Followers

14 January 2012

Sentuhan Kecundang



Entri ni akan aku label dalam segmen 'Memori' sebab ianya berkaitan memori hidup aku. Masih lagi sekitar usia aku 4 - 5 tahun. Nakal dan degil macam biasa. Masa ni aku dah ada adik. Umur dia dalam 1-2 tahun macam tu arr. Jadi arwah mak aku macam bagi perhatian kat dia lebih sikit. Sebab tu aku degil dan suka buat hal sendiri sebab aku nakkan perhatian kot. Bukan apa, Rasa kurang kasih sayang. 



Yang sebenarnye aku ni manja la gak kahkahkahkah Semua nak minta tolong dari mak. Sepatutnya dari kecik lagi aku kena berdikari sebab dah besar nanti senanglah sikit dah biasa, takde lah selalu mengharapkan dan menyusahkan orang lain.


Aku masa kecik suka gak tolong mak aku masak. Lebih lebih lagi tolong masakkan lauk yang aku suka (padahal suka kacau je, bukan kacau orang la kacau lauk) Hari tu aku sibuk nak mengacau kari yang mak aku masak. Mak aku tak suruh pun. Walaupun dapur gas tu tinggi aku tetap nak jugak. Degil punyer pasal, aku angkut la kerusi bawa ke dapur. Lepas tu panjat. Itu pun belum cukup tinggi lagi. Dah diri atas kerusi pun masih enjit kaki lagi. Periuk kari tu betul betul sama paras ngan muka aku.


Dengan senduk yang panjang aku mengacau gulai tu. Sempat lagi pandang mak kak belakang tengah cuci pinggan. Tak perasan kot aku buat apa. Aku rasa lepas aku toleh semula ke periuk dan tangan tu masih lagi kacau kacau gulai, tiba tiba aku nak terjatuh. Dengan sedikit sentuhan pada gulai tu aku kecundang tiba tiba. Alamatnya memang jatuh kerusi arr aku. Siap terlingkup sekali gulai kari yang tengah menggelegak tu tercurah ke muka aku yang masih jambu (mase tu la, mase ni jauh sejauh jauhnye) Mesti arr panas giler kalau orang tengoknya, tapi kalau sekarang aku tak tahu yang aku rasa sakit ke tak masa tu.


Aku rasa macam takde deria sakit lak masa kecik. Memang melecur terbakar habis arr seluruh muka aku. Tangan ngan badan kena sikit. Mak aku betul betul panik. Dah la abah aku takde masa tu. Nak tipon mana ada lagi handset masa tu. Mak aku dukung aku mintak tolong kat jiran (pakcik teksi rasenye) bawa aku gi hospital. Aku tak tahu berapa lama aku kena tahan kat wad.


Sehingga la parut aku kering, baru la aku boleh balik rumah. Muka aku dah macam 'Thundercat' dah aku tengok sebab ada kesan lecur tu. Alhamdulillah, nasib mata aku tak kena. Alhamdulillah, nasib nyawa aku tak melayang.



Mungkin silap aku gak, rasanya mak aku dah pesan jangan kacau, tapi aku degil nak kacau gak. Dari pengalaman tu aku nak nasihatkan korang, dengar la cakap Mak Bapak korang selagi diaorang masih hidup. Macam aku, dah takde baru la nak menyesal. Baru la nak teringat memori memori ni semua yang ada hikmah dan pengajaran disebaliknya. Lagi satu moral yang aku dapat daripada ni, kalau nak menolong orang biar berpada pada. Jangan sampai memakan diri. Kalau nak buat sesuatu, lakukan mengikut apa yang kita mampu, jangan paksa diri. Jangan susahkan diri dan akhirnya orang lain.

13 comments:

A.s.t.i.n.a said...

tapi niat tu kan baik.. nak dapatkan perhatian mak...

Awie Omar said...

To A.s.t.i.n.a : Hahaha

Mohd Billy said...

boleh dibukukan ni bro hehe..

fendi@pharm.com said...

bro,sakit kot kne bnda pns kat muka..

Rozuan Ismail said...

haha.tajuk entri dah macam lagu Ekamatra dah

Hafeesz Amran said...

selamat x kena mata...huhu

Nikisa Izas said...

saya sgt lapar bila tgk kari ikan tu:)

riena tomato said...

cian kari tu...eh oppsss silap sian die.... sakit tu... tapi niat iklas untuk membantu tu ade...kanank2 an suke wat something yang orang tegah..lagi ckp jgn lagi die suke~

noorniey Azman said...

wow~tinggal parut kekal tak?sumpah sakit...seram!

AZIE said...

pehh. x dpt nk byangkan la. SAKIT!

aracahayacinta said...

haa..nakalnya..dh arr kat muka..
pernah gak mcm ni p x de lah kat muka..

poohrist said...

kesimpulanya..
anak yang nakal + bijak dalam mencari perhatian mak..
kenalah berkorban sikit kan..
lepas tue barulah dapat perhatian dari mak..cnform masa at hospital mak jaga..
hikhik

irwan miswan said...

serius sedey siot gua bace kisah ni bro. hurmmm...semoge arwah mak tenang di sane. jangan lupe sentiase doakan mak sebab takde ape yang die tinggalkan selain, amal jariah, ilmu dan doa anak yang soleh.