Assalamualaikum. Salam Ramadhan. Terasa baru
semalam aku mula berkhidmat dengan kerajaan di kotaraya KL. Cepat sungguh masa
berlalu, kini dah 3 tahun 4 bulan aku di sini. Sebagai penjawat awam, biasalah
kalau kena kerja pada hari cuti umum termasuk Hari Raya! Kami terpaksa cuti
secara bergilir gilir, kalau tahun lepas dapat cuti raya maka dengan sah nya
tahun ni tak dapat la cuti raya. Segmen ‘MEMORI’ kali ni aku berkongsi sikit kisah
dan tauladan tentang aku, cuti, kerja & hari raya.
20 September 2009 / 1 Syawal 1430 H
Sebagai super junior kat tempat aku bertugas, maka
terpaksalah aku akur dengan keputusan ketua di mana aku kena kerja di Hari
Raya! Dan aku kena kerja pada shif malam pada 29 Ramadhan dan 1 Syawal.
Disebabkan hati aku betul betul resah nak jugak balik kampong, maka aku nekad buat
satu perancangan yang memerlukan pengorbanan. Nasib baik kampong kat Mentakab,
1 jam setengah perjalanan dari KL. 1 Ramadhan jam 7 pagi, dari tempat kerja
terus aku pandu kereta sampai ke kampong. Maka tak solat raya la pagi tu,
asalkan aku dapat bersama abah dan ziarah pusara bondaku di pagi raya. Lepas
balik dari kubur dalam pukul 11 lebih macam tu, terus aku terbongkang tidur tak
ingat. Betul betul mengantuk giler dari kul 9 malam tak tido. Jadi memang tak
gi raya mana mana la aku. Pukul 6 petang aku bersiap balik pakai baju kerja, bawak
kereta terus ke KL semula. Memang agak *ting tong* kepala aku keje malam tu.
Esoknya pagi aku balik kampong semula dan cuti 2 hari kat kampong.
P/S : Kerja aku memang keja 2 malam je dan lepas tu
cuti 2 hari.
10 September 2010 / 1 Syawal 1431 H
Alhamdulillah. Janji ditepati. Aku dapat cuti raya 5
hari bermula 27 Ramadhan hinggalah 2 Syawal. Dan 3 Syawal aku dah start kena
kerja, shif pagi, memang terbaik. Lewat petang 2 Syawal aku dah bertolak balik
ke KL sebab kena kerja esok pagi. Mood raya tak hilang lagi dah kena kerja
balik. Memang tak puas langsung beraya. Lebih baik macam tahun lepas, tapi
sanggup ke ulang alik lagi tahan tido bawak kereta (Jangan Ikut sebab sangat
BAHAYA!!!) Apapun aku syukur sebab dapat bersama abah dan ziarah pusara mak di
pagi raya.
30 Ogos 2011 / 1 Syawal 1432 H
Kalau dah tahun lepas dapat raya, sudah tentu tahun
berikutnya kena kerja! Paling aku cemburu giler bila tengok orang yang dapat
raya boleh pulak dapat cuti sampai raya ke 5! Seminggu diaorang cuti raya! Tapi
takpe. Aku sabar. Lebih menguji kesabaran bila tengok jadual kerja, aku kena
kerja shif petang di hari raya pertama. Dah la hari sebelum raya kena kerja
petang gak. Time bila aku nak curi masa balik kampong ni?! Maka aku dapat idea,
tukar jadual dengan kawan aku sorang ni. Hari sebelum raya tu, aku kerja pagi
dan dia kerja petang. Dia setuju je, sebab dia pun tak cuti raya, kampong dia pun
jauh. Maka itu dapat lah aku balik kampong pada hari sebelum raya, lepas kerja
jam 5 petang. Maka merasai la aku tersekat dalam jam di highway. Sepatutnya
sebelum kul 7 dah sampai tapi ditakdirkan aku sampai kat kampong jam 9 malam!
Alhamdulillah. Sekali lagi di pagi raya bersama abah dan menziarahi pusara mak.
Tapi kemeriahan hari raya untuk aku tersekat bila tengok jam dah kul 1 petang.
Dengan tenang tapi dalam hati cuak gak, aku pecut laju kereta terus sampai la
ke KL sebab kena keja petang tu. Masuk kerja kul 2. Tapi tak sempat gak, dalam
kul 2.30 aku sampai dan bekerja la aku macam biasa sampai la raya ke 10, baru
lah aku cuti balik. Tu pun 2 hari je. Kuih raya pun dah takde.
19 Ogos 2012 / 1 Syawal 1433 H
Entri ni aku karang pada Rabu 15 Ogos 2012 jam 10
malam. Tinggal 3 hari lagi nak raya! Aku dah start cuti pada hari ni lah. Tapi
aku masih ada di KL. Kenapa aku tak balik kampong terus je macam dulu? Sebabnya
aku baru lepas keja malam semalam. Pagi tadi terlalu letih dan penat. Nak drive
pun tak daya. Maka aku ambil keputusan untuk tidur dan rehat dulu di rumah.
BAHAYA kalau memandu dalam keadaan mengantuk dan letih ni. Yang penting, ingat
orang tersayang dulu. Esok pula sebelum balik kampong, aku nak shopping raya
dulu. Ada persiapan tertentu yang masih tak beli lagi. Alhamdulillah, tahun ni aku
dapat cuti raya sampai hari raya ke 5.
InsyaAllah, seperti di tahun tahun yang lalu, di pagi raya, akan aku bersama
abah tercinta menziarahi pusara insan yang sangat kami rindui.
P/S : Kepada para petugas yang senasib dengan aku
iaitu kena gilir gilir cuti raya dan kena kerja, aku harap korang semua kuatkan
semangat dan tingkatkan kesabaran. Jika kena kerja tahun ni, jangan resah, InsyaAllah
tahun depan giliran korang pula bersama orang tersayang. Jangan iri hati kat
orang lain, time bahagia untuk kita pasti ada nanti. Dan pada yang dapat cuti,
ingat ingat la pada rakan yang kena kerja. Jangan kecilkan hati diaorang dan
jangan over sangat nak raya depan diaorang, patutnya kita kena bagi semangat pada diaorang
supaya tabah melakukan amal di hari mulia. Ada hikmah disebalik semuanya itu –
Awie Omar.
23 comments:
inilah namanya pengorbanan...
http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/08/teka-baju-raya.html
wuuu...raya tu bawak erti kt setiap org....
selamat menjalani ibadah berpuasa yg tinggal bape ari neh bro
nasib saya x keje shift..hehe..:) selamat hari raya bro..:)
Selamat Hari Raya Aidilfitri Awie..
assalamualaikum awie...betul tu ada hikmah di sebalik setiap kejadian tu...")
SAYA SANGAT MAHU SERTAI BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE
Nickname : ISA
Senjata pilihan : 7. RSKPL x1
SAYA SANGAT MAHU SERTAI BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE
SAYA SANGAT MAHU SERTAI BLOGGER 3:BATTLE ROYALE
terima kasih ehhe peserta kelima ?? tgal buat entry ya .. apa2 pun ?? kemudian letak entry kat sini atau anda yg pilih
Saya sangat mahu sertai blogger 3 : Battle Royale
^_^
SAYA SANGAT MAHU SERTAI BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE
selamat hari raya awieeeeeeeeeee... :) so sarah kumpulan 2 la yer...
saya guna nama ramli ahmad.. follower 721
yeay ! dah followed ..hiks :D
banyak cerita raye...
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.
# walau pun baru kenal ... heheh
My recent post : Tajuk Elemen Penting dalam Meningkatkan SEO - Blogger Menjadi Terkenal
4. KDSSPL x2
SALAM LEBARAN..! bile nk buat open house..? hehe
Syahdunya raya diperantauan kan?
BTW dtg sini follow dan SAYA SANGAT MAHU SERTAI BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE!
So, what's next?
Alhamdulillah lepas berapa tahun berkorban dpt juga cuti tahun ni ;D
Selamat Hari Raya~
sy pilih khairul.
undian antara kedua blogger ini memang susah.. tetapi berdasarkan pemerhatian aku dari awal pertandingan ini.. Aku pilih korn untuk menjadi juara segmen battle royale ini. sebabnya dia sentiasa cepat untuk menyiapkan tugasan dan entri2 di blognya juga amat menarik.. terima kasih
c979r3lzcdu818 dog dildo,penis pumps,sex toys,love dolls,anal dildo,real dolls,anal sex toys,cheap sex dolls,prostate massagers e548m3ppksv121
Post a Comment