Followers

28 July 2012

10 Sikap Biadab / Kurang Adab Ketika Berpuasa



Dah lama tak berblog ni tibe tibe rase teruja lak nak menaip sesuatu. Ni haa... citer pasal bulan puase la. Apa lagi?! Korang yang bijak sekalian mesti dah tahu adab adab ketika berpuasa di bulan Ramadhan kan. Tapi tahukah korang (macam la aku sorang yang tahu) ada segelintir masyarakat seagama ngan kita dalam zaman ni dah semakin kurang sopan mahupun kurang ceredik dalam menjalani ibadah puasa yang lebih berkat dan dirahmati Ilahi. Nak tahu ape yang tak ceredik nye tu. Ni aku senaraikan 10 perangai manusia yang secara sedar atau tidak, yang mampu mengurangkan pahala puasa mereka.


1. Boros Berbelanja.
Sebut pasal belanja, tentunya kite beralih ke bazar Ramadhan. Dalam sibuk sibuk mencari cari apa yang dihajatnya (mulanya niat nak beli cempedak goreng dua ringgit je), tiba tiba nafsu jadi membuak - buak bila penglihatan dan penghiduan terpukau dengan segala macam lauk pauk yang ada di sekeliling (biase arr perut tengah lapar) Mulalah tu nak ni nak, cendol nak, dodol nak, popia nak, semua benda nak beli lah kalau boleh. Kalau lah lesung batu boleh ditelan, gamaknya hentam borong habis. Alasan biasa, saja nak try rase ape. Tak habis boleh buat makan sahur. Balik balik sahur ntah ke mane, makanan yang dibeli tadi ke tong sampah jua la akhirnya. Membazir!  


2. Dedahkan Aurat.
Satu lagi hal di bulan yang mulia (dah la tengah beribadah puasa). Kalau lelaki la, dengan tak rase ape ape, keluar rumah basuh keter, dengan pakai boxer je bro... ala... basuh keter... takkan nak berselubung gi basuh keter, nanti orang kate nak basuh keter ke basuh baju? Habis lenjun. Ha'a, elok sangatlah kasi pusat nampak, lutut nampak, kasi awek sebelah rumah tengok body sepapan engko tu (Bajet tuff arr) Harap ade yang sangkut arr padahal dosa yang terangkut. Bagi si gadis, korang yang dah baligh mesti tahu mana auratnye. Malaih arr nak cakap. Tapi, bagi yang jahil dan degil ni, nasihat 1000 kali pun tak nak ikut gak, tengok tengok gi bazar, seluar baju sendat, lurah depan belakang sumer nak kasi nampak. Buruk yang amat.


3. Tidur seharian.
Waa... bahagianya dan menepati masanye die... seminit lepas imsak terus pejam mata terbongkang sehinggalah seminit sebelum berbuka matenye yang berspora tu terus terbuka luas dengan tibe tibe (tahu tahu je waktu berbuke). Sonang baitu kalau puase macam ni. Setahun berpuase pun boleh. Tahu la keje malam. Pagi tu ngantuk penat, boleh tidur sape kate tak boleh tidur. Yang tak boleh nye jangan arr sampai tak sedar diri dengan zohornya melepas, asar ntah mana, bile maghrib tahu lak nak bangun. Nape tak bangun subuh esoknye je. No point la...


4. Makan Berlebihan.
Tahulah puase. Orang pun puase gak. Ingat die sorang je ke di dunia ni yang berpuasa sampaikan berbuka orang lain mulakan jamah buah kurma, dia lak dah hentam sampai 8 suap nasi. Orang lain baru habis sesuku pinggan, dia dah tambah 4 pinggan. Orang lain dah habis makan, dia masih melahap lagi dengan mee lak (katanya nak try. Sampaikan 3 pinggan di try nya!). Nasib tak telan sekali ngan pinggan pinggan. Ikut lah Sunnah Nabi, berhenti makan sebelum kenyang. Nanti takde arr tak daya nak gerak arr, perut kembung arr, rasa mual la, lama lama Maghrib terlepas. Bukan takat tu, Isya' pun same boleh lepas kalau tak terkawal nafsu tu bile makan (pengsan tak sedar diri sebab terlebih makan).



5. Lihat Pada Yang Haram.
Apa yang haram tu? Lelaki / Perempuan yang tidak menutup aurat. Drama / filem yang berunsurkan 18SX. Sesuatu yang menimbulkan berahi. Dan sebagainya yang berkaitan la. Puasa ni bukan hanya menahan diri dari makan dan minum saja ye kawan kawan. Mata pun kena jaga gak. Jangan main terjah je pandang awek sampai terkeluar bijik mata. Kalau tengok tv ke, DVD ke, pastikan intisari ceritanya tidak menyiarkan sesuatu yang melampaui adat dan hukum agama kita, lebih lebih lagi yang berunsurkan warna biru. Hormatilah Ramadhan segigihnya.


6. Membuang Masa
Ini sememangnya berkait rapat dengan sesuatu perkara tidak berfaedah yang dikerjakan. Misalnya main Facebook sepanjang hari (Ambik kau!), main PS I, II or III sampai nak meletup tv, borak borak kosong berjam jam sampai tak tahu apa nak diborakkan, merempit sane sini ataupun berdua duan bukan muhrim (orang lain sibuk pose, diaorang sibuk berdating pegang pegang tangan nengok wayang, kononnya nak tunggu waktu berbuke, nak buka same2) Buat dek macam bulan biase je. Sepatutnya di bulan mulia ni, kita kena banyakkan amal ibadah, dan kurangkan urusan dunia sebolehnya. Jangan sibukkan diri dengan kerja duniawi sahaja. Sebab Ramadhan adalah satu satunya bulan yang dapat melipat gandakan pahala ibadah kita. Rugi kalau tak diambil peluang tu yang datang hanya sekali dalam setahun. 



7. Pertuturan Keji & Dusta.
Dalam kategori ni pulak terdiri daripada perkara perkara jahat yang datangnya daripada mulut mulut puaka a.k.a macam longkang. Misalnya, mengumpat (bulan pose pun sibuk mengumpat!), melemparkan fitnah, men cha alif ro wau ta tak tentu pasal, menghina, mengejek, menipu tu semuanya sifat sebati si penjahat mulut. Orang kalau puasa, kena banyakkan selawat ke atas Nabi dan Rasul. Ni tak, caci maki orang sana sini. Banyakkan bertilawah Al-Quran kan lebih elok. Berzanji ke, Marhaban ke, nak nasyid pun boleh... (asal tak memekak tak tentu pasal).



8. Cepat Marah & Kurang Sabar.
Sikit sikit nak marah. Sikit sikit nak hempuk. Sikit sikit nak carut. Apa kes der... Kalo perempuan marah marah atau moody tu, mungkin tengah cuti tu. Tapi kalau lelaki marah marah hentam kromo tak tentu pasal... apa hal? Tak puasa ke apa? Cuba istighfar molek molek. Banyak banyakkan sabarrrr.... Jangan nak bagi alasan korang puasa pastu badan cepat panas lak, lepas tu suka suka hati marah orang. Orang patutnya, berpuasa lagilah dapat meningkatkan tahap kesabaran dalam diri dan kurang rasa nak marah ke nak gaduh ke. Ni lain lak jadi, terlalu ikut emosi. Jaga jaga, ingat engko je ade emosi.



9. Melakukan Perbuatan Terkutuk.
Dengan erti kata lain, melakukan perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T. Contohnya macam mencuri (puasa tapi ragut beg orang, baik tak payah pose), membunuh dan menganiaya manusia mahupun binatang, beri dan terima rasuah, main judi (bukan main penat pose la kononnya, tapi sanggup berpeluh peloh gi beli nombor ekor tuu). Semua yang di haramkan tu sudah tentunya haram walaupun di lain lain bulan sekalipun, lebih lebih lagi bulan Ramadahan. Ni tak, dalam bulan pose tu gak lah makin ligat aktiviti kejadahnya (Konon, jadual perancangan dah macam tu, tak boleh nak ubah ubah, cittt!).



10. Tidak Menunaikan Solat.
Yang ini paling berat. Suruhlah puasa sampai seribu tahun sekalipun, mampu buat tapi malangnya sia sia je la segala amalan sebab langsung tidak solat fardhu. Inikan pula solat teraweh lagi la tak terbuat. Puasa kita puasa, solat tetap wajib buat. Jangan lah disebabkan penat berpuase kite jadi malas nak solat. Allah tak terima alasan tu. Kesimpulannya, jaga lah solat kalian, biar cukup 5 waktu sehari yang dibuat. Insya Allah, ganjaran besar akan menanti. Allah kan Maha Pemurah.

10 comments:

azu said...

opps boros berbelanja tu mmg fav azu..kene ubah ni.thanks..jemput singgah2 ye!
http://azumie.blogspot.com/

Anonymous said...

Teka siapa saya...

dilla.d said...

saye ade soklan

kalau saye lupe saye puase

pastu saye pi kfc beli kfc salah x .

huhu

hehee haii awie omarrr

Anasyg said...

anas follow sini- 666 ^^, selamat menyambut ramadhan

Anasyg said...
This comment has been removed by the author.
vendoline said...

hehehe bab tengok benda haram tu tatau nak ckap.kalau tengok aurat mmg susah nak elak kat kuliah.ahaa

Unknown said...

camner nk join game top blogger tu??? rasa nak join la

Unknown said...

dah follow...

"SAYA SANGAT MAHU SERTAI BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE"

Erna EER said...

thx sbb ingat kan, kadang2 terlupe soal boros, sbb perut kosong huu =)

epysilence.blogspot.com

vendoline said...

"SAYA SANGAT MAHU SERTAI BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE"