Followers

05 May 2012

10 Tempat Membeli Belah KL Yang Biasa Aku Kunjungi

Aku ni bukannya jenis yang suka ber 'window shopping' ni. Sebab aku memang tak minat jalan - jalan cuci mata kat mana - mana mall lebih -lebih lagi bila sorang - sorang. Kecuali... kalau ada kawan atau adik - beradik aku yang ajak. Terpaksalah ikut diaorang. Lazimnya, aku keluar gi mall pun sebab tengah terdesak nak cari sesuatu barang. Contohnya la, esok aku ada event. Kasut hitam aku dah koyak rabak. Jadi terpaksa kuatkan diri gi redah mana - mana mall. Cari cepat - cepat. Dah dapat blah. Dah hampir 2 tahun aku duk KL ni, aku rasa boleh kira ngan jari je mall - mall yang pernah aku pergi. Balik - balik kat tempat tu jugak aku cari barang. Nak tahu kat mana? Jom ikut aku.


1. Berjaya Times Square
Kalau jalan kaki nak gi sini senang citer naik LRT berhenti kal Stesen Hang Tuah lepas tu naik Monorail turun kat Imbi. Tapi aku memang malas naik LRT jadi selalunya aku drive. Nak cari tempat parking kat tingkat - tingkat bawah tu jangan harap la, kalau ade tu rezeki. Kena pusing la sampai ke atas. Rasanya ada 10 tingkat. Antara shopping mall yang terbesar kat KL. Best nya gi sini sebab ada GCS boleh tengok wayang. Baju - baju ngan kasut kat sini rasanya berpatutan gak harganya. KFC ada, McD ada, Pizza ada. Paling best ada Theme Park. Ada bran nak naik roller coster? Try arr.
2. Mid Valley Megamall
Kalau aku jemu pergi Times Square, tempat yang kedua aku tersebut mesti Mid Valley. Emmm mall kat sini memang besar dan bergabung lak dengan The Garden. Sebab tu kena hati - hati bila nak parking kat sini. Kena masuk tempat parking yang betul. Lepas tu kena ingat baik - baik kat mana kereta kita parking. Kalau tak alamatnya berjam - jam arr mencari kereta balik (macam dah berpengalaman je? hehehe). Kat sini ada TGV. Selalu gak aku gi kedai DVD/CD kat situ sebab nak beli atau nak ushar - ushar je.

3. Suria KLCC
Aku kalau gi sini kalau tak cuci mata je kat taman tasik kat situ, mesti tengok wayang kat TGV. Kalau nak gi sini naik LRT senang je berhenti arr kat stesen KLCC (Nama pun Suria KLCC, takkan nak berhenti kat Sentul Timur). Kat sini banyak stores pakaian berjenama dengan harga yang memerlukan kerja OT sebulan tanpa henti. Nasib ada Kedai buku Kinokurnya. Boleh aku rehat - rehat kepala selak sikit - sikit buku kat sana sementara menunggu wayang start








4. Sogo Complex
Tempat yang senang untuk aku mencari baju, seluar, kasut dan apa - apa saja yang boleh aku pakai di badan. Selalu jugak ada sales dan macam - macam promosi sehingga 50% (Bila la promosi 100% nak keluar lak?). Kalau ikut aku nak ke sana, dari HKL terus je ikut Jalan TAR, selepas traffic light Maju Junction ngan Pertama Complex. Senang citer naik LRT berhenti kat stesen Bandaraya.

5. Wangsa Walk Mall
Sebuah pasaraya beli belah baru dibuka di Wangsa Maju tahun lepas. Sungguh besar dan luas sangat sehingga kelihatan tak banyak orang berada di sana kecuali hari minggu lar. Daya tarikannya adalah  kedai buku Popular kalau tak silap, alamak lupa arr walaupun selalu gak nyibuk kat situ. Lagi satu ada TGV. Tak Payah arr gi KLCC lagi.

6. Giant Batu Caves Mall
Aku suka gi sini kalau nak cari keperluan harian kalau dah habis stok. Kenapa kat sini? Bukan apa. Perjalanan nak ke sana yang singkat dan lari dari traffic jam (ikut lebuh DUKE) yang buat aku senang gi sana.



7. Sunway Pyramid
Antara mall paling jauh aku nak pergi. Itupun kalau ada orang ajak pergi. Kalau tak jangan harap nak gi sana. Tapi kat sana macam best gak. Boleh tengok orang skatting. Macam biasa kalau bosan tengok wayang. Tak pun makan - makan kat sana. Kalau ada duit lebih sikit boleh jugak cari kasut ke, baju ke yang macam - macam pilihan.




8. The Mall (Putra Place)
1st time gi sini masa ikut rombongan sekolah darjah berapa aku lupa. Terpegun giler time tu sebab tak pernah tengok mall besar macam tu. Tapi dewasa kini, last gi awal tahun lepas, tengok tak ramai orang. Ramai orang kerja kat situ je datang makan lunch. Ataupun orang yang tengah tunggu bas lambat lagi nak gerak kat Stesen Duta. Mungkin  banyak malls baru kat KL lebih eksklusif lagi berbanding The Mall yang satu ni ala - ala supermarket 90an.

9. Pertama Complex
Sebelah je dengan Sogo. Tapi kena melintas Jalan Dang Wangi yang banyak bas berhenti kat situ tu dulu. PC ni antara pasaraya yang terawal di bina di KL. Sebab tu di dalam nya macam lot - lot kedai zaman 80an - 90an macam tu. Paling banyak kedai kasut. Sampai tak tahu mana satu kasut nak pilih. Aku kalau gi sini nak pergi potong seluar je. Ataupun tempah baju, tak kira arr baju kerja ke baju Melayu ke. Kalau lapar makan kat KFC je hehehe sebab walaupun banyak kedai makan kat situ tapi... ikut korang la. (Kebersihan pun kena tengok gak bila nak beli makanan, jangan main hentam je).



10. Plaza Low Yatt
Aku pergi sini kalau ada barang - barang komputer atau gadget nak beli. Itupun kalau aku gi Times Square yang bertentangan jalan dengannya. Kat sini ibarat macam The Mall of Gadgets. Semua barangan untuk komputer, laptop atau seangkatan dengannya terjual kat sini dengan harga yang mampu di beli oleh sesape saje. Tapi harus diingat dan hati - hati, bukan semua barangan yang di jual di sini adalah ori. Kawan aku penah tertipu dengan membeli hanset buatan China rupenye. Kesian kat dia. 

21 comments:

lisa min said...

kalau pergi mid valley mmg skit. haha. kena ingt parking kt mane. kadang parking mid full kena lah park kat garden. haha.(pyramid mall paling dkt untuk sy pergi)

Awie Omar said...

To lisa : thanks 4 de comment. sbg balasanny sy akan terjah blog kamu dan follow sekali hehehe

shahidayaacob said...

hohohoho...terbaik~~

tiba2 rasa nak g terjah Times Square..sapa nak ikot??? XD

Awie Omar said...

To shahidayaacob : jom jom jom hahahaha. TQ komen.

Unknown said...

The Mall je yg tak pernah pergi lagi walau selalu lalu. dekat dgn hentian Putra n PWTC. by the way dekat mid ada wayang GSC not TGV

allyarifff said...

suka mid & sogo!! Haha :P

Hafeesz Amran said...

The Mall???adoiii..huhuhu,, no komen

Nik said...

byk jugak tempat shopping yea.akak paling dekat Alamanda jea.tak pun IOI mall puchong..hehe

NisaAdnan said...

AMBOI MYDIN TADE DALAM LIST PONG! HAHK

hazwan hairy said...

baru pegi semalam bro..haha...wahhh sekali komen xsmpat nak bls..hahah..terima kasih bro..

Liza Razak said...

saya suka pegi mid valley sbb semua butik yg saya suka ada kat sana :)

ERAZ FADLI said...

Singgah BW ke sini.. Nice.. Followed! ;) Tahniah Awie sbb berjaya anjurkan Next Top Blogger tu.. Sesuatu yang menarik..

Jemput ke blog E'raz Fadli

NUke_Rude said...

bro.. ko salu ke lepak Giant batu caves?? x pnah nampak pun. kekeke.

Anonymous said...

bestnya..nk g k.l tp xtau nk g,skrng duk penang..dh lma xjln ke k.l...

.::: Princess MOMOY :::. said...

momoy shopping sungei wang dan the curve jer

Aku velo said...

ngeh..excited to find nice place nak jln.,,skli mall da...mall is not a noce place.messy yes,

nurul dinar said...

ayyyoooo cek abang, kalo hari2 hari gaji kan syok. saya suka tengok besi color kunin je hahaa

budakbandunglaici said...

9/10 dah pergi. sunway tak jajah lagi. jauh kebenor..


Entri Baru Update Tadi: Jualan Merdeka 50% The Body Shop

Anonymous said...

sy kalu turun KL..balik2...gu SOGO..coz hari2 sale..hihi

Anonymous said...

Klu naek train gua pegi t.s lowyat n pavvi jalan kaki kan. Hahah to kalau drive cukup la takat t.s

Anonymous said...

Amboi nurul..dah brp bnyak kat lengan tu...