Followers

24 June 2012

Jangan Menangis Sayang


Sabtu, 9 Jun 2012 – Teraju utama untuk kisah benar ini bukannya aku tetapi kekanda kesayanganku, Maryati Omar, atau lebih mesra aku panggil dia Along. Tarikh tersebut merupakan tarikh bersejarah untuk dirinya sudah tentu kerana pada hari itu Along akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke atas pentas untuk menerima segulung Ijazah dalam bidang kejururawatan. Tahniah Along Awie ucapkan sekali lagi. Segala usaha, penat dan kesabaran yang Along lalui selama ini akhirnya berbaloi. Syukur Alhamdulillah. You are my inspiration.




Along adalah isteri kepada abang ipar aku dan mereka dikurniakan dengan 3 orang cahaya mata, 2 perempuan (13 tahun & 12 tahun) dan seorang lelaki (5 tahun). Along seorang yang peramah, happy go lucky, suka buat lawak, aktif, open minded dan suka beriadah. Sebab itu aku dengan dia begitu serasi. Mungkin disebabkan kami sekepala. Apapun Along tetap maintain cun, sopan dan seorang ibu mithali.



Konvokesyen Along diadakan di PWTC, KL. Along datang dengan kakakku lagi seorang yang aku panggil Angah. Mereka berdua bawak anak masing masing. Angah ada seorang anak lelaki umur 7 tahun. Mereka menetap di hotel sebelum hari konvokesyen tu. Pada hari konvo tu, Along terpaksa pergi seorang dulu sebab kena berada di PWTC awal sebelum 7.00 pagi. Angah yang hantarkan.


Pada masa itu aku baru balik kerja malam. Angah ambil aku di tempat kerja dan terus bawa aku ke hotel diaorang menginap. Sampai sana, aku mandi dan terus mengucapkan good night la kat anak buah semua sebab ngantuk giler nak tido. Sebelum aku tido, Angah aku nak keluar bawak budak budak semua naik LRT jalan jalan ke Times Square. Dia tinggalkan kunci kereta, dan suruh ambil Along nanti. Aku ikutkan je. Lantak koranglah nak buat apa.


Tak sampai 2 jam aku tido, dalam pukul 10.30 pagi, Along call suruh ambil dia kat PWTC. Aku pun bergegas la ke sana. Sampai je sana, aku nampak Along dengan berjubah konvo duk sorang sorang. Bila dia nampak je aku datang, tiba tiba dia nangis. Aku terkejut tak tahu nak cakap apa. Pujuk la jugak dia jangan nangis. Tapi air mata dia tak henti henti keluar. Dia kata dia nak nangis puas puas dulu. Aku senyap je la tahan mata yang hampir nak menitik air mata gak time tu. Sebak je rasa dada first time tengok orang seceria dia nangis face to face lak tu. Masa arwah mak meninggal, aku tak nampak pun Along nangis.


Direct aku minta maaf sebab tak dapat temankan dia awal awal lagi. Dia kata aku tak salah, dia faham yang aku kerja malam. Bila dah redha, along cakap dia nangis sebab dia ingat Angah bawak anak anak dia ke sini. Aku pun mula panas ngan Angah ni. Nak ikut sedap dia je, tak fikir langsung perasaan orang lain. Tujuan utama diaorang ke KL kan nak gi konvo Along.


Yang menyedihkan Along lagi, suaminya tak dapat temankan dia sebab kerja. Abah kat kampong pun ada call Along tanya khabaran, lagi buat dia sedih. Kawan yang lain semua dengan family masing masing. Aku tengok keliling memang ye. Along hanya bersama aku. Memang sebak giler aku tapi tetap mantain cool. Along ada sms Angah suruh datang PWTC bawa anak anak dia untuk bergambar buat kenangan. Benda ni kan sekali seumur hidup. Jubah konvo pun nak kena pulangkan. Tapi Angah boleh cakap bergambar kat tempat lain pun boleh. Pada aku, ini adalah hari istimewa Along, jadi kita adik beradik kenalah raikan dan ceriakan hati Along. Ikut la apa yang Along nak.


Akhirnya, aku call Angah dan dia boleh tak dengar lak. Aku pun siap tengking2 la cakap. Sorry la ye Angah. Panas sangat time tu. Aku suruh dia tunggu kat Times Square je, aku ngan Along ke sana. Jubah konvo aku cadang bagi esok, boleh jugak. Along ikut je. Aku call adik aku kat UPM suruh datang segera kat Times Square tengah hari tu juga. Dia pun kerja malam tak dapat datang, tapi lepas aku cakap yang Along nangis2, cepat2 dia datang.


So, sampai TS, kitaorang terus cari kedai gambar studio dan ambil gambar sepuas – puasnya khas untuk Along. Harap selepas ni Along tak menangis macam tu lagi depan Awie, sebab Awie tak akan tahan nangis lagi lepas ni.


Dari peristiwa ni, aku sedar yang kita hidup saling bergantungan antara satu sama lain, jangan pentingkan diri sendiri. Siapa lagi orang yang boleh kita percaya 100% kalau bukan saudara kita sendiri. Gaduh pun tak guna, dengan mereka juga kita perlukan bantuan satu masa nanti. Bak kata pepatah air yang dicingcang tak akan putus, ini kan pulak adik beradik sedarah sedaging. Sekian.

14 comments:

[PCL] said...

saat manis kalau ada keluarga terdekat...lagi best, faham sangat dgn perasaan kakak kamu tu awie..

Allya Syahirah Riff said...

so touched :( Allya pernah rasa masa kat mrsm dulu. Mak cakap taknak dtg, tup tup dtg mengejut. nangis wooo. Hehehe :p

Cheida_Mymee said...

Yes!! Konvokesyen adalah hari yg paling bermakna dlm hidup!! gambar menjadi kengan dimasa hadapan!! family plng penting hadirkan diri ketika itu :)

Faizul Osman said...

cerita dgn plot yg menarik... btl tu.. kita patut menghargai org lain... mcm dlm cerita ni, walaupun ia tak sebesar mana tp ia tetap berharga... sekali seumur hidup... kalau tanpa org tersayang disisi mesti kita akan berasa sedih...

nadia farhana said...

memang sedih kalau tak ada orang tersayang di saat kita bahagia..macam tak dihargai :)

Rozuan Ismail said...

seriously bila hari konvo wan nanti,wan teringin sgt nak celebrate dengan semua org yg wan syg. itukan saat indah kita.

iKhRam said...

sya baru lepas konvo
jd saya faham perasaan along

begitu juga dgn saya
ingin menghargai hari bersejarah..
saya bersyukur, mendapat sokongan bersama keluarga..

ye lah,
hari gembira, perlulah dikongsi bersama
barulah bermakna..

Mr. E'raz Fadli said...

tahniah.. graduate open university ya? tahniah2..

Edy Fee said...

TAHNIAH...bestnye dh konvo...kos yang hebat plak tu

Khairul Hakimin B. Muhammad said...

;)

arasewel said...

siyesly,
memang sebak. Sangat tak tahan biler tgk fmily sndiri nages. Sedey!

Mrs Velentine said...

tanpa sedar menitis air mata baca story u..i follow awak k

Emma said...

emma undi KORN

kak imah said...

salam awie.. sedih kak imah baca...tahniah buat along...