Followers

27 March 2012

Pemimpin Dunia Paling Kejam (Siri 1)



DIKTATOR bermaksud pemerintahan mutlak, terutamanya yang merampas kuasa tanpa mengikut perlembagaan dan menggunakannya secara zalim – Kamus Dewan, edisi ketiga.

DIKTATOR adalah seorang pemimpin negara yang memerintah secara OTORITER / TIRANI dan menindas rakyatnya. Biasanya seorang diktator naik takhta dengan menggunakan kekerasan, seringkali dengan sebuah KUDETA - http://id.wikipedia.org/wiki/Diktator


TIRANI bermaksud corak pemerintahan yang zalim (oleh pemimpin Negara, puak, dll) yang mengunakan kekuasaan sesuka hati – Kamus Dewan, edisi ketiga.


KUDETA bermaksud rampasan (perampasan) kuasa untuk memerintah secara ganas atau tidak sah – Kamus Dewan, edisi ketiga.





1.  Idi Amin Dada

Idi Amin adalah seorang pegawai tentera berpangkat jeneral dan presiden Uganda. Dia telah mengambil kuasa dari Perdana Menteri Uganda, Milton Obote, dalam rampasan kuasa tentera pada Januari 1971. Idi Amin memerintah Uganda selama 8 tahun dari 1971 hingga 1979. Pemerintahannya telah disifatkan sebagai penyalahgunaan hak asasi manusia, penindasan politik, ekonomi Uganda porak peranda, penganiayaan etnik, pembunuhan dan pengusiran orang India dari Uganda. Bilangan orang terbunuh akibat rejim beliau tidak diketahui, anggaran antara dari 80,000 kepada 500,000. Pada 4 Ogos 1972, beliau telah mengeluarkan arahan pengusiran 60,000 orang Asia yang bukan warganegara Uganda (kebanyakan mereka memegang pasport British). Khabar angin yang meluas dikatakan bahawa dia adalah kanibal, melapah daging musuhnya lalu memakannya dan menyimpan kepala musuhnya dalam almari khas, malah sanggup membunuh kejam salah seorang isterinya secara mutasi. Akhirnya pejuang Uganda yang dibantu tentara Tanzania berhasil menggulingkan kerajaan Idi Amin. Dia kemudian lari ke Libya dan ditampung sahabatnya Muammar Khadafi, dan kemudian berpindah ke Arab Saudi. Idi Amin meninggal dunia di Hospital Pakar Raja Faisal di Jeddah, Arab Saudi pada 16 Ogos 2003 akibat masalah kegagalan buah pinggang. Beliau telah dikebumikan di Perkuburan Ruwais di Jeddah. Sehingga ke saat kematiannya beliau berpendapat bahawa Uganda memerlukan beliau dan beliau tidak pernah melahirkan rasa kesal di atas penyalahgunaan rejim beliau.






2. Pol Pot / Saloth Sar

Pemimpin Khmer Rouge dan Perdana Menteri Kemboja dari 1976 – 1979. Rejim komunis pimpinan Pol Pot memaksa semua warga kota dipindahkan ke kampung menjadi peladang dan pekerja buruh. Pol Pot memusnahkan hampir semua tamadun asas kehidupan moden daripada kenderaan, sudu garpu sehingga menyebabkan rakyat Kemboja kembali mundur. Tuol Sleng – dijadikan tempat tahanan dan penyeksaan terhadap mana-mana pihak yang disyaki melawan pihak pemerintah. Tahanan dibogelkan dan diseksa sehingga mati. Rejimnya membunuh lebih 200 ulama dan imam, membakar semua kitab dan Al-Quran dan membunuh sebanyaknya kaum Melayu Cam yang keseluruhannya Islam. Pada tahun 1979, Pol Pot menyebabkan Kemboja terlibat dalam peperangan dengan Vietnam yang akhirnya mengakibatkan kejatuhan kerajaan Khmer Rouge.  Pol Pot melarikan diri ke Thailand. Selepas perang, orang orang penting Khmer Rouge mula berpaling tadah dengan bekerjasama dengan kerajaan campuran baru kecuali Pol Pot. Berlaku pembunuhan dikalangan orang kanan dan beberapa ahli keluarga Pol Pot selepas itu menyebabkan Pol Pet ditangkap oleh kerajaan dan dihukum sebagai tahanan rumah sepanjang hayat. 15 April 1998 - Pol Pot mendapat tahu bahawa kerajaan Khmer Rouge telah bersetuju untuk membawa kes kezalimannya terhadap pembunuhan lebih 2.5 juta rakyat Kemboja ke tribunal antarabangsa. Pada malam itu juga, dia mati di rumahnya. Permintaan pihak kerajaan untuk melakukan bedah siasat ke atas mayatnya tidak kesampaian kerana mayatnya telah dibakar segera oleh keluarganya sekaligus menimbulkan syak wasangka yang kukuh bahawa dia mati disebabkan bunuh diri atau menelan racun.






3. Mobutu Sese Seko

Mobutu Sese Seko melakukan kudeta sejak 1965 sehingga menjadi Presiden Kongo secara rasmi pada 1970 sehingga 1997. Kemudian mengubah nama Kongo menjadi Zaire. Semasa memegang jawatan, beliau membentuk satu rejim anti eropah dengan mengharamkan segala pengaruh budaya Eropah di negaranya. Ini menyebabkan ekonomi Zaire kian merosot. Pada 1977, dia baru tersedar dan membenarkan perusahaan Eropah berlaku di Zaire. Selama memerintah, Mobutu diduga melakukan banyak pelanggaran hak asasi manusia. Membangunkan rejim kleptokrasi (senang cerita guna duit rakyat untuk diri sendiri) mengumpul kekayaan peribadi yang luas dan membiarkan korupsi bermaharajalela, memperkayakan diri sendiri dan akhirnya meninggalkan rakyatnya yang kelaparan dan infrastruktur negara yang hamper hancur. 16 Mei 1997 – berlaku pemberontakan kelompok – kelompok anti-Mobutu lalu membentuk Kelompok Pembebasan Demokrasi Kongo-Zaire yang diketuai oleh Laurent Desire Kabila. Rejim Mobutu runtuh. Dia diusir keluar dari negaranya. Mobutu kemudian lari ke Maroko dan meninggal dunia pada 7 September 1997, di Rabat, Morocco akibat kanser prostat.





4. Slobodan Milosevic

Menjawat jawatan sebagai presiden Serbia pada 1989 1997 dan kemudian menjadi Presiden Yugoslavia pada 1997 2000. Juga merupakan pemimpin Parti Sosialis Serbia sejak ditubuhkan pada 1990 yang menghidupkan kempen penghapusan etnik bagi merealisasikan sebuah negara satu etnik (Serbia untuk orang orang Serb) bersama – sama Radovan Karadzic dan Ratko Miadle. Dia terkenal dengan kejahatannya dalam perang Serbia-Bosnia (1992-1995). Dia dan pasukan Serbia nya telah membunuh lebih 200,000 penduduk Muslim Bosnia tidak kira orang tua, wanita dan kanak kanak. Muslimah dijadikan korban perkosaan yang dilakukan secara rakus oleh pasukan Serbia. Akhirnya dia didakwa sebagai penjahat perang dan kejahatan terhadap kemanusiaan yang dilakukannya di Kosovo. Milosevic meletak jawatan presiden Yugoslavia di tengah – tengah  demonstrasi, berikutan pilihan raya presiden 24 September 2000 yang dipertikaikan. Beliau telah ditahan oleh pihak berkuasa persekutuan Yugoslavia pada hari Sabtu 31 Mac 2001, kerana disyaki rasuah, penyalahgunaan kuasa, penipuan dan penyelewengan namun siasatan awal ke atasnya terjejas kerana kekurangan bukti. Ini menyebabkan Presiden Serbia ketika itu, Zoran Dindic menghantar dia ke The Hague untuk dibicarakan bagi tuduhan jenayah perang. Milosevic melalui perbicaraan yang panjang selama 5 tahun membela dirinya yang berakhir tanpa keputusan apabila pada 11 Mac 2006, dia meninggal di dalam sel tahanannya di Den Haag, Belanda Sementara menunggu pengadilan di tribunal antarabangsa. Bermungkinan akibat daripada penyakit yang ada, darah tinggi dan sakit jantung.



AKAN BERSAMBUNG


P/S : Minta maaf kepada anda semua yang selalu buka blog ini sebab sejak kebelakangan ini aku terlalu sibuk dan tidak sempat post entri baru.

6 comments:

Anonymous said...

syukur aku duduk malaysia

Niza Romli said...

Amboimakkk! bertengkat-tengkat pingat dia!!- rujuk gambar pertama.


#thanks, sori tak perasan ;)

Ayie Abas said...

pemimpin di negara2 besar juga bersifat zalim menyerang sesuka hati terutama negara2 yg dianggap lemah walau mereka tdk dilabel sbg diktator.

Encik Fikhri said...

mobuto sese seko tu name die sangat win..haha..baju die lagi la tak leh blah.tak caye aku fashion victim mcm tu diktator..haha..

amny said...

nasib baik dr malaysia tade ..hulhuk

Anonymous said...

Pada bloggers ni,x payah la nak copy paste dr mana2 informasi pasal pemimpin2 dunia.Pemimpin dunia yang disenaraikan semuanya adalah anti yahudi dan bencikan penjajahan.Mereka mahu rakyat mereka bersatu padu,cintakan pemimpin dan tingkatkan ekonomi tanpa bantuan barat dan yahudi.sebab tu media zionist telah memburukkan mereka semua dan akhirnya semua orang telah tertipu termasuk blogger ini sendiri.jangan sedap nak menulis tanpa buat kajian dan hanya berpandu pada tulisan barat semata2