Followers

07 April 2012

ABPBH : Bintang Paling Popular 1990 - 2010 (Part 2)


Dan sebenarnya Anugerah Bintang Popular ini telah berlangsung sejak tahun 1987 dimana ianya dinamakan Anugerah Pelakon / Penyanyi Popular 1987. Tetapi semasa itu tiada lagi anugerah untuk Artis Paling Popular kerana ianya diperkenalkan pada tahun 1990 sehingga la sekarang.



Entri seterusnya ini adalah sambung daripada entri : ABPBH : Bintang Paling Popular 1990 – 2010 (Part 1) Boleh tekan link di bawah ini.




7. Siti Nurhaliza (ABPBH 1996, ABPBH 1997/98, ABPBH 1998/99, ABPBH 2000, ABPBH 2001, ABPBH 2004, ABPBH 2009)

Mula menempa nama sebagai artis semenjak menjuarai Bintang HMI 1995 pada usia 16 tahun. Single pertamanya "Jerat Percintaan" dari album sulungnya “Siti Nurhaliza” berjaya mengangkat popularitinya sebagai seorang penyanyi.  Bahkan lagu tersebut merangkul anugerah lagu terbaik, lagu balada terbaik dan persembahan terbaik dalam Anugerah Juara Lagu ke-10. Di samping mutu vokal yang terbaik, beliau semakin diminati ramai kerana personalitinya yang sopan dan bersifat kemelayuan sejati. Melebihi 100 anugerah pernah digenggaminya dan albumnya sentiasa mencapai jualan berbilang platinum. Tidak hairanlah sejak kehadirannya dalam industri muzik Malaysia, Artis Paling Popular ABPBH diterima olehnya sejak 1996 hingga 2001, kemudian pada tahun 2004 dan 2009. Malah bagi kategori Penyanyi Wanita Popular pula, anugerah tersebut sentiasa dalam genggamannya dari tahun 1996 hinggalah 2009. Itupun kerana beliau menarik diri dari bertanding lagi dalam ABPBH 2010 hingga kini.

  

8. Rosyam Nor (2002)

Rosyam Nor sudah lama berada dalam industri perfileman tempatan iaitu sejak tahun 1986. Filem pertamanya pada tahun 1986 ialah “Gila Gila Remaja”. Namun populariti dan mutu lakonannya makin menyerlah pada tahun 1998. Masa itu filem lakonannya “Lenjan” sentiasa menjadi bahan cerita oleh media massa. Dari filem tersebut, beliau menerima anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam Festival Filem Asia Pasifik 43 di Bangkok. Peminatnya makin bertambah kerana kerja kuatnya dalam dunia lakonan malahan beliau kurang dengan kontroversi. Bak kata orang : tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, 2002 membuktikan bahawa tahap populariti sudah meningkat  dimana beliau berjaya menggondol anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular, Pelakon TV lelaki Popular dan Artis Paling Popular dalam ABPBH 2002. Kejayaan ini mungkin ada kaitan kejayaan lakonannya dalam filem “KL Menjerit” pada tahun yang sama.




9. Saiful Apek (2003)

Seorang pengacara, penyanyi, pelakon dan semestinya paling dikenali sebgai seorang pelawak.  Pernah menganggotai kumpulan lawak Senario (selepas pengunduran Hamdan dan Ilya) dimana berkesempatan untuk berlakon dalam filem dan merakam lagu dalam studio bersama ahli ahli senario yang lain. Popularitinya sebagai pak lawak makin terselah semenjak beliau bersama sama dengan kumpulan Senario. Panggilan “Apek” melekat pada namanya kerana lakonannya sebagai apek cina yang menjadi pengacara bersama Ogy Ahmad Daud dalam “Melodi” disukai ramai. Selepas keluar dari senario dan bergerak secara solo, sahamnya dalam dunia lakonan makin tinggi kerana selalu menerima tawaran untuk berlakon memegang watak hero dalam beberapa buah filem. Antara filem filemnya yang popular adalah seperti Jutawan Fakir, Senario Lagi, Laila Isabella, Cinta Luar Biasa, Kuliah Cinta, Nana Tanjung dan banyak lagi. 2003 adalah tahun yang paling memberi tuah kepadanya kerana berjaya menggondol anugerah Artis Paling Popular. Kejayaan ini adalah hasil lakonan lawaknya dalam tv, filem dan VCD (masa tahun 2001 – 2003 banyak produksi filem mengeluarkan drama drama dalam bentuk VCD)  yang diterima ramai. Selain artis paling popular, Saiful Apek menerima anugerah Pelakon TV/VCD Popular dan Artis Komedi Lelaki Popular dalam ABPBH 2003.




10. Mawi (ABPBH 2005, ABPBH 2006, ABPBH 2007)

Selama 3 tahun berturut turut, industri hiburan tempatan dilanda fenomena Tsumawi. Sejak 2005, Mawi, johan dari program realiti tv “Akademi Fantasia 3” mula menyinarkan bakat dan ketrampilannya sebagai anak felda yang berbakat besar dan merendah diri sehingga dikenali seluruh warga Malaysia khususnya bangsa Melayu. Lagu “Aduh Saleha” membawa dirinya naik ke satu platform sebaris dengan penyanyi penyanyi berkaliber walaupun baru berjinak dalam dunia muzik tempatan. Album pertamanya mendapat sambutan yang hangat. Dalam ABPBH, selain Artis Paling Popular, Mawi juga pernah menerima Anugerah Baru Lelaki Popular (2005) dan Penyanyi Lelaki Popular (dari 2005 hingga 2008).





11. Nabil (ABPBH 2008)

Tuah sememangnya ada pada juara Raja Lawak musim ke 2 ini. Selepas memenangi pertandingan itu, Nama Nabil sentiasa disebut sebut oleh jutaan peminatnya. 2008 membuktikan pengaruh Nabil begitu kuat sehingga menggondol anugerah Artis Paling Popular yang sebelum ini diterima oleh Mawi selama 3 tahun berturut turut. Pada tahun itu, Nabil turut menerima anugerah Artis Baru Lelaki Popular dan Artis Komedi Lelaki Popular.





12. Shaheizy Sam (ABPBH 2010)

Penganugerahan ABPBH 2010 dikuasai oleh pelakon Shaheizy Sam yang menjulang anugerah Bintang Paling Popular 2010 dengan meraih 126,168 undi daripada kesemua 16 kategori yang diundi oleh peminat hiburan tanahair. Kerjaya seni Sam bermula pada tahun 1994 dan namanya mula disebut sebut media massa selepas berlakon dalam satu drama tv yang mengesan jiwa berjudul “Pa’e”. Namun nasib tidak menyebelahinya dalam dunia lakonan pada masa tu kerana kurang mendapat tawaran berlakon walaupun lakonannya dalam “Pa’e” amat terbaik. Mula munculkan diri semula dalam dunia lakonan pada tahun 2006. Dan pada tahun 2009, beliau menerima tawaran berlakon dalam beberapa buah filem seperti “Bohsia : Jangan Pilih Jalan Hitam”, “Jangan Pandang Belakang Congkak”, “Evolusi KL Drift 2”, “Niyang Rapik”, “Ngangkung” dan banyak lagi. “Adnan Semp-It” adalah salah satu filem lakonannya sebagai hero pada tahun 2010 yang mencecah kutipan box office. Wataknya sebagai Adnan dalam filem itu amat popular sekaligus mempengaruhi kemenangannya sebagai Artis Paling Popular dalam ABPBH 2010.

4 comments:

Unknown said...

ohh..ni rupanya muka-muka pling popular,bnyk gila ct

Nor Zilla Sensei said...

kan bagus kalu siti join lagi anugerah ni.. xdapat nak undi dia..(undi ker??)hehe

mas saari said...

saya dah pilih!
saya komen dekat entri NTB1-Episod 15 tu.. harap maklum ye!

Lokman said...

syaa pilih Nadia Farhana.. maaf cik yaya.. benar2 mintak maaf