online kan? So senang je caranya. Hanya gunakan broadband
jenama cap siput ataupun gunakan wifi ala ala makyong. Sudah pasti anda akan
merasai debaran jantung dan denyutan urat saraf yang ekstrem akibat tindakbalas
molekul molekul kesabaran dalam diri yang tiba tiba aktif. Lebih lebih lagi
bila anda nak online sesuatu yang penting tetapi memakan masa setengah abad
rasanya untuk buka satu laman yang dikehendaki. So inilah masanya untuk lihat
sama ada anda ni penyabar orang nya atau tidak.
P/S : Kepada peserta peserta BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE. Nantikan entri untuk episod 1 game ini yang akan disiarkan pada SELASA 11 SEPTEMBER 2012.
11 comments:
tips yg berguna.hihi
ohh no,,,saya sangat benci menunggu..penantian itu satu penyeksaan..hahaha
sya ni kdg2 boleh menunggu tapi kdg2 tak sabar juga..huhu
memang jem juga yang pertama.. hahaha
Ok.. sangat gementar sekarang ni.. Game dah start dah...
aku paling tak suke tunggu lift kat opis aku tuh..lembab semacam jer~
menanti dan menunggu, btl2 menguji tahap kesabaran...
Ahaha.. yang tunggu kat toilet tu susah lah.. kita memang la boleh tunggu, tapi yang dalam perut memulas2 ni yang x sanggup tunggu tu.. ekeke
psstt.. knapa kat gmbr aku kat header skerat jer.. huhuhu
walawei..gempak vid intro tuh haha...nampak sgt game NTB neh makin ke arah kemature-an huhuhu..
selamat berjuang semua!
haz undi sarah safuddin..
nick nashram
Assalamualikum, Nice tips here :D Jemput dtg ke blog saya pula & follow la ye :)
Post a Comment