Followers

19 July 2012

Blogger 2 : Fantasy Forest - Episod 16


Assalamualaikum. Salam sejahtera. Kepada semua muslimin dan muslimat, selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia. Semoga semuanya dalam keadaan yang bertenaga untuk berpuasa secukupnya. Hari ini, Khamis 19 Julai 2012, genap la 16 episod telah disiarkan untuk game ini “BLOGGER 2 : FANTASY FOREST”. Dan sudah tentu ini adalah episod final.





Sebelum aku mengumumkan siapa yang bakal juara untuk musim ini, aku nak summarize sikit mengenai game untuk musim ini. Aku pecahkan kepada 2 bahagian iaitu “Sistem Yang Diteruskan” dan “Sistem Baru Dimulakan”.



Sistem Yang Diteruskan

·         16 peserta dipilih untuk menyertai game ini dalam satu musim.

·         Peserta yang dipilih adalah dari kalangan blogger yang follow blog AWIE OMAR.

·         “TUGASAN IMUNITI” diberi. Peserta yang melakukan tugasan paling baik akan diberikan “IMUNITI”.

·         “IMUNITI” disediakan bagi mengelakkan peserta disingkir dari game.

·         Peserta yang membuat “TUGASAN IMUNITI” akan diberi kelebihan berada dikedudukan atas dalam carta berbanding peserta yang tidak buat.

·         “JADUAL PEMILIHAN ENTRI” diberitahu awal untuk peserta merancang masa untuk mereka postkan entri baru dalam blog masing masing.

·         Setiap episod aku akan pilih 1 entri terbaik yang dipostkan oleh setiap peserta dalam blog masing masing mengikut tempoh yang ditetapkan.

·         “CARTA MINGGUAN” digunakan untuk menunjukkan kedudukan peserta dalam satu episod.

·         Peserta yang mempunyai entri paling baik akan berada dikedudukan teratas dalam carta.

·         Peserta di kedudukan paling bawah akan disingkirkan dan semestinya entri yang dipost olehnya kurang sikit berbanding peserta lain.

·         “ZON PECUTAN” dikekalkan dimana dalam satu minggu ada 2 episod akan disiarkan. Maknanya ada peserta akan disingkirkan.

·         “FAST & FURIOUS” adalah salah satu bentuk tugasan dalam “TUGASAN IMUNITI” dimana peserta tak perlu buat entri, tetapi hanya beri jawapan di kotak komen dengan cepat dan tepat.





Sistem Baru Dimulakan

·         “SISTEM UNDIAN” mula diguna pakai. 2 peserta tercorot dalam carta akan diundi keluar oleh 4 peserta paling atas dalam carta.

·         “INFO TERKINI” diperkenalkan. Aku akan bagi mesej berkaitan game ini bila bila masa kepada peserta melalui blog masing masing.

·         Satu “TEMA” akan diambil dan ianya dimulakan pada musim ini iaitu “FANTASY FOREST”. Pada musim 1, aku mengangkat tema “AMATEUR VERSION” sebab aku dan peserta peserta musim 1 semuanya dari kalangan blogger amateur.

·         “BACK-UP” mula diperkenalkan. Setiap perserta digading berdua. Jika peserta tidak sempat buat “TUGASAN IMUNITI” tetapi “BACK-UP”nya ada buat, maka dia layak juga berada dikedudukan teratas “Carta Mingguan”.

·         “KAUNTER PERTANYAAN” dibuka untuk menanyakan apa saja soalan yang kurang faham tentang game ni. Tapi telah ditutup sebab kurang mendapat sambutan.







Hanya tinggal 2 peserta sahaja yang berentap dalam episod final ini. Mereka adalah INCIK HASMI dan ALLYA SYAHIRAH.



Entri2 dari blog Allya Syahirah (10/7/12 – 16/7/12)








Entri2 dari blog Incik Hasmi (10/7/12 – 16/7/12)









Dalam episod final memang tidak ada Carta Mingguan. Juara akan dipilih oleh Juri Juri (4 peserta Top 6 game ini) dan aku sendiri. Mesej akan dikirim kepada para juri 2 hari sebelum tarikh entri ini disiarkan. Setiap juri akan mengumumkan keputusan mereka dalam kotak komen entri blog ini yang berbeza beza. Boleh rujuk sini.



PCL – umum keputusannya disini :




Zamani – umum keputusannya disini :




Arjunakirana – umum keputusannya disini :




Rozuan Ismail – umum keputusannya disini :




Juara BLOGGER 2 : FANTASY FOREST semestinya akan mendapat hadiah dari pihak penganjur.

1.      RM 150 akan diberi melalui deposit bank.

2.     Blog juara akan sentiasa di promosi dalam blog aku.

3.     Aku akan selalu menjengah & komen dalam blog juara.



Pertama kali, kepada naib juara juga mendapat habuannya : RM 50 akan diberi melalui deposit bank.

Kepada Incik Hasmi dan Allya Syahirah, jangan lupa bagitahu nombor akaun bank dan nama pemegang akaun tu selengkapnya. Okay :)

Jadi tanpa melengahkan masa, sama sama kita menyaksikan video di bawah bagi mengetahui siapakah JUARA untuk musim kedua ini!





Alhamdulillah. Akhirnya selesai sudah segmen ini dengan jayanya. Aku rasa musim kedua ini sama hebatnya dengan musim pertama dulu. Syabas untuk korang semua. Untuk musim seterusnya, aku tak janji. Tak tahu akan ada atau tidak. Macam sesuai sangat game ini habis di awal awal bulan Ramadhan yang mulia. Sudah tiba masanya untuk aku tenangkan fikiran dan muhasabah balik diri yang serba kekurangan ini. Blog ni pun aku kena updatekan lagi cerita cerita macam dulu. Asyik game Blogger je kan hahaha. Akhir kata, selamat berpuasa rakan rakan Muslim semua. Assalamualaikum :)



p/s : aku membuat pilihan berdasarkan carta di bawah.

EPISOD
TUGASAN IMUNITI TERBAIK
NO.1 DALAM CARTA MINGGUAN
PESERTA YANG TERSINGKIR
1



2
Incik Hasmi
Allya Syahirah
Izz Idraqie Huznie
3
Arjunakirana
Arjunakirana
Lynn La Loy
4
PCL
PCL
Nur Fahima
5
Allya Syahirah
Allya Syahirah
Eddie Nabila
6
Incik Hasmi
Incik Hasmi
Hareez Haiqal
7
PCL
Ieyna Nasir
Nor Zilla
8
Nisa Adnan
Incik Hasmi
Cik Puan Muda Umi
9
Rozuan Ismail
Rozuan Ismail
Hairy
10
Rozuan Ismail
Incik Hasmi
Arjunakirana
Nisa Adnan
11
Incik Hasmi
Incik Hasmi
Ieyna Nasir
12
Allya Syahirah
Allya Syahirah
Arjunakirana
13
Allya Syahirah
Incik Hasmi

14

Incik Hasmi
Rozuan Ismail
Zamani
15

Incik Hasmi
PCL
16




11 comments:

PCL said...

Tahniah Incik Hasmi, bole belanja kite..dan naib juara gak...tahniah, korang memang hebat :)

anak cik talip said...

walaweeeeh...xsangke plak..alhamdulillah dan mekaseh la sedara awie dan juri juri...hoho banjer? tunggu keje le hihi..

ingat sedara awie nk beri by hand? *demand*...tpi ktner nk kasi num akaun?

Hafeesz Amran said...

wahhh..tahniah juara baru.... :)

allyarifff said...

grats!! :) camne nak bg num akaun? huhu..

! Arjunakirana ! said...

Bagus2... Tahniah En HASMI, sebenarnya Arjuna dah buat pilihan, Hasmi la jadi pilihan arjuna, tapi mungkin tersilap post comment kat awei omar, jadi tak apa laaaa.. keputusan dah tahu... good job bro...

BILA BOLEH BELANJA BERBUKA PUASA NIE, LOKASI KL ok? gagagagga

anak cik talip said...

arjuna : haha mekaseh..alaa...boleh je..kalo da masa free..tpi bayar sndri hehehehe

Erna EER said...

wah.. mcm seronok . nak juin la contest terbaru ..

"SAYA SANGAT MAHU SERTAI BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE" ..!

epysilence.blogspot.com

Nadiaafarhanaa said...

waaa..tahniah lah pemenang

Erna EER said...

erna eer =)) nak gne nick ni tok segmen : SAYA SANGAT MAHU SERTAI BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE" ..!

vendoline said...

"SAYA SANGAT MAHU SERTAI BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE"

Anonymous said...

takot la tenngk syarat2 .. mcm tak layak je .. klu nk dapat perghhh

dasayt abg awie

"SAYA SANGAT MAHU SERTAI BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE"