Followers

16 January 2012

10 Barang Mainan Aku Ada Masa Kecik

Aku selalu ceritakan kisah silam aku di zaman aku kecik kecik dulu. Sejak dua menjak buka blog ni aku selalu terkenangkannya. Dah terkenang mula la nak mengarang berkongsi apa segala cerita tentang aku pada korang. Entri kali ni nak senaraikan 10 barang mainan yang pernah aku ada dalam usia 5 tahun hingga 12 tahun. Harap korang sudi la membacanya.


1. Lego
Aku suka main lego. Aku suka reka macam macam bentuk dengan lego. Paling biasa aku reka macam robot, bangunan, jambatan, jamban dan jam.



2. Kereta
Aku ada banyak jenis kereta kecik kecik, macam macam warna. Aku suka main susun susun kereta buat macam dalam traffic jam la (last last dah besar selalu tersesak dalam traffic). Siap lukis plan jalan raya lepas tu bina pulak jalan raya siap jambatan sekali. Aku ingat besar nanti aku kerja JKR dah. Rupenyer kejer lain.



3. Askar
Ada gak dalam koleksi aku patung patung askar yang halus halus macam kat gambar tu. Kalau dah mainan macam tu apa lagi, main reka perang arr. Mula arr susun lego buat kubu. Paling tak tahan siap ada sound effect lagi tu mengalahkan citer perang.



4. Binatang
Apa yang aku maksudkan takde kaitan dengan binatang yang hidup mahupun yang mati. Yang ada hanya le patung patung binatang yang kecik kecik tu. Korang pernah ada tak dulu? Segala jenis binatang arr ada, singa, rimau, kuda belang, zirafah, itik ngan anak anaknye pun ada. Maka dengan itu aku mula la berangan jadi owner zoo lak. Susun susun bintang tu siap kandang sekali. Penuh satu bilik aku guna buat kawasan zoo, orang nak masuk bilik pun tak boleh. Kang masuk kang habis hancur zoo aku.



5. Keretapi
Mainan ini yang paling aku ingat sekali dimana abah aku belikan untuk aku dulu. Abah aku beli kat kedai runcit “Tai Yan”. Tak sangka teringin gak dia belikan mainan untuk aku. Aku gi ngan dia beli sekali. Dia suruh pilih mainan apa yang aku nak. Nak ambik keter dah banyak sangat. Jadi aku ambil la keretapi yang pulas pulas pastu gerak sendiri. Keretapi besi. Makin upgrade arr jalan raya aku nanti dah ada jalan keretapi.



6. Domino
Ni pun abah aku yang beli. Dia bawak balik terus ajar macam mana nak main. Yang peliknya masa tu aku umur 5 tahun. Boleh pulak aku ingat dan faham macam mana nak main. Susun susun plak kecil segiempat tepat tu berterusan, sambung menyambung mengikut bentuk symbol yang sama. Faham tak? Aku tak reti nk explain macam mana. Korang mesti tahukan.



7. Daun terup
Start umur 6 tahun aku minat main terup kartun kecik kecik. Kalau beli kat kedai sepapan 20 sen ke 50 sen. Tak ingat dah. Dah beli, boleh main ngan kawan. Main tepuk arr, main tiup arr. Paling best kita boleh kumpul banyak banyak terup. Caranya kena menang banyak banyak arr. Kalau kita dapat terbalikkan daun terup tu dengan cara tiup atau tepuk maka automatiknya kita dapat terup tu walaupun terup tu kawan yang punya. Kalau yang tak reti tu alamatnya rugi beli je arr. Sebab tu kalau ada daun terup yang aku sayang, aku tak guna buat main.



8. Tamagochi
Sekitar umur 11 – 12 tahun, muncul game yang popular dari Jepun ni. Tamagochi. Mainnya macam kita pelihara binatang, dari bertelur hingga la tua dan mampus. Aku siap kumpul duit beli satu, rasanya harga die RM19.90 atau RM9.90. Lama lama aku boring lak, aku tak tahu kat mana lepasnye benda ni.



9. Puzzle
Favorite aku susun susun puzzle ni. Tak kira puzzle yang kecik ke atau yang besar. Yang aku ingat gambar puzzle yang aku ada masa tu, kartun ultraman. Ada banyak jenis, ada yang puzzle melekat, yang kena tolak tolak kepingan tu sampai tersusun betul jadi satu gambar. Tiba tiba nak susun puzzle yang 1000-5000 tu. Cari pic yang cantik cantik sikit. Dah siap boleh frame. Emmm nanti la bila ada masa.



10. tudung botol
Game ni selalu kalau petang tu hujan lak, mula duk kat rumah kawan ke kat rumah kita ke kat mana mana pondok arr main jentik tudung botol. Very strategic game. Lepas taburkan tudung botol tu, kawan kena pilih tudung botol mana nak dilagakan. Kena pandai pandai arr jentik dan tak kena tutup botol lain. Kalau dapat 2 tutup botol bertindih, yang aku ingat orang panggil ‘Ayam’, kalau 3 bertindih ‘Jamban’ (macam mana susun aku dah lupa arr lama dah tak main).



Banyak lagi sebenarnya barang mainan yang aku ada. Aku simpan semua mainan tu dalam kotak sabun Fab yang besar tinggi tu. Aku sayang sangat mainan aku tu, dah habis main aku simpan balik. Maklum la, orang susah. Bukan senang nak dapat satu mainan. Kalau buang buang, rosak rosak macam tu terus takde mainan. Tapi aku pelik, tiba tiba mainan tu sikit demi sikit hilang bila aku mula naik sekolah menengah, dah akhirnya tinggal seplastik je. Sampai aku habis kolej ada lagi mainan tu. Anak anak saudara aku lak yang main. Tapi dieorang ni tak reti nak kemas balik lepas main. Sepah sepah macam tu je, makin banyak la hilang. Dan akhirnya langsung aku tak jumpa mainan mainan aku tu kat bilik aku. Nanti arr, aku balik kampong nanti aku nak selongkar balik bawah katil kot kot ada bawah tu.

15 comments:

IMANSHAH said...

aku takde mainan..main combat je..sobsob

Awie Omar said...

To Iman : huuaaaa.... tu arr kalau sekampung boleh kasi pinjam mainan aku kat ko huhuhu. tq komen.

[k]o{q}i[n] said...

aku seorang yg kurang meminati game...huuuhu..

Awie Omar said...

To Koqin : aku pun makin tua ni makin x minat gak main game... tq komen ya

Kongsi Apa2 Aje said...

salam BW
haha..igt lagi sume tu. admin pun xbrape igt dh..dulu suka men apa ntah..bese lah mse kck2..nakal sgt..mne nak igt sume...:P

..cik gugu.. said...

weyh same la.. aq ada gak men sume ni.. tp aq ase koleksi aku lg lbh.. set mainan masak2,bla bla bla..

Awie Omar said...

To Kongsi : aku pun nakal gak dulu... nak ingat ni pun makan mase berhari gak ni hihihi

Awie Omar said...

To cik gugu : TQ cik gugu. sudi komen kat sini. Ye, saya yakin mainan cik gugu lagi banyak dari mainan yg saya ada

SHaRKFiQ SSM said...

dominos smpai harini xpenah main.. ;(

Tamagochi: ak pggil cyber pet.. mmg xpnh maen, sbb mahal sgt, ank org kaya bleh r beli~ ;(

yang lain semua sama~ hehehe

reza al-razi said...

permainan2 ni patut diisytiharkan sbgai khazanah warisan negara... huhu.. mmg retro abis..

Syira Rara said...

sy plg suka main puzzle..till now still lg main..haha.aii sy baru follow ur blog..klau sudi singgah la blog sy n follow yea..(^_^)

irwan miswan said...

hahaha hampir semua kat atas gua ade hehehehe

gua ade komen blog brader kat blog gua. jangan lupe kutok blog gua plak hehe...
jom jumpe jejaka hensem dan gadis cute SURVIVOR

noorniey Azman said...

saya expert main tudung botol zaman skolah rendah dulu~penoh gaya gitu!

Nikisa Izas said...

tudung botol tu kita suka..hihi

Woofer Storm said...

suka main puzzle dulu2..hehee

follow sini bro^^