Sabtu, 9 Jun 2012 – Teraju utama untuk kisah benar ini
bukannya aku tetapi kekanda kesayanganku, Maryati Omar, atau lebih mesra aku
panggil dia Along. Tarikh tersebut merupakan tarikh bersejarah untuk dirinya
sudah tentu kerana pada hari itu Along akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke
atas pentas untuk menerima segulung Ijazah dalam bidang kejururawatan. Tahniah
Along Awie ucapkan sekali lagi. Segala usaha, penat dan kesabaran yang Along lalui
selama ini akhirnya berbaloi. Syukur Alhamdulillah. You are my inspiration.
Along adalah isteri kepada abang ipar aku dan mereka
dikurniakan dengan 3 orang cahaya mata, 2 perempuan (13 tahun & 12 tahun)
dan seorang lelaki (5 tahun). Along seorang yang peramah, happy go lucky, suka
buat lawak, aktif, open minded dan suka beriadah. Sebab itu aku dengan dia
begitu serasi. Mungkin disebabkan kami sekepala. Apapun Along tetap maintain
cun, sopan dan seorang ibu mithali.
Konvokesyen Along diadakan di PWTC, KL. Along datang dengan
kakakku lagi seorang yang aku panggil Angah. Mereka berdua bawak anak masing
masing. Angah ada seorang anak lelaki umur 7 tahun. Mereka menetap di hotel
sebelum hari konvokesyen tu. Pada hari konvo tu, Along terpaksa pergi seorang
dulu sebab kena berada di PWTC awal sebelum 7.00 pagi. Angah yang hantarkan.
Pada masa itu aku baru balik kerja malam. Angah ambil aku di
tempat kerja dan terus bawa aku ke hotel diaorang menginap. Sampai sana, aku
mandi dan terus mengucapkan good night la kat anak buah semua sebab ngantuk
giler nak tido. Sebelum aku tido, Angah aku nak keluar bawak budak budak semua
naik LRT jalan jalan ke Times Square. Dia tinggalkan kunci kereta, dan suruh
ambil Along nanti. Aku ikutkan je. Lantak koranglah nak buat apa.
Tak sampai 2 jam aku tido, dalam pukul 10.30 pagi, Along call
suruh ambil dia kat PWTC. Aku pun bergegas la ke sana. Sampai je sana, aku
nampak Along dengan berjubah konvo duk sorang sorang. Bila dia nampak je aku
datang, tiba tiba dia nangis. Aku terkejut tak tahu nak cakap apa. Pujuk la jugak
dia jangan nangis. Tapi air mata dia tak henti henti keluar. Dia kata dia nak
nangis puas puas dulu. Aku senyap je la tahan mata yang hampir nak menitik air
mata gak time tu. Sebak je rasa dada first time tengok orang seceria dia nangis
face to face lak tu. Masa arwah mak meninggal, aku tak nampak pun Along nangis.
Direct aku minta maaf sebab tak dapat temankan dia awal awal
lagi. Dia kata aku tak salah, dia faham yang aku kerja malam. Bila dah redha,
along cakap dia nangis sebab dia ingat Angah bawak anak anak dia ke sini. Aku
pun mula panas ngan Angah ni. Nak ikut sedap dia je, tak fikir langsung
perasaan orang lain. Tujuan utama diaorang ke KL kan nak gi konvo Along.
Yang menyedihkan Along lagi, suaminya tak dapat temankan dia
sebab kerja. Abah kat kampong pun ada call Along tanya khabaran, lagi buat dia
sedih. Kawan yang lain semua dengan family masing masing. Aku tengok keliling
memang ye. Along hanya bersama aku. Memang sebak giler aku tapi tetap mantain
cool. Along ada sms Angah suruh datang PWTC bawa anak anak dia untuk bergambar
buat kenangan. Benda ni kan sekali seumur hidup. Jubah konvo pun nak kena
pulangkan. Tapi Angah boleh cakap bergambar kat tempat lain pun boleh. Pada
aku, ini adalah hari istimewa Along, jadi kita adik beradik kenalah raikan dan
ceriakan hati Along. Ikut la apa yang Along nak.
Akhirnya, aku call Angah dan dia boleh tak dengar lak. Aku
pun siap tengking2 la cakap. Sorry la ye Angah. Panas sangat time tu. Aku suruh
dia tunggu kat Times Square je, aku ngan Along ke sana. Jubah konvo aku cadang
bagi esok, boleh jugak. Along ikut je. Aku call adik aku kat UPM suruh datang
segera kat Times Square tengah hari tu juga. Dia pun kerja malam tak dapat
datang, tapi lepas aku cakap yang Along nangis2, cepat2 dia datang.
So, sampai TS, kitaorang terus cari kedai gambar studio dan
ambil gambar sepuas – puasnya khas untuk Along. Harap selepas ni Along tak
menangis macam tu lagi depan Awie, sebab Awie tak akan tahan nangis lagi lepas
ni.
Dari peristiwa ni, aku sedar yang kita hidup saling
bergantungan antara satu sama lain, jangan pentingkan diri sendiri. Siapa lagi
orang yang boleh kita percaya 100% kalau bukan saudara kita sendiri. Gaduh pun
tak guna, dengan mereka juga kita perlukan bantuan satu masa nanti. Bak kata
pepatah air yang dicingcang tak akan putus, ini kan pulak adik beradik sedarah
sedaging. Sekian.
14 comments:
saat manis kalau ada keluarga terdekat...lagi best, faham sangat dgn perasaan kakak kamu tu awie..
so touched :( Allya pernah rasa masa kat mrsm dulu. Mak cakap taknak dtg, tup tup dtg mengejut. nangis wooo. Hehehe :p
Yes!! Konvokesyen adalah hari yg paling bermakna dlm hidup!! gambar menjadi kengan dimasa hadapan!! family plng penting hadirkan diri ketika itu :)
cerita dgn plot yg menarik... btl tu.. kita patut menghargai org lain... mcm dlm cerita ni, walaupun ia tak sebesar mana tp ia tetap berharga... sekali seumur hidup... kalau tanpa org tersayang disisi mesti kita akan berasa sedih...
memang sedih kalau tak ada orang tersayang di saat kita bahagia..macam tak dihargai :)
seriously bila hari konvo wan nanti,wan teringin sgt nak celebrate dengan semua org yg wan syg. itukan saat indah kita.
sya baru lepas konvo
jd saya faham perasaan along
begitu juga dgn saya
ingin menghargai hari bersejarah..
saya bersyukur, mendapat sokongan bersama keluarga..
ye lah,
hari gembira, perlulah dikongsi bersama
barulah bermakna..
tahniah.. graduate open university ya? tahniah2..
TAHNIAH...bestnye dh konvo...kos yang hebat plak tu
;)
siyesly,
memang sebak. Sangat tak tahan biler tgk fmily sndiri nages. Sedey!
tanpa sedar menitis air mata baca story u..i follow awak k
emma undi KORN
salam awie.. sedih kak imah baca...tahniah buat along...
Post a Comment