Followers

10 September 2012

10 Cara Tingkatkan Tahap Kesabaran Untuk "Menunggu"




“Sekian lama aku menunggu untuk kedatanganmu. Bukankah engkau telah berjanji kita jumpa di sini. Datanglah.... kedatanganmu ku tunggu. Telah lama... telah lama ku menunggu...,”.

 

Dah lama aku tak dengar lagu ni, tiba tiba terdengar kat radio. Dan amat bersesuaian sekalilah dengan situasi aku sekarang ni yang hampir nak gila menunggu si polan ni yang tak datang datang lagi. W.T.TooT... Sabar... Sabar Awie... Istighfar banyak banyak. Waste the time too much! Oleh itu, aku buka la lap. Disebabkan terlalu geram sangat, entah macam mana otak aku dapat menghasilkan ilham untuk entri baru. Tapi ilham yang ringan ringan. Secara santai dan sekadar hiburan. Dan mungkin ianya dapat dijadikan tips berguna untuk anda yang tahap kesabaran terlalu nipis. 10 Cara Tingkatkan Tahap Kesabaran Untuk “MENUNGGU” sahaja. Sabar tentang bab lain, lain kali aku cerita.



1. Traffic jam

Situasi yang sangat biasa untuk warga kota iaitu kesesakan lalu lintas. Kalau sekejap je menunggu okay lagi, tapi kalau dah dekat setengah jam tak gerak gerak silap silap orang yang tumpang kereta kita kena halau. Tapi it’s okay for me. Think positive. Anggap ianya satu proses pembelajaran untuk kita menanamkan sifat sabar hingga ke lubuk pancreas.

 

2. Tunggu lif

Kaedah lain adalah dengan cara menunggu lif. Harus diingatkan, kena pandai pilih lif yang bersesuaian. Lif yang macam siput dan tahap meroyan yang tinggi adalah yang paling terbaik. Kalau tak jumpa, datang la ke ofis saya then try my lif. Pasti anda sempat habiskan sarapan depan lif tu nanti.

 

3. Dalam tandas

Why not? Boleh apa. Try cari tandas awam yang nampak ramai orang berbaris macam nak beli tiket wayang. Korang boleh nampak semangat diaorang dalam menahan kesulitan yang dialami dan sudah tentu, tahap kesabaran mereka memang tip top. So, inilah masanya kita buktikan yang kita mampu jadi seperti mereka.

 

4. Order makan

Kat tempat aku ada nama restoran “Sabar Menanti”. Amat manis bunyinya dan of coz servisnya membuatkan kita rasa nak bakar je restoran tu. Tapi niat aku terbantut. Sebab aku refleksikan diri dari situasi yang membosankan itu kepada yang lebih bernilai. Ianya ibarat aku duk bertapa dalam gua demi meningkatkan tenaga kesabaran hingga ke tahap maksimum. Lepas ni aku nak gi bila time ada ramai orang lak. Pasti hasilnya lebih memuaskan.

 

5. Iklan tv

Kaedah yang lebih mudah iaitu dengan mengadap tv. Lebih baik pada waktu waktu perdana macam masa tengok berita, cerekarama dan sebagainya. Sebabnya iklan yang keluar sangat banyak dan lama hingga meloyakan tekak anda. Ini membantu mengoncangkan kesabaran kita supaya lebih bergerak aktif di masa akan datang.

 

6. Balik kerja

Konsep asas meningkatkan daya kesabaran kali ini adalah “menunggu”. Oleh itu try tunggu masa habis kerja tanpa melakukan apa apa. Hanya duduk tercongok sambil merenung tajam jam pasir (kalau ada) sampai juling mata. Anda akan merasakan masa seakan akan terhenti seketika dan timbul rasa was was pada jam dinding sama ada ianya telah mati ataupun malu malu kucing nak berputar.

 

7. Memancing

Jika anda minat memancing, sudah tentu anda seorang yang penyabar. Bukan senang nak dapat ikan ni. Kena sabar menunggu hingga umpan di makan ikan la. Nak lebih rare, apa kata tak payah umpan. Kail biar kosong macam tu je. Hati dan perasaan kena lebih excited rasa akan dapat ikan besar.

 

8. Klinik / Hospital

Maybe ada yang setuju dan ada yang tak setuju. Apapun cuba try tengok masa yang akan anda lalui sebelum perkhidmatan diberikan kepada anda. Harap harap sekejap la. Tapi kalau lama kita anggap itu satu ujian tahap kesabaran sebelum darah kita diambil untuk di uji pula. Mungkin selepas penat bersabar, satu hormone akan keluar dan mengalir dalam darah kita lalu menyebabkan keputusan darah nanti adalah normal.

 

9. Pesanan SMS

Kaedah ini dapat digunakan oleh orang orang yang frust menongeng sebab putus cinta sahaja. Mereka mereka ini akan sms ex-bf/ex-gf mereka dan menunggu dengan penuh harapan supaya ex2 diaorang nib alas mesej nya semula. Too desperate for me. And I think it’s too dangerous also. Takut bukan tahap kesabaran yang meningkat tapi tahap kemarahan pula yang bermaharajalela.

 

10. Line internet

Dan yang terakhir sekali adalah secara online. Hari hari online kan? So senang je caranya. Hanya gunakan broadband jenama cap siput ataupun gunakan wifi ala ala makyong. Sudah pasti anda akan merasai debaran jantung dan denyutan urat saraf yang ekstrem akibat tindakbalas molekul molekul kesabaran dalam diri yang tiba tiba aktif. Lebih lebih lagi bila anda nak online sesuatu yang penting tetapi memakan masa setengah abad rasanya untuk buka satu laman yang dikehendaki. So inilah masanya untuk lihat sama ada anda ni penyabar orang nya atau tidak.

 
Sekian. Wasalam.
P/S : Kepada peserta peserta BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE. Nantikan entri untuk episod 1 game ini yang akan disiarkan pada SELASA 11 SEPTEMBER 2012.

11 comments:

Cik Rongoks said...

tips yg berguna.hihi

Azee Hana said...

ohh no,,,saya sangat benci menunggu..penantian itu satu penyeksaan..hahaha

Mrs Velentine said...

sya ni kdg2 boleh menunggu tapi kdg2 tak sabar juga..huhu

amengs88 said...

memang jem juga yang pertama.. hahaha

Ok.. sangat gementar sekarang ni.. Game dah start dah...

luqman zakaria said...

aku paling tak suke tunggu lift kat opis aku tuh..lembab semacam jer~

Faizul Osman said...

menanti dan menunggu, btl2 menguji tahap kesabaran...

KorN said...

Ahaha.. yang tunggu kat toilet tu susah lah.. kita memang la boleh tunggu, tapi yang dalam perut memulas2 ni yang x sanggup tunggu tu.. ekeke

psstt.. knapa kat gmbr aku kat header skerat jer.. huhuhu

anak cik talip said...

walawei..gempak vid intro tuh haha...nampak sgt game NTB neh makin ke arah kemature-an huhuhu..

selamat berjuang semua!

haz said...

haz undi sarah safuddin..

haz said...

nick nashram

Aku Dan Komputer said...

Assalamualikum, Nice tips here :D Jemput dtg ke blog saya pula & follow la ye :)