Aku
tinggal di Kampung Tengah, Temerloh, Pahang. Umur 5 tahun aku masuk tadika KEMAS
di Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah, Temerloh, Pahang.
1992
Setahun
kemudian, 6 Januari 1992, aku tukar ke kelas Prasekolah di sekolah yang sama
sampai tamat pada 23 Oktober 1992.
1993
Darjah
1 di Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah, Temerloh, Pahang.
1994
Dipertengahan
tahun, keluarga aku dapat rumah perumahan baru kos rendah di Mentakab, Pahang.
20 minit perjalanan dari Temerloh. Jadi aku kena tukar sekolah. Aku sambung darjah
2 aku di Sekolah Kebangsaan Bandar Mentakab, Pahang pada 20 Jun 1994. Walaupun
baru di sana, aku berjaya peroleh tempat ke 3 dalam kelas.
1995
Pencapaian
aku mula meningkat dalam darjah 3 apabila aku dapat tempat ke 2 dalam kelas.
1996 - 1997
Aku
masih bersekolah di SKBM. Dan aku dah masuk dalam kelas pertama. Menyebabkan
persaingan aku semakin sengit dan aku tidak berupaya melangkahkan kaki naik ke
pentas untuk ambil hadiah lagi.
1998
Aku
menduduki UPSR dan akhirnya memperolehi keputusan yang agak cemerlang 4A 1B.
Pada 31 Disember 1998 tamat lah pendidikan rendah aku di Sekolah Kebangsaan
Bandar Mentakab.
1999
1999
Aku
daftar masuk tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Mentakab. Tapi tak lama
di sana sebab aku dapat tawaran ke sekolah berasrama penuh, Sekolah Menengah
Kebangsaan Seri Tualang, Temerloh, Pahang. Nama sahaja sekolah berasrama, tapi
kena ulang alik dari rumah juga sebab asrama tak siap lagi.
2000
Bagunan
asrama SMKST dah siap jadi aku kena mula hidup berdikari di asrama.
2001
2001
Aku
menduduki PMR dalam situasi sekolah berasrama. Walaupun aku dapat fokus
sepenuhnya dalam pelajaran tapi aku masih tak berjaya dapat semua A dalam
pelajaran.
2002
Aku
bagitahu pada emak dan abah yang aku nak sekolah kat sekolah harian biasa.
Diaorang setuju dan sekolahkan aku semula di Sekolah Menengah Kebangsaan
Mentakab.
2003
SPM
membuatkan aku tertekan pada tahun itu. Keputusan aku tidak membanggakan
sesiapa pun.
Aku
tidak diterima masuk di mana mana IPTA seperti kawan kawan lain. Aku dapat
tawaran masuk form 6 tapi aku tak nak. Selama 2 tahun aku menyusahkan abah dan
arwah emak. Selepas itu baru aku sedar yang ilmu itu teramat penting dan
bernilai sekali. Aku menyesal tidak menggunakan waktu yang ada dulu untuk fokus
pada pelajaran sebaiknya.
Walaupun
kerjayaku tak segagah mana dan pengetahuanku tak sebesar mana, namun aku masih
bersyukur pada Allah S.W.T sebab aku masih dapat menulis, membaca, mengaji,
mengira , melukis, mengarang dan membuat keputusan rasional. Ini semua atas
jasa dan pengorbanan mereka yang tidak ternilai dan tidak mungkin dapat aku
balas sepenuhnya. Sempena Hari Guru 16 Mei nanti, aku ucapkan pada mereka “Selamat
Hari Guru”. Terima kasih cikgu atas jasamu.
9 comments:
Suka sngat entry ni..pnglaman yang sama smasa spm..=)
amin... selamat hari guru kepada semua guru2 kat malaysia ni..
bagus tu..org yg tak lupa akan pengorbanan ibubapa dan guru2 insyaallah akan mendapat rahmat dari Allah dlam kehidupannya.
tak dpt pegi universiti bukan bermakna orang itu tidak boleh jadi orang berilmu +bijak pandai , ilmu itu boleh diperoleh dari mana-mana termasuklah pengalaman..
Semoga berusaha lagi, menimba ilmu sehingga ke liang lahat :)
untuk undian: pilihan saya syaidatul aisyah... gomen-nee
korn undi Papa Blogger
erkk.. boleh lak mcm tu. kalau cam tu korn undi keluar cheida
Interesting read thanks for sharing
Post a Comment