Followers

08 May 2012

Alif Ba Ta Duniaku


1991
Aku tinggal di Kampung Tengah, Temerloh, Pahang. Umur 5 tahun aku masuk tadika KEMAS di Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah, Temerloh, Pahang.

1992
Setahun kemudian, 6 Januari 1992, aku tukar ke kelas Prasekolah di sekolah yang sama sampai tamat pada 23 Oktober 1992.

1993
Darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah, Temerloh, Pahang.

1994
Dipertengahan tahun, keluarga aku dapat rumah perumahan baru kos rendah di Mentakab, Pahang. 20 minit perjalanan dari Temerloh. Jadi aku kena tukar sekolah. Aku sambung darjah 2 aku di Sekolah Kebangsaan Bandar Mentakab, Pahang pada 20 Jun 1994. Walaupun baru di sana, aku berjaya peroleh tempat ke 3 dalam kelas.

1995
Pencapaian aku mula meningkat dalam darjah 3 apabila aku dapat tempat ke 2 dalam kelas.

1996 - 1997
Aku masih bersekolah di SKBM. Dan aku dah masuk dalam kelas pertama. Menyebabkan persaingan aku semakin sengit dan aku tidak berupaya melangkahkan kaki naik ke pentas untuk ambil hadiah lagi.

1998
Aku menduduki UPSR dan akhirnya memperolehi keputusan yang agak cemerlang 4A 1B. Pada 31 Disember 1998 tamat lah pendidikan rendah aku di Sekolah Kebangsaan Bandar Mentakab.
­

1999
Aku daftar masuk tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Mentakab. Tapi tak lama di sana sebab aku dapat tawaran ke sekolah berasrama penuh, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tualang, Temerloh, Pahang. Nama sahaja sekolah berasrama, tapi kena ulang alik dari rumah juga sebab asrama tak siap lagi.

2000
Bagunan asrama SMKST dah siap jadi aku kena mula hidup berdikari di asrama.
­

2001
Aku menduduki PMR dalam situasi sekolah berasrama. Walaupun aku dapat fokus sepenuhnya dalam pelajaran tapi aku masih tak berjaya dapat semua A dalam pelajaran.

2002
Aku bagitahu pada emak dan abah yang aku nak sekolah kat sekolah harian biasa. Diaorang setuju dan sekolahkan aku semula di Sekolah Menengah Kebangsaan Mentakab.

2003
SPM membuatkan aku tertekan pada tahun itu. Keputusan aku tidak membanggakan sesiapa pun.


Aku tidak diterima masuk di mana mana IPTA seperti kawan kawan lain. Aku dapat tawaran masuk form 6 tapi aku tak nak. Selama 2 tahun aku menyusahkan abah dan arwah emak. Selepas itu baru aku sedar yang ilmu itu teramat penting dan bernilai sekali. Aku menyesal tidak menggunakan waktu yang ada dulu untuk fokus pada pelajaran sebaiknya.


Walaupun kerjayaku tak segagah mana dan pengetahuanku tak sebesar mana, namun aku masih bersyukur pada Allah S.W.T sebab aku masih dapat menulis, membaca, mengaji, mengira , melukis, mengarang dan membuat keputusan rasional. Ini semua atas jasa dan pengorbanan mereka yang tidak ternilai dan tidak mungkin dapat aku balas sepenuhnya. Sempena Hari Guru 16 Mei nanti, aku ucapkan pada mereka “Selamat Hari Guru”. Terima kasih cikgu atas jasamu.

9 comments:

Hazwani Harun said...

Suka sngat entry ni..pnglaman yang sama smasa spm..=)

Nor Zilla Sensei said...

amin... selamat hari guru kepada semua guru2 kat malaysia ni..

PCL said...

bagus tu..org yg tak lupa akan pengorbanan ibubapa dan guru2 insyaallah akan mendapat rahmat dari Allah dlam kehidupannya.

Sya_Merpati Putih 88 said...

tak dpt pegi universiti bukan bermakna orang itu tidak boleh jadi orang berilmu +bijak pandai , ilmu itu boleh diperoleh dari mana-mana termasuklah pengalaman..

! Arjunakirana ! said...

Semoga berusaha lagi, menimba ilmu sehingga ke liang lahat :)

eddy syrol said...

untuk undian: pilihan saya syaidatul aisyah... gomen-nee

Korn Ahmad said...

korn undi Papa Blogger

Korn Ahmad said...

erkk.. boleh lak mcm tu. kalau cam tu korn undi keluar cheida

Epoxy Flooring Santa Maria said...

Interesting read thanks for sharing