DIKTATOR
bermaksud pemerintahan mutlak, terutamanya yang merampas kuasa tanpa mengikut
perlembagaan dan menggunakannya secara zalim – Kamus Dewan, edisi ketiga.
DIKTATOR adalah seorang pemimpin negara yang memerintah secara OTORITER / TIRANI dan menindas rakyatnya. Biasanya seorang diktator naik takhta dengan
menggunakan kekerasan, seringkali dengan sebuah KUDETA - http://id.wikipedia.org/wiki/Diktator
1. Idi Amin Dada
Idi Amin adalah seorang
pegawai tentera berpangkat jeneral dan presiden Uganda. Dia telah mengambil kuasa
dari Perdana Menteri Uganda, Milton Obote, dalam
rampasan kuasa tentera pada Januari 1971. Idi Amin memerintah Uganda selama 8 tahun dari 1971 hingga 1979. Pemerintahannya telah disifatkan sebagai penyalahgunaan hak asasi manusia, penindasan
politik, ekonomi Uganda porak peranda, penganiayaan etnik, pembunuhan dan pengusiran
orang India dari Uganda. Bilangan orang terbunuh akibat rejim beliau tidak
diketahui, anggaran antara dari 80,000 kepada 500,000. Pada 4 Ogos 1972, beliau
telah mengeluarkan arahan pengusiran 60,000 orang Asia yang bukan warganegara Uganda
(kebanyakan mereka memegang pasport British). Khabar angin yang meluas
dikatakan bahawa dia adalah kanibal, melapah daging musuhnya lalu memakannya
dan menyimpan kepala musuhnya dalam almari khas, malah sanggup membunuh kejam
salah seorang isterinya secara mutasi. Akhirnya pejuang Uganda yang dibantu tentara Tanzania
berhasil menggulingkan kerajaan Idi Amin.
Dia kemudian lari ke Libya dan ditampung sahabatnya Muammar Khadafi, dan kemudian berpindah ke Arab Saudi. Idi Amin meninggal dunia di Hospital Pakar Raja Faisal di
Jeddah, Arab Saudi pada 16 Ogos 2003 akibat masalah kegagalan buah pinggang.
Beliau telah dikebumikan di Perkuburan Ruwais di Jeddah. Sehingga ke saat kematiannya
beliau berpendapat bahawa Uganda memerlukan beliau dan beliau tidak pernah melahirkan
rasa kesal di atas penyalahgunaan rejim beliau.
2. Pol Pot / Saloth
Sar
Pemimpin Khmer Rouge dan
Perdana Menteri Kemboja dari 1976 – 1979. Rejim komunis
pimpinan Pol Pot memaksa semua warga kota dipindahkan ke kampung menjadi peladang dan pekerja buruh.
Pol
Pot memusnahkan hampir semua tamadun asas kehidupan moden daripada kenderaan,
sudu garpu sehingga menyebabkan rakyat Kemboja kembali mundur. Tuol Sleng – dijadikan
tempat tahanan dan penyeksaan terhadap mana-mana pihak yang disyaki melawan pihak
pemerintah. Tahanan dibogelkan dan diseksa sehingga mati. Rejimnya membunuh
lebih 200 ulama dan imam, membakar semua kitab dan Al-Quran dan membunuh sebanyaknya
kaum Melayu Cam yang keseluruhannya Islam. Pada tahun 1979, Pol Pot menyebabkan Kemboja terlibat
dalam peperangan dengan Vietnam yang akhirnya mengakibatkan kejatuhan kerajaan Khmer
Rouge. Pol Pot melarikan diri ke
Thailand. Selepas perang, orang orang penting Khmer Rouge mula berpaling tadah
dengan bekerjasama dengan kerajaan campuran baru kecuali Pol Pot. Berlaku pembunuhan
dikalangan orang kanan dan beberapa ahli keluarga Pol Pot selepas itu
menyebabkan Pol Pet ditangkap oleh kerajaan dan dihukum sebagai tahanan rumah
sepanjang hayat. 15 April 1998 - Pol Pot mendapat tahu bahawa kerajaan Khmer
Rouge telah bersetuju untuk membawa kes kezalimannya
terhadap
pembunuhan lebih 2.5 juta rakyat Kemboja ke tribunal antarabangsa. Pada malam itu juga, dia mati di
rumahnya. Permintaan pihak kerajaan untuk melakukan bedah siasat ke atas
mayatnya tidak kesampaian kerana mayatnya telah dibakar segera oleh keluarganya
sekaligus menimbulkan syak wasangka yang kukuh bahawa dia mati disebabkan bunuh
diri atau menelan racun.
3. Mobutu Sese Seko
Mobutu Sese Seko melakukan kudeta sejak 1965 sehingga menjadi Presiden Kongo secara rasmi pada 1970 sehingga 1997. Kemudian mengubah
nama Kongo menjadi Zaire. Semasa memegang
jawatan, beliau membentuk satu rejim anti eropah dengan mengharamkan segala
pengaruh budaya Eropah di negaranya. Ini menyebabkan ekonomi Zaire kian
merosot. Pada 1977, dia baru tersedar dan membenarkan perusahaan Eropah berlaku
di Zaire. Selama
memerintah, Mobutu diduga melakukan banyak pelanggaran hak asasi manusia. Membangunkan
rejim kleptokrasi (senang cerita guna duit rakyat untuk diri sendiri) mengumpul kekayaan peribadi yang luas dan membiarkan
korupsi bermaharajalela, memperkayakan diri sendiri dan akhirnya meninggalkan
rakyatnya yang kelaparan dan infrastruktur negara yang hamper hancur. 16 Mei
1997 – berlaku pemberontakan kelompok – kelompok anti-Mobutu lalu membentuk
Kelompok Pembebasan Demokrasi Kongo-Zaire yang diketuai oleh Laurent Desire
Kabila. Rejim Mobutu runtuh. Dia diusir keluar dari negaranya. Mobutu kemudian lari ke Maroko dan meninggal dunia pada 7 September 1997, di Rabat, Morocco
akibat kanser prostat.
4. Slobodan Milosevic
Menjawat jawatan
sebagai presiden Serbia pada 1989 – 1997 dan
kemudian menjadi
Presiden Yugoslavia pada
1997 – 2000. Juga merupakan pemimpin Parti Sosialis Serbia sejak
ditubuhkan pada 1990 yang menghidupkan kempen penghapusan etnik bagi merealisasikan sebuah
negara satu etnik (Serbia untuk orang orang Serb) bersama – sama Radovan
Karadzic dan Ratko Miadle. Dia
terkenal dengan kejahatannya dalam perang Serbia-Bosnia (1992-1995). Dia dan pasukan Serbia nya telah membunuh lebih 200,000 penduduk Muslim Bosnia tidak kira orang tua, wanita dan kanak kanak. Muslimah dijadikan korban perkosaan yang dilakukan secara rakus oleh
pasukan Serbia. Akhirnya dia didakwa sebagai penjahat perang dan kejahatan terhadap kemanusiaan yang dilakukannya
di Kosovo. Milosevic meletak
jawatan presiden Yugoslavia di tengah – tengah demonstrasi, berikutan pilihan raya presiden
24 September 2000 yang dipertikaikan. Beliau telah ditahan oleh pihak berkuasa
persekutuan Yugoslavia pada hari Sabtu 31 Mac 2001, kerana disyaki rasuah, penyalahgunaan kuasa, penipuan dan penyelewengan
namun siasatan awal ke atasnya terjejas kerana kekurangan bukti.
Ini menyebabkan Presiden Serbia ketika itu, Zoran Dindic menghantar dia ke The
Hague untuk dibicarakan bagi tuduhan jenayah perang. Milosevic melalui perbicaraan yang panjang selama 5
tahun membela dirinya yang berakhir tanpa keputusan apabila
pada 11 Mac 2006, dia meninggal di dalam sel tahanannya di Den Haag, Belanda Sementara menunggu
pengadilan di tribunal antarabangsa. Bermungkinan akibat daripada penyakit
yang ada, darah tinggi dan sakit jantung.
AKAN
BERSAMBUNG
P/S : Minta maaf
kepada anda semua yang selalu buka blog ini sebab sejak kebelakangan ini aku
terlalu sibuk dan tidak sempat post entri baru.
6 comments:
syukur aku duduk malaysia
Amboimakkk! bertengkat-tengkat pingat dia!!- rujuk gambar pertama.
#thanks, sori tak perasan ;)
pemimpin di negara2 besar juga bersifat zalim menyerang sesuka hati terutama negara2 yg dianggap lemah walau mereka tdk dilabel sbg diktator.
mobuto sese seko tu name die sangat win..haha..baju die lagi la tak leh blah.tak caye aku fashion victim mcm tu diktator..haha..
nasib baik dr malaysia tade ..hulhuk
Pada bloggers ni,x payah la nak copy paste dr mana2 informasi pasal pemimpin2 dunia.Pemimpin dunia yang disenaraikan semuanya adalah anti yahudi dan bencikan penjajahan.Mereka mahu rakyat mereka bersatu padu,cintakan pemimpin dan tingkatkan ekonomi tanpa bantuan barat dan yahudi.sebab tu media zionist telah memburukkan mereka semua dan akhirnya semua orang telah tertipu termasuk blogger ini sendiri.jangan sedap nak menulis tanpa buat kajian dan hanya berpandu pada tulisan barat semata2
Post a Comment